apple muslim holiday

Thursday, February 25, 2010

KOREA FEBRUARY 2010 - AUTUM IN MY HEART + WINTER SONATA

Sungguh Menarik - Lawatan ke Korea kali ini bukan sahaja sangat bagus kerana semua peserta lawatan nya sangat sporting, namun mereka dapat merasai 2 musim dalam satu harga pakej. Autumn dan Winter. Pilihan yang sungguh bijak.

Keindahan maple kuning keemasan di Geok Du palace - salah sebuah istana lama terkecil yang menjadi pusat hingapan raja-raja Korea dimasa lampau.


Jika bukan kerana lawatan ini - saya sendiri tidak dapat mengenali peserta lawatan yang semuanya sangat baik. Kesemua mereka sungguh ceria dan sporting habis. Dari perjalanan ke Korea hingga lah balik ke KLIA. Mereka semua berpelunag bermain ski - ada dikalangan mereka sudah menjadi pemain hampir pro semasa lawatan ini. Tour Guide Kami Mr Tommy sangat baik dan memberikan yang terbaik.

Dorsit / Dorsirak - sajian makanan halal di Naminara Island - Kelihatan murah kerana penyediaanya rigkas - namun sangat lazat serta menjadi makanan orientasi kepada peserta lawatan kami untuk mengenali peradapan Korea.


Negara Winter Sonata - makin digemari oleh pelancong Muslim seluruh tanahair. Bukan hanya lokasi pengambaran drama terkemukanya sahaja malah makanan Muslim serta makanan tradisi Korea yang halal juga menjadikan ianya amat sesuai dikungjungi.



February sepatutnya sudah agak panas namun peserta lawatan kali ini bertuah kerana dapat menikmati suhu lebih beku berbanding biasa. Bermula dari Pyongchang- terkenal dengan siri drama "Stairs to the Heaven" - salji mengikut kami hingga ke Seoul.


Berbanding negara chopstik lain, Korea sebenarnya juga menjadi antara pakej terbaik kami sekarang ini. Tidak hairan jika ramai dikalangan pelanggan kami selesa dengan layanan yang kami sediakan di Korea kerana Apple Muslim Holiday agak sebati dengan Korea.
Terbaru kami menyediakan pakej perkahwinan atau pakej bulan madu yang agak berpatutan malah terlalu murah untuk pasangan pengantin baru atau bagi mereka yang ingin mendapatkan kelainan untuk gambar kenangan sempena perkahwinan mereka.

Dengan pelbagai tawaran menarik serta menjimatkan, peserta bulan madu kami juga bakal menerima kejutan dimana mereka mungkin membawa balik TV LG 42 inci.
Siapa tahu, balik dari melancong bersama Apple Muslim Holiday - anada bakal membawa pulang hadiah istimewa dari Korea. Peserta lawatan Korea yang lepas ada menerima LG TV serta handphone. Lumayan kan. Untuk menyertainya - ikut kami pada siri lawatan seterusnya. Korea menanti anda.

Sunday, February 21, 2010

HONSHU JAPAN - AKHIRNYA KU JAJAH JUA

Pendudukan Apple Muslim di Jepun - Honsu - bukan perkara baru, namun lawatan saya kali ini amat menyeronokkan. Bukan sahaja pengalam menarik ditimba oleh setiap ahli lawatanya yang semuanya sangat sporting, malah juga k ami bersama dengan seorang pemandu pelancong yang sungguh berpengalaman.
Perhentian yang agak penting - Culture street di kuil Asakusa / Asakusa Temple. Antara yang menarik untuk dibeli disini ialah cenderahati - harganya jauh lebih murah dari tempat lain. Lawatan kesini membolehkan anda mengenali Jepun secara mendalam ( In-Dept )
Pemandangan Gunung Fuji yeng terkenal ini di Peace Park - Deretan pohon sakura menunggu masa untuk berkembang .
Bergambar kenangan di Mihana Resort & Spa dalam Yukata dan Kimono. Antara Ryokan Spa terbaik di Jepun - Air panas semulajadinya dikatakan sangat baik untuk kesihatan. Sesuai untuk pakej muslim pusat mandian di resort ini diasingkan mengikut jantina bagi keselesaan pelanggan Muslim kami.

