apple muslim holiday

Monday, April 16, 2012

KOTA KINABALU SABAH - CANTIK SSSANGATTTT




Kali ini saya ditugaskan untuk membawa incentive tour ke Negeri dibawah Bayu - Sabah - Negeri tanah bertuah yang "Cantik Sangat"- mempunyai penduduk pelbagai yang rata-rata suku kaum nya amat berlainan namun sangat harmoni serta mencantikkan lagi budaya setempat. Inilah yang saya katakan Cantik Sangat.



Pelancongan domestik - namun sangat mencabar kerana ianya melibatkan puluhan peserta dengan latar belakang yang agak berbeza namun mempunyai pelbagai reaksi. Apa pun bersatu dibawah naungan satu organisasi. Walaupun peserta dari Kuala Lumpur, Perak, Johor, serta Penang terpaksa bergegas lebih awal ke KLIA untuk penerbangan pagi, masing-masing tidak merungut kerana terlalu ingin menikmati lawatan incentif yang dianugerahkan oleh organisasi mereka kali ini. - Itulah semangat yang perlu ada dikalangan pekerja hebat seperti anda semua. Semangat kalian amat saya kagumi dan akan dijadikan iktibar.





Sekitar Kota Kinabalu - bandar utama utara Borneo yang nyaman serta sungguh indah. Dilengkapi dengan prasarana hebat serta bandar pelancongan yang pesat dengan pelancong domestik serta asing. Apa istimewanya selain makanan laut disini. Kita kecapi bersama.



Inilah destinasi kami seterusnya. Juadah apa yang bakal kami nikmati kali ini yee.



Makan malam hebat di KDCA - Kadazan Dusun Cultural Association di Sabah ini adalah sesuatu yang saya sendiri pilih bagi membangkitkan suasana tradisi namun masih hebat. Apa yang menjadi kan ianya bermakna - penyertaan semua peserta yang sungguh bersemangat






Tarian pembuka serta selamat datang dari KDCA - sungguh hebat permainan api dikalangan mereka.



Pahlawan Api pengawal pintu ke Rumah Panjang. Seram bercampur teruja. Pengalaman indah serta hebat untuk semua peserta kali ini. Ada tengkorak ke dalam rumah panjang ni? jom ikut kami ke KDCA



Tidak melepaskan peluang bergambar dengan si gagah perkasa penjaga pintu rumah panjang.






Pahlawan serta Tuai Rumah di rumah panjang Kadazan ini hebat berpakaian tradisi.



Warna peserta dari Semenanjung - ada Indian, Chinese dan Melayu. Sangat Harmoni serta indah. Tambah lagi organisasi kali ini menempatkan orang dari tanah asal Sabah untuk bersama meninba pengalaman serta beramah mesra sebagai tuan rumah. Anda rasakan begitu ?



Nikmati juadah asli di KDCA bersama sicantik manis mengiringi. - Inilah peserta lawatan dari Borneo - Sabah dan Sarawak. Penyertaan kalian amat bermakna bagi orang semenanjung yang inginkan pengalaman di sini. Sayang hari kita tidak mencukupi.





Kopi asli Sabah - lazat katanya. Saya tidak pula dapat mencuba kerana alahan namun seperti yang dikatakan rasanya sangat hebat



Antara permainan suku kaum utama di Sabah - anda bakal mencubanya sendiri jika kesini. ramai peserta kali ini sungguh sporting untuk mencubanya.



Rumah lama yang kelihatan sungguh hebat



Masih tradisi serta sangat lama. Inilah yang dikatakan peradapan asli suku kaum sekitar Sabah yang kaya dengan adat resam serta keindahan nya. Bukan sahaja Alam semulajadi namun juga keindahan seni serta budayanya.



Resepi sendiri di reka oleh peserta masing- masing - inilah aktiviti DIY yang bakal anda kecapi bersama kami di KDCA ini.



Merakamkan kenangan indah bersama Ms Inot dari suku kaum Kadazan yang menyediakan Manok Pansuh



Arak ragi asli dari beras - Tuak - minuman tradisi untuk suku kaum di Sabah dan Sarawak. Tapi awas tidak sesuai untuk Muslim



Bagaimana orang Rungus membuat api tanpa mancis. Jom kita ke KDCA untuk mengetahuinya



Menunggu persembahan yang bakal dilihat serta juadah makan malam nanti - ala Gala dinner namun lebih santai - tidak perlu rasa tertekan kerana ianya lebih nyaman begini. Inilah yang kami inginkan untuk mereka yang telah bertungkus lumus dalam kerjaya mereka.



