apple muslim holiday

Sunday, June 30, 2013

ITALI - ANDA TIDAK KALAH MEMBELI DISINI


 Itali, Jenama terkemuka dunia, Pusat fesyen hebat serta terkini, himpunan barangan mewah serta berkualiti dari seluruh Mediteranian, Kasut serta Beg dari kulit dan fabrik istimewa yang luar biasa rekaan serta kemasannya dan tidak lupa, Haruman Wangian berjenama terkenal. Semuanya sinonim dengan Itali.
Bandar besar menjadi pusat pelancongan menarik sejak berabad lalu tidak lekang di asakkan pelancong yang berpusu-pusu sepanjang tahun. Itali bukan sahaja menerima jolokkan negara paling berfesyen di dunia malah merupakan sebuah negara mengamalkan sistem demokrasi berakyat yang pertama di dunia.
Kami krew Apple Muslim Holiday bergandingan dengan seorang pemandu hebat Mr Michale kelahiran Rome yang sungguh berkaliber, amat bersyukur. Ditemukan dengan pelanggan Apple Muslim baru baru ini yang sememangnya terbaik semasa melancong bersama. Mereka yang pernah beberapa kali melancong bersama kami serta tidak pernah serik akan kekurangan kami pada siri lawatan yang lepas menjadikan semangat hanya yang terbaik membuak-buak untuk kalian.
Anda pernah meihat filem 3 wishes ?  - inilah tempatnya, Trevi De Fontana - Fountain de Trevi atau pancuran air Trevi. Terkenal akan binaanya yang agak rapi serta sungguh cantik, sekali gus  menjadikan pancuran ini antara pancuran paling terkenal serata Itali.
Lokasinya yang agak kedalam diantara bebraoa bangunan lama serta loron sempit kadang kala menyebabkan kami agak bimbang akan keselamatan pelancong - Mujurah semua pelanggan kami kali ini sangat bersemangant waja untuk merentasi pagi nan dingin untuk melihat apa yang ingin ditunjukkan mereka sepanjang perjalanan di Itali ini.
Spanish Steps - Kelihatan biasa namun terkenal akan ceritanya yang penuh tregedi. Tidak hanya tangga yang agak banyak, binaan nya sendiri agak unik jika di amati sepenuhnya. Oleh kerana kami emulakan lawatan seawal pagi dan masih lagi belum ada seorang pun ke sini sebelum kami, saya memulakan lawatan dengan penuh bersemangat.
Apatah lagi hari pertama menerokai bandar Rome ini semenagnya menjadi tujuan utama setelah semalaman dalam penerbangan dari Tanah Air.
Gedung jenama yang menawarkan pelbagai jenama masih belum dibuka lagi. Nafas lega bagi saya dan En Zadil kerana ini petanda baik. Jika tidak, kami tidak mungkin dapat menghabiskan jadual lawatan hari ini dengan beberapa lagi pusat lawatan yang bakal dikunjungi nanti. Sebaliknya kedai yang menjual pelbagai barangan hebat ini akan diserbu terlebih dahulu.
