apple muslim holiday

Tuesday, March 8, 2016

SAMARKAND WARISAN ZAMAN EMAS DINASTI TIMURID

Samarkand atau Kota Batu, nama yang diberikan oleh pemerintah dahulu akan bentuk mukabuminya yang agak tandus ketika itu. Kini Samarkand tidak pernah mengecewakan sebagai sebuah destinasi lawatan yang menarik di Uzbekistan. Merupakan kota paling tua pernah di huni di Asia Tengah serta menjadi persingahan utama di antara China dengan Mediterranean semasa era kegemilangan jalan sutera. ( Silk Road ). Tanah jajahan Alxander The Great ini juga menyimpan sejarah silam yang kabur namun gemilang semasa pemerintahan seorang cendekiawan yang hebat : Amir Temur
Kini, Samarkand merupakan bandar besar yang pesat pembangunanya berbanding daerah lain selain Tashkent sendiri. Pernah menjadi ibu negara Uzbekistan dahulunya dan menjadi daerah paling penting di selatan serta pusat pentadbiran sejak zaman kebangkitan dinasti Timurid ( Tamerlane ) 
Tidak hairan lah jika anda bakal melawat beberapa artifak sejarah serta tinggalan dari keturunan agung Tamerlane sepanjang berada di Samarrkand ini.
Gur Emir, Kompleks makam keturunan Tamerlane yang agung dihimpun dalam sebuah bangunan indah serta penuh ukiran yang luarbiasa. Anda pasti terpegun akan keindahan nya yang jarang didapati di tempat lain.

Bentuk makam yang kelihatan seakan Masjid dengan sebuah mimbar didirikan sebagai bersemadinya Pemerintah agung Tamerlane dalam menghadap kiblat semahu agama yang dianuti. Namun satu perkara yang agak istimewa disini yang bakal anda ketahui. Walaupun Dia ( Amir Temur ) seorang raja yang terbilang namun makam gurunya lebih besar binaannya berbanding makan nya sendiri. Begitulah sayangnya seorag pemerintah terhadap pendidik nya yang pernah berjasa kepada beliau.
Bangunan yang dibena berdasarkan arkitek Munggal ini menjadi contoh kepada pembinaan bangunan-bangunan agung lain serantau nya seperti Taj Mahal dan Makam Humayun di India. Ianya pernah runtuh ekoran beberapa kali siri gempa bumi serta peperangan semasa perang dunia - namun telah di restorasi kan untuk tujuan kajian sejarah serta pelancongan.
Keagungan bentuk bangunan ini yang menjadi Makam utama kerajaan Samarkand ialah bentuk ukiran dalaman nya serta ketelitian hiasan luaran dari mozek biru serta turkuaz. Ianya agak istimewa kerana hanya makam kaum pria sahaja yang berada disini. Selain itu terdapat elemen Roman di sebelah belakang bangunan yang seakan kelihatan seperti binaan gothic.
Berhampin Gur Emir ini juga terdapat beberapa bangunan lama yang sungguh menakjubkan. Bukan sahaja bentuk bangunan nya yang begitu keIslaman namun waktu serta masa binaan nya yang menjadikan ianya mudah untuk dikagumi oleh semua pelancong.
Registan Square. bermaksud Dataran Pasir yang merupakan kawasan paling purba di Samarkand dan menjadi penting sejak kurun ke 15 lagi. Namun ianya mengalami perubahan dari masa ke masa sejajar dengan pertukaran sosio ekonomi serta kepentingan serta keperluan nya.
Terdiri dari beberapa Madrasah serta Karavensaray, kompleks ini juga terkenal akan himpunan bahan ilmiah yang tidak mungkin terdapat di tempat lain. Sesuai dengan mercutanda penting bagi Samarkand, Registan Square ini sibuk pada hari perayaan tempatan setiap tahun.
Bentuk bangunan nya sendiri agak berbeza dengan yang lain seakan ianya lebih menyerlahkan intipati senibena Uzbekistan yang menjadi kebanggaan masyarakatnya sejak dari dahulu lagi.


Beberapa Madreseh yang kelihatan agak mewah sebagai sebuah Madreseh. Kenapa agaknya ianya dibena gah seakan sebuah pusat penginapan. Anda pasti ingin mengetahui nya.
Interior yang sungguh mengkagumkan. Rekaan yang memaparkan kesenian halus serta detail menjadikan hiasan dalamnya terlalu unik untuk di ukur terutama bila ianya dibuat pada era yang tidak mempunyai bahan moden pada ketika itu.
Registan Square - anda pasti datang kesini jika melawat Samarkand. Kompleks ilmiah ini menjadi sebuah tarikan pelancongan yang tidak mungkin sama dengan tempat lain. Malah ianya boleh dikatakan sebuah komplek sempurna untuk lawatan di Samarkand.

Beberapa bangunan yang dibena untuk kegunaan pendidik serta pengkaji. Maka kawasan ini dikatakan merupakan sebuah kawatan pintar yang terulung pada masa itu.

