apple muslim holiday

Tuesday, February 10, 2015

ROME UNTUK PELANCONG MUSLIM

Surah Rome banyak perperkatakan tentang kuasa besar yang telah dikalahkan namun bangkit semula tidak sampai 10 tahun berikutnya. Apple Muslim Holiday ingin membawa anda ke Rome dengan menikmati bukan sahaja sejarahnya yang terukir sejak awal zaman peradaban manusia malah kekal hingga kini serta antara yang teragung didunia.
Biasanya lawatan Apple Muslim Holiday ke Rome bukan hanya untuk melihat saki baki tinggalan purba kala semata, malah anda bakal mempelajari apa yang pernah kita lalui ketika di bangku sekolah suatu ketika dahulu iaitu sejarahnya yang panjang.
Bermula dengan sistem peradaban manusia yang bertamadun tinggi serta teratur, Rome merupakan kerajaan pertama yang mengamalkan perlembangaan serta negara yang berasaskan undang undang bertulis yang diamalkan oleh beberapa negara lain sehingga kini. Paling menarik Rome merupakan sebuah negara yang mempunyai hampir 85 % bangunan sejarah paling kukuh serta paling asli yang dikekalkan hingga ke hari ini untuk tatapan semua masyarakat dunia.
Colosseum misalnya, sebuah bangunan kekal yang masih utuh sebagai mercutanda penting d Rome. Malah tidak ke Rome lah anda jika anda tidak menjejaakkan kaki kemari. Dengan tiket masuk yang telah disediakan dalam pakej kami anda bakal melihat sendiri bagaimana ianya dibina tanpa menggunakan peralatan moden yang seakan tidak mungkin terjawab oleh akal kita akan keadaan pada zaman itu berbanding sekarang.
inilah yang menjadi pengalaman luarbiasa bagi anda yang pertama kali kemari. Malah pemandu pelancong kami yang telah beberapa kali membawa pelancong kesini masih lagi mempunyai banyak untuk dikongsi bersama anda semua.
Penerangan yang penuh teliti serta menyeluruh menjadikan lawatan ke Colosseum ini amat berguna serta sungguh ilmiah. Selalunya cerita sejarah sudah pasti akan membosankan. Namun ianya tidak mungkin berlaku bila anda bersama kami kemari.
Setiap penjuru ditengah arenanya mempunyai cerita yang tersendiri. Inilah juga teknologi manusia pertama yang benar benar mengkagum kan sesiapa sahaja yang pernah kemari. Jika difikirkan kembali binaan yang agak besar ini tiak mungkin dibina oleh manusia biasa. Dari zaman Vespasian hinggalah dinasty Titus ianya mengambil masa yang agak mustahil tanpa peralatan moden ketika itu.
Tambahan pula bahan binaan nya agak luar biasa pabila diberitahu yang semuanya bukan berasal dari tanah Rome itu sendiri. Amphitheater terbesar didunia ini menjadi medan pertumpahan darah yang merupakan hiburan dikalangan penduduknya pada ketika itu.
Jika anda pernah menonton Gladiators, anda sudah pasti pernah mengangarkan semuanya seakan benar. Inilah yang perlu anda semua ketahui sendiri dengan datang ke mari. Penerangan lebih terperinci serta menyeronokkan menjadikan lawatan anda bersama kami tidak mungkin membosankan.
Sekitar Colosseum yang terdiri dari beberapa runtuhan bangunan purba lama dengan keindahanya yang tersendiri. Anda seakan dibawa balik ke zaman tanppa teknologi ketika itu dan seakan mengalami pengenbaraan merentas masa untuk menikmati itipati Rome yang tidak mungkin dikecapi dengan hanya membacanya sahaja.
Banyak bangunan sekitarnya memberikan pemandangan luar biasa bagi mereka yang mengemari runtuhan sejarah yeng menjadi kebanggan penduduk asalnya.
Sekitar bandar Rome yang jika dilihat anda semua pasti terpegun akan keistimewaanya sebagai sebuah bandar sejarah diatas bandar sejarah yang lain. Sukar untuk dimegertikan namun anda seharusnya datag kesini sendiri untuk menikmati apa yang kebanyakkan pelanggan kami katakan "luarbiasa"
Melihat sendiri bandar utama Katolik Vatican yang dibena seluas 44 hectar sahaja namun merupakan sebah kerajaan berdaulat yang berada di tengah kota Rome. Berteraskan agama srta diuni oleh hanya 900 orang sahaja Vatican City merupakan sebuah kerajaan sendiri yang paling kecil didunia.

