apple muslim holiday

Saturday, September 14, 2013

TAIWAN MUSLIM - NIKMATI KEINDAHANYA

Naruwan Taiwan - kata kata pertama setibanya kami di Taoyuan Taipei International Airport. Lapangan terbang yang agak sibuk dengan jaringan penerbangan antarabangsanya yang terkenal untuk sektor Asia ke benua Amerika serta serata tanah besar China.
Muslim di Taiwan, telah banyak kali diperkatakan serta dipromosikan. Namun masih lagi sukar untuk kita semua percaya yang Taiwan sebenarnya mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding negara chopstik lain untuk dibuat perbandingan bagi pelancong Islam kemari. Malah negara yang bukan dari golongan Tanah Besar China ini mempunyai terlalu banyak untuk dinikmati pelancong Muslim dari Apple Muslim Holiday pabila kesini bersama kami. 
Marty Shrine terkenal akan upacara ketenteraan nya yang unik seakan menyaksikan pertukaran askar di London. Tertib serta teliti - inilah yang saya simpulkan untuk berada disini. Bukan senang untuk melagak aksi seorang askar profesional yang cukup segalanya, tinggi, saiz badan, keseragaman serta paras rupa ?. Itu yang dibertahu Ms Cindy pemandu pelancong kami di Taipei 

Tidak Sah lah jika tidak membeli-belah di sekitar Taipei jika anda kemari. Shilin Market yang ini mesra pelancong Muslim serta istimewa untuk berbelanja menjadi titik permulaan bagi kami menggunakan New Taiwan Dollar disini. 

 
Pelbagai untuk dipilih. Apatah lagi watawang nya yang seakan Thai Bhat menjadikan kami seronok membeli belah sekitar Shilin Night Market ini. Sementara Mira dan saya membawa mereka menuju ke bas untuk pulang ke hotel - masih lagi ada yang bertanya  - Pasar ni buka sampai jam berapa ? - ada yang tidak puas berbelanja agaknya.
Wajah ceria semasa tawar menawar - mana tidaknya harga berpatutan dengan kualiti yang agak baik berbanding tempat lain menjadikan anda sebenarnya kalah membeli menang memakai disini.
 Makanan Muslim di Taiwan sentiasa menjadi perhatian serta tajuk utama. Itu bukanlah satu masalah sebenarnya. Kerana Apple Muslim Holiday sudah tentu menjanjikan hnya yang terbaik bila anda disini.
Abalone - antara yang agak menarik untuk dirasa. Namun makanan untuk pelancong Muslim kami kali ini disediakan di hotel 5 bintang untuk menjamin kualiti serta taraf halal yang dimaksudkan. Bukan sekadar penggunnaan bahan serta pinggan mangkuk khas untuk pelanggan Muslim malah tukang masak nya juga beragama islam

Taiwan amat terkenal dengan beef noodle atau mee daging nya yang sangat berempah serta meneylerakan. Ada dikalangan peserta berpendapat ianya menjadi makanan yang unik serta lain dari negara yang pernah dilawati sebelumnya.

Sementara berada di Taiwan - negara Chopstik yang semestinya kurang rempah berbanding makanan kita setempat, kami tidak mungkin lupa akan itu lantas jamuan ala India dan Pakistanis menjadi santapan pelanggan kami disini.

Kota Taipei menjadi tumpuan dunia suatu ketika dahulu akan pencakar langitnya yang istimewa. Tidak lengkap lawatan anda ke Taipei jika tidak ke Taipei 101 ini.
Shangri La Farm, merupakan sebuah farm stay yang sungguh menyeronokkan. Anda bakal mengetahui lebih banyak perihal alam serta kehijauan bumi yang dijalankan oleh Farm stay di serata Taiwan secara organik. Inilah masanya kita menikmati ciptaan Ilahi sambil mengetahui apa yang mampu kita lakukan demi kebaikan bersama dengan alam semulajadi
Aktiviti lasak bersama rakan boleh dijalankan disini. Anda boleh menikmati kemudahan sukan lasak serta aktiviti larian berhalangan yang terdapat disini.