Sempat bergambar kenangan di salah sebuah kedai jenama kerana masih belum di buka lagi. Jika tidak saya telah pun tahu akan musibahnya. Usah kuatir, kami sememang nya akan membawa pelanggan kami ke tempay tang sewajarnya untuk mendapatkan apa yang dihajati masing -masing.
Bentuk bangunan sekitar Bandar Rome ini sungguh menerujakan. Anda seoleh berada di antara dua dunia berbeza. Masih kekal degan senibenanya yang agak lampau dan bersejarah.
Kota Rome merupakan sebuah kota yang sangat bersejarah. Malah kita kesini untuk melihat sebuah peradapan manusia tertua dan paling awal dalam sejarah tamadun dunia.
Begitu juga dengan rekaan bangunan serta binaan yang terdapat sekitar Rome itu sendiri. Semuanya bersifat azali dan benar-benar bercirikan binaan Roman. Maka tidak hairan lah jika anda lihat bentuk bangunan disini kesemuanya kekal sejak zaman dahulu lagi dan tidak terdapat banyak bangunan moden dibena
Sementara menunggu tiket untuk masuk ke pusat lawatan selanjutnya.
Colosseum - Jika tidak kemari - tidak ke Itali lah anda. Amphitheatre terbesar dengan jolokkan Flavian Amphtheratre ini menjadi mercutanda terkemuka di Itali. Sejarah membuktikan seni bina serta keutuhan arkiteknya sangat dikagumi. Bukan hanya bagaimana ianya dibena malah bagaimana ianya berfungsi sebagai sebauh amphitheatre asli dangan sistem pengudaraan, bunyi serta kawalan suhu yang dicipta oleh Empayar hebat Roman ketika itu.
Jika tidak kemari- tidaklah anda sampai ke Itali. Itulah yang canangkan oleh pemandu pelancong kami Ms Alexia - jelitawan berasal dari bandar Rome ini merupakan seorang pemandu pelancong terhebat pernah kami bekerjasama. Penerangan belaiu ringkas namun padat dengan informasi yang sungguh istimewa.
Paling penting tugas sebagai seorang pemandu pelancong ialah menarik perhatian pendengar untuk mendengar penerangan serta ilmu yang bakal di nyatakkan. Belau petah memberikan penerangan yang sangat penting kepada setiap pelancong kami. Malah mempunyai daya tarikan istimewa kerana mampu mencuri perhatian pelanggan yang sibuk dengan camera masing  masing.
Berasal dari perkataan Colosale - bermaksud besar dalam bahasa Rome kuno. Perbandingan antara Coloseum dan Arena agak ketara namun kita masih lagi tidak dapat membezakan nya. Jika anda ingin tahu akan perbezaan nya ikuti kami ke siri lawatan ke Italy dimasa akan datang.
Perbezaan darjat berdasarkan lokasi tempat duduk masing masing. Bagi mereka yang bersatus lebih tinggi dikalangan masyarakat pada masa itu, kawasan paling hadapan dengan arena adalah letaknya tempat duduk mereka namun. Begitu lah dengan status social yang diamalkan pada masa itu menunjukan kedudukan yang berlainan.

