apple muslim holiday

Sunday, February 21, 2010

HONSHU JAPAN - AKHIRNYA KU JAJAH JUA

Pendudukan Apple Muslim di Jepun - Honsu - bukan perkara baru, namun lawatan saya kali ini amat menyeronokkan. Bukan sahaja pengalam menarik ditimba oleh setiap ahli lawatanya yang semuanya sangat sporting, malah juga k ami bersama dengan seorang pemandu pelancong yang sungguh berpengalaman.
Perhentian yang agak penting - Culture street di kuil Asakusa / Asakusa Temple. Antara yang menarik untuk dibeli disini ialah cenderahati - harganya jauh lebih murah dari tempat lain. Lawatan kesini membolehkan anda mengenali Jepun secara mendalam ( In-Dept )
Pemandangan Gunung Fuji yeng terkenal ini di Peace Park - Deretan pohon sakura menunggu masa untuk berkembang .
Bergambar kenangan di Mihana Resort & Spa dalam Yukata dan Kimono. Antara Ryokan Spa terbaik di Jepun - Air panas semulajadinya dikatakan sangat baik untuk kesihatan. Sesuai untuk pakej muslim pusat mandian di resort ini diasingkan mengikut jantina bagi keselesaan pelanggan Muslim kami.

Antara terpenting - Tokyo Disneyland - menjadi tarikkan utama pakej Muslim kami. Jika anda Melalui Narita ( Tokyo ) Disneyland seharusnya menjadi keutamaan. Bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak malah orang dewasa juga tidak melepaskan peluang mencuba permainan yang menyeronokkan disini.

Pintu Masuk Utama - Tokyo Disneyland.

Bermain Ski di Fujiten - Berlatarbelakangkan Fujiyama - Gunung Fuji hanya beberapa ratus kilometer dari tempat anda bermain ski.
Latihan awal akan kami berikan - Bukan senang mencuba perkara baru - ianya sudah pasti meyeronokkan.
Snowmobile - jika anda ingin mencubanya - jangan lupa menyediakan duit poket lebih.

Fujiyama terindah dari beberapa lurah gunung serta tasik crete hasil letusan gunung berapi kepulauan Jepun. Pemandangan dari Owakudani ini amat menakjubkan. Gunung antara gunung. Anda seharusnya tidak boleh melepaskan peluang untuk mencuba telur rebus sulfur terbaik disini. Mengikut keparcayaan sebiji boleh menambah umur panjang sehingga 7 tahun.
Kiyomitzu Temple - Sememangnya kuil Shinto lama namun lawatan kami kesini untuk menyaksikan senibina nya yang agak unik - dibina tanpa paku dengan stuktur terkukuh dan paling besar pada masa itu. Kekal sehingga kini dan ianya juga agak menarik jika anda kesini semasa Musim Bunga atau Musim Luruh.

Inilah yang uniknya tentang kuil ini. Dibina dari lemah ke hampir rabung gunung

Universal studio - inilah yang akan anda nikmati bersama kami untuk pakej Muslim ke Jepun. Osaka bukan sahaja terkenal dengan pusat fesyen terkini malah juga hiburan terkini dengan teknologi terhebat. Nikmati zaman kanak-kanak anda bersama kami disini. Anda berpeluang manjadi pelakon utama bersama watak-watak khas seperti Spiderman, Batman, Jurrasic park dan segalanya.

Bergambar kenangan - Kalian adalah peserta lawatan terbaik pernah saya bawa bersama. Terima kasih semua - Apple Muslim Holiday berharap untuk bersama-sama lagi ke destinasi yang lain.