Makanan tradisi masyarakat Sabah dari kaum Rungus hinggakan Kadazan di hidangkan. Antara yang menarik "Inavah" cebisan ikan dseperti kerabu yang sungguh lazat dan membuka selera. Jika di Kuching kita selalu dengar Umai namun inilah yang seakannya di sabah.






Tidak lengkap jika peserta kali ini tidak didera oleh para penari kebudayaan KDCA ini . Saya sendiri menjadi mangsanya. Apa pun masing-masing kelihatan seronok malam itu dan anda kelihatan cantik sangat



Akhirnya merakamkan kenangan indah bersama penari KDCA yang rat-ratanya sangat peramah serta hebat dipentas tarian. Siapa kata budaya kita tidak hebat - anda boleh saksikan sendiri.



Teruja dengan aktiviti yang bakal dilakukan - Pihak Apple sedaya upaya untuk merapatkan tali persaudraan dikalangan peserta kali ini. Soft game bertajuk Gift from me - sebenarnya mengukur sejauh mana anda akur dengan cabaran serta adakah anda jujur dan ikhlas dengan pemberian anda kepada seseorang - anda tentukan sendiri



Bersiap sedia untuk aktiviti laut - Kami sepatutnya ke pulau Manukan untuk Fish Fedding namun diberitahu yang terpaksa dibatalkan kerana pihak Marine tidak membenarkan aktiviti tersebut lagi.



Setelah setuju sebulat suara untuk masa lebih di luangkan di Mamutik kami semua menikmati keindahan aquatik disini sepuasnya



Cantik sangat - inilah pelabuhan kecil Sutera Harbour yang bakal membawa kami ke pulau Mamutik.






Menaiki bot laju - ada yang menjadi pengalaman pertama kali dikalangan peserta kali ini



Suasana di Mamutik island - Cantik Sangatttt.



Pantai nya yang sungguh indah. Putih serta hidupan lautnya sangat istimewa. Cantik sangat



Deraan saya untuk kumpulan lawatan kali ini - Best dress competition. Ada yang berpakaian cantik sangat.



Antara peserta yang dicalonkan untuk pakaian terbaik malam itu.



Pemenang pakaian terbaik Etnic Wanita - Puan Suryati - dengan pakaian Kadazan Dusun Berdasarkan kesungguhan beliau mencuba sedaya upaya mencari pakaian terbaik sekitar Kota kinabalu semasa waktu luang ( free and easy ) serta penampilan bersemangant walaupun berbadan dua. inilah pemenang.

Pemenang anugerah pakaian Ethnic terbaik kategori lelaki Mr Sassi - Presentationya agak ringkas dengan kata kata " saya mewakili satu Malaysia - bangsa India berbaju Cina dan bersama rakan Melayu disisi. " mendalam serta bersemangat. Inilah aktiviti yang kami sediakan untuk anda semua nikmati - semua dilkalangan anda ada bakat serta kehebatan masing masing

Akhirnya tiba di KLIA dengan kenangan manis yang sudah pasti tidak mungkin dilupakan oleh semua peserta kali ini.













Dengan cabaran incentive yang kesemua mereka perolehi dari organisasi adalah dari hasil titik peluh masing-masing. Barangkali tahun ini pihak pengurusan mereka menghantar ke Sabah oleh kerana ini adalah target yang telah dicapai seperti yang ditetapkan - mana tahu dimasa akan datang anda mungkin bersama kami lagi ke destinasi luar negara yang lebih hebat untuk dikongsi bersama akan pencapaian yang lebih ditahun ini. Semoga maju jaya

Monday, April 2, 2012

KOREA JEJU - PESTA TULIP AWAL MUSIM BUNGA




Lawatan saya bersama beberapa peserta Apple Muslim Holiday semestinya sangat istimewa. Kami dibawa oleh pemandu pelancong Korea yang sentiasa menjadi rebutan Mr JC Shin. Dengan suhu yang masih lagi tidak menentu serta sejuk tiba tiba, kami seakan berada di musim sejuk cuma tanpa salji sekitarnya.


Apa yang menjadikan lawatan kali ini lebih indah ialah pesta tulip nya yang masih lagi baru namun berkesan serta paling penting ialah ianya disertai oleh peserta budiman nya yang sentiasa menyokong kami untuk terus memberikan yang terbaik di masa akan datang.


