apple muslim holiday

Monday, February 15, 2016

KRABI THAILAND......

Krabi Thailand. Ramai yang beranggapan bahawa ianya sebuah pulau. Namun ianya tidak benar sama sekali. Secara georafik nya Krabi berada di tanah Siam berbatu kapur, dan di bumi semenanjung Thailand. Taburan penduduk Muslimnya agak ramai - memudahkan pelancong Muslim kesini.

 Merupakan pusat pelancongan yang kian meriah serta dibanjiri pelancong dari seluruh pelosok dunia, sekali gus meletakkan Krabi kini sebagai satu daripada keajaiban tanah Siam ini.
Berlainan dengan Phuket serta Koh Samui serta PhiPhi Island, Krabi sebenarnya sebuah kawaan pelancongan yang masih lagi tidak begitu komersil berbanding yang lain.
Menghadap lautan indah Andaman serta dihiasi dengan taburan pulau-pulau kecil sekitarnya menjadikan Krabi popular untuk semua pelancong yang inginkan susana musim panas yang berpanjangan.
Tidak hanya akiviti seperti snorkeling atau diving bakal anda nikmati pabila kesini malah anda juga bisa untuk mengekplorasi pulau-pulau sekitarnya dengan menaiki bot serta ferri yang di tempah khas
Bagi kumpulan perseorangan serta lawatan insentif bersama Apple Vacation, kami pasti menyediakan yang terbaik untuk anda. Disamping hanya melakukan aktivti laut seperti itu, Kami pasti menyediakan aktiviti tambahan seperti mengelolakan aktiviti sukan berkumpulan berdasarkan keselesaan kumpulan anda

Dengan pantai serta pulau-pulau ynag indah di sekitar Krabi ini, amat sayanglah jika anda tidak menikmati nya dengan aktiviti yang telah kami sarankan. apatah lagi kebiruan lautnya pasti mempersonakan anda semua.

Bebrapa lawatan sekitar seperti Pulau Poda, Pulau Ayam, dan sebagainya diikuti dengan penerangan dari pemandu pelancong berpengalaman pasti memberikan lawatan anda lebih bermakna serta istimewa.

anda lihat sendiri kejernihan airnya yang sungguh mempersonakan. Pasti tidak boleh lepaskan peluang untuk bermandi manda disini.

Sentiasa penuh dengan pelancong dari domestik serta luar negara. terpeun degan kejernihan airnya serta halusnya pasir di setiap kepulauan nya yang indah.
Menikmati keindahan Andaman yang memukau. Inilah yang menjadi idaman setiap mereka yang sukakan pantai indah, desiran ombak yang beralu alu, serta kebiruan laut nyag nyaman. Anda pasti teruja pabila kemari 

Salah satu pulau yang bakal anda berhenti rehat semasa lawatan ke pulau pulau sekitar Krabi Thailand ini. Pulau Poda. Indah dan sungguh menawan. Warna hijau biru laut sekitarnya seakan memanggil anda untuk terus menetap disini.

Biru Hijau - warna indah di terik metari yang disusuri dengan sepoi agin dari laut menbawa anda kepada kedamaian. Percutian begini sebenarnya meringan kan minda nada yang sedang kusut, tatkala mengilangkan stress anda.

Menikmati makan malam di Krabi - pasti merupakan aturcara yang ditunggu tunggu oleh setiap kami. Kenapa tidak, setiap kali menjamu selera di mana-mana restoren halal yang disediakan, anda pasti tidak sabar untuk mengeetahu juadah seterusya 

Usahkan tomyam yang sememangnya menjadi kegemaran semua, pelbagai masakan tempatan menjadi juadah kami di setiap kali masuk ke restoren yang telah dipilih.
Selain pantai dan pulau serta makanan yang menjadi kebanggan Krabi, Anda juga pasti tertawan dengan kemeriahan pasr malam nya yang sungguh istimewa.
Dipenuhi bukan sahaja oleh masyarakat tempatan malah juga pelancong yang menginap sejauh kawasan Aonang datang kemasri untuk menikmati kemeriahan ini.

Pelbagai juadah tradisi serta barangan ada dijual disini. MAlah anda juga bakalmembeli cenderahati yang tidak begitu mahal untuk dibawa pulang.


Inilah hari yang ditunggu oleh peserta lawatan kami. Bersantai di pantai berhampiran dengan sedikit aktiviti bersama.

masing-masing bertungkus lumus semasa aktiviti ini. Bukan kemenangan menjadi taruhan namun semangat yang amat penting untuk dikongsi bersama

Lihat lah hasilnya. Menyeronokkan.