apple muslim holiday

Monday, February 21, 2011

TURKEY LAWATAN INSENTIF FEB 2011

lawatan insentif Prestariang bersama Apple kali ini sungguh memberikan kesan. Istanbul dan Bursa - Turkey merupakan destinasi menarik untuk peserta lawatan organisasi ini.


Bergambar kenangan di sekitar Blue Mosque - Masjid Biru / Sultanahmet yang menjadi lambang syiar Islam ketika pendudukan Ottoman di Byzantium.

Hari pertama lawatan - agak penuh dengan pusat lawatan yang sungguh mempersonakan. Oleh kerana jadual lawatan kali ini hanya untuk 7 hari 4 malam maka semua pusat lawatan penting sekitar Istanbul di beri perhatian dahulu sebelum kami semua ke Bursa.


Agia Sopia - St Sofia / menjadi puasat lawatan ketika selepas Hippodrome Square dan Masjid Biru. banyak yang hendak diceritakan namun semuanya bergantung pada masa mencemburui kami
Topkapi Palace - istana lama tempat bersemayam raja-raja Ottoman terulung sekitar tahun 1440 an . Semua agak teruja untuk melihat tinggalan sejarah ratus ribuan tahun didalamnya. Anda berpeluang melihat tangan Nabi Yunus bersalut emas didalamnya - menjadi khazanah agung rebutan Kerajaan Rome sejak dulu.


Tinggalan sejarah - sekitar Topkapi Palace - Sepatutnya Istanbul masih lagi terlalu sejuk namun tidak kali ini. Suhunya seakan musim bunga ( Spring )


Bergambar kenangan sekitar SultanAhmed Square - manjadi pusat lawatan terpenting Istanbul Lama. Bandar lamanya terhasil dari kegigihan pemerintahnya yang agung sejak Constantinople 1 lagi.
Perjalanan ke Bursa dengan menaiki ferry besar menyeberangi laut Marmara menjadi pengalaman indah oleh semua ahli lawatan kali ini.

Bursa - Kota Islam terkemuka di Turkey menjadi pusat lawatan kami seterusnya selepas Istanbul




Cumaklikizik Village - menjadi pusat lawatan terawal kami - Menyusuri pekan lama yang agak istimewa ini menjadikan lawatan ke Bursa sungguh berbaloi.


Rumah lama di sekitar Cumaklikizik - masih berpenghuni serta amat ramah.


Yesil Cami - merupakan Masjid yang mempunyai lebih dari 20 kubah - ada cerita tersendiri mengenai masjid lama ini. Tanah asal dimiliki oleh seorang wanita Yahudi dibeli oleh pemerintah Ottoman demi syiar Islam di Bursa ketika itu


Tidak lengkap kalau peserta dari Prestariang tidak membeli- belah. Hoza Han gedung sutera tertua di Eropah menyediakan himpunan sutera terbaik serata Bursa menjadi tumpuan.


Pulang ke Istanbul dari Bursa menaiki Ferry sekali lagi mengamit siulan camar laut putih sekitarnya.
Semua peserta lawatan mendengar penerangan terpeinci dari pemandu pelancong kami yang sungguh berpengalaman. Keindahan Masjid Sulaiman menjadikan nya contoh Masjid terbaik sekitar Istanbul. Sama seperti gereja di Cordoba bentuk Dorm nya seakan dicuri dari tempat asalnya.
Bosphorus Cruise - merentasi selat Bosphorus - antara aktiviti menarik yang tidak harus dilepaskan.
Walaupun suhu sekitar agak sejuk namun semuanya bersemangat untuk berada diatas bagi mendapatkan pemandangan terbaik sepanjang Boshphorus.


Semuanya keriangan selepas menyusuri selat Bosphorus - Bon Voyage kepada captain kita.




Hasilan laut yang dijual sekitar Goldern Horn - lazar serta berhasiat - Dikatakan bagus untuk kaum adam. Betul atau tidak - ikut kami untuk mencubanya sendiri.


Buah Delima ( Promogranate ) merupakan antara yang banyak didapati di sini. Diperolehi hampir sepanjang tahun ( kerana ianya juga di tanam sekitar Izmir serta Mediteranian Turkey )



Semua peserta mendengar penerangan dari pemandu pelancong kami dengan penuh minat. Apa tidaknya Turkey sebenarnya mempunyai sejarah yang sungguh menarik untuk di ikuti.



Camberlitas - Tiang purba terawal menjadi khazanah ulung sekitar kawasan penting berhampiran pusat perdagangan berhampiran laut.

