Keindahan Sakura - ditaman Sakura (Sakura Park) - menjadi tarikan utama dalam jadual siri lawatan di musim bunga (Antara penghujung March hingga awal May)
Tersergam indah : Bangunan bersejarah Osaka Castle menjadi latar belakang merah jambu Sakura
Sakura oh Sakura
Spring - Musim Bunga yang menjadi idaman setiap manusia ke Jepun
Keindahan Musim Panas - Summer Nikmati keindahan Gunung Fujiyama
warna jingga keemasan sepanjang taman indah sekitar Kyoto - salah satu tarikkan yang dapat kita lihat ketika melancong pada musim Luruh
(Autumn - penghujung Oktober hingga Pertengahan November)
Waktu keemasan di Musim Luruh - Autumn - Warna-warna pengalaman percutian mengasyikkan


Musim Bunga - Spring
Keindahan bunga plum dan ceri di sekitar Pulau Nami (Nami Island) salah satu pemandangan yang akan anda rasai ketika bercuti bersama kami.
Musim Panas - Summer - Stairs to the Heaven
Kehijauan pepohonan Alpine di Pulau Nami semasa Musim Panas
Pesta musim panas di Everland - Taman tema terkemuka dan terkenal dalam siri drama Stairs to Heaven
Musim Luruh - Autumn - Autumn in My Heart
Musim Salji - Winter - Winter Sonata
Keputihan Salji di Ski Resort Pyongchang ( Hanwha Pheonix Resort ) taraf 5 bintang dengan kemudahan ski serta bilik penginapanya yang agak selesa untuk seisi keluarga.
Sup makanan laut - bersayur tanpa bahan perisa tambahan dan sungguh menyelerakan terutama semasa cuaca sejuk. Berkhasiat serta dimasak secara merebus dan dihidangkan bersama beberapa masakan lain.
Sangat segar serta mewah - daun selasih bersama kaviar putih dimakan dengan campuran sayuran segar dan ikan salmon segar. Sekali pandang seperti Ming Kam dari Thailand kan .... Namun percayalah rasanya sangat berbeza.
Pelbagai jenis Kimchi ( sayuran jeruk ) baik untuk sistem penghadaman - sesuai dengan citarasa rakyat Malaysia - Pedas dan berperisa. Terdapat lebih beribu jenis kimchi di Korea dan anda bertuah dapat merasa beberapa yang terkemuka antaranya.
Sup Ayam Ginseng bersama nasi disediakan di restoren halal. Antara makanan kegemaran sejak Dinasti Joseon serta mempunyai khasiat terbaik untuk para peserta lawatan kami
Paling penting - setiap restoren yang kami sediakan perlu mempunyai tanda halal dari Korean Muslim Association bagi menjamin makanan yang dihidangkan serta sumbernya.
Bimbimbap - Nasi campur yang amat terkenal di Korea. Dihidangkan secara tradisional serta kandungan nya berbeza mengikut musim
<< Home