apple muslim holiday

Friday, August 21, 2009

Taiwan Menarik Hati Pengunjung Muslim

Apple Muslim Holiday sentiasa berkerja keras bagi memperbaiki nilai pakej serta kualiti yang ditawarkan terutama apabila ianya melibatkan destinasi yang bukan dikalangan negara Islam.
Taiwan - sebuah negara kepulauan 4 Musim dengan penduduk Muslimnya yang kini berjumlah lebih kurang 50 ribu orang yang rata-ratanya berada di hampir pelusuk negara yang hanya sebesar negeri Pahang ini




Dengan 6 buah masjid utama serata Taiwan sekitar Taipei, Taoyuan, Taichung, Tainan dan Kaohsiung, ianya kini bukan lagi menjadi masalah utama pengunjung Muslim ke sini. Apple Muslim Holiday dengan kerjasama dari China Muslim Association Taiwan serta bantuan yang amat hebat dari Taiwan Visitor Association ingin menawarkan pelbagai pakej menarik untuk dinikmati masyarakat Muslim amnya terutama dari Malaysia khususnya

Suasana di Masjid Utama Taipei semasa Solat Jumaat


Imam Besar Masjid

Beramah mesra dengan masyarakat setempat yang sungguh peramah serta baik hati - antara aktiviti yang bakal anda nikmati dengan Apple Muslim Holiday


Makanan merupakan kreteria utama bagi pelancong Muslim ke Taiwan - dan dengan Apple Muslim Holiday semuanya bukan lagi menjadi masalah besar. Selain menjanjikan makanan tradisi masyarakat Taiwan dengan sajian halal, rasa rindu terhadap rasa serta masakan tempatan negara kita dapat dipenuhi kerana pakej kami sudah pasti akan menyediakan nya untuk anda seisi keluarga semasa lawatan.


Merasai Masakan Thai di Taiwan - kegemaran ramai dimana jua berada


Pengemar Mamak Stall serta kari juga tidak akan merinduinya lagi semasa melancong bersama kami



Hampir dengan rasa masakkan Padang - Dari Kunming - sudah pasti mengamit rasa di perantauan

Merasai Mee Daging Taiwan yang amat menyelerakan - dihidangkan khas oleh tukang masak nya sendiri yang beragama Islam


Ada dikalangan syarikat pelancongan menyediakan makanan yang tidak terjamin seperti Pork Free. Namun tidak bagi kami di Apple Muslim Holiday. Walau sarapan pagi sekalipun kami tidak akan membenarkan hal ini berlaku memandangkan kami amat memandang serius untuk jaminan para pelangan kami ketika melancong bersama.

Oleh itu, bukan sahaja dari segi masakkan serta sumber bahan mentah yang digunakan kami selidik malah pinggan, mangkuk serta peralatan dapur juga manjadi keutamaan bagi menjamin masakan halal yang dihidangkan kepada para tetamu kami.

Pasar di Masjid utama Taipei - menyediakan bahan mentah halal keluaran tempatan dan antarabangsa - menjadi pusat perolehan bahan mentah secara halal dengan mudah bagi pengusaha restoren Muslim Taiwan

Bekalan daging dari Masjid