apple muslim holiday

Monday, January 11, 2010

ISTANBUL KEINDAHAN MU LUAR BIASA

KEMBARA BERSAMA APPLE KE NEGARA ANTARA DUA BENUA
TURKEY

Bergambar di sekitar Penginapan unggul sultan-sultan Ottoman di Istana Topkapi.


Masjid Biru ( BLUE MOSQUE ) atau Sultanahmet Mosque dibina pada tahun 1561 dengan 6 Menara tinggi lambang kejayaan kerajaan Ottoman ketika itu. dipanggil msajid bitu kerana keindahan tile serta jubin dan mozek birunya yang melatari dinding serta bebrapa bahagian kubah masjid tua ini. rata-rata kawasan masjid ini dilengkapi dengan mamar biru tua serta batuan granit yang amat besar.


mengkagumkan - inilah yang boleh dikatakan apabila berada didalamnya. walaupun kali ini adalah sudah ke beberapa kali saya ke sini - setiap kali itu juga saya merasakan ianya amat mengkagumkan. Bukan sahaja kerana keindahan senibinanya yang luar biasa malah ketinggian siling bangunan ini yang menjadi ukuran bagaimana ianya dibina tanpa peralatan moden dizaman dahulu.

Antara ruang legar tempat solat tambahan diluar dewan utama menghadap mimbar. Kelihatan tempat whuduk tertua dengan senibina ala Seljuk menjadikan ianya lebih kelihatan islamik.


AyaSofya yang menjadi lambang syiar Islam semasa kedaulatan empayar Ottoman. Bangunan prasejarah ini pernah menerima jolokkan " The finest and The best basilica ( Churches ) in the world for more then 1000 years" sejak zaman Byzantium, Constantinople hinggalah awal pendudukan empayar Ottoman. Pernah diruntuhkan sejak zaman Roman, Parsi serta Yunani tua dimana kesan tinggalan tapak bagunan asal purbanya masih dapat kelihatan.
Antara yang menarik - Mihrab yang agak ke kanan sedikit arahnya beralih dari yang asal dimana digunakan sebagai tempat beragama bagi penganut asal Kristian khatolik. Rekabentuk yang sungguh mengkagumkan dengan jubin serta mozek emas sekitarnya. Amat menakjubkan bila anda berada didalamnya dengan senibina sungguh luarbiasa. Hampir semua lukisan asal Gereja ini dilitupi karya baru zaman Ottoman namun dikikis semula untuk tatapan pelancong bagi memperlihatkan karya asal dibangunan ini




Antara bentuk dorm yang tidak sempurna kerana dibina tanpa peralatan moden yang pada ketika itu menjadikan ianya lebih mengkagumkan. Siling tinggi menjadi senibina utama bagi bentuk dorm Parsi serta Rom menandakan ianya mempunyai kaitan dengan situasi ketika itu. Tampalan cat kuning dari campuran putih telur semasa zaman pemerintahan Utmaniah Ottoman dikikis bagi memperlihatkan mozek atau ukiran asal gereja tertua ini. Batuan mamar pelbagai warna menjadikan ianya sebuah bangunan terbaik dizaman purba yang masih bertahan hingga kini. Cuba bayangkan bagaimana ianya dinagkut dari beberapa daerah serata benua untuk mendapatkan batuan mamar terbaik dengan ukiran agak unik bagi rumah ibadat ini.




Inilah tingalah asal 4 kali gereja tua yang asal dibina diatas tapak yang sama. mash terdapat tinggalan lama dibawanya yang masih belum di carigali oleh kerana terlalu banyak hasil sejarahnya. Bagunan yang dulunya sebuah Gereja ditukarkan kepada Masjid terbesar dan kini menjadi Museum peradaban terbaik disini.

Dolmabache- istana lama kepunyaan MustapaKemalAltartuk Bapa pemodenan Turkey - menjadi lambang keutuhan istanbul sepanjang zaman. disinilah beliau dikatakan menghembuskan nafas terakhir pada 10 November 1938. Hingga kini ianya dijaga rapi serta menjadi tarikkan pelancongan yang tidak pernah menghampakan. terdapat sebuah lampu chandelier terbesar seberat beberapa tan tergantung didalamnya menjadi antara yang menarik untuk dikunjungi.

Pemandangan hebat Masjid Ortakoy yang asalnya sebuah gereja Katolik tua. Sarapan enak biasanya boleh didapai disini setiap pagi selepas solat subuh. Namun tidak berapa digemari pelancong kerana suhu nya terlalu dingin. saya pernah kesitu untuk pemandangan indah serta mendengar siulan camar pagi.


Pelayaran Bosporus Cruise ( private ) Menikmati pemandangan indah dalam pelayaran sementara di selat Bosporus ( Bosporus Cruise ) dengan Apple Muslim Holiday anda berpeluang menyertai pelayaran ini yang mana ianya termasuk dalam jadual pakej kami.

Kapalicarsi - Grand bazar yang merupakan antara yang menarik untuk dikunjungi - Bazar berbumbung tertua keiga terbesar didunia ini menjadi kemegahan semasa zaman kegemilangan empayar Ottoman di Turkey. lakaran corak serta mozek asal yang masih utuh kelihatan adalah sejak zaman pemerintahan Sultan Mehmet kekal hingga sekarang . Lebih dari beberapa ribu buah kedai menjual hampir pelbagai barangan asal Turkey serta dari negara jiran terdapat disini. kebanyakkan peniaga disini adalah merupakan pemilik lot kedai asal sejak turun temurun - menjadikan ianya lebih istimewa dan amat dikagumi.
Antara Masjid berhampiran Kapali Carsi tersergam indah dengan sejarahnya yang tersendiri.


Bergambar kenangan bersama pemandu pelancong kami di lapangan terbang Istanbul - Akan aku kunjungi lagi dimasa kan datang - kerana sejarahmu yang terbilang mengamit segala yang terindah antara dua benua dunia.