apple muslim holiday

Wednesday, June 22, 2016

SHANGHAI HANGZHOU DAN BEIJING SATU LAWATAN HEBAT

Pakej kami bermula dengan melawat Hangzhou sebuah daerah ynag agak istimewa di China untuk diterokai. Hangzahou merupakan ibu kota bagi Zhejiang China.
Apa yang menariknya Hangzhou? sehingga perlu ke mari untuk bermalam disini. Hangzahou merupakan daerah paling hijau di China. Dengan taburan hujan yang agak kerap berbanding daerah lain kawasan nya juga agak subur serta lebih lembab
West Lake merupakan sebuah pusat pelancongan tradisi yang terkenal sejak zaman dinasty Song lagi. Ianya merupakan sebuah tasik indah dengan ceritanya yang tersendiri.
Merupakan sebuah tasik yang di tiru oleh kerjaan selepasnya di Beijing China akan keindahan nya di sini. Ianya juga menghubungkan Canal terpanjang yang merupakan jalan pengankutan ke kerajaan pusat suatu ketika dahulu.
Tidak lengkap jika anda ke sini tanpa menaiki Dragon Boat untuk menikmati keindahan tasik nya. Sayang cuaca hari ini agak lembab serta hujan namun kami masih dapat menikmati keindahan nya
akan kerana Hangzahou dikatakan mempunyai tanah yang agak subur maka terdapat pelbagai perusahaan pertanian disini yang terkenal dan masyur di serata China.
Antaranya perusahaan teh hijau yang berkualiti tinggi di Lonjing. Ianya juga menjadi pusat penyelidikkan teh hijau yang terkemuka disini.
Makanan halal di Hangzhau tidak mengecewakan. Kebanyakkan restoren yang kami kunjungi menyediakan juadah yang sentiasa berbeza serta berlainan. Yang paling penting ianya lazat
Tidak lengkap juga jika anda tidak menyusuri Qinghefang Ancient Street. Satu kawasan yang menarik ramai pelancong dalam dan luar negara untuk menikmati keindahannya.
dipenuhi dengan element klasik serta seni masyarakat setempat ianya berjaya menarik ramai pelancong muda untuk mengetahui akan asal usul kesenian mereka sejak dari dulu
Kota Hangzahou agak sibuk namun jaringan jalanraya nya yang agak sistematik memudahkan kami untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dengan senang
Kini kami berhenti solat di sebuah Masjid lama di sini. Pheonix Mosque sebuah masjid lama yang agak istimewa. Kenapa dipanggil masjid Burug Jentayu? anda ikut kami kemari untuk mengetahui nya nanti
Seperti biasa, kebanyakkan masjid di China tidak baru. Semua masjid di serata China selalunya mendapat gelaran Heritage akan statusnya nya yang kekal dan agak antik. Ini menunjukkan kedatangan islam ketanah besar ini sudah terlalu lama berbanding negara lain di Asia.
Bergambar kenangan di sekitar Masjid yang juga berada di culture street ini menjadikan perjalanan kami menyusuri nya sungguh bermakna. Lengkap sebagai sebuah Culture Street.
Terdapat banyak bangunan lama yang dikekalkan disini untuk tatapan semua. Malah ianya menjadi sebuah pusat pelancongan paling ramai dikunjungi setiap hari di Hangzhou.
Seterusnya kami ke Shanghai. Kota raya paling polular serta dikatakan paling cantik serata China. Berada di delta Yangtze dan asalnya sebuah perkampungan yang berkembang menjadi pusat perdagangan dunia paling mewah sehingga kini.
Luminus keindahan malam di Shanghai juga pasti menarik minat anda untuk berada disini dengan lebih lama. Kota yang bermandi cahaya ini pernah menganjurkan expo taraf dunia pada tahun 2010 dengan jayanya.
Kami sempat tiba ke Shanghai waktu petang untuk makan malam serta membeli belah di Nangjing Street. Ini adalah pusat beli belah paling terkenal disini.
Banyak yang hendak dilihat serta di beli ketika berada disini. Mana tidak nya dari pakaian bayi sehingga lah untuk plus size semuanya menarik perhatian kita.
Bukan itu sahaja, malah berkebetulan beberapa gedung disini menawarkan harga discount yang agak menarik. tidak cukup masa dibuatnya untuk memilih.
Berbanding malam, Shanghai sebenarnya sebuah kota yang agak sibuk. Jaringan jalan rayanya agak banyak serta terlalu padat dengan kenderaan yang berpusu pusu hampir setiap masa.
Apa ynag menjadikan Shanghai indah selain merupakan pusat perniagaan serta perdagangan serantau, kebanyakkan bangunan modern yang luar biasa bentuk nya berada disini.
Bangunan pencakar langit yang tidak terjangkau binaan nya banyak berada disini. Antara yang menarik untuk di kunjungi ialah Pearl TV Tower

Kami berada disini untuk menikmati apa istimewanya bangunan indah ini.
Kawasan lantai kaca nya pasti mengugat hati anda untuk berada lama diatas sini. Satu pengalaman baru bagi mereka yang belum pernah merasai nya.
Anda boleh melihat betapa tingginya anda berada dari tanah bila berada disini. Namun tidak dinafikan ramai yang gayat untuk terus berada di atas ini dengan terlalu lama.
Merupakan satu pengalaman baru serta sungguh mempersonakan. Anda perlu ke sini bila berada di Shanghai.
untuk solat zohor pula kami dibawa kesebuah masjid Xiao Taoyuan Qingzhenxi yang berada berhampiran kawasan beli belah terkemuka Chenghuangmiou.
Merupakan sebuah masjid paling besar serta paling aktif di Shanghai dengan pelbagai aktiviti keagamaan, serta mempunyai ahli jemaah kekal yang agak ramai.
Ianya dibena pada tahun 1917 dan di restorasi pada 1925 serta kekal sebagai sebuah masjid paling ramai di kunjungi. Ini mungkin kerana lokasinya terletak berhampiran kawasan pelancongan paling sibuk serta berhampiran pusat beli belah tradisi terkenal Changhuangmiou serta penempatan Muslim disini.
Kami seterusnya ke Changhuangmiou untuk membeli belah. Dengan arkiteknya yang agak istimewa kawasan ini menarik minat ramai pelancong asing untuk berkunjung serta menikmati tawar menaawar hebat disini.
Chenghunagmiou asalnya sebuah Kuil bagi City God di Shanghai. Namun ianya hilang kepentingan sebagai sebuah rumah ibadat apabila di komersil kan sebagai sebuah pusat perniagaan yang berkembang dalam sekelip mata.
Bentuk bangunan nya yang agak unik pasti menark minat kita walau dari jauh untuk datang kemari.
Terdapat beberapa Pavilion serta Tea House yang masih kekal untuk tatapan pelancong. Ada juga yag menawarkan pusat jualan barangan seperti tea berkualiti tinggi untuk mereka yang menimati teh hijau dan sebagainya.

Menikmati malam di Shanghai tidak lengkap jika anda tidak mencuba Huangpu River Cruise. Menyusuri sungai Huangpu lebih menyeronaokkan pada waktu malam berbanding tengahari
Anda bakal melihat Kota Shanghai bermandi cahaya yang sungguh indah. Huangpu mambahagikan Puxi dan Pudong. 2 bahagian Shanghai yang agak berbeza. Pudong merupakan pusat bangunan tinggi yang serba moden dan pancakar langit manakala Puxi masih lagi mempunyai kawasam penempatan serta bangunan lama yang lebih tradisi.
Inilah bentul Pearl TV Tower di waktu malam. Bertukar warna serta indah.

