apple muslim holiday

Friday, August 21, 2009

Taiwan Menarik Hati Pengunjung Muslim

Apple Muslim Holiday sentiasa berkerja keras bagi memperbaiki nilai pakej serta kualiti yang ditawarkan terutama apabila ianya melibatkan destinasi yang bukan dikalangan negara Islam.
Taiwan - sebuah negara kepulauan 4 Musim dengan penduduk Muslimnya yang kini berjumlah lebih kurang 50 ribu orang yang rata-ratanya berada di hampir pelusuk negara yang hanya sebesar negeri Pahang ini




Dengan 6 buah masjid utama serata Taiwan sekitar Taipei, Taoyuan, Taichung, Tainan dan Kaohsiung, ianya kini bukan lagi menjadi masalah utama pengunjung Muslim ke sini. Apple Muslim Holiday dengan kerjasama dari China Muslim Association Taiwan serta bantuan yang amat hebat dari Taiwan Visitor Association ingin menawarkan pelbagai pakej menarik untuk dinikmati masyarakat Muslim amnya terutama dari Malaysia khususnya

Suasana di Masjid Utama Taipei semasa Solat Jumaat


Imam Besar Masjid

Beramah mesra dengan masyarakat setempat yang sungguh peramah serta baik hati - antara aktiviti yang bakal anda nikmati dengan Apple Muslim Holiday


Makanan merupakan kreteria utama bagi pelancong Muslim ke Taiwan - dan dengan Apple Muslim Holiday semuanya bukan lagi menjadi masalah besar. Selain menjanjikan makanan tradisi masyarakat Taiwan dengan sajian halal, rasa rindu terhadap rasa serta masakan tempatan negara kita dapat dipenuhi kerana pakej kami sudah pasti akan menyediakan nya untuk anda seisi keluarga semasa lawatan.


Merasai Masakan Thai di Taiwan - kegemaran ramai dimana jua berada


Pengemar Mamak Stall serta kari juga tidak akan merinduinya lagi semasa melancong bersama kami



Hampir dengan rasa masakkan Padang - Dari Kunming - sudah pasti mengamit rasa di perantauan

Merasai Mee Daging Taiwan yang amat menyelerakan - dihidangkan khas oleh tukang masak nya sendiri yang beragama Islam


Ada dikalangan syarikat pelancongan menyediakan makanan yang tidak terjamin seperti Pork Free. Namun tidak bagi kami di Apple Muslim Holiday. Walau sarapan pagi sekalipun kami tidak akan membenarkan hal ini berlaku memandangkan kami amat memandang serius untuk jaminan para pelangan kami ketika melancong bersama.

Oleh itu, bukan sahaja dari segi masakkan serta sumber bahan mentah yang digunakan kami selidik malah pinggan, mangkuk serta peralatan dapur juga manjadi keutamaan bagi menjamin masakan halal yang dihidangkan kepada para tetamu kami.

Pasar di Masjid utama Taipei - menyediakan bahan mentah halal keluaran tempatan dan antarabangsa - menjadi pusat perolehan bahan mentah secara halal dengan mudah bagi pengusaha restoren Muslim Taiwan

Bekalan daging dari Masjid

Tuesday, August 18, 2009

NARUWAN TAIWAN


Menjiwai Taiwan - Negara kepulauan 4 musim


Dato Desmond Lee San JP

Group Managing Director Apple Vacations & Conventions Sdn. Bhd.



Apple Muslim Holiday kini menjadi satu satunya agensi pelancongan di Malaysia yang menyediakan pakej lawatan untuk Muslim ke Taiwan secara menyeluruh. Lantaran itu TVA Taiwan Visitor Association telah melantik Pengarah Urusan Kumpulan Apple Vacation & Convention Sdn. Bhd. Dato Desmond Lee San JP sebagai penasihat bagi kemasukan pelancong Muslim Malaysia ke Taiwan.


Penghargaan ini telah menyakinkan kami Apple Muslim Holiday untuk terus mempromosikan pakej ini dengan lebih meluas. Kerjasama serta kesungguhan yang ditunjukkan oleh TVA serta badan-badan yang bergantung dengan industri ini di Taiwan sungguh tidak dapat digambarkan.


H1N1 ????

Rasanya ramai yang ketakutan dengan wabak membunuh ini dan oleh kerana itu juga Taiwan tidak terkecuali dari menjadi mangsa dari nya. SARS dan wabak JE yang melanda 2 -3 tahun lepas menjadikan Taiwan lebih berhati-hati dalam penyelengaraan perihal penyakit berjangkit yang serius.
Hingga kini Taiwan masih selamat di kunjungi dan apa yang paling mengejutkan kawalan kemasukkan opelancong asing ke negara yang hanya sebesar Pahang ini lebih ketat serta teliti. Walaupun ianya bukanlah sesuatu yang boleh kita halang sebarangan namun langkah pencegahan awal atau perlindungan yang dilakukan di Taiwan lebih menyakinkan Apple Muslim Holiday untuk terus mengorak langkah ke arah lebih berjaga-jaga bukan sahaja dari segi maklumat malah juga kualiti lawatan kami.