Agak aneh bila kita dengar sebuah negara lain berada ditengah tengah kota besar yang menjadi kebanggan dunia, namun percayalah ini ynag telah berlaku. Anda boleh saksikan sendiri pabila ke Rome. Seakan bonus untuk melawat Rome dengan sebuah lagi negara lain di dalam nya.
Dengan statusnya sebagai sebuah pusat agama, Vatican City mempunyai kunjungan pelancong dalam dan luar negara paling ramai sepanjang tahun. Bukan hanya kerana untuk aktiviti keagamaan namun Vaticano yang juga menyimpan pelbagai khazanah lama beberapa abad telah menjadikan ianya dibanjir pelancong dari seluruh dunia.
Anda bayangkan berapa ramai pelancong dari seluruh dunia berarak untuk melepasi intu masuk ke sini serta beberapa sekatan securiti sebelum dibenarkan menjejak kan kaki ke dalam St Peter Basilica - sebuah binaan agung Kristian di sini.
Jika anda tidak berminat untuk melihat St Peter secara keseluruhan, anda mungkin berminat untuk melihat himpunan sejarah sejak berkurun di dalam Museum nya yang agung. Disini anda bakal melihat sendiri apa yang dikatakan sejarah dunia yang tidak mungkin kita pelajari dari buku semata.
Hidangan makana halal sekitar Rome - agak sukar namun Apple Muslim Holiday telah cuba sebaik yang mungkin untuk mengekalkan status lawatan Muslim kami ke setiap negara bukan Muslim. Inilah cabaran yang Apple Muslim Holiday ingin buktikan serta dikongsi bersama semua pelanggan nya.
Jika makanan yang disediaan tidak boleh diterima oleh pelanggan akan kerana statusnya yang was was atau tidak mungkin halal, Apple Muslim sendiri tidak ingin untuk menyediakan perkhidmatan tersebut. Paling tidak pilihan restoren kami adalah tetap serta diiperakui akan sahihnya bahan makanan yang pihak restoren sediakan. Antara lain, salah seoarang dari Chef restoren terbabit perlu beragama Islam untuk melayakkan pilihan restoren kami sesuai dengan pelanggan Muslim kami.
Roma Grande Mosque - merupakan pusat lawatan kami yang tidak mungkin terlepas untuk dikunjungi. Anda bisa beramah mesra dengan beberapa Muslimin tempatan sekitar masjid besar ini malah juga melawat sekitarnya.

Terletak dikaki pergunungan Monti Parioli serta dengan keluasan 30,000 meter persegi, Masjid yang agak unik ini semenganya sungguh istimewa. Jika dilihat dari segi bentuk arkiteknya, Masjid ini kelihatan sungguh moden serta sangat berlainan dengan bentuk masjid lain dari seuruh dunia.
Interiornya tidak lari sebagai sebuah masjid agung di Roma walaupun pandangan luarnya masih menakjubkan sebagai sebuah pusat agama Islam terunggul di tengah kota Roma.
Bangunan Islamik yang mengambil masa lebih kurang 10 tahun pembinanan nya ini siap dibina pada Jun 1995. Beroperasi sepenuhnya setiap hari terutama pada hari Jumaat serta menerima kunjungan pelawat hampir setiap masa.
Ruang solatnya boleh menempatkan hampir 12 ribu orag pada masa yang sama tidak termsuk ruangan solat dibawahnya yang masih lagi boleh menempatkan beberapa ratus orang. Kompleks Islam ini dibena bukan hanya berfungsi sebagai pusat agama semata malah ianya juga menempatkan khazanah ilmiah Islamiyah yang unggul dari koleksi beberapa ulama yang ditempatkan disini.
sesuai sebagai sebuah pusat agama Islam, semua pekerja nya amat menitikberatkan kerukunan Masjid serta keselamatan untuk kekal sebagai rumah ibadah yang unggul di kota Rome ini. Sesuai dengan agama Islam yang mengutamakan kedamaian serta kerukunan hidup, lokasi pilihan untu pembinaan Masjid ini sungguh mendamaikan serta mencirikan kedamaian.
Anda perlu datang kemari bersama kami untuk melihat sendiri akan keunikkan binaan Masjid indah di kota Rome ini. Berpeluang bersolat di masjid ini merupakan pengalaman yang sudah pastinya memgembirakan tetamu Allah.
Tidak sah sebuah masjid itu jika tidak mempunyai ciri mozek islamik seakan kerajaan Seljuk di Antalya atau sedikit suntukkan Moorish. Ukiran mozek halus melengkapi dinding masjid ini serta mempamerkan keindahan sebenar masjid nan indah dari dalamnya.