Pemandangan di dalam Coloseum yang menceritakan perihal darjat serta kedududkan pada masa itu. Nyawa menjadi taruhan sementelah lagi aktiviti yang dianggap sukan bahaya yang dilangsungkan di dalam nya menjadi perjudian yang membawa keuntungan besar ketika itu. 
Kenangan bersama di Coloseum. 

Di perkarangan tanah bersejarah denagn latarbelakang Arch of Constantine - gerbang megah binaan institusi perundangan pada masa itu. Disinilah juga terdapatnya sebuah Dewan Senat pertama didunia yang diamalkan oleh orang Rome sejak dahulu lagi.
Jika dilihat perincian binaan nya agak detail serta terlalu halus. Namun walaupun dimamah usia serta perubahan cuaca sejak berkurun, Binaan dari marmar serta himpunan batuan ini sememangnya agak luar biasa bila kita sedarinya.
Kenangan di Gerbang Constantine yang hebat sekitar Colosseum.
Kota Rome sememangnya penuh dengan sejarah. Setiap pelusuk kawasnnya bagaikan mencerikatan akulah yang pertama harus kamu kenali akan kehancuran ku. Bukan menuduh kemodenan yang mencacatkan binaan lama itu, namun terlalu berharga untuk dilupus kan.

Aqueduct atau palungan saliran air dari sesuatu kawasan ke kawasan lain menjadi salah satu lagi mercutanda istimewa di Rome ini. Percayakan kita yang orang Roman merupakan manusia petama dunia yang memikirkan bagaimana untuk membuat saluran rangka besar untuk keperluan penduduknya.
Sekitar Rome - dengan lawatan dalam bas - mengelilingi bangunan putih yang merupakan sebuah Monument terbesar di dedikasikan kepada Raja Rome pertama zaman baru iaitu Victor Emmanuel II. Ianya juga di panggil Altare Della Patria
Dibena dari batuan marmar putih ini digelar orang Rome sebagi The Weeding Cake. Memakan belanja besar serta terlalu besar untuk tungu peringatan yang tidak memberikan manfaat besar namun hanya untuk tujuan kemegahan semata.
Bangunan sekitar rome mengalami evolusi semasa zaman sebelumnya hingga zaman pemerintahan raja Emmanuel yang dikatakan berjasa besar ketika itu. Jika anda perhatikan bangunan yang mempunyai bentuk Dorm merupakan duplikasi paling ketara kelihatan sekitar Rome.
Di adaptasi dari senibena yang dipinjam dari Moorish namun di tokok tambah dengan kerawangan asli Roman. Ciri ini berjauhan dari binaan asal Roman lama yang mementingkan tiang sebagai penyokong utama.
Bentuk bangunan sekitar Rome juga emnceritakan kita bagaimana ianya mengalami evolisi serta perubahan dari sesebuah pemerintahan kepada sesi pemerintahan yang lain. Jelas ditunjukkan setiap binaan tidak akan menutupi atau tidak mungkin boleh merosakkan khazanah lama yang masih lagi di jaga rapi untuk tatapan umun di bandar penuh sejarah ini.
Kota besar seterusnya merupakan sebuah negara berdaulat diperintah oleh pembesar agama atau Pope.
Vatican City - menjadi tempat lawatan seterusnya. Penerangan oleh pemandu pelancong kami mengenai Vatican ini agak ringkas namun padat dengan ilmu. Paling menarik tidak menyinggung mana-mana perkauman atau agama yang di anuti masing-masing.
Kami seterusnya menuju masuk ke St Peter Basilica - Gereja utama di Vatican ini. Sempat melihat ritual yang dilakukan oleh sekumpulan ahli nya. Sambil melihat reka bentuk dalaman nya yang agak unik serta terlalu padat dengan ukiran timbul yang pelbagai
Ciri lama binaan Roman masih dikekalkan. Seperti Aghia Sophia - St Sofea yang ditinggalkan oleh Constatinople di Byzantium atau Istanbul kini, rekaan corak di bumbung setiap laluan adalah seakan sama.
Masterpiece yang dipamerkan hasil dari Michaleanglo. Terkenal akan perincian yang sangat halus seakan bergerak. Dibuat dari sebongkah mamar putih yang digilap rapi. Menjadi relik utama sebagai tarikkan di St Peter Basilica.
Kemasan dalaman di St Peter Basilica mengumpul himpunan sejarah dari beberapa zaman. Kubah utamanya yang agak luarbiasa serta menonjolkan ciri lama seni bena Byzantine. Duplikasi dari kubah St Marco di Venice serta Aghia Sophia di Turkey.

Sarat dengan ukiran serta saduran emas menjadikan inya kelihatan mewah serta megah. Banyak soalan yang ditanya untuk mendapatan kepastian akan tempat ini, Namun oleh kerana kami dinasihati untuk terus senyap supaya tidak mengganggu penghuninya - kami tahan untuk pertanyakan nya apabila diluar bagunan ini nanti.
Pisa - Bukan hanya Menara Condongnya semata, juga jika anda inginkan pasta berkualiti, inilah tempat asalnya. Terdapat juga pasta alami - yang diperbuat dari bahan asli semulajadi. Sesuai bagi mereka yang inginkan makanan menyihatkan.
Hujan renyai menyambut kami di pisa namun cuaca yang agak sejuk ini bukanlah halangan untuk kami melihat isi Pisa yang diaktakan sungguh hebat itu.

