apple muslim holiday

Thursday, February 25, 2010

KOREA FEBRUARY 2010 - AUTUM IN MY HEART + WINTER SONATA

Sungguh Menarik - Lawatan ke Korea kali ini bukan sahaja sangat bagus kerana semua peserta lawatan nya sangat sporting, namun mereka dapat merasai 2 musim dalam satu harga pakej. Autumn dan Winter. Pilihan yang sungguh bijak.

Keindahan maple kuning keemasan di Geok Du palace - salah sebuah istana lama terkecil yang menjadi pusat hingapan raja-raja Korea dimasa lampau.


Jika bukan kerana lawatan ini - saya sendiri tidak dapat mengenali peserta lawatan yang semuanya sangat baik. Kesemua mereka sungguh ceria dan sporting habis. Dari perjalanan ke Korea hingga lah balik ke KLIA. Mereka semua berpelunag bermain ski - ada dikalangan mereka sudah menjadi pemain hampir pro semasa lawatan ini. Tour Guide Kami Mr Tommy sangat baik dan memberikan yang terbaik.

Dorsit / Dorsirak - sajian makanan halal di Naminara Island - Kelihatan murah kerana penyediaanya rigkas - namun sangat lazat serta menjadi makanan orientasi kepada peserta lawatan kami untuk mengenali peradapan Korea.


Negara Winter Sonata - makin digemari oleh pelancong Muslim seluruh tanahair. Bukan hanya lokasi pengambaran drama terkemukanya sahaja malah makanan Muslim serta makanan tradisi Korea yang halal juga menjadikan ianya amat sesuai dikungjungi.



February sepatutnya sudah agak panas namun peserta lawatan kali ini bertuah kerana dapat menikmati suhu lebih beku berbanding biasa. Bermula dari Pyongchang- terkenal dengan siri drama "Stairs to the Heaven" - salji mengikut kami hingga ke Seoul.


Berbanding negara chopstik lain, Korea sebenarnya juga menjadi antara pakej terbaik kami sekarang ini. Tidak hairan jika ramai dikalangan pelanggan kami selesa dengan layanan yang kami sediakan di Korea kerana Apple Muslim Holiday agak sebati dengan Korea.
Terbaru kami menyediakan pakej perkahwinan atau pakej bulan madu yang agak berpatutan malah terlalu murah untuk pasangan pengantin baru atau bagi mereka yang ingin mendapatkan kelainan untuk gambar kenangan sempena perkahwinan mereka.

Dengan pelbagai tawaran menarik serta menjimatkan, peserta bulan madu kami juga bakal menerima kejutan dimana mereka mungkin membawa balik TV LG 42 inci.
Siapa tahu, balik dari melancong bersama Apple Muslim Holiday - anada bakal membawa pulang hadiah istimewa dari Korea. Peserta lawatan Korea yang lepas ada menerima LG TV serta handphone. Lumayan kan. Untuk menyertainya - ikut kami pada siri lawatan seterusnya. Korea menanti anda.