apple muslim holiday

Wednesday, July 20, 2011

SWITZERLAND - TERLALU CANTIK DIGAMBARKAN

Kenapa kita perlu ke Switzerland - Lost Glaicier yang berlaku akibat pemanasan global menyebab kan World Heritage ini semakin lama kian hilang didunia. Inilah yang menjadikan negara berhawa dingin ini perlu berada dalam jadual lawatan anda sebagai pelancong yang inginkan kualiti serta mementingkan pengalaman seumur hidup semasa melancong. Hari ini mungkin tidak akan sama dengan 2-3 tahun akan datang. Ini lah yang menjadi agenda Apple Muslim holiday untuk membawa anda semua menikmati keindahan alam.



Switzerland - negara dataran tinggi yang terkenal dan masyur dengan snow mountain nya. Indah dan terlalu istimewa. Tidak hanya kepada pasangan bulan madu malah sesuai seisi keluarga atau bersama rakan serta kumpulan insentif dan satu pejabat untuk melawat negara istimewa ini.







Berada di puncak dunia - Switszerland mempunyai dataran tinggi paling cantik selain Austria. Kita bukan sahaja dapat menikmati keindahan alam semulajadi paling asli disini malah tahukah anda negara ini juga membekalkan bekalan air paling banyak serta bersih di dunia.





Berpeluang menjejakkan kaki keatas glaiser serta puncak Titisee yang amat terkenal sejak dari dulu lagi.







Menaiki cable car rotation pertama didunia - pengalaman paling bernilai jika anda kesini bersama Apple Muslim holiday. Jika tidak ke Titisee Engelberg untuk cablecar nya yang terkenal, Jungfrau Mountain di Interlaken juga amat menarik untuk di lawati dimana anda berpeluang menaiki trem atas gunung pertama didunia - pakej ini tersedia dalam jadual tour kami ke Europe.







The Lion - kisah sedih pengorbanan tentera Perancis sekitar zaman Rennaisance. Ingin tahu kisahnya - ikut kami ke Luzern Switzerland.







Bandar Luzern - sungguhpun berada dalam peta pelancongan dan terlalu kecil, namun sungguh sibuk terutama diwaktu tengah hari. Pusat pelancongan ditengah bandar ini boleh dihubungi melalu darat serta air. rangkaian keratapii dari Munich serta Geneva juga senang digunakan.






Chapel Bridge - sejarah pertukangan kayu tertua disini - anda berpeluang melihat jambatan kayu paling lama serta masih kekal untuk tatapan pelancong. Walaupun separuh dari nya pernah terbakar namun ianya masih dikekalkan kerana nilai sejarah serta artistiknya yang sangat istimewa.





Inilah yang dikatakan nilai sejarah serta artistik yang sangat istimewa bagi Wooden Chapel Bridge ini. Semua peristiwa penting serta kejadian sejarah digambarkan melalui lukisan lama oleh pelukis tempatan dizaman tersebut. Kekal hingga kini dan kenjadi khazanah berharga.






Tasik Luzern di Engelberg- nyaman serta bersih. Sungguh indah dikala pagi atau suasana mentari terbenam. Apa pun anda perlu nikmati sendiri pengalaman ini bersama kami nanti.




Bekalan air jernih dari tasik ini terjaga serta menjadi tarikkan. Mana tidaknya anda hampir tidak menjumpai sebarang sampah disini. Nilai kesedaran sivik penduduknya serta pelancong yang datang kesini amat dikagumi.







Apa yang Apple Muslim Holiday inginkan - para pelancong bukan sahaja melancong dengan sempurna atau lebih tepat berseronok semasa melancong bersama kami namun juga belajar budaya serta menghayati nilai-nilai baik yang seharusnya diterapkan jika ianya boleh membawa kebaikan dikalangan penduduk kita di Malaysia. Mulakan dengan diri sendiri - anda mungkin menjadi contoh kepada yang lain.





Menara jam besar sekitar Old Town Luzern - dibina sejak zaman awal Renaissance dan hingga kini masih lagi digunakan.




Banyak bangunan disini berukir serta dilukis indah dengan corak tumbuhan serta watak antagonis - berkait rapat dengan sejarah asal The Beast yang lahir dibandar ini - Malah setiap tahun di awal musim sejuk satu perayaan disambut meriah bagi memperingati peristiwa itu. - Ingin tahu selanjutnya - ikut kami nanti.








Inilah pelamandu pelancong kami yang sungguh berpengalaman . Ms Madeline ( asal dari Peru ) namun menetap di Switzerland kerana cintanya pada keindahan alam disini.





Bandar Luzern - tidak besar namun meriah serta teratur.













Tasik Luzern ini menjadi tumpuan pelbagai jenis Swan serta burung. Awas anda tidak boleh menangkapnya sebarangan. Boleh di denda dan ianya lebih mahal dari segalanya disini.








Suasana petang sekitar tasik - indah serta menenangkan.









Jika anda mempunyai masa lapang - anda boleh beraktiviti air sekitar tasik ini.












Antara bangunan lama yang masih kekal sekitar Luzern.





Sekitar taman indah berhampiran hotel penginapan kami - Europe Hotel - taraf 5 bintang classik serta sangat cantik.













Taman di sekitar hotel - inilah isimewanya penginapan kami di sini. Hotel indah menghadap tasik Luzern ini sungguh menarik.







Dewan makan besar - atau ballroom ini sungguh sempurna bagi tetamu kami. Bagi Apple Muslim Holiday anda berhak mendapat layanan seperti VIP. Sesiapa juga yang tiba di hotel ini akan merasa cukup istimewa. Layanan serta perkhidmatan nya juga bagus.