 Senja di sekitar Shangri La Farm - mengamit kenangan kami di Taiwan. Keindahan sekitar Shangri La Farm ini sesungguh nya amat menenangkan setiap pengunjung yang sampai kemari

Antara pondok ubud ynag dibuat khas bagi pencinta keindahan alam untuk menikmati saujana pemandagan indah seluas mata memandang terutama kearah lautan pasifik berhampiran bandar Yilan.
Bagi anda ynag gemarkan aktiviti berkumpulan atau acara kurang lasak namun masih mencabar, inilah tempatnya untuk kita beriadah sambil menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan

Nikmati pemandangan kearah lautan indah sekitar bandar Yilan. Mendamaikan serta sungguh istimewa. Bagaikan sebuah lukisan malah amat istimewa jika samai kesini bersama dengan orang yang tersayang bagi menngamit memori indah bersama

Apa lagi jika tidak mempelajari perihal tumbuhan serta buahan yang etrdapat disekitar Farm Stay ini. Anda juga bakal memetik sendiri apa yang ada mengikut musim nya
 
Selepas penat mengelilingi ladang buahan di Shangri La ini masing-masig berposing sakan untuk sebuah ingatan bersama rakan disini

Ketka mengisi masa teruang jika cuaca panas terik anda berpeluang membuat aktiviti sains lain disini. Gunaan bahan secara alami dari resort ini sudah pasti sesuai untuk seua peringkat usia.

Acara malam kami disini dengan hiburan tradisi masyarakat Yilan atau penduduk asal kaum Cina di Taiwan ini - Puppet Opera yang tidak mungkin anda lupakan. Malah anda sendiri berpeluang untuk bersama-sama mencuba permainnan ini dengan cerita anda sendiri

Peserta pelancong Muslim kami yang sungguh sporting. Berbaju tradisi di Taiwan- sesuatu untuk dihargai. Seakan beraya di Taiwan pula rasanya

Sebelum melabuhka penat ke katil dibilik masing masing- aktiviti kemuncak di malam hari di Shangri La ini sudah pasti tidak mungkin kita lakukan di negara sendiii jika anda bukan kaum Cina.
Flying Lantern - merupakan aktiviti ynag  sungguh menyeronokkan terutama semasa bersama rakan atau dengan kumpulan

Seterusnya kita menuju ke Art Center di Yilan. Disini anda akan berpeluang melihat serta menikmati seni tradisi masyarakat seluruh Taiwan yang di kumpul serta di tunjukkan disini.

Seakan kota lama ynag menyimpan pelbagai keistimewaan, anda bakal melawat beberapa kedai serta pusat ilmiah yang menawarkan banyak kebaikan serta sesuatu untuk dikongsi bersama.

Juga merupakan sebuah puat perfleman yang digarap secara terbuka serta kelihatan sangat ironik dengan kota lama cina. Anda pasti tertawan akan keindahan tempat ini

Lawatan kesini lebih meriah akan aktiviti yang bakal anda lakukan sendiri, malah anda akan melihat bandar lama yang seakan hdup dengan kunjungan ramai pelancong serata dunia kesini.

terdapat juga pelbagai gerai kraftangan yang boleh anda nikmati sendiri. dengan bayaran yang hanya beberapa dolar sahaja anda bakal menikmati kraftangan hasil anda sendiri.

Seterusnya lawatan ke Jiu Fen Old Street - seakan bandar lama ynag menyimpan pelbagai khazanah. Terpukau melihat keindahan nya serta aliran pelancong yang tidak pernah putus melalui lorongan sempitnya yang penuh dengan tarikan istimewa.