Menikmati juadah makan tengahari yang istimewa bersama kami. Chicken on Fire disebuah restoren terkemuka di Samarkand.
sungguh istimewa serta lazat. malah berainan dengan juadah yang telah dinikmati di daerah lain seperti di Bukara serta Taskent.
Sekitar Samarkand yang kebanyakkan arkkitek nya agak menarik. Oleh kerana Russia pernah memerintah kebanyakkan bangunan di kote ini mungkin kelihatan agak ke baratan. Tambahan lagi corak binaan nya yang lebih praktikal juga kelihatan tersusun indah menyerlahkan lagi keindahan sekitar kota Samarkan ini
Shakhi Zinder. Sebuah kompleks makam raja-raja serta pembesar negara pada era Timurid serta sebelumnya. Istimewanya kompleks makam ini akan kerana binaannya yang indah serta berukir mewah.
Gerbang utama pintu masuk ke kompleks Shaki Zinder ini dimana mempunyai ceritanya tersendiri. Rona biru sepanjang lawatan di sekitar kawasan ini pasti kelihatan serta memberikan kedamaian. inilah seni mozek lama Uzbekistan

Makam 2 puteri. dibena bersebelahan kiri dan kanan namun ciri kedua dia makan ini tidak sama. Apakan yang membezakan makam indah kedua puteri ini. Ikutilah kami ke Uzbekistan di masa akan datang untuk mengetahui nya

Kompleks makam ini tidak lengkap lawatanya jika tidak disertakan dengan cerita serta penerangan terpeinci sejarah dari pemandu pelancong beratuliah. Pelbagai informasi yang anda mungkin merasakan terlalu berharag untuk kita ketahui bakal anda fahami disini.

Kussam Ibn Abbas juga dimakam kan disini dan merupakan sebuah makam paling indah serta istimewa untuk kita ketahui akan ceritanya. Sepupu Nabi Muhammad S.A.W ini disemadikan disini akan kepentingan beliau kepada Samarkand pada ketika itu.

Mengkagumi keindahan senibena lama yang di ilhamkan oleh arkitek awal semasa kegemilangan islamiah. inilah yang mengkagumkan kita untuk mentafsir nya sebagai sebuah kejayaan atau kegemilangan Islam pada ketika itu.
Kompleks Shaki Zindeh ini sebenarnya juga merupakan pusat arkieologi tertua di Uzbekistan. Bukan hanya kompleks makam raja lama shaja malah sebelunya merupakan sebuah pusat agama kuno tertua yang masih lagi di kaji akan kewujudan nya.

PERKARANGAN MAKAM IMAM AL-BUKHARI
- Tidak lengkap rasanya jika anda ke Samarkand tanpa melawat makam tokoh Islam terkemuka. Pengumpul hadith ini tidaklain dan tidak bukan Imam Al Bukari. Lahir di Bukara dan menetap serta meninggal di Samarkand pada tahun 870
Apa yang Apple Muslim Holiday sarankan untuk pelanggan kami pabila melawat Uzbekistan ini adalah beramah mesra dengan penduduk setempat disini. Apatah lagi jika anda mampu untuk berjumpa sendiri dengan salah seorang Imam di perkarangan makam Imam Al Bukhari ini.
Selain solat bersama sekiranya waktu sesuai anda juga boleh beramah menyampaikan hajat serta sedekah untuk kompleks agama di sini. Dengan beberapa buah madrasah serta pusat pengajian Al Quran yang terdapat disini anda mampu untuk menberikan sumbangan ilklas kepada mereka sebagai bekal di kemudian hari.

Makam Iman Al Bukhari - mendengar cerita serta keterujaan beliau dalam mengumpul hadith -hadith sahih serta jasa beliau pasti mambawa hati kita sayu. Apatah lagi bila kedua dua kuasa pada teika itu yang tidak mampu mambawa beliau untuk menetap di kota besar Samarkand juga sungguh menyayat hati. Sedangkan pengumpul Hadith Sahih ini sungguh berjasa sehingga ke liang lahadnya.

Terdapaat beberapa orang ahli Qariah yang berada disini untuk mengkumandangkan bacaan ayat suci Al Quran setiap hari. Tidk termasuk hari -hari kebesaran Islam, kompleks makam Imam Al Buhari ini


Bebi Khanum Bazar. Kali ini anda bakal mencuba nasib untuk tawar menawar di sekiatr bazar indah serta bersejarah ini.  Penuh warna warni kehidupan Samarkand serta budaya yang sungguh menarik untuk anda semua nikmati.
Pelbagai bahan alami boleh kita lihat terjual disini. Nadi kehidupan masyarakat setempat yang berbilang kaum sebernarnya. Namun hidup rukun demi kesejahteraan mereka seharian.
Dari buahan kering hingga lah sayuran segar serta kelengkapan rumah dan cenderahati semuanya berada di satu bumbung.
Kompleks bazar yang berhampiran Makam Isteri tercita Amir Timur. Sebelahnya pula merupakan sebuah Masjid indah yang menjadi mercutanda kawasan ini. Kenapa Bebi Khanum di makam berjauhan dengan kompleks makam raja raja lain? anda pasti ingin mengetaahui nya.

Kelihatan masjid Bebi KHanum yang sungguh indah serta masih utuh walaupun perah dibaik pulih selepas siri gegaran gempa bumi di sini pada 1897.