apple muslim holiday

Monday, September 14, 2009

MATTA FAIR SEPTEMBER 2009

Syukur, MATTA Fair yang lepas berlalu dengan penuh kegembiraan walaupun dalam bulan puasa. Kami mempunyai t shirt baru khas untuk Matta kali ini. Putih dengan stiker purple dan merah dibelakang.




Suasana booth Muslim department yang agak sibuk terutama pada hari ke 2.




Para pelanggan memakai penutup nafas - langkah berjaga-jaga H1N1. Namun ada desas-desus mengatakan pihak penganjur sebenarnya menyediakan alat pengimbas suhu badan sebelum memasuki ruang legar Matta dari hall 3 - pada hari berlangsungnya travel fair ini - tidak ada sebarang alat pengimbas pun tersedia.



Semuanya seronok dengan hasil September 2009 kali ini. Semoga 2010 akan datang membawa lebih banyak rezeki untuk rakyat Malaysia.




SELAMAT HARI RAYA DARI APPLE


Sekian sebulan kita berpuasa kini hampir tiba hari bahagia sempena Aidilfitri mulia. Warga Apple Muslim Holiday dan Apple Vacations & Conventions Sdn. Bhd. menyusun berpuluh puluh malah berribu jari memohon ampun kepada semua sekiranya ada salah dan silap.
Kami akan beroperasi seperti biasa pada hari Rabu 23 September ini. Anda juga dijemput hadir ke pejabat kami untuk sebarang pertanyaan atau sebagainya dan sambutan hari raya kami adalah setiap hari di pejabat dari jam 0900 hingga jam 1800.
Beraya biar berpada. Jalan raya punca segala. Harap maaf ampun dipinta. Segala rasa segala sengketa.