apple muslim holiday

Wednesday, February 17, 2016

AMAZING UZBEKISTAN BERSAMA APPLE MUSLIM HOLIDAY - BUKHARA MEMPERSONAKAN

Uzbekistan - terletak di Asia tengah serta negara yang bersempadan dengan beberapa negara istimewa lain sekitarnya. Negara yang pernah berada dibawah pemerintahan Soviet Union ini menyimpan banyak khazanah Islamiah sejak beberapa dekad yang lalu. Apple Muslim Holiday membawa anda untuk mengetahui Bukhara daerah indah yang mungkin merupakan sebuah pusat lawatan yang mampu untuk memberikan pengetahuan disamping berkongsi keindahan nya sebagai sebuah kota batu yang indah
bentuk muka buminya yang agak tandus mengikut musim pasti memberikan anda tanggapan bahawa negara ini tidak banyak istimewa nya. Namun ianya kurang tepat kerana negara ini sebenarnya kaya dengan pelbagai khazanah istimewa bukan sahaja dari perut buminya malah juga sejarahnya yang terbilang.

Bukhara - satu dari keindahan yang dikagumi akan keistimewaan nya sebagai sebuah negara yang mempunyai taburan relik serta bahan sejaran paling banyak di Uzbekistan. Dengan 140 buah bangunan lama yang menjadi pusat kunjungan paling menarik sekitar Bukhara ini telah melayakkan ianya disenaraikan sebagai kota muzium paling dikunjungi pelancong sepanjang tahun. Selain merupakan sebuah bandar penting suatu ketika dahulu sebagai pusat pentadbiran, Bukhara juga menyimpan banyak sejarah penting zaman kerajaan Islam serta kepesatan matematik dan sains pada ketika itu.

Menikmati keindahan di Bukhara tidak lengkap jika anda tidak mengetahui lebih mendalam akan sejaranya yang agak panjang. Namun penerangan terpeinci serta menarik dari pemandu pelancong juga harus seiring untuk memberkan lawatan berkualiti seperti yang anda idamkan. Oleh itu Apple Muslim Holiday telah memberikan apa yang terbaik untuk dikongsi bersama pelanggan nya semasa berada disini.
Kedudukannya diantara jalan sutera ( Silk Road ) menjadikan Bukhara penting dari segi perdagangan. Perantaraan ini telah membuktikan Bukhara tidak pernah lekang dengan pedagang serantau nya dan ini dapat dilihat apabila anda melawat sendiri beberapa pusat lawatan sekitarnya.
Dari segi arkitek pula, anda dapat bayangkan Bukhara sebenarnya agak indah untuk di lawati. Bukan sahaja kota pasirnya yang membangkitkan banyak bangunan berasaskan arkitek lama yang masih kekal hingg kini tetapi juga budaya masyrakat setempat. Ciri atau hiasan bangunan yang anda lawati mungkin seakan sama namun pasti ada bezanya.

Adalah penting untuk melawat Bukhara dengan seorang pemandu pelancong yang benar-benar mengetahui akan tempat yang dilawati supaya bukan sahaja penerangan yang diberikan tidak hambar malah menyeronokkan serta berilmiah untuk semua pelancong yang mengikuti lawatan.
Magoki-Attori : menarik tentang tempat ini yang mana pernah menjadi beberapa pusat agama lain. Sebelum Islam bertapak ianya merupakan sebuah Kuil Buddha sebelum abad ke 5 seterusnya ia dijadikan Kuil bagi penganut Zorostrian. Setelah itu dijaddikan Synagogue bagi penganut Yahudi disini. Sehingga kurun ke 12 Bangunan ini telah dijadikan Masjid indah yang dinamakan Magoki Atarr - bermaksud Pusat bagi herba sempena berhampiran dengan bazaar rempah ratus disini.  
Ruang gerbang utama setiap bangunan lama sekitar Bukara merupakan ciri penting arkitek Uzbekistan yang dikatakan ditiru dari Parsi. Namun masih terdapat keistimewaan tersendiri akan corak serta kemasan yang melengkapi. Setiap corak serta tampalan mozek berciri istimewa ini mempunyai setiap ceritanya. 
Tidak hanya kerana itu, Bukhara yang juga merupakan tempat lahirnya beberapa tokoh cendekiawan yang hebat pada suatu ketika dahulu, menjadi Bukara sebagai sebuah tempat berkumpulnya khazanah berharga di bidang pendidikan serta Islamiah.
Maka tidak hairanlah jika anda mungkin akan dapat melihat instutusi pengajian kuno atau bangunan lama yang juga merupakan Madrasah serta kolej pada masa itu yang terlalu banyak sekiar Bukhara ini.
Kepentingan Madrasah sebagai institusi pengajian pada waktu itu menjadikan Bukhara masyur hingga ke tanah Arab. Malah ini lah yang menjadikan pendidikan agama serta sains teknologi di waktu itu berkembang dengan sungguh pesat.
Devon Begi - ternama akan ceritanya yang agak menyentuh hati anda. Namun terselit sedikit humor di setiap hikayatnya yang menjadikan ianya terkenal disini.
Perkarangan, Devon Begi yang sememangnya berhampiran hotel penginapan kami. Inilah yang menjadi keistimewaan bila anda bersama Apple Muslim Holiday. Anda tidak perlu berjalan jauh untuk sampai ke komplex sejarah ini akan kerana penginapan yang kami sediakan berhampiran dengan pusat lawatan.

Oleh kerana Buhkara merupakan tanah bertuah dengan lahirnya beberapa tokoh Islamiah serta Sains dan Matematik terkemuka suatu ketika dahulu, Ianya menjadi sebutan hingga beberapa negara di Eropah Timur dan Barat.

Anda mungkin melawat beberapa bangunan yang kelihatan biasa, namun apabila diterangkan akan bagaimana ianya dibena pasti anda manghargai lawatan ini. Kerana tidak semua yang kita pandang secara kasar itu hanya cantik dimata malah memberikan pengetahuan yang tidak terhingga diminda kita juga.
Perkarangan Makam Samanid dan Chasma Ayubi yang menyimpan rahsia keistimewaan Bukhara. Anda bakal mengetahui lebih banyak lagi sejarah serta teknologi kuno yang tidak mungkin kita semua ketahui dari bacaan semata
Solat di Masjid Bolo. tersergam indah berhadapan dengan Citadel Ark. Masjid ynag menghimpun khazanah Islamiah serta keagungan raja nya suatu ketika itu harus menjadi pusat lawatan pabila kesini. Apa yang masih menjadi ingatan: setinggi mana kedududkan seseorang itu walaupun dia seorang raja sekalipun, solat Jumaat untuk penghulu hari tidak mungkin boleh dibuat di dalam istana sendiri. Kerana itu Bolo Mosque menjadi sebuah masjid yang penting di masa itu .
Tiang serinya yang agak istimewa, menjadi tunjang kepada Bolo Mosque ini. Senibena yang luarbiasa dengan tiang lama dari sebatang pohon kayu yang telah diukir indah. Dengan ciri stalactite pasti mengkagum kan kita semua.

Interiornya agak keterlaluan dengan motif warna emas yang telah ditokok tambah dengan elemen flora yang sungguh indah. Oleh kerana ianya sudah terlalu lama maka banyak lukisan didalam kubah utamanya telah di tukar baru.

Citadel Ark - Kota yang juga meruakan Istana besar yang menjadi pusat pengumpulan kitab-kitab lama serta beberapa khazanah istimewa zaman Kerajaan Islam dari Arab dan sekitarnya
Kita akan berpeluang untuk melihat bukan sahaja dari luar malah intipati dari dalam bangunan tersergam di Bukara ini. Paling istimewa kita akan melewati beberapa tempat utama yang bakal memberikan anda suatu pengalaman baru akan senibena lama yang mampu mancabar minda kita untuk difikirkan. Malah anda mungkin berkata tidak sia-sia lawatan ini kerana banyak yang bakal dibawa pulang untuk dikongsi bersama dirumah nanti. 
Binnannya agak besar serta luar biasa jika ingan dibandingkan dengan teknologi dizaman sekarang pembinaannya agak mungkin mustahil sedangkan keutuhan banguman ini masih kekal. Beberapa bilik utama yang menjadi penginapan penakluknya pada ketika itu agak istimewa untuk kita lihat. 

Keistimewaan makanan di Bukhara : Bukhara Pilav - Nasi Bukhari - yang dimasak secara tradisional oleh salah satu dari pengusaha homestay di Bukhara - menjadi juadah makan tengahari anda. Inilah keisitimewaan yang bakal anda semua kecapi bila bersama Apple Muslim Holiday.

