apple muslim holiday

Monday, May 9, 2016

TASHKENT IBU KOTA UZBEKISTAN YANG DI SALAH ANDAI

 Ramai beranggapan Tashkent mungkin tidak mempunyai banyak keistimewaan berbanding kota lain sekitar Uzbekistan. Mungkin ianya dikatakan kota baru yang membuka pintu masuknya kepada dunia setelah tamat era Soviet Union.

Berbanding kota lain, Tashkent sebenarnya menyimpan pelbagai keistimewaan untuk di kunjungi. Bukan sahaja merupakan sebuah kota raya yang boleh dikatakan agak pesat pembangunanya malah ianya juga pusat perdagangan antarabangsa yang kian di gemari pelabur luar

Kota Tashkent itu sendiri terdapat banyak pusat lawatan yang seakan Russia sebelumnya. Ini berikutan bentuk bangunan asal yang telah ditinggalkan oleh penjajahan Russia dahulu masih lagi kekal serta di jaga rapi oleh rakyatnya

Tidak hanya kota Tashkent sendiri, Apple Muslim Holiday cuba memberikan lawatan yang tidak hambar kepada peserta nya. Malah dengan hanya 2 jam perjalanan dari kota Tashkent ini, anda bisa menikmati panorama yang luarbiasa serta jarang untuk kita perolehi di tempat sendiri.

Kali ini Chimgan Mountain masih diseliputi debu putih salju. Keindahan nya makin manjadikan ianya istimewa kerana ianya seakan membawa suasana romantik ketika berada disini.
 Formasi indah akibat salji sekita Chimgan ini membuatkan anda pasti teruja untuk mengetahui apakah yang bakal anda saksikan semasa berada disini nanti.

Dengan menaiki chair lift yang memuat kan hanya 2 orang untuk satu ride, anda bisa menikmati kedinginan alam sekitar nya di musim ini.
 Suasana di chair lift station - masing masing tetap tersenyum puas walaupun cuaca agak dingin
 Anda bakal menikmati kedinginan semasa berada disini dan apa yang penting ianya membangkitkan suasana romantik serta seakan membawa anda ke alam pengembaraan menuju istana Ratu Salji.
 Berhampiran Chimgan ini sebenarnya merupakan sebuah empangan yang agak besar yang mana dibena untuk menampung keupayaan elektrik di Uzbekistan. Oleh kerana empangan ini dibena maka beberapa pusat pelancongan tanah tinggi telah mula diterokai dan menjadi satu destinasi indah untuk kita lawati selain Tashkent itu sendiri .

 Untuk melengkapi perjalanan kami di Chimgan ini, apa lagi kalau tidak dihidangkan dengan juadah istimewa masyarakat setempat. Chimgan yang mempunyai beberapa aliran sungai semestinya terkenal dengan juadah ikan yang dimasak secara tradisional disini. dan inilah yang telah kami nikmati untuk jamuan makan tengahari selepas pulang dari Chimgan

 Sejarah kota Tashkent mungkin tidak terlalu awal berbanding kota lainnya, namun ianya merupakan pusat peradaban, ekonomi serta politik yang mana menjadikan ianya sangat penting kepada Uzbekistan. Selepas Soviet Union berundur dan Uzbekistan berdaulat sebagai sebuah kerajaan sendiri, aktiviti pelancongan giat di usahakan.
 Kota Tashkent yang posisi nya berada di Asia Tengah ini menjadikan ianya sebuah pusat peradapan sejak zaman Ghengis Khan sehingga lah era Soviet. Ekoran siri perang dunia yang pernah berlarutan pada masa itu Tashkent tidak mungkin terkecuali dari peristiwa berdarah yang pasti meragut ramai warga nya.

 Lawatan ke Independence Square yang berhampiran hotel penginapan kami sememangnya bukan hanya sekadar lawatan biasa. Benar ianya hanya sebuah tungu peringatan perang, namun apa yang kita ingin saksikan betapa ianya tidak pernah membawa apa-apa kebaikian ke pada mana-mana pihak sekalipun. Malah kemurungan itu masih terasa bila berada disini.

 Sebuah taman yang agak luas serta di penuhi dengan palbagai pohon yang indah, taman peringatan ini agak menarik untuk dikunjungi. Saya pasti ianya mungkin bertukar sungguh indah di musim bunga atau luruh kerana pada masa ini sekalipun ianya tetap cantik untuk dilawati
  Tahun 1966 merupakan tahun dimana Uzbekistan atau Tashkent khusus nya bangkit dengan penuh harapan. Inilah yang dinyatakan oleh tugu peringatan Gempa Bumi yang telah kami lawati disini.
 Kisah nya mungkin menyayat hati namun semangat yang ditunjukkan oleh rakyatnya yang berbilang kaum disini meupakan sesuatu yang perlu kita fikirkan. Bagaimana mereka ingin bangkin untuk menjadikan negara sebagai sebuah tempat aman didiami walaupun kekecohan itu telah meragut banyak penghuninya. Inilah penerangan yang ingin kita ketahui di Tashkent