Namsanggol Hanok Village - antara pusat lawatan yang memaparkan budaya masyarakat setempat serta hiraki penduduknya sebelum menerima penjajahan luar dari 2 kuasa besar ketika itu - China dan Jepun.


Sekitar lawatan ilmiah yang boleh dibawa pulang bersama untuk dikongsi. Penerangan hebat dari pemandu pelancong kami mengenai rumah tradisi ini tidak menjemukan malah menjadi satu orentasi menarik dikalangan peserta lawatan kali ini.


Keindahan sekitar Namsanggol Hanok Village - destinasi pertama yang agak istimewa untuk pelancong luar mengenali adat serta budaya masyarakat setempat.


Bergambar kenangan sekitar Namsanggol Hanok Village ini




Pengalaman pertama mengenali budaya asal penduduk Korea darjah tertinggi semasa zaman berraja. Anda sudah pasti akan teringatkan beberapa buah drama tempatan bila kesini





Lawatan pelajar domestik dikalangan kanak-kanak sekolah rendah di Seoul. Inilah yang dilakukan oleh pihak pelancongan Korea atau KTO Korea Tourism Organization yang bukan sahaja mensasarkan pelancong luar malah para pelancong tempatan. Saya rasa mereka berjaya lakukan nya.


Tiba di Jeju Island - dan nikmati keindahan alam semulajadinya yang sungguh istimewa. Pulau yang terbentuk dari letusan gunung berapi kuno ini sememangnya mempunyai peranannya sendiri dalam industri pelancongan di Korea. Tahniah juga di ucapkan pada KTO serta penduduk Jeju yang baru sahaja dianugerahkan World Nature UNESCO Heritage selepas Borobodur di Indonesia merangkul Asian World UNESCO Heritage tahun ini.


Yongduam Dragon Head - angtara pusat lawatan yang sudah pasti dilawati - Sinonim dengan tahun Naga 2012 anda sudah pasti bertuah jika kesini. Itulah dongengan yang diceritakan oleh kebanyakkan pemandu pelancong kami yang sungguh kreatif.


Terletak berhampiran laut serta sangat istimewa. Apa cerita sebalik nya - anda perlu ketahuinya sendiri


Latarbelakang dragon head - terbentuk dari pengerasan magma berapi sejak berjuta tahun lamanya - Inilah pemandangan yang bakal anda kecapi di Jeju island ini. Namun ada cerita sejarah nya yang tersendiri.


Berhampiran lautan. Indah serta nyaman. Sangat menyegarkan. Udara sekitar Jeju ini sungguh segar ditambah dengan persekitaran nya yang sangat kurang pencemaran.


Skeopjikoji - juga menjadi satu lokasi indah untuk anda merakamkan kenangan disini


Inilah harga yang anda bayar bila melancong bersama Apple Muslim Holiday.


Skeopjikoji - Tarikkan yang tidak perlu dikatakan lagi - cuaca yang dingin sekitar sini tidak mematahkan semangat peserta lawatan bergambar sepuasnya disini.




Kenangan bersama Reap Seed - Canola Flowers yang masih tidak begitu banyak untuk dilihat sekitar jeju


Antara tempat bergambar kesukaan saya. Anda sempat melihat semuanya dari sini. Sangat indah.


Tiba di puncak Seongsang Ilchubong - yang merupakan Nature World Heritage terkemuka serantau Asia.




Makanan merupakan perkara paling penting ketika kita dinegara yang penduduknya bukan dikalangan Muslim. Namun ini tidak menjadi masalah kerana kami sentiasa mendapatkan restoren yang sudah pasti sesuai dengan peserta lawatan kami.


Lawatan ke ladang Oren Jeju - ( Halla Bong ) lemak manis serta luarbiasa rasanya. Anda ingin rasainya sendiri ? - ikut kami nanti.


walaupun tidak dibenarkan petik - sekadar memegangnya sudah memadai. Apa yang menjadi perkara penting kenangan kita bersama di sini.







Bukan hanya lawatan biasa - Apple Muslim Holiday amat mementingkan kualiti sesebuah lawatan. Dengan itu kami selitkan lawatan Ilmiah untuk memberikan anda pengalaman serta pengetahuan tentang masyarakat serta budaya setempat.







Amat bernilai untuk dikongsi bersama rakan pabila sampai ketanah air nanti.