Sempat untuk solat diantara Zohor serta Asar jika kemari selepas makan tengahari, Jadual lawatan yang diatur seharusnya tidak terlalu ketat untuk para tetamu Apple yang mengingikan suasana santai namun masih penuh beraktiviti yang tidak memenatkan.

sempat untuk berdoapaanjang semasa di Masjid Rome ini

Keluar dari kota utama Roma untuk buktikan kuasa beli anda di Rome. Apa lagi jika tidak membeli belah di Castelo De Romano - pusat beli belah terkemuka dessign outlet di pinggir Rome ini pastinya tujaun beberapa ahli lawatan kita

Namun seperti apa yang Apple selalu utarakan. Its a journey not the destinations. Perjalanan menyusuri kawasan urban yang indah dengan gabungan bangunan lama serta baru menjadikan anda tidak mahu sampai kedestinasinya.
Tambahan pula sepanjang perjalanan, anda bakal nikmati sendiri keindahan pepohonan cemara tua yang menjadi tanaman utama sekitar Bandar Rome uang mengindahkan lagi suassana kota Rome seakan lukisan ynag tidak tergambar oleh kata-kata kita semua.

Runtuhan kota lama yang juga merupakan benteng kota lama Rome tesergam indah sepanjang perjalanan kita ke pusat beli belah yang dinyatakan tadi.
Sama juga dengan Istanbul, Aqueduct yang merupakan palungan air yang sememangnya dicipta serta asalnya dari Rome ini masih tersergam indah sepanjang kota Rome. Inilah bukti kemegahan kerajaan Rome di seluruh dunia terutama negara takluk nya.

Seperti utuhnya Constantinople sebelum Byzantine dihalau ke Balkan oleh Ottoman, beberapa binaan seumpama nya di Istanbu dapat anda saksikan di kota Rome ini. Namun kekal sebagai sebuah bangunan sejarah yang sangat mnegkagumkan akan terpeliharanya ia untuk tatapan pelancong walaupun kemodenan pesat melanda Rome pada awal tahun 40an.
Banyak bagunan istimewa yang mementingkan gerbang atau pintu masuk utaman nya kelihatan megah berdiri sekitar kota Rome. Ramai pelanggan kami merasakan lawatan ke Rome ini telah membuka minda bahawa masih banyak yang perlu kita sebagai manusia untuk melihat denagn mata hati dan bukan hanya sekadar mendengar dari kata kata sahaja.
Membeli belah sekitar Rome sudah tentu menjadi agenda yang tidak mungkin kami tunda. Apatah lagi kebanyakkan pelancong Malaysia berpendapat barangan jenama terkemuka dunia sudah pastnya lebihh berbaloi untuk dibeli dinegara asalnya.

Bagi mereka yang inginkan cenderahati untuk dikumpul sebagai tanda istimewa dari seluruh dunia inilah yang bakal mereka perolehi. Kami akan membawa mereka ke semua Hard Rock sekitar Italy bermula Rome, Florence serta Venice
Spanish Steps - dengan 135 anak tangga kesemuanya masih berada dalam keadaan yang sangat baik walaupun ianya pernah menjadi pust pertempuran suatu ketika dahulu. Kini panorama yang berada di Piazza De Spagna berhampiran kedutaan Spain ini menjadi tumpuan sesiapa sahaja.
Bukan sahaja kerana menjadi tumpuan pelancong sebagai objek lawatan sejarah malah Piazza de Spagna juga menjadi tumpuan bagi mereka yang ingin melihat barangan jenama terkemuka juga.
Suasana senja sekitar Piazza De Spagna yang sungguh meriah dengan pelancong dari seluruh dunia, Namun awas anda seharusnya perlu berpada pada ketika membeli belah kerana dikuatiri anda bakal mengosongkan dompet masing masing pada awal lawatan di Roma ini.
Mana tidaknya pelbagai jenama terkemuka berada tepat di depan anda. Malah sebut sahaja jenama Italy, maka anda pasti melihatnya sekitar kawasan ini.
Makan malam kami - selalunya di salah sebuah restoren yang selesa serta menyediakan makanan yang bertepatan untuk pelanggan Muslim kami untuk bersantap.

Bukan sahaja makanan halal malah anda juga bisa untuk merasai hidangan masakan Italy yang istimewa seperti pasta dan sebagainya namun sesuai untuk santapan pelanggan Muslim kami

Pilihan hotel penginapan juga amat penting. Kami akan menempatkan pelangan kami berhampiran dengan monument serta pusat bandar bagi menyenangkan pelangan kami bergerak diwaktu lapang. Paling tidak menjