apple muslim holiday

Wednesday, January 13, 2010

Musim Luruh Sentiasa dihati...KOREA


Kebanyakkan pengembaraan filem atau drama popular Korea diadakan di Daerah Gangwon-do. Kecantikan semulajadinya berjaya menggamit kedatangan pelancong asing terutamanya pelacong muslim dari Malaysia.
Pulau Nam-I lebih terkenal dari kebanyakkan tempat pelancongan di Korea dan menjadi tumpuan bagi setiap mereka yang berkunjung ke sini. Bila bercerita tentang filem Winter Sonata, Autumn in My Heart siapa yang tidak mengidamkan tempat ini sebagai suatu tempat yang sangat romantik dan indah.
akan bersambung.....nanti..

Labels: ,

Monday, January 11, 2010

ISTANBUL KEINDAHAN MU LUAR BIASA

KEMBARA BERSAMA APPLE KE NEGARA ANTARA DUA BENUA
TURKEY

Bergambar di sekitar Penginapan unggul sultan-sultan Ottoman di Istana Topkapi.


Masjid Biru ( BLUE MOSQUE ) atau Sultanahmet Mosque dibina pada tahun 1561 dengan 6 Menara tinggi lambang kejayaan kerajaan Ottoman ketika itu. dipanggil msajid bitu kerana keindahan tile serta jubin dan mozek birunya yang melatari dinding serta bebrapa bahagian kubah masjid tua ini. rata-rata kawasan masjid ini dilengkapi dengan mamar biru tua serta batuan granit yang amat besar.


mengkagumkan - inilah yang boleh dikatakan apabila berada didalamnya. walaupun kali ini adalah sudah ke beberapa kali saya ke sini - setiap kali itu juga saya merasakan ianya amat mengkagumkan. Bukan sahaja kerana keindahan senibinanya yang luar biasa malah ketinggian siling bangunan ini yang menjadi ukuran bagaimana ianya dibina tanpa peralatan moden dizaman dahulu.

Antara ruang legar tempat solat tambahan diluar dewan utama menghadap mimbar. Kelihatan tempat whuduk tertua dengan senibina ala Seljuk menjadikan ianya lebih kelihatan islamik.


AyaSofya yang menjadi lambang syiar Islam semasa kedaulatan empayar Ottoman. Bangunan prasejarah ini pernah menerima jolokkan " The finest and The best basilica ( Churches ) in the world for more then 1000 years" sejak zaman Byzantium, Constantinople hinggalah awal pendudukan empayar Ottoman. Pernah diruntuhkan sejak zaman Roman, Parsi serta Yunani tua dimana kesan tinggalan tapak bagunan asal purbanya masih dapat kelihatan.
Antara yang menarik - Mihrab yang agak ke kanan sedikit arahnya beralih dari yang asal dimana digunakan sebagai tempat beragama bagi penganut asal Kristian khatolik. Rekabentuk yang sungguh mengkagumkan dengan jubin serta mozek emas sekitarnya. Amat menakjubkan bila anda berada didalamnya dengan senibina sungguh luarbiasa. Hampir semua lukisan asal Gereja ini dilitupi karya baru zaman Ottoman namun dikikis semula untuk tatapan pelancong bagi memperlihatkan karya asal dibangunan ini




Antara bentuk dorm yang tidak sempurna kerana dibina tanpa peralatan moden yang pada ketika itu menjadikan ianya lebih mengkagumkan. Siling tinggi menjadi senibina utama bagi bentuk dorm Parsi serta Rom menandakan ianya mempunyai kaitan dengan situasi ketika itu. Tampalan cat kuning dari campuran putih telur semasa zaman pemerintahan Utmaniah Ottoman dikikis bagi memperlihatkan mozek atau ukiran asal gereja tertua ini. Batuan mamar pelbagai warna menjadikan ianya sebuah bangunan terbaik dizaman purba yang masih bertahan hingga kini. Cuba bayangkan bagaimana ianya dinagkut dari beberapa daerah serata benua untuk mendapatkan batuan mamar terbaik dengan ukiran agak unik bagi rumah ibadat ini.




Inilah tingalah asal 4 kali gereja tua yang asal dibina diatas tapak yang sama. mash terdapat tinggalan lama dibawanya yang masih belum di carigali oleh kerana terlalu banyak hasil sejarahnya. Bagunan yang dulunya sebuah Gereja ditukarkan kepada Masjid terbesar dan kini menjadi Museum peradaban terbaik disini.

Dolmabache- istana lama kepunyaan MustapaKemalAltartuk Bapa pemodenan Turkey - menjadi lambang keutuhan istanbul sepanjang zaman. disinilah beliau dikatakan menghembuskan nafas terakhir pada 10 November 1938. Hingga kini ianya dijaga rapi serta menjadi tarikkan pelancongan yang tidak pernah menghampakan. terdapat sebuah lampu chandelier terbesar seberat beberapa tan tergantung didalamnya menjadi antara yang menarik untuk dikunjungi.

Pemandangan hebat Masjid Ortakoy yang asalnya sebuah gereja Katolik tua. Sarapan enak biasanya boleh didapai disini setiap pagi selepas solat subuh. Namun tidak berapa digemari pelancong kerana suhu nya terlalu dingin. saya pernah kesitu untuk pemandangan indah serta mendengar siulan camar pagi.


Pelayaran Bosporus Cruise ( private ) Menikmati pemandangan indah dalam pelayaran sementara di selat Bosporus ( Bosporus Cruise ) dengan Apple Muslim Holiday anda berpeluang menyertai pelayaran ini yang mana ianya termasuk dalam jadual pakej kami.

Kapalicarsi - Grand bazar yang merupakan antara yang menarik untuk dikunjungi - Bazar berbumbung tertua keiga terbesar didunia ini menjadi kemegahan semasa zaman kegemilangan empayar Ottoman di Turkey. lakaran corak serta mozek asal yang masih utuh kelihatan adalah sejak zaman pemerintahan Sultan Mehmet kekal hingga sekarang . Lebih dari beberapa ribu buah kedai menjual hampir pelbagai barangan asal Turkey serta dari negara jiran terdapat disini. kebanyakkan peniaga disini adalah merupakan pemilik lot kedai asal sejak turun temurun - menjadikan ianya lebih istimewa dan amat dikagumi.
Antara Masjid berhampiran Kapali Carsi tersergam indah dengan sejarahnya yang tersendiri.


Bergambar kenangan bersama pemandu pelancong kami di lapangan terbang Istanbul - Akan aku kunjungi lagi dimasa kan datang - kerana sejarahmu yang terbilang mengamit segala yang terindah antara dua benua dunia.





















Sunday, January 10, 2010

MUSLIM TAIWAN PREFERED

Kombinasi keindahan alam semulajadi, budaya masyarakat yang berbilang bangsa, makanan halal serata tempat, serta pusat beli belah terbaik seAsia menjadikan Taiwan sebuah destinasi yang dipilih untuk diutamakan dalah pakej Apple Muslim Holiday.




Rombongan agansi pelancongan serata Malaysia, serta media Melayu seperti Libur, Rapi, Nona dan sebaginya pada baru baru ini ( Taiwan Preffered ) membuka mata ramai dikalangan kami akan keistimewaan Taiwan serta untuk mengenal Taiwan dengan lebih baik.

Rata-rata dikalangan mereka agak seronok dengan lawatan 6 hari kami serta lawatan kali ini banyak memberikan pendedahan tentang betapa Taiwan sebenarnya sesuai untuk pelancong Muslim. lawatan ke Masjid utama Grand Mosque Taipei - membuka mata kita semua terhadap sistem solat Jumaat di Taipei.

Pusat jualan makanan halal selepas solat Jumaat oleh pembekal makana halal di seluruh Taipei


Bukan sahaja percutian ke Taiwan kali ini untuk mempromosikan serta mensuaikenalkan dengan beberapa agensi pelancongan lain seluruh Malaysia sebagai ahli kami yang baru malah bagi memberikan jambatan baru untuk kita sama-sama mempromosikan Taiwan bagi kepentingan bersama
Antara tempat menarik yang dikunjungi :

Tarian Puak Atayal - menjadi tarikan luarbiasa - hampir sama dengan budaya suku kaum di sabah dan sarawak




Pemandangan indah batuan di sekitar ShioYellieu yang sememangnya unik dan semulajadi

Taman tema menghadap lautan pasifik menjadikan Taiwan juga sesuai seisi keluarga. Pusat libur terbaik setaraf dengan Gold Coast atau Disneyland.


Taroko George - merupakan antara yang tercantik serta pemandangan luar biasa di Hualian. Merupakan pusat pelancongan terbaik di Taiwan yang perlu dilawati selepas Great Wall di China.








Antara pemandangan indah sekitar Taroko George

Makanan Halal bukan lagi menjadi persoalan utama di negara ini, malah engan menyertai pakej kami anda berpeluang untuk merasai bukan sahaja makanan tradisi penduduknya malah juga waktu solat yang menjadi keutamaan salam pakej Muslim kami.

Kesesuaian banyak resort, hotel, serta pengusaha penginapan yang telah berkejasama dengan Apple Muslim Holiday sejak tahun 2008 lagi menjadikan pakej kami dapat diselengaraan dengan mudah serta lebih berkesan. Kefahaman mereka terhadap keperluan Muslim ketika merantau telah membuka mata mata ramai rakyat negara kita akan keistimewaan Taiwan kepada Pelancong Muslim.