Antara terpenting - Tokyo Disneyland - menjadi tarikkan utama pakej Muslim kami. Jika anda Melalui Narita ( Tokyo ) Disneyland seharusnya menjadi keutamaan. Bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak malah orang dewasa juga tidak melepaskan peluang mencuba permainan yang menyeronokkan disini.

Pintu Masuk Utama - Tokyo Disneyland.

Bermain Ski di Fujiten - Berlatarbelakangkan Fujiyama - Gunung Fuji hanya beberapa ratus kilometer dari tempat anda bermain ski.
Latihan awal akan kami berikan - Bukan senang mencuba perkara baru - ianya sudah pasti meyeronokkan.
Snowmobile - jika anda ingin mencubanya - jangan lupa menyediakan duit poket lebih.

Fujiyama terindah dari beberapa lurah gunung serta tasik crete hasil letusan gunung berapi kepulauan Jepun. Pemandangan dari Owakudani ini amat menakjubkan. Gunung antara gunung. Anda seharusnya tidak boleh melepaskan peluang untuk mencuba telur rebus sulfur terbaik disini. Mengikut keparcayaan sebiji boleh menambah umur panjang sehingga 7 tahun.
Kiyomitzu Temple - Sememangnya kuil Shinto lama namun lawatan kami kesini untuk menyaksikan senibina nya yang agak unik - dibina tanpa paku dengan stuktur terkukuh dan paling besar pada masa itu. Kekal sehingga kini dan ianya juga agak menarik jika anda kesini semasa Musim Bunga atau Musim Luruh.

Inilah yang uniknya tentang kuil ini. Dibina dari lemah ke hampir rabung gunung

Universal studio - inilah yang akan anda nikmati bersama kami untuk pakej Muslim ke Jepun. Osaka bukan sahaja terkenal dengan pusat fesyen terkini malah juga hiburan terkini dengan teknologi terhebat. Nikmati zaman kanak-kanak anda bersama kami disini. Anda berpeluang manjadi pelakon utama bersama watak-watak khas seperti Spiderman, Batman, Jurrasic park dan segalanya.

Bergambar kenangan - Kalian adalah peserta lawatan terbaik pernah saya bawa bersama. Terima kasih semua - Apple Muslim Holiday berharap untuk bersama-sama lagi ke destinasi yang lain.







Friday, February 5, 2010

APPLE 2010 - APPLE NIAN




















Setelah Beumur hampir 2 tahun - Apple Muslim Holiday kini bersama "Apple Nian" nya terus mengorak langkah untuk bersama-sama memberikan hanya yang terbaik kepada pelangganya. Semasa peak seasons - waktu paling sibuk bagi aktiviti pelancongan ke luar negara - Apple Nian telah bertungkus-lumus memberikan perkhidmatan terbaik serta dengan daya usaha dan masa setekun mungkin. Kini tibalah masa untuk Apple Nian menikmati waktu rehat dengan ertikata sebenar ( hanya untuk sementara ) bagI menyiap dan melengkapkan diri masing - masing untuk langkah seterusnya di Matta Fair akan datang.








Sasaran kami untuk yang akan datang - lebih bersemangat dan paling penting kepusan hati pelanggan yang percaya akan perkhidmatan kami yang masih lagi baru dalam arena pelancongan di negara kita. Akan tetapi Applenian kali ini dengan semangat baru - inginkan perubahan lebih baik untuk kesempurnaan percutian bagi pelangan kami yang amat kami hormati dan hargai.








Masa rehat kami sekeluarga Apple di Hattyai baru-baru ini sedikit sebanyak memulihkan tenaga kami. Dengan suntikkan semangat dari Mr Koh serta Dato - semua berkobar-kobar dan tidak sabar untuk memberikan yang terbaik kepada para pelangan yang akan bercuti dengan kami nanti.





Chinese New Year yang akan datang nanti sudah pasti memberikan banyak pelung untuk Applenian menunjukkan pembaharuan bukan sahaja dari segi perkhidmatan masing-masing malah kami akan cuba sedaya-upaya untuk memberikan kelainan setiap ketua lawatan nya ( Tour Leader ). Bermula dari lapangan terbang KLIA hinggalah anda sampai semula ke Malaysia.