Rumah lama tradisi masyarakat Jeju.







kenangan di Jeju yang tidak mungkin dapat peserta kali ini lupakan. Sakura berkembang.







Tergamam semua peserta kami bila melihat beberapa pohon Sakura sedang berkembang.







Melawat sekitar Seongup Village ini dengan menikmati keindahan alam terutama kuntuman awal bunga Cherry.







First bloom - sekitar pulau Jeju - wangi nya agak sentimental namun adakah anda tahu kenapa ianya tidak gemar dipanggil Sakura di Korea. Ikuti kami ke lawatan akan datang nanti














Dikira agak bertuah kerana masih dapat melihat Reap Seed serta Sakura sekali gus. Walaupun tidak banyak lagi namun ianya memadai. Untuk awal musim bunga - sesuatu yang agak luar biasa














Trick Art Museum Jeju island - antara tarikkan yang bakal anda kecapi bersama kami disini.







Paparan menarik - anda gayakan sendiri - apa pun pengalaman ini paling jarang ditemui di tempat lain







Gambaran menarik untuk tatapan semua - anda gayakan sendiri - ada berapa agaknya binatang dalam gambar diatas - inilah ilustrasi artis seluruh Korea di Museum Trick Art yang sungguh luar biasa







Inilah pengalaman seterusnya di Jeju Island yang tidak mungkin semua dapat nikmati jika tidak bersama kami kesini.







Ayuh merempit - jangan kuatir, ianya selamat jika anda bersedia mendengar arahan dari juru latih kami yang berpengalaman.







Mencuba sukan ATV extream namun masih selamat serta memberikan pengalaman bermakna buat semua peserta lawatan kami.







Akhirnya - kita tahu siapa mat rempit kat negara sendiri







Teddy Bear Museum Tesum di Jeju ini sudah pasti amat popular. kami tergamam sebab ianya ramai pengunjung terutama dikalangan pelancong dari Thailand.







pelbagai karenah boleh dilihat bila mana anda tiba disini. mana tidaknya rupanya yang comel menjadikan kita sendiri keanak-anakkan.







Makanan merupakan perkara penting bagi kami Apple Muslim Holiday untuk semua pelanggan. Bukan hanya ianya dijamin halal serta dari sunber yang halal namun juga paling kualiti makanan yang kami sediakan berpatutan atau sesuai dengan harga pakej yang pelanggan bayar untuk nikmati percutian di Korea.







Hidangan menarik dari Apple Muslim Holiday untuk santapan tengahari yang tidak mungkin anda dapati di negara sendiri.







Juadah Diraja kali ini - Stone Rice bowl dan beberapa jenis Kimchi yang amat berkhasiat serta lazat. Paling penting penyediaan serta hasil nya adalah halal dimakan oleh peserta lawatan Muslim kami.







menunggu Ferry ke Nami island - antara lawatan biasa namun berbeza mengikut cuaca serta musim di Korea







Suasana di Pulau Nami - tinggalan General Nami yang dikatakan berjasa besar untuk kerajaan Jeseon pada zaman nya - akibat difitnah beliau di hukum bunuh tanpa sebab yang sangat logik. namun kerana beliau sangat berjasa kepada pemerintah pada waktu itu maka dimakamkan di sebuag pulau kecil yang kini dikomersilkan oleh kerajaan Korea.







Kenangan bersama di Nami Island







Makanan halal serta lazat sudah pasti menjadi agenda utama Apple Muslim Holiday. Anda bakal nikmati pelbagai juadah lazat serta paling penting amat berkhasiat untuk di kongsi bersama.







Sambutan ulang tahun di Korea - Ada yang sungguh teruja untuk menikmatinya bnersama kami












Mana lah tahu jika salah seorang dari kami akan menjadi taukey Kimchi di Malaysia maka pembelajaran ini diambil serius oleh semua peserta







Akhirnya selepas belajar membuat Kimchi - pakain tradisi hanbok akan dikenakan







Masing masing bertungkus lumus mencari antara pakaian terbaik untuk diperagakan sebagai tanda kenagangan di negara berbudaya hebat ini.







Everland Theme Park - merupakan pusat kunjungan wajib bagi setiap agansi pelancongan dari Malaysia akan kerana trend pelancong kini yang inginkan theme park sebagai atu alternative untuk keseronokkan. Namun bagi Apple Muslim holiday pemilihan ini bukan sahaja berdasarkan musim serta majoriti pelanggan namun ada sebab tertentu yang tidak mungkin agensi lain ketahui. Jika anda ingin mengalaminya sendiri - sila ikut kami nanti.














Bunga Tulip sepanjang Everland - tema awal musim bunga di Korea kali ini.







Cuaca agak tenteram serta agak baik dengan kami. semua peserta lawatan kami ini agak bertuah.







Ribuan bungan tulip boleh dilihat di Everland kali ini. Mana tidaknya Pesta Bunga Tulip menjadi tema kali ini.







Jaringan T train yang menakutkan - namun ada dikalangan kami yang menyahut cabaran - anda sendiri bila lagi.














Mereka yang dicabar untuk menaiki Keretapi Maut hanya dibena dari rentangan kayu yang sungguh menakutkan. Ingin alami sendiri perasaan anda kesini- ikut kami ke Korea nanti







Adakah anda berani untuk mencubanya bersama kami ?







Sesiapa sahaja yang tiba di 4 season garden ini sudah pasti terpukau. Mana tidaknya, anda akan melihat pelbagai jenis tulip dari setiap pelosok dunia dipamirkan. Inilah tarikkan utama Everland Theme Park dalam pakej Apple Muslim Holiday kali ini.







Ada yang masih lagi baru berputik - seperti sayang nya nada dengan Korea yang baru dijejaki. Ini sudah pasti memberikan kenangan terindah bercuti bersama kami














Pesta Tulip kali ini sungguh menjadi dan anda boleh menikmati pelbagai jenis serta warna dari seluruh dunia.







Sungguh menawan .








Rasa geram melihat nya. ada yang teringin nak petik.







Sambutan Awal Musim bunga - namun keriangan serta keindahan $ season Garden ini makin terserlah.














Pelbagai warna serta bentuk bakal anda lihat sendiri di pesta Tulip 4 Seasons Garden ini.







Turkish Tulips - warna Amythest yang sungguh menawan.







Mengamit kenangan bersama







Apa pun caranya anda pasti seronok. Mana tidaknya bukan senang untuk ke Negara Belanda untuk hanya melihat Tulip mekar, Korea adalah negara seterusnya untuk anda jelajahi.







Pesta Bungan Tulip kali ini masih menjadi tarikkan. Tidak penat bergambar untuk mendapatkan kenangan istimewa di Korea







Warna- warni pameran awal musim bunga ini menceriakan lagi keadaan di Everland. Anda sudah pasti seronok jika kesini bersama dengan keluarga serta sahabat handai. Apatah lagi jika anda kesini dengan yang tersayang







Kenangan di Everland Theme Park bersama rakan anda semasa lawatan. Sudah pasti mengamit anda bila berada di tanah air nanti.







National Folk Museum Seoul - Bukan sekadar museum biasa namun inilah tempat paling menarik serta sangat penting untuk kita mendalami budaya asal masyarakat Korea utara serta selatan.







Penerangan terperinci oleh pemandu pleancong kami Mr JC memberikan impak terbaik untuk para pengunjung dari Apple Muslim Holiday untuk sama sama mengenali budaya serta cara hidup para pemerintah asal sejak Joseon Dynasti














Cuaca di Seoul kali ini agak sejuk serta luarbiasa dari tahun sebelumnya. Ini yang menjadikan lawatan kali ini agak istimewa bagi saya serta pesertanya







Bergambar kenangan sekitar Gyongbukgung - balai rong serinya yang ama bermakna bagi seluruh rakyat Korea Selatan ini







Insadong - jalan pasaran antik terkemuka dikalangan airtisan serta peminta setia antiquity. Bukan semata barangan antik namun anda berpeluang melihat pelbagai barang lain yang kadang kala menarik untuk dijadikan buah tangan dibawa pulang.







Antara barangan yang bakal di belanja di Insadong Seoul.







Lagi tempat baru yang tidak ramai tahu akan keistimewaan nya. Walaupun bukan pada Musim sejuk ( Winter ) anda berpeluang bermain salji atau ber ski di Playdochi.





















pakej kami termasuk dengan peralatan serta pakaian semasa di dalam tempat sejuk beku ini.







Let its snow let its snow let its snow.....




















Dibantu oleh penjaga di Playdochi yang sangat ramah serta sentiasa tersenyum.







Istimewanya jika anda bersama kami ke Korea. Salji diluar musim namun dalam bangunan. Anda pasti teruja untuk menikmati nya.







pasti seronok bersama orang tersayang mahupun sahabat handai. Apatah lagi jika anda kesini














Serangan ......







