apple muslim holiday

Wednesday, April 13, 2011

RADIASI JEPUN DI KOREA JEJU

11 March 2011 menjadi tarikh keramat bagi penduduk utara Jepun. Tsunami yang berlaku akibat gempa bumi bawah laut utara Honshu menjadikan Daerah Sendai mendapat musibah luarbiasa dalam hanya beberapa saat sahaja.

Rentetan dari kejadian ini, beberapa siri gempa bumi sekitar Honshu melibatkan kawasan loji nuklear Jepun mengalami kerosakkan yang seterusnya menyumbang kepada bahana pencemaran radioaktif tahap sukar dikesan.


Beberapa hari setelah diberitahu oleh pakar alam sekitar serta ahli kaji bumi dan udara Jepun akan kesan radioaktif tahap Gamma sekitarnya - masih ramai dikalangan pemberita luar menyajikan berita yang tidak berapa pasti akan hal sebenar yang menimpa Jepun.

Korea negara jiran yang jauhnya agak beberapa ribu batu menerima kesan dari tragedi ini. Apple Muslim Holiday - Apple Vacation yang merupakan agensi tunggal bagi pakej Muslim ke Jepun sangat menerima kesan mendalam - apatah lagi beberapa siri lawatan terpaksa ditangguh. Namun begitu semangat para pelanggan kami yang masih ingin melihat keindahan Korea ( negara jiran Jepun) tidak kami abaikan.

Sungguhpun ketakutan masih dirasai namun kesungguhan peserta lawatan kami pada 2 April 2011 yang lepas tidak boleh dipandang enteng. Para pekerja Apple Muslim Holiday yang sungguh berdidikasi serta dinamik memberi semangat serta keyakinan untuk pelanggan kami meneruskan lawatan mereka. Ini yang menjadi kan kami bersatu dalam apa keadaan sekalipun.
Peserta lawatan seramai 25 orang termasuk 2 bayi dan 1 kanak- kanak 5 tahun di bawa oleh saya sendiri . Apa yang menjadi soalan pertama mereka setibanya di Korea ? - bila kita akan bershopping agaknya? Bila kami boleh melihat bunga sakura? - sungguh menyenangkan kami satu team. Pemandu pelancong kami yang juga dikalangan senior dipilih khas oleh saya sendiri untuk menjamin keselesaan serta kepuasan pelanggan kali ini.

Tiba di Korea dengan pesawat baru Korean Air - dibawa terus melawat Lapangan Dataran Negara Korea sekitar Blue House ( president house ). Sarangche yang agak baru diperkenalkan dalam pakej kami banyak memberi pengetahuan kepada pelanggan kami.
Sarangchea - mendalami sejarah moden Korea serta bersifat kontempori Korea moden.


Istana Gyongbokgung - dengan acara pertukaran pengawal istana menjadikan pengalaman kesini agak menarik. Bukan hanya bangunan purba kosong namun ada ceritanya.


Penerangan terperinci oleh pemandu pelancong kami yang sangat berpengalaman.


Pulau Jeju menggamit ketibaan kami dengan hujan renyai - cuaca agak buruk namun indahnya tidak lapuk dek hujan. Dongsuan Dragon Head - antara lawatan pertama kami disini




Jika ke pulau Jeju makanan lautnya sangat menjadi perhatian- segar serta varisi. Abalone termahal menjadi hidangan semua. Sajian makanan laut pertama kami disini. Rasanya ? - ikut kami ke sini nanti.....


Scopjikoji - hanya beberapa minit dari hotel penginapan - keindahan reapsead ( Canola ) mengubat peserta lawatan yang teringin melihat Sakura sekitar Jeju.


Seongsang Sunrise peak - di kejauhan. - Volcano tua yang menjadi mercutanda utama Jeju

70 % dari peserta lwatan kami tiba di puncaknya - satu pencapaian memberangsangkan. Kesemua mereka sungguh aktif serta mencuba semua yang kami syorkan dalam pakej Korea Jeju kali ini.



