apple muslim holiday

Friday, January 28, 2011

SELAMAT TAHUN BARU CINA 2011


Apple Vacations Conventions Sdn. Bhd. / Apple Muslim Holiday - Kuala Lumpur

Apple Jakarta ( Kanan Holiday Indonesia )

Apple Tokyo ( Kanan Holiday Japan )

Apple Singapore Private Limited

Mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina - semoga tahun Arnab kali ini akan membawa tuah sepanjang tahun.

MASUM TRAVEL FAIR JAN 2011


Pembuka tirai 2011 - merupakan jadual agak ketat disamping misi Apple Muslim Holiday di tahun Arnab ini menjadi tujuan utama.

MASUM 2011 yang berlangsung di Shah Alam Conventions Centre pada 14-16 Januari baru-baru ini menjadi platform pertama kami di tahun 2011.


Walaupun tidak ramai yang menyedari travel fair yang berlangsung, booth kami masih merupakan antara pusat kunjungan utama para pelawat termasuk Menteri yang datang bertandang.


Menyedari Apple Muslim Holiday menyediakan perkhidmatan lawatan ilmiah serta menepati pelancong beragama Islam kami mendapat beberapa komen baik serta tempahan sehingga Julai 2011.

Terima kasih kami kepada pelanggan yang mempercayai keupayaan serta perkhidmatan kami dan kami semua tidak sabar lagi untuk bersama-sama memberikan yang terbaik semasa lawatan bersama nanti.