Seakan asli - sungguh realistik - anda boleh nikmatinya di Playdochi jika bersama kami disiri lawatan akan datang




















Inilah jadual lawatan baru kami. Anda yang pernah ke Korea bersama Apple Muslim tidak perlu merasakan untuk melawat tempat yang pernah dilawati dulu kerana Apple Muslim Holiday sentiasa mengemaskinikan jadual lawatan baharu serta berbeza setiap tahun serta musim.














Nikmati kelazatan makanan Korea - Apa yang penting sajian halal







Keindahan sekitar Seoul Utara serta Seoul Selatan - dengan menyusuri Sungai Han yang membahagikan nya. Cruise kali ini agak hambar kerana acara Colourful fountain dari salah satu jambatan nya tidak dibuat kerana cuaca yang terlalu sejuk.







Namun begitu semua peserta menikmati keindahan sungai Han dengan han River Cruise. Bersantai sekitar pier sebelum menyusuri sungainya.














Terkenal dengan hidangan maharaja Joseon serta khasiat, Kami tidak pernah lupa menyajikan apa yang terbaik untuk pelanggan kami.







Lazat berkhasiat serta halal. Inilah yang menjadikan Apple Muslim ekslusif terhadap pelanggan







Tidak lengkap jika tidak singgah ke Myondong Street yang terkenal dengan pusat beli belahnya. Anda pasti kehabisan duit disini.







Inilah pasar Rakyat Namedaemun Market yang terkenal di Seoul. Dibanjiri rakyat tanah seberang North Korea atau juga dari China.

Jika dulu Nanta Show, serta Jump Show menjadi agenda lawatan kami namun kali ini adan berpelaung melaihat persambahan baru yang julung kalinya diperkenalkan oleh Apple Muslim holiday kepada pelawat dari Malaysia. Bibap show. Apa kelaianan nya - ikut kami nanti













Berbeza dengan lawatan selalunya - kali ini peserta kami yang pertama kali mahupun yang poernah bersama kami sebelumnya merasakan jadual lawatan kami amat berbeza. Inilah yang menjadikan Apple Muslim Holiday sentiasa memberikan hanya yang terbaik kepada pelanggan kami.







VIP Seat Kami. Bagaimana best ke tidak show kali ini.







Merupakan peserta Apple Muslim pertama yang menonton rancangan atau persembahan hebat BBoys di Korea. Apa menariknya - anda ingin nikmatinya - ikut kami ke siri lawatan akan datang







Apa lagi sejurus selepas persembahan habis semua penonton bergegas untuk autograph artis yang mereka minat dalam persembahan Bibap tadi.







Anda tidak menjangka yang mereka ini semuanya adalah pelakon serta penyanyi profesional. Bakat yang ditonjolkan tidak mungkin dapat di lakarkan dalam blog ini. Anda yang belum ke Korea bersama kami sudah tentu ingin melihat apa sebenarnya yang di perkatakan.














Kenangan bersama artis Bimbap Show. Apa hebatnya persembahan mereka agaknya.







Walaupun hari semakin kelam namun aktiviti bergambar bersama tidak mungkin dilepaskan. Bila lagi kan.













Inilah Cheongaycheon Stream yang dikatakan mengukir sejarah kebersihan Korea sepanjang zaman. Jika anda ingin mengetahui bagaimana ianya dihargai oleh rakyatnya - ikut kami ke Korea nanti.







Kenangan bersama pemandu bus kami Mr Kim. Walaupun bahasa amat suakr bagi beliau untuk komunikasi namun sebagai seorang senior dalam industri ini beliau sebenarnya sangat berpengalaman serta bijak semasa interaksi bersama pelanggan kami.







Makan tengahari yang disediakan oleh restoren Korean Muslim kita Ms Jasmin sangat popular serta lazat. Semua peserta mengundi restoren ini antara yang terbaik disediakan.













Bergambar kenangan bersama pemandu pelancong kita Mr JC Shin
Paling penting untuk lawatan kami - solat - Sebagai agensi pelancongan Muslim yang benar-benar mengutamakan keselesaan serta kebajikan pelanggan kami sedaya upaya menyediakan yang terbaik untuk anda.













Kali ini surau yang terletak di bahagian E telah diubah suai lagi sekali maka kami semua solat di Surau baru di Gate 25 berhampiran tempat pekerja airport berehat