Bukan sahaja melihat serta mempelajari sendiri bagaimana ianya disediakan malah anda bisa beramah mesra dengan tuan rumah nya yang cukup peramah serta bijak berbicara. Penerangan terperinci ynag bakal diberikan oleh tuan rumah yang bakal menjamu anda nanti pasti menjadi kenangan yang tidak mungkin untuk anda lupakan. Bukan sahaja cara masakakn nya agak berbeza dari cara kita namun bahan bakar yang digunakan juga mungkin mempengaruhi kelazatan masakan itu.
Kenali masyakarat sekitar Bukhara adalah agenda kami di Apple Muslim Holiday - untuk anda beramah mesra dengan penduduk Muslim tempatan. Tidak hanya untuk nikmati juadah yang disediakan oleh mereka semata serta anda mampu untuk bertukar fikiran serta pengalaman dengan pemilik homestay disini.
Oleh kerana Apple Mualim Holiday ingin menjamin kualiti bagi penginapan peserta lawatan nya. Kami tidak menyediakan homestay untuk anda diami. tetapi hanya hotel penginapan. Bukan kerana ianya tidak sesuai namun keutamaan untuk keselesaan pelanggan kami amat penting.

Antara juadah yang dihidang khas untuk tetamu kami di Bukhara. Anda mungkin tidak dapat merasai nya di restoren biasa sekitar Uzbekistan namun  ianya bakal menjadi pengalaman paling manis untuk kita bawa ke tanah air.


Inilah hasil nya. Nasi Bukari yang mungkin popular di negara kita semasa bulan Ramadhan. Rata rata masakan yang bakal anda rasakan di setiap daerah sepanjang lawatan di Uzbekistan ini mungkin memberikan yang sungguh berbeza. inilah kepentingan bagi kami untuk mewarnai corak lawatan anda bersama Apple Muslim Holiday.
Membeli belah pasti tidak pernah menjadi aktiviti membosankan bagi setiap orang terutamanya kaum hawa. Coumpol Bazaar menjadi tujuan kami kali ini. Pasar antik yang agak purba ini pasti menarik perhatian. Bukan sahaja rekabentuknya yang terlalu antik malah barangan yang ada dijual disini lebih kepada berangan keperluan pelancong
Apa lagi bila anda bisa tawar menawar untuk mendapatkan harga yang dipersetujui kedua-dua belah pihak semasa urusniaga. Ini yang sentiasa menjadi aktiviti paling meyeronokkan di Bukhara.
Pelbagai barangan serta cenderahati boleh anda beli disini. Apa yang penting saya pasti anda tidak kalah bila tawar menawar disini.

Satu lagi pusat lawatan kita disini ialah Kompleks Lyabi Khauz yang merupakan sebuah pusat sejarah serta peradaban manusia yang dianggap agak luar biasa.
Anda akan ketahui akan sejarahnya yang sunnguh menakjubkan dan antara nya bagaimana Menara Khalon tidak boleh dimusnahkan oleh Genghis Khan yang telah pun Menakluki kota ini pada ketika itu.
Bergambar kenangan di sekitar perkarangan Lyabi Khauz yang agak menarik untuk kita ketahui akan sejarahnya. Bentuk bagunan disini muang agak sama dengan yang lain namun cerita disebalik nya menjadikan ianya harus dijunjungi oleh setiap peserta lawatan kesini.
Dengan penerangan penuh serta keterangan yang diberikan oleh ketua lawatan serta kerjasama dari pelanggan yang dihormati - pasti lawatan bersama menjadi lebih bermakna serta berbaloi untuk dinikmati. Oleh itu Apple Muslim Holiday bukan sahaja menitikberatkan jadual lawatan serta tempat lawatan yang bakal anda lawati bahkan semua elemen penting semasa bersama kami menjadi itippati penting.

Bukara bukan sahaja indah dimata - sejarahnya serta namanya yang meniti bibir setiap pedangan yang pernah melalui sepanjang jalan sutera suatu ketika dahulu pasti mengamit anda untuk berkunjung kemari. Lahirnya tokoh tokoh hebat dunia juga berasal dari sini yang menjadikan Bukara pernah diburu serta diintip bukan sahaja Barat malah kuasa besar seitarnya. Indahnya Bukhara yang mempersonakan. 



5 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home