Walaupun kehujanan namun latarbelakang yang tidak lapuk dek hujan itu masih utuh binaannya. Inilah ynag menjadi soalan nya ketika kami semua disni, Bagaimana ianya dibena berkurun tanpa peralatan serta jentera hebat seperti sekarang.
Seterusnya Florence - bandar hebat terkenal dengan artisan terkemuka pada zamannya. Tanah lahirnya pelukis agung dunia Leonardo Da Vincci. Sekali gus menjadikan Florence sebuah penempatan hebat sebelum dan selepas hingga kini.
Penerangan dari Mr Marco - antara pemandu pelancong kegemaran Apple Vacations - akan penerangan terbaik kepada semua pelanggan kami.
Bangunan ibadat bagi kaum Kristian terbesar di Florence dengan binaan kubah bawang terhebat pada abat tersebut. Sekali gus menjadikan Santa Maria Del Fiore ini antara binaan Roman Katolik tebesar dunia.
Bentuk bangunan yang agak luarbisa pada keika ianya dibena pada abad ke 15 dengan mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan, malah terbengkalai selama beberapa tahun.
Paling istimewa, binaan Gothic terawal ini merupakan binaan sempurna dari seluruh tanah Tuscani yang pada masa itu menentang akan pembinaannya kerana memakan belanja yang agak banyak. Akhirnya kekal sebagai sebuah bangunan terawal Gothic terhebat di sekitar Itali sehingga kini.
Tidak kurang juga kehebatan Pallazo Vecchio yang mempunyai sejarah tersendiri. Kerana seorang wanita ianya dibena sehebat ini. Bukan hanya tesergam sebagai mercutanda hebat sekitar Piazza del la Signoria dibena pada abad ke 12 lagi
Keindahan malam sekitar Fienze ( Florence ) - sungguh memukau serta terlalu mengasyikkan. Bandar lama dengan simpanan sejarah kesenian terhebat terkumpul disini.

Keindahan malam nya yang sungguh memukau. Menarik minat beberapa pelukis dunia untuk menghargai nya melalui lukisan indah yang hingga kini masih diikagumi seluruh dunia
Gelleria della Signoria atau Galleria Loggia del Lanzi - khazanah agung tinggalan pengukir hebat sebelum renaissance dipamerkan disini. Karya agung hasilan dari mamarputuh serta gangsa oleh nama-nama hebat seperti Michalengalo,  serta nama-nama hebat lain dapat anda saksikan. 
Butcher street - antara jalan yang menyimpan cerita seram serta sedih. Menjadi jalan penting serta pusat perniagaan paling bergaya ketika itu. Dipelopori oleh kaum adam yang berkuasa serta masih digunakan hingga kini. Maka gudang-gudang sekitarnya adalh dimiliki sejak turun temurun menunjukkan status keluarga yang memilikinya sejak dari dahulu lagi.
Satu lagi destinasi Itali yang seharusnya kita sampai bila berkunjung ke sini. Venice - bandar air terkemuka dunia yang menjanjikan percutian istimewa untuk para peserta lawatan yang berbulan madu.
Dikatakan sangat romantik akan keindahan pulau-pulaunya yang bergabung menjadi sebuah daratan indah dikelilingi air. Sempena dengan hari lawatan kami kesini yang jatuh pada musim pesta topeng (Mask Festival) setiap Februari selama 2 minggu.

Kami berpeluang melihat gelagat  pesertanya yang sungguh taksub akan peta yang agak menyeronokkan ini. Bahkan ada yang berhabis habisan untuk kelihatan lebih menarik dari yang lain.
Pesta warna warni ini diadakan di Venice setiap tahun dan dikunjungi dan disertai oleh peserta yang datang dari seluruh dunia. Apa pun mereka berlumba-lumba untuk kelihatan menarik dihari tersebut dengan tema masing masing.
En Zadil tour leader kami merangkap juru gambar mendapatkan shoot terbaik sementara pesta disini berlangsung pada hari terakhir di hari lawatan kami kemari. Warna warni kemeriahan nya terlalu indah untuk di terangkan melalui kata-kata. Maka seharusnya pembaca blog ini ikut kami sendiri ke sini bagi nenikmati nye sendiri.
Antara pose paling menarik yang sangat saya gemari - kerana warnanya ungu. Peserta dari Amerika ini dikatakan sentiasa mengikuti karnival ini setiap tahun. Sudah menjadi acara wajib bagi mereka untuk berkampung di Venice setiap tahun akan upacara perayaan ini
Antara topeng tepatan yang bakal dibawa pulang. Pelbagai bentuk serta warna. Namun anda tidak kalah membeli kerana harganya bisa dirunding untuk kepusan hati kedua belah pihak. Pelanggan dan peniaganya.

