apple muslim holiday

Saturday, February 13, 2016

ST PETERSBURG UNESCO HERITAGE

 Peter The Great pengasas nya - diperkukuhkan lagi kedudukan sebagai sebuah kota indah dengan binaan yang mengkagumkan. Inilah St Petersburg. Kota indah sekitar Scandinavia yang tidak perlu disangkal akan senibena serta sejarahnya. Merupakan kote kedua terbesar di Russia setelah Moscow.
Perluasan kuasa yang hebat dengan kata-kata tanpa perang serta mengukuhkan empire Russia semasa pemerintaha nya. Peter the Great berjaya di era nya sehingga terkemuka seluruh empayar Eropah.
 Mempunyai taburan bangunan indah sekitarnya serta berada berhapiran laut Baltik serta Ireland - menjadikan ianya juga agak cenderung kepada citarasa utara Eropah.
 Banyak pusat lawatan yang bakal anda nikmati di sini. Antara yang amat menarik untuk dilawati ialah Winter Palace atau Hermitage Museum.
 Inilah dereta bangunan indah berhadapan sungai Neva yang mengandungi khazanah paling beharga dari seluru Russia. Anda pasti terpegun dengan keindahan serta ketelitian bentuk bangunan nya malah bukan itu sahaja, himpunan karya serta harta yang terkandung didalam nya adalah nyawa bagi Hermitage
 Setanding dengan Versailles di Perancis, Hermitage dikatakan menjadi harta paling lumayan yang tidak mungkin diperolehi oleh mana-mana raja sekalipun. Bahkan istana terbesar ini menyimpan lebih 3 juta koleksi luarbiasa. Deretan istana yang terdiri dari 6 buah istana ini tidak setanding dengan muzium lain.
 Ruang uutama untuk ke tingkat 2 - anda saksikan sendiri keindahan seni ukiran serta tata rias nya yang luar biasa. Istana Musim Sejuk ini diberikan nama sempena keindahan nya sesuai untuk menghangatkan dii ketika dingin.
 Sejak 1760 inayan menjadi istana bersemayam nya Tsars Russia. Dibena untuk anak kesayangan nya Elizabeth namun ianya tidak sempat siap ssemasa hayatnya. Inilah kasih sayang seorang ayah terhadap anaknya.

 Interior yang dapat anda saksikan sendiri ketika lawatan penuh ke Hermitage Palace ini.

 Pelbagai ruang istimewa bakal anda semua saksikan. Malah anda juga berpeluang untuk melihat sendiri ruang ballroom emas yang tdak mungkin anda lihat di musium lain.
 Terlalu banyk untuk diceritakan tentang Hermita ini sendiri dan untuk mengetahui nya lebih mandalam anda perlu mangikut kami ke mari.



 Antara koleksi yang bakal anda lihar etrta telitikan di sepanjang lawatan kemari.



 Antara coridoor paling istimewa seakan berada di St Peter Vatican Rome. Ada cerita nya akan kesamaan ini. dan untuk mengetahui nya anda ikut kemari bersama kami nanti.
 Selain St Basil yang indah dengan kubah nya yang bewarna warni, St Petersburg juga tidak kurang hebatnya. The Church of Splilled Blood antara geraja yang juga mempunyai rekabentuk istimewa di kota St Peter ini.


 Hiasan nya yang juga seakan St Basil namun lebih 3D menjadikan inya kelihatan seakan sakan dengan St Basil di Moscow. Ramai yang tersilap akan kesamaan 2 bangunan ini.

 Membeli belah sudah pasti menjadi agenda kami di Russia. Dari barangan tradisi atau cebderahati hinggalah ke item yang berjenama pasti menjadi harapan seiap pelanggan kami. Nevsky Prospekt menjadi kawasan utama untuk aktiviti ini
 dari gedung mewah hinggalah ke jualan cenderahaati jalanan anda pasti mempunyai pilihan yang tidak terhingga untuk menghabiskan Ruble anda disini

 Antara cenderahati yang bakal anda bawa pulang - matryoshka doll cenderahati utama dari Russia bercirikan tradisi masyarakat setempat.  

 Negitu juga dengan perjiasan bagi kaum wanita. Ianya mungkin berbaloi untuk dibeli disini.


 Keindahan malam sekitar St Petersburg. Anda boleh saksikan perbezaan antara siang dan malam disini. Ianya sungguh berbeza. Kotanya agak bersih serta nyaman. sistem pengangkutan awam nya agak teratur serta mudah untuk di gunakan.
 Malah kota St Peter ini sebenarnya agak selamat untuk kita harungi walaupun di waktu tengah malam. Mungkin apa yang kita dengar sebelum ini tidak begitu tepat. Sebagai pelancong kami ingin menyarankan anda untuk megalami nya sendiri dan memberitahu dunia akan kesahihan perihal tempat lawatan itu sendiri. Bukan nya dari bahan bacaan semata.










Masjid indah di St Petersburg. Antara pusat lawatan yang pasti tidak mungkin kami lupakan. Inilah masanya untuk anda beramah mesra dengan penduduk Muslim tempatan. Aturcara yang telah Apple Muslim Holiday aturkan bagi ahli lawatan.
Rekabentuknnya seakan Gur Emir di Samarkhan Uzbekistan. sesuai dengan masjid yang dibana bersempena pengasanya dari Uzbekistan.
Rekabentuk nya sungguh bercirikan Islam Asia Minor atau jalan sutera. Malah ada cerita akan keindahan masjid ini untuk anda semua ketahui.