Kali ini kita akan mengembara dari Shanghai ke Beijing. Perjalanan darat nya jika mengikut topografi serta jarak nya ialah 1207.5 KM. Bersamaan 12 jam lebih jika menggunakan jalan pengangkutan atau highway
Namun kami inginkan keselesaan anda serta untk mambawa anda menikmati Bullet Train di China. yang mana hanya mangambil masa lebih kurang 5 jam setengah untuk sampai ke Beijing
kelajuan yang agak luar biasa serta lebih selesa berbanding keretapi laju di Eropah. Malah anda dengan mudah untuk mendapatkan bekalan air minum serta air panas di dalam keretapi ni.
Setiba Beijing kami bersolat di masjid lama yang dikatakan paling tua disini.
Masjid Nuijie. Berada di daerah Nuijie dan merupakan kawasan yang agak ramai penduduk Muslim nya. Lebih kurang terdapat lebih dari 10 ribu Muslim yang tinggal di kejiranan ini
Dibena pada tahun 996 iaitu pada Dinasti Liao dan telah di perbesarkan binaan nya serta dibaik pulih oleh Emperor Kangxi pada zaman Dinasti Qing.
Terdapat beberapa bangunan utama di masjid yang istimewa ini. Malah ianya mengasingkan pusat solat bagi wanita di sebuah bangunan yang lain. Keunikkan bangunannya terserlah dengan warna indah masjid ini.
Ciri tradisional China dengan arkitek seakan pagoda menjadikan Masjid Nuiji ini sungguh luar biasa. Maka tidak hairan lah jika ianya merupakan sebuah masjid paling rama dikunjingi di Beijing China sepanjang tahun.
Anda pasti akan terpegun bila menikmati persembahan akrobatik China di Beijing. Ianya penuh dengan aksi yang pasti mendebarkan anda.
 Bukan itu sahaja, penataan cahaya serta musik dan juga persembahan yang sungguh profesional oleh mereka  malayakkan persembahan mereka ini dianggap bertaraf dunia.
Tidak ke Beijing lah anda jika tidak ke Tembok Besar ( Great Wall of China ) Merupakan aktiviti lawatan wajib yang perlu ada pabila ke Beijing China.
Bentuk yang menyerupai Naga di rabung bukit ini menyimpan banyak sejarah lama sejak beberapa Dinasti lagi. Persoalan nya bagaimana ianya dibena pada zaman itu tanpa menggunakan peralatan yang tidak mungkin dapat dilakukan
Inilah keunikkan yang pasti anda semua perlu tahu serta jejaki sendiri pabila berada di Beijing. Jika anda perhatikan. setiap batuan serta binaan tembok besar ini dan juga ketinggian nya yang hampir mustahil untuk dibena manusia biasa pasti anda kagum
Berhenti seketika sebelum meneruskan langkah hingga ke tempat paling larat untuk dijejaki.
Birds Nest atau stadium olimpik 2008 juga merupakan sebuah pusat lawatan yang pasti dikunjungi oleh semua pelancong setiap hari.
Begitu juga TianMenh Square Beijing. Dataran paling besar yang menyimpan banyak kisah berpandukan politik masih dipenuhi oleh ramai pelancong setiap masa.
Mana tidaknya setiap pelncong yang datang ke Beijing pasti akan kemari untuk mengenali China dengan lebih tepat.
Berhampiran Tian Menh Square ini juga adalah pintu masuk utama ke Forbidden City atau kota diraja yang menjadi larangan untuk rakyat biasa masuk kedalam nya.
Setelah Maharaja terakhir Pu Yi keluar dari Kota larangan ini serta kerajaan Chairmain Mao mengambil alih tampuk pemerintahan Kota larangan ini dah hilanglah kepentingan sebagai sebuah pusat pemerintahan beraja di China.
Kini ianya telah dibuka untuk lawatan orang awam hampr setiap hari sepanjang tahun. Dan Forbidden City ini juga dikatakan merupakan pusat lawatan paling terkenal di China yang menerima kunjungan paling ramai setiap hari.
Bangunan asal yang masih kekal di perkukuhkan untuk tatapan umum dan yang paling menarik ianya adalah bangunan asal yang tidak pernah diubah sedikit pun demi menjaga khazanah agung kerajaan China ini.
Kami juga melawat Summer Palace di Beijing yang mana merupakan sebuat pusat lawatan yang agak indah dan menyerupai West Lake di Hangzhou. Sebenarnya ia adalah tiruan dari West Lake yang telah menarik minat seorang Maharani untuk membina seakan nya di Beijing.
Beijing juga mempunyai banyak bangunan moden yang agak hebat binaan nya. Namun kepesatan Beijing yang selaras dengan kepesatan penduduk nya yang terlalu ramai ini menjadikan Beijing agak sesak serta mengalami masalah trafik yang teruk.
Apa pun China sebenarnya mempunyai banyak tempat menarik untuk di kunjungi dan jika anda ingin menikmati beberapa daerah sekaligus dalam satu lawatn kami bersedia untuk mambawa anda menikmati nya.