Bentuk muka bumi Jeju yang sungguh menawan



Lawatan ke ladang oren yang amat terkenal di Jeju.


ATV - antara permainan X factor yang menjadi salah satu tarikkan pakej kami kali ini. Kepada sesiapa yang meminati X game ini - mengapa tidak ikut kami ke Jeju disiri akan datang .


Trick Art Museum Jeju - juga sesuatu yang baru yang agak menyeronokkan. Benar atau tidak anda pastikan sendiri disini.





Akhirnya Sakura dapat kami lihat sekitar Jeju - Barisan pokok ceri sekitar stadium utama Jeju menjadi lawatan kami - hanya kerana Sakura.




Pulau Nami - Lawatan wajib bagi pakej kami setelah pulang ke Seoul. Walaupun sejuk namun setiap musim kesini menyajikan keindahan luarbisa mengikut perubahan waktu.


Makanan orientasi di Pulau Nami - Dorsit - ringkas namun lazat serta berkhasiat. Apa yang penting sajianya halal.


Keindahan sekitar Nami - walaupun belum mempunyai bunga sakura namun sekitarnya masih indah


Ada yang berpeluang berbasikal sekitar Nami - nostalgia Winter Sonata disini.

Berhenti seketika di Chuncheon Myondong - bandar asal Winter Sionata - tidak kalah membeli disini sekiranya masa diberi lebih lama kata salah seorang peserta lawatan kami. Namun masih banyak shopping akan dilakukan di tempat lain nanti.



Everland - Segalanya disini


Zootopia - saksikan binatang luarbiasa ciptaan Maha Esa - Liger ( kacukkan Tiger dan Lion ) Bagaimana rupanya - ikut kami kesini nanti . .......


karnival musim bunga menjadi tarikkan kami disini. Persembahan parade terhebat kali ini.



Pesta tulip sekitar 4 seasons garden.




Sepasu tulip.



Kimchi - satu kemestian jika anda ke Korea - DIY aktiviti menjadi lebih menarik sekiranya dilakukan bersama sahabat baru serta ahlikeluarga yang bersama-sama dalam lawatan kami kali ini.


Apa lagi - acara menukar peribadi anda - Gundik maharaja atau ratu sehari - Hanbok

Apple Muslim Holiday - tidak pernah mengabaikan waktu solat serta tempat yang akan disediakan kepada peserta lawatan kami.


Cyeongaycheon Stream - dari terusan terkotor kepada sebuah terusan paling bersih didunia.





Pengertian entertainment atau persembahan - percaya atau tidak apa yang saya katakan ? saya rasa anda setuju. Ingin mengetahuinya - ikut kami siri lawatan seterusnya.





Han River Cruise - Akhirnya semua peserta lawatan setuju untuk menikmati suasana romantik beramai-ramai di dek atas kapal pelawat ini - walaupun udara malam itu tidak semesra kami.






Magnolia - hanya warna putih berkembang awal tahun ini - Bunga unggu nya masih belum mekar lagi - mungkin menanti anda kesini barangkali........... Begitu juga sakuranya.


Makanan diraja Korea - Bungjib - dengan daun selasih - segar serta luarbiasa. Anda berpeluang merasai masakkan korea tradisi serta moden - paling penting penyediaan nya yang halal.



Bersama pemandu pelancong Kami Mr Park Yong Kee Mungkin namanya tidak sehebat pelakon Korea namun kredibiliti beliau sebagai seorang pemandu pelancong bertauliah sangat dikagumi.

sebelum berlepas ke tanah air - kami sempat membuat kraftangan di pusat pelancongan Korea - keistimewaan yang ada pada pakej kami jika anda mengikutinya nanti.


SOALNYA : BAGAIMANA PULA RADIASI JEPUN DI KOREA YANG DIGEMBAR-GEMBURKAN ? - saya sendiri tidak perlu menjawab nya - anda buktikan sendiri.