Ciri khas Venetian yang menjadi idealogi bagi mereka yang meminati seni. Tambahan pula keindahan Venice itu sendiri sudah pasti memberikan keistimewaan kepada peminat nya. Topeng Venice ini ada yang terlalu beharga hinggakan beribu ribu euro.
Tidak ke Venice lah jika anda tidak mengenakan Gondola disini. Terkenal sebagai bandar air yang indah bersama Gondolanya. Venice masih kekal sebagai pusat pelancongan yang dijaga bawah World Heritage akan keunikan nya. Namun tahukanh anda sebenarnya Venice tenggelam hampir setiap tahun. Teknologi pengepam air keluar dari kawasanya digunakan untuk menyelamatkan bandar indah ini.
Aktiviti yang telah pihak Apple Vacations sediakan ini sesungguhnya merupakan antara aktiviti penting serta sangat menyeronokkan. Menyusuri bangunan-bangunan lama yang dibena sejak berkurun lamanya serta nikmati keindahan setiap penjuru yang dibawa oleh Gondelier yang sangat profesional.
Inilah dia himpunan bangunan yang hebat sekitar Venice. Berhampiran antara satu dengan yang lain. Senang untuk dikunjungi serta tidak terlalu padat untuk seharian jadual lawatan. Sekitarnya pula terdapat cafe-cafe yang agak menarik untuk di kunjungi. 

Palazzo Ducale - sejarah silam tersimpan didalamnya dari sebuah istana lama ke penjara diraja hinggalah menjadi sebuah pejabat pos dan kini sebuah muzeum indah di Venice. Terletak di pusat Kota  Venice berhampiran beberapa pusat lawatan lain menjadikan ianya penting untuk dikunjungi.

Verona merupakan sebuah destinasi yang agak kurang mendapat sambutan oleh agensi pelancongan lain. Mungkin kerana aga kurang popular dikalangan mereka atau mungkin tidak banyak yang menyedari akan populariti yang sebagai sebuah kota yang dahulunya terkenal dengan seni pementasan seperti theatre, serta opera.
Antara bagunan berdekatan yang merupakan bangunan Dewan Bandaraya Verona. yang dikenali dengan nama Palazzo Barbieri. Sebuah bagunan lama yang telah di baik pulih untuk tujuan restorasi serta digunakan sebagai bagunan kerajaan.
Inilah dia Arena. Sebuah lagi binaan kuno yang masih tersergam indah serta terjaga rapi untuk tatapan umun. Bagi yang ingin melihat bagaimana konsert di zaman dahulu berlangsung dengan gemilang tanpa peralatan moder sepert pembesar suara dan teknologi bunyi yang canggih, inilah tempatnya.
Piazza De Bra - berhampiran Arena - antara dua binaan lama dan baru. Masih lagi utuh serta kekal hingga kini. Kepada mereka yang inginkan acara santai sambil menghirup haruman cappucino asli ala Italiano inilah tempat nya. Jangan lupa Piazza De Bra ini juga merupakan pusat himpunan cafe terkemuka yang menawarkan juadah istimewa seperti cookies serta macaroons istimewa buatan Verona.
Pusat fesyen terkemuka ini sentiasa di penuhi oleh designer terkenal. Jika anda inginkan wangian yang agak keras Verona adalah tempatnya. Begtu juga jenama terkenal lain seerti Gucci, LV dan pelbagailagi jenama Itali bagaikan menahan anda untuk bergerak ke destinasi lain nya.
Verona yang agak sibuk dengan designer terkenal serata dunia menjadikan fesyen bukan hanya untuk menutupi tubuh namun sebagai tanda atau status bagi seseorang di Itali. Malah tidak hairanlah jika anda dapat menyusuri lorongan yang memaparkan designer baru yang telah menperjudikan diri didalam bidang fesyen ini untuk kemasyuran.