Bagi pengunjung Muslim kemari, anda tidak usah kuatir kerana terdapat juga berangan atau sesuatu untuk dibawa pulang selain dari makanan yang menjadi bahan jualan utama disini.


Anda juga mungkin membawa cenderahat istimewa ynag bakal dijumpai disini. Atau setidaknya pengalaman menyusuri lorong Jue Fen yang agak menarik ini menjadi pengalaman indah semasa di sini


 
Sesuai dengan jolokkan Old Street yang penuh dengan budaya lama masyarakat setempat - Jiu Fen yang dahulunya menjadi pusat utama pelombong emas bangkit sebagai sebuah tarikkan pelancongan yang unik serta terlalu padat dengan pelancong sekian hari.
Ada yang boleh dinikmmati oleh pelancong Muslim bila kesini dan inya tidak hanya sekadar makanan semata.
Yehliu, satu lagi keajaiban Ilahi yang tidak pernah terjangau oleh kita. Saya sendiri kagum akan keindahan mukabumi yang agak luarbiasa ini

Jika Cappodocia Turkey, Iran serta US terkenal dengan Grand Canyon nya namun siapa tahu pulau kecil yang menyimpan pelbagai bentuk mukabumi yang sungguh luar biasa ini juga ada keistiewaan tersendiri.
Agak istimewa jika kita bayangkan bagaimana sebuah dataran yang mempunyai pelbagai bentuk muka buminya yang luarbiasa serta berbeza-beza sedangkan berada dikawaan berhampiran serta sama. Inilah ynag dikatakan kuasa Allah yang tidak mungkin terjangjau akal fikiran kita sebagai umat nya
Kelihatan fossil lama yang asalnay seekor sea biscusts atau tapak sulaiman bertulang bulat banyak kelihatan disini. Kawasan ini juga merupakan pusat arkiologi serta kajian pulau yang terhebat penah kami lawati

Inilah yang saya katakan keajaiban Ilahi - dimana anda saksikan sendiri akan luarbiasanya bentuk muka bumi yang kami katakan ini.







Ini pula adalah batu loceng yang seakan dibuat oleh manusia - namun iniadalah kejadian asal secara alami yang tidak mungkin kita sangkal serta kita fikir bagaimana ianya terjadi

Batu Ice Cream yang juga agak istimewa kedudukan nya. Anda akan melihat sendiri keindahan luar biasa sekitar Yehliu ini yang mana tidak mungkin dapat kita lihat di temat lain.




Inilah dia Queens head yang terkenal - menjadi kebanggan Taiwan serta terjadi secara alami. Bentuk nya yang seakan akan wajah seorang permaisuri bersanggul tinggi menerima jolokkan seumpamanya.



Membali belah di sekaitar Wu Fen Pu Market - sebuah pasar fesyen yang terkemuka dikalangan masyarakat menjadi agenda kami kali ini. Jika saya sendii tidak mugkin cukup tangan serta duit untuk membeli belah disini, anda sendiri bagaimana

Terlalu bnayk untuk dipilih serta di beli- dengan syarat anda cukup ongkosnya. Dari pakaian lelaki, wanita hinggalah kanak kanak serta pelbagai pilihan serta model. Paling menarik ialah kualiti pakaian disini semuanya untuk eksport ke Korea serta Jepun.
Akhirnya di lapangan terbang Taoyuan Taipei - sebelum pulag ke tanha air - bagi mereka yang tidak sempat bersolat di hotel usah kuatir. Lapangan terbang disini menyediakan bilik untuk solat selangkapnya
Bukan sahaja masjid besar Taipei malah beberapa tempat lain sekitar Taioei jugan menyediakan tempat untuk kita bersolat - menjadi satu kelebihan bagi pelancong muslim kemari.

Maka , betul lah seperti yang pernah kami katakan - Taiwan sebenarnya telah lama menunggu anda untuk sampai kemari. Islam disini menanti kita untuk terus mengukuhkan syiar di seluruh bumi Taiwan.