apple muslim holiday

Wednesday, October 27, 2010

KOREA OCTOBER 2010 AUTUMN IN MY HEART






Inilah yang saya sendiri cari di Korea - Kekuningan daun Ginko dan Maple merah - sangat mengamit kenangan kami di Korea.
Musim Luruh 2010 sangat hampir. Korea yang sudah pastinya terkenal dengan negara 4 musim menjadi kunjungan beberapa peserta MATTA fair kali lepas.

Bergambar kenangan di Everland - kesemua peserta kali ini sangat bersemangat walaupun jadual lawatan terpaksa ditukar memandangkan keadaan semasa yang tidak begitu baik - Musim cuti sekolah dan Cuti am di Korea menjadika semuanya penuh dengan pelancong domestik.
Tour guide Kami Ms Jenifer Shin - Seorang pemandu plencong terbaik di Korea yang senang dengan pelancong Muslim. Beliau sendiri sangat seronok ketika bersama kami kali ini.

Sangat mempersonakan - Autumn In My Heart - tema lawatan kami kali ini.

Keindahan dan keseronokkan di Everland - carnival musim luruh nya sungguh mempersonakan.


Festa bunga kek wha sekitar taman 4 musim di Everland.


Fruit farm kali ini adalah ladang buah Apple. Manis dan sungguh enak. Buahnya sungguh besar dan lazat. kami memetik buah Apple sendiri.

Memakai Hanbok - pakaian tradisi Korea di Kimchi school. Antara yang tidak dapat dilepaskan - pencarian Ms Korea Autum kali ini disandang seseorang.

Nami Island - pusat lawatan wajib - walaupun telah terlalu lama dalam jadual lawatan Apple Muslim ke Korea - Nami Island masih tidak pernah dapat dilupakan.



keindahan sekitar Nami Island - berubah warna semasa musim bertukar. Autumn menjanjikan kelainan. Akan datang nanti - Winter Sonata di Nami Island - Keistimewaan yang sangat pasti semasa anda bersama kami di Korea