Makan malam yang disediakan kali ini amat istimewa. Apple Muslim Holiday peka terhadap selera anda. Oleh kerana setiap hari bersama Kebabs, kami sediakan masakan Cina - yang hampir dengan masakan Asia kita - sesuai dengan tekak Malaysia.

Semua peserta lawatan suka dengan hidangan sederhana namun menyelerakan di restoren Cina halal yang berada berhampiran Sultan Ahmed Medani


lawatan sekitar Masjid Al Ayubi sekitar Goldern Horn - menjadi antara pusat lawatan terbaru sesuai untuk pelancong Muslim ke Istanbul.







Perkarangan Masjid Al Ayubi menjadi pusat Islamiah serantau bukan sahaja dari tanah Mesir malah juga sekitar Eropah. Kenapa ianya begitu penting - sila bersama Apple Muslim Holiday untuk siri lawatan kami seterusnya nanti......


Dolmabache Square berhadapan Galataysaray Stadium.


Bergambar kenangan sekitar Dolmabache Palace - Istana terakhir Muatapa kemal Attarturk. Senibina warisan Ottoman sejak 1420 ini menjadi mercutanda indah menghiasai Selat Bosphoporus di sebelahnya.



Menara jam Dolmabache - tesergam indah - walaupun kesejukkan possing tetap possing







Adalah tidak lengkap jika anda tidak ke Kapali Carsi ( Grand Bazzar ) - merupakan pasar berbumbung terbesar dengan lebih dari 4000 buah kedai didalamnya.


Paling menarik setiap buah kedai yang dipelopori oleh 100 % orang Turkey asal menjadi pemilik setiap lot sejak turun temurun.


Kadar sewaan disini amat tinggi malah mencecah ratusan ribu sebulan. Tidak hairanlah jika ianya di usahakan oleh pemilih asal kedai terbabit sejak bertahun tahun lamanya.


Tawar menawar semasa membeli belah menjadi ketetapan. Mereka menang untuk kategory ini


Antara kedai yang menjual sejadah serta kraftangan - menjadi tumpuan peserta lawatan kali ini.

Bukan hanya kerana harganya murah namun penjualnya juga sangat ramah serta kacak.


Tram tengah bandar di sekitar taksim - Sungguh mempersonakan



Satu- satunya Gereja Ortodok lama yang masih digunakan. Dikelilingi oleh Masjid sekitarnya. Taksim merupakan bandar Rom lama yang masih mengekalkan jalan serta bangunan asalnya.


Singgah di Taksim - Pusat jualan bunga segarnya sungguh menarik.


inilah yang menjadikan Istanbul tidak pernah cukup untuk dilawati. Kombinasi dunia baru serta lama menjadikan ianya bukan hanya seakan akan berada di antara 2 benua malah 2 dunia yang berlainan namun bersatu.


Aqueduct Of Valens - menjadi gerbang serta pembahagi antara Kawasan Fatih serta Suleymani sekitar Istanbul lama. Tidak banyak yang diketahui oleh penggunjung Istanbul, namun sebenarnya binaan Rom tertua ini merupakan pengantaraan serta pembentung air ke serata Byzantine pada ketika itu.


membeli - belah sekitar Spice Bazzar ( Messer Carsi ) menjadi perkara utama - memandangkan baranganya agak murah serta tersendiri - para peserta kali ini amat seronok menghabiskan masa disini.
Inilah antara yang perlu dibawa pulang ke Malaysia - Cheese ( keju ) buatan Turkey amat lazar serta pelbagai. Selain ianya halal serta murah, rasanya jugak agak bagus.


Buah Zaitun yang menjadi lambang kemegahan Rom, Greek serta Byzantium. Bahan makanan yang amat penting oleh penduduk Turkey. Pelbagai rasa serta warna namun khasiatnya sama - saya sendiri agak suka rasanya yang sungguh lazat - disamping bagus untuk kulit serta pemghadaman.


Antara hasil tangkapan dibawa pulang ke tanahair - Biasa lah - kali ini berapa pulak excess bagasi yang akan dibayar - tidah usah gusar - kami ada cara untuk melakukanya


bergambar kenangan bersama pemandu pelancong kami ynag budiman - Mr Levent / Mr Elevent/ Mr Elephant - banyak gelaran diberikan pada beliau Apa pun perkhidmatan beliau bersama kami cukup baik.

Terima kasih Prestariang Group diatas kepercayaan yang diberikan kepada kami selama 3 tahun berturut-turut. Kami sungguh menghargai anda semua sebagai sebuah organisasi yang sungguh hebat.