apple muslim holiday

Wednesday, July 20, 2011

SWITZERLAND - TERLALU CANTIK DIGAMBARKAN

Kenapa kita perlu ke Switzerland - Lost Glaicier yang berlaku akibat pemanasan global menyebab kan World Heritage ini semakin lama kian hilang didunia. Inilah yang menjadikan negara berhawa dingin ini perlu berada dalam jadual lawatan anda sebagai pelancong yang inginkan kualiti serta mementingkan pengalaman seumur hidup semasa melancong. Hari ini mungkin tidak akan sama dengan 2-3 tahun akan datang. Ini lah yang menjadi agenda Apple Muslim holiday untuk membawa anda semua menikmati keindahan alam.



Switzerland - negara dataran tinggi yang terkenal dan masyur dengan snow mountain nya. Indah dan terlalu istimewa. Tidak hanya kepada pasangan bulan madu malah sesuai seisi keluarga atau bersama rakan serta kumpulan insentif dan satu pejabat untuk melawat negara istimewa ini.







Berada di puncak dunia - Switszerland mempunyai dataran tinggi paling cantik selain Austria. Kita bukan sahaja dapat menikmati keindahan alam semulajadi paling asli disini malah tahukah anda negara ini juga membekalkan bekalan air paling banyak serta bersih di dunia.





Berpeluang menjejakkan kaki keatas glaiser serta puncak Titisee yang amat terkenal sejak dari dulu lagi.







Menaiki cable car rotation pertama didunia - pengalaman paling bernilai jika anda kesini bersama Apple Muslim holiday. Jika tidak ke Titisee Engelberg untuk cablecar nya yang terkenal, Jungfrau Mountain di Interlaken juga amat menarik untuk di lawati dimana anda berpeluang menaiki trem atas gunung pertama didunia - pakej ini tersedia dalam jadual tour kami ke Europe.







The Lion - kisah sedih pengorbanan tentera Perancis sekitar zaman Rennaisance. Ingin tahu kisahnya - ikut kami ke Luzern Switzerland.







Bandar Luzern - sungguhpun berada dalam peta pelancongan dan terlalu kecil, namun sungguh sibuk terutama diwaktu tengah hari. Pusat pelancongan ditengah bandar ini boleh dihubungi melalu darat serta air. rangkaian keratapii dari Munich serta Geneva juga senang digunakan.






Chapel Bridge - sejarah pertukangan kayu tertua disini - anda berpeluang melihat jambatan kayu paling lama serta masih kekal untuk tatapan pelancong. Walaupun separuh dari nya pernah terbakar namun ianya masih dikekalkan kerana nilai sejarah serta artistiknya yang sangat istimewa.





Inilah yang dikatakan nilai sejarah serta artistik yang sangat istimewa bagi Wooden Chapel Bridge ini. Semua peristiwa penting serta kejadian sejarah digambarkan melalui lukisan lama oleh pelukis tempatan dizaman tersebut. Kekal hingga kini dan kenjadi khazanah berharga.






Tasik Luzern di Engelberg- nyaman serta bersih. Sungguh indah dikala pagi atau suasana mentari terbenam. Apa pun anda perlu nikmati sendiri pengalaman ini bersama kami nanti.




Bekalan air jernih dari tasik ini terjaga serta menjadi tarikkan. Mana tidaknya anda hampir tidak menjumpai sebarang sampah disini. Nilai kesedaran sivik penduduknya serta pelancong yang datang kesini amat dikagumi.







Apa yang Apple Muslim Holiday inginkan - para pelancong bukan sahaja melancong dengan sempurna atau lebih tepat berseronok semasa melancong bersama kami namun juga belajar budaya serta menghayati nilai-nilai baik yang seharusnya diterapkan jika ianya boleh membawa kebaikan dikalangan penduduk kita di Malaysia. Mulakan dengan diri sendiri - anda mungkin menjadi contoh kepada yang lain.





Menara jam besar sekitar Old Town Luzern - dibina sejak zaman awal Renaissance dan hingga kini masih lagi digunakan.




Banyak bangunan disini berukir serta dilukis indah dengan corak tumbuhan serta watak antagonis - berkait rapat dengan sejarah asal The Beast yang lahir dibandar ini - Malah setiap tahun di awal musim sejuk satu perayaan disambut meriah bagi memperingati peristiwa itu. - Ingin tahu selanjutnya - ikut kami nanti.








Inilah pelamandu pelancong kami yang sungguh berpengalaman . Ms Madeline ( asal dari Peru ) namun menetap di Switzerland kerana cintanya pada keindahan alam disini.





Bandar Luzern - tidak besar namun meriah serta teratur.













Tasik Luzern ini menjadi tumpuan pelbagai jenis Swan serta burung. Awas anda tidak boleh menangkapnya sebarangan. Boleh di denda dan ianya lebih mahal dari segalanya disini.








Suasana petang sekitar tasik - indah serta menenangkan.









Jika anda mempunyai masa lapang - anda boleh beraktiviti air sekitar tasik ini.












Antara bangunan lama yang masih kekal sekitar Luzern.





Sekitar taman indah berhampiran hotel penginapan kami - Europe Hotel - taraf 5 bintang classik serta sangat cantik.













Taman di sekitar hotel - inilah isimewanya penginapan kami di sini. Hotel indah menghadap tasik Luzern ini sungguh menarik.







Dewan makan besar - atau ballroom ini sungguh sempurna bagi tetamu kami. Bagi Apple Muslim Holiday anda berhak mendapat layanan seperti VIP. Sesiapa juga yang tiba di hotel ini akan merasa cukup istimewa. Layanan serta perkhidmatan nya juga bagus.













Titlis Mountain dari kejauhan. Switzerland sememangnya dikagumi bukan sahaja kerana keindahan alam semulajadinya malah nilai sejarah serta penduduknya yang sungguh ramah menjadikan ianya sangat berbaloi untuk dikunjungi.