Taipei Grand Mosque


Paling istimewa untuk Pelanggan Muslim kami

Tunjuk arah kiblat hanya di hotel yang kami sediakan

Jadual waktu solat seluruh Taiwan - tidak semua hotel menyediakanya

Restoren di hotel ( menyediakan Muslim session ) dengan segala perkakas baru yang disediakan khas untuk pelanggan Muslim kami


Cheff Muslim di hotel diperkenalkan oleh salah seorang Imam masjid Taipei Grand Mosque baru-baru ini untuk lawatan Media Melayu ke Taiwan


Siri Lawatan Pakej Muslim Di Taiwan

Pelengkap Sejarah Negara China - National Palace Museum - Khazanah agung dari beberapa Dinasti yang dibawa oleh Chiang Kai Shek ke Taipei atas sebab perlindungan dan penjagaa semasa perang Sino-Japanese dan China-Russia.
Tidak sempurna lawatan anda ke Beijing sekiranya anda tidak datang ke sini.

Martrys Shrine


Taipei 101


Chiang Kai Shek Memorial Hall


Wulai Hotspring Resort


Dengan pemandangan menakjubkan dari bilik penginapan anda ( Air terjun Wulai )



kaum Asli Atayal - sekali lihat seperti kaum Melanau Sarawak atau Kadazan Sabah

Atayal dari Malaysia

Tarian tradisi serta pertunjukan di Stadium Gaga

Bandar lama Wulai


Membeli belah serta menyusuri bandar lamanya yang penuh nostalgia




Farm Stay

Shangri La Farm ( sangat menarik dengan aktivitinya serta banyak yang boleh dipelajari )

Aktiviti di Shangri La Farm Stay ( DIY ) Do It Yourself


Aktiviti melawat ladang

Membeli belah - Satu kemestian yang seharusnya perlu dalam jadual lawatan Apple Muslim oleh itu beberapa pusat membeli-belah sekitar Taipei kami tampilkan dalam pakej lawatan ke Taiwan. Antara yang menarik seperti

Ximending Market

Wu Fen Pu


Shilin Market


Chiu Fen Old Streets


Yilan Fish Harbour

Tidak lengkap kiranya pake pelancongan kami jika tidak disertakan dengan aktiviti membeli-belah yang sudah pastinya menjadi elemen penting. Anda boleh cuba untuk menguji keberkesanan tawar-menawar anda di sini.

Monday, August 17, 2009


Lawatan bersama Apple Muslim Holiday
Menjanjikan hanya yang terbaik serta menepati citarasa anda.



Jepun (Fokus Japan Tour)
Bewarna warni mengikut musim bersesuaian percutian idaman anda

Keindahan Sakura - ditaman Sakura (Sakura Park) - menjadi tarikan utama dalam jadual siri lawatan di musim bunga (Antara penghujung March hingga awal May)

Tersergam indah : Bangunan bersejarah Osaka Castle menjadi latar belakang merah jambu Sakura

Sakura oh Sakura
Spring - Musim Bunga yang menjadi idaman setiap manusia ke Jepun



Keindahan Musim Panas - Summer Nikmati keindahan Gunung Fujiyama

warna jingga keemasan sepanjang taman indah sekitar Kyoto - salah satu tarikkan yang dapat kita lihat ketika melancong pada musim Luruh

(Autumn - penghujung Oktober hingga Pertengahan November)

Waktu keemasan di Musim Luruh - Autumn - Warna-warna pengalaman percutian mengasyikkan


Sesejuk Salju - Winter - Ryokan Spa Resort menanti anda


Korea (Dinamik Korea)
Semua Musim Ada Keistimewaanya

Musim Bunga - Spring



Keindahan bunga plum dan ceri di sekitar Pulau Nami (Nami Island) salah satu pemandangan yang akan anda rasai ketika bercuti bersama kami.


Musim Panas - Summer - Stairs to the Heaven

Kehijauan pepohonan Alpine di Pulau Nami semasa Musim Panas

Pesta musim panas di Everland - Taman tema terkemuka dan terkenal dalam siri drama Stairs to Heaven


Musim Luruh - Autumn - Autumn in My Heart




Musim Luruh di Nami Island


Menyusuri Lorong Autumn di Changdeokgung Palace


Musim Salji - Winter - Winter Sonata



Keputihan Salji di Ski Resort Pyongchang ( Hanwha Pheonix Resort ) taraf 5 bintang dengan kemudahan ski serta bilik penginapanya yang agak selesa untuk seisi keluarga.


Makanan Tradisi Korea halal yang disediakan untuk tetamu kami.
Nikmati juadah tradisi masakan korea yang semestinya menjadi kebanggan rakyat negaranya. Kami sediakan di restoren makanan halal - agak menarik serta sesuai selera orang kita disini

Sup makanan laut - bersayur tanpa bahan perisa tambahan dan sungguh menyelerakan terutama semasa cuaca sejuk. Berkhasiat serta dimasak secara merebus dan dihidangkan bersama beberapa masakan lain.

Sangat segar serta mewah - daun selasih bersama kaviar putih dimakan dengan campuran sayuran segar dan ikan salmon segar. Sekali pandang seperti Ming Kam dari Thailand kan .... Namun percayalah rasanya sangat berbeza.

Pelbagai jenis Kimchi ( sayuran jeruk ) baik untuk sistem penghadaman - sesuai dengan citarasa rakyat Malaysia - Pedas dan berperisa. Terdapat lebih beribu jenis kimchi di Korea dan anda bertuah dapat merasa beberapa yang terkemuka antaranya.

Sup Ayam Ginseng bersama nasi disediakan di restoren halal. Antara makanan kegemaran sejak Dinasti Joseon serta mempunyai khasiat terbaik untuk para peserta lawatan kami

Paling penting - setiap restoren yang kami sediakan perlu mempunyai tanda halal dari Korean Muslim Association bagi menjamin makanan yang dihidangkan serta sumbernya.


Bimbimbap - Nasi campur yang amat terkenal di Korea. Dihidangkan secara tradisional serta kandungan nya berbeza mengikut musim