Tragedi Romeo Juliet di balkoni asal masih dipertontonkan. Bukan sekadar ilham nukilan dari William Shakespeare semata namun menjadi makam cinta agung yang masih dikunjungi oleh pencinta dari seuruh dunia setiap hari.

Kota Verona yang mempunyai pelbagai mercutanda indah untuk di ekplorasi oleh peserta lawatan. Kami memberikan masa yang agak mencukupi untuk anda beraktiviti sendiri sekitar nya.

AC Milan Stadium. Setibanya kami di Milan, Mr Michale - pemandu kami dengan bangga nya membawa kami ke sini. Apa lagi seronok tidak terhingga kesemua peserta lawatan kali ini kerana dapat menjejakkan kaki kesini.



Sforza De Castello - oleh Duke of Milan yang menggabungkan senibina Moorish yang hanya terdapat di istana ini. Agak istimewa serta berlainan bentuk senibenanya. Menjadikan tarikkan utama sekitar bandar Milan seawal kurun ke 17 lagi.
Tidak hanya menjadi sebuah istana yang berfungsi sebagai pusat pemerintahan dahulunya malah juga terkenal dikalangan cendekiawan Milan untuk aktiviti sosial mereka. Berhias indah oleh beberapa arkitek terkemuka ketika itu serta berlukis elok oleh salah seorang artisan terkemuka Leonardo Da Vincci.
Dikawasan belakang istana ini terdapat sebuah taman yang sungguh indah akan tetapi kami yang berkunjung pada musim sejuk ini hanya berpeluang melihat keindahanya bagi musim salji disini.

Masih lagi terpamer keindahanya akan susunan pepohonan sekitar taman. Takungan air yang menjadi tasik mengindahkan lagi taman ini sehinggakan ianya kelihatan seperti lukisan. Sukar digambarkan namun anda pasti terpegun pabila kesini nanti.
Seakan pemandangan sekitar  Champs Alysees untuk Arch of Triumph mini tersergam indah di hujung taman Istana ini. Cerita sebaliknya terlalu ringkas. Memperingati jasa Napoleon Bonaparte yang pernah bersemadi disini dahulunya.
Akhirnya Galleria Emenualle Victoria II yang mempamerkan hanya yang terbaik dari semua gedung jenama terkemuka dunia. Tidak puas membeli belah disini dan seperti yang dikatakan dan anda sememangnya tidak kalah memakai.

Kelihatan Duomo yang gah serta terukir rapi dengan perincian Gothic yang agak luarbiasa. Namun begitu kurang mendaat perhatian akan kerana lokasinya yang berhampiran dengan tarikan lain iaitu pusat beli belah yang agak hebat tadi. Mana tidaknya kiri kanan Duomo ini terkenal dengan sogokkan tawaran hebat dari gedung jenama terkemuka dunia keluaran asal Itali.

Walaupun Duomo ini memiliki nilai sejarah serta menyiman khazanah lama bagi mereka yang beragama Kristian, namun kurang mendapat perhatian oleh pengunjungnya.

Kali ini saya sendiri yang menjadi ketua lawatan dan apa yang penting dalam sesebuah lawatan itu adalah kerjasama dikalangan pesertanya. Apa pun saya berasa amat bertuah kerana lawatan kali ini sememangnya agak berjaya serta sungguh menyeronokkan.
Apatah lagi kami di Apple Muslim Holiday sedaya upaya akan cuba memberikan hasil lawatan yang terbaik serta mencapai apa yang di inginkan oleh para pelanggan. Membawa kalian ke sesebuah destinasi sentiasa menjadi kerjaya kami malah kami sentiasa menghargai sokongan kalian. Respek dari kami sekeluarga Apple-nian.