Titlis Mountain dari kejauhan. Switzerland sememangnya dikagumi bukan sahaja kerana keindahan alam semulajadinya malah nilai sejarah serta penduduknya yang sungguh ramah menjadikan ianya sangat berbaloi untuk dikunjungi.






Monday, July 18, 2011

KOREA SESUAI SEBAGAI PUSAT BELI BELAH



lawatan musim panas kali ini sememangnya berbaloi bagi mereka yang ingin membeli belah sekitar Seoul.


Bupyeong underground shopping area menjadi tujuan kami setibanya di lapangan terbang Incheon Seoul.




Mana tidaknya banyak boleh di beli dengan harga jauh lebih murah dari pusat bandar Seoul sendiri. Malah pemandu pelancong kami juga terheret sama untuk membeli belah disini.








Dari pakaian hinggakan eksesori banyak dijual disini.




Keadaan di Underground shopping street di Bupoyeong. Luas serta banyak yang anda boleh dapati disini.





Lawatan ke Korea tidah sah jika tidak ke Kimchi School untuk belajar sendiri bagaimana Kimchi di buat








Apa lagi - Hanbok - pakaian tradisi Korea menjadi kebiasaan dalam pakej kami. Hampir semua keluarga yang menyertai lawatan kali ini mencuba pakaian Hanbok.














Makan di salah sebuah restoren muslim menyediakan makanan halal sesuai dengan pakej Muslim kalau anda ke Korea. Ini menjadi perkara penting untuk Apple Muslim Holiday sediakan kepada pelanggan semua.





Nami island - juga pusat lawatan wajib bagi pakej Muslim kami - walaupun hujan renyai peserta lawatan kali ini sungguh teruja untuk menikmati keindahan alam disini.





Antara pose menarik dari peserta lawatan kali ini. Anda sememangnya peserta yang sangat sporting dalam lawatan ke Korea Summer 2011











Semua peserta lawatan kali ini sungguh seronok menikmati keindahan Pulau Nami ini.




Bergambar kenangan sekitar Pulau Nami. Keadaan sekitar pulau masih berkabus - menjadikan ianya seakan-akan terapung serta sungguh indah.







Menunggu makan tengahari di Drama Cafe Nami island .




Makanan orientasi - saya namakan begitu kerana ianya kelihatan ringkas namun mempunyai ciri tradisi makanan utama rakyat Korea. Nasi serta Kimchi. sesuai sebagai pengenalan kepada mereka yang baru tiba di negara Korea ini.




Antara makanan Muslim yang anda boleh dapati di pulau Nami. Peserta lawatan Muslim tidak perlu risau untuk kesini .




Menaiki Ferri dari Pulau Nami ke daratan utama - pengalaman indah di Nami island.





Lepak seketika selepas membeli-belah sekitar ChuncheonMyondong.





Inilah yang menjadi tujuan peserta pakej lawatan kali ini. Shopping spree di factory Outlet yang menawarkan pelbagai jenama terkemuka dengan harga berpatutan.





Membeli-belah di Paju factory Outlet - pelbagai jenama terkenal boleh didapati disini.





Makan malam di restoren sekitar Itaewon - Masakan tradisi Korea namun halal serta lazat. Sesuai dengan citarasa rakyat kita.








Museum Ginseng - menjadi antara pusat lawatan kami jika ke Korea. Ginseng amat popular dikalangan rakyat Korea sendiri yang mana dipercayai memberikan kecerdasan serta untuk kesihatan. Anda berpeluang makan Ginseng Chicken yang terkenal ( Samgetang ) sejak zaman raja Sejong lagi.








Mendengar penjelasan pemandu pelancong kami Mr JC Shin. Beliau mempunyai pengetahuan yang tidak kurang hebatnya dengan pemandu pelancong lain.





Inilah Taipinguan - dinyatakan dalam 2 buah buku sejarah China serta Korea - bagaimana ianya dikatakan amat penting dalam hubungan 2 negara ini ? - ada ikuti lawatan bersama kami di siri lawatan akan datang.







Kenangan sekitar Gyonbukgung Palace




Kali ini saya sempat bergambar dengan bus baru Apple Vacations di Korea. Kumpulan lawatan yang diketuai oleh Mr Kent dari department Oriental kami menggunakan bus ini. Mungkin akan datang peserta Muslim pula dapat menggunakan bus baru kami di Seoul.


Setelah penat membeli belah - makanan seharusnya sedap serta menyelerakan - ini adalah ketetapan bagi menjamin kualiti jadual lawatan kami.




Tibalah masa makan yang dinantikan . Rasa tradisi Korea namun halal penyediannnya.




Makan tengahari kami di sebuah restoren Korea terkenal dengan makanan lautnya serta sup Ikan yang sungguh lazat.




Kali ini kita dihidangkan dengan persembahan Marrionett B boys yang terkenal di Seoul. Agak luarbiasa persembahannya serta sungguh menakjubkan. Apple Muslim Holidays bukan sahaja menawarkan Jump Show, Nanta, Fanta stick serta Sachoom malah juga beberapa persembahan lain sekitar bandar Seoul akan tersedia dalam pakej kami.





Bergambar kumpulan dengan pemandu pelancong kami Mr JC Shin.








Bergambar kenangan sebelum berlepas dari Incheon Seoul





Mendengar alunan muzik sekitar lapangan terbang Incheon dari kumpulan profesional disini. Peserta kami mendapat tempat duduk khas bagaikan VIP.



Sememangnya Seoul masih lagi sesuai untuk membeli belah. Kalau di ikutkan harga serta kualiti barangan yang anda boleh dapati di sini ianya masih lagi berbaloi.