 Masih banyak keistimewaan yang bakal anda nikmati bila kemari. Selain lawatan sekitar kotanya yang mempunyai banyak bahan sejarah untuk di lihat sendiri anda juga bakal melihat keistimewaan arkitek yang berada disekitarnya.
 Menara TV Tower ini misalnya seakan Pearl TV Tower di Shanghai, menawarkan pemandangan luar biasa bagi mereka yang ingin melihat Tashken secara keseluruhan.
 Bila bercerita tentang makan pula Tashkent pasti pusat bagi segalanya. Kali ini kami ingin mencuba satu juadah istimewa Taskent iaitu Pilaw atau Nasi Beryani asal di daerah sini.
 Kami disediakan dengan makanan yang agak istimewa kali ini dan ianya benar benar luar biasa akan rasa serta cara penyediaan nya. Dianduk dalam sebuah kuali yang agak besar serta dimasak oleh tukang masak lelaki sahaja sudah menjadikan ianya suatu hidangan menarik untuk di cuba.
 beginilah rupa dewan makan yang telah kami semua nikmati jamuan makan tengahari kali ini. terlalu besar serta dipenuhi oleh ramai penduduk tempatan. Apa yang menjadikan Pilaw ini sungguh istimewa. Anda pasti ingin mengetahui nya bukan. Jadi pastikan anda bersama kami disiri lawatan yang akan datang .
 Hidangan nasi nya yang cukup berperisa serta ramuanya yang agak menarik ini pasti mengamit rasa. Tidak cukup dengan itu kami juga diajak untuk mencuba daginh Kuda yang mana menjadi keisimewaan lauk nya disini.


 Mencuba juadah istimewa ini buat kali pertama manjadikan saya ingin datang kemari buat kali keseterusnya. Anda pasti ingin merasai sendiri juadah terkemuka di Tashkent sehinggakan dewan makan yang agak luas ini depenuhi oleh begitu ramai pengunjung nya.
 Lawatan sekitar Tashkent tidak lengkap jika kita tidak melihat khazanahh Islamiyah yang telah lama di jumpai disini. Anda bakal melihat Quran Ottoman Kufic tulis tangan terbesar pernah ditulis yang masih asli tersimpan di Khast Imam Square Tashkent.
 Bentuk bangunanya mungkin seakan sama seperti Bukara serta Samarkhan, namun anda pasti merindui nya setelah berada di tengah kotaraya modern dan tiba-tiba kompleks ini membawa anda kembali ke pemandangan itu.

 Kompleks yang terdiri dari beberapa buah Madraseh serta pusat institusi pengajian dan juga masjid untuk beribadah ini agak menarik untuk dikunjungi. Disinilah anda bakal melihat pelbaga koleksi Quran dari pelbagai negara juga yang bersama dengan terjemahan mengikut bahasa negara masing masing.
 Apa pun kepada peminat senibena yang menggabungkan yang lama dan yang baru pasti terpegun akan keindahan bantuk bangunan yang masih utuh hingga kini.

 Antara pemandangan yang bakal anda rindui setelah meninggalkan Tashkent nanti.
 Tidak lengkap jadual lawatan itu jika anda tidak membeli belah di Tashkent. Inilah yang selalu menjadi masalah terutama bagi kaum hawa yang tidak sabar untuk menghabiskan duit Som nya sebelum pulang ke tanah air.
 Chorsu Bazaar, merupakan pusat beli belah tradisional yang membawa anda untuk mengetahui cara hidup masyakarat setempat disini. Pelbagai bahan mentah serta barangan bakal ditawar disini.
 Kepada pelancong yang datang kesini, anda mungkin tidak sempat untuk menghabiskan masa jika hanya 2 jam diberikan. Mana tidaknya, kawasan Chorsu Bazaar ini agak luas untuk diterokai .
 Dari pelbagai jenis fabriks, buahan, hinggalah rempah ratus dari sekitar tanah Parsi dan arab, anda juga pasti terpegun dengan plabagai cenderamata yang elok untuk dibawa pulang ke tanah air.
 Jika tidak terkawal pasti muatan bagasi nanti melebiihi had sepatutnya. Dan ini banyak kali berlaku setiap kali saya kemari.
 Apa pun Tashkent merupakan sebuah kota raya terbesar di Uzbekisntan yang mana bukan sahaja menjadi nadi kehidupan rakyat nya malah menyumbangkan pelancongan yang agak istimewa untuk di kunjungi. Seperti yang telah saya katakan ianya tersalah andai oleh kita yang tidak pernah ingin mengetahu akan istmewanya sebagai sebuah puast lawatan yang kawa dengan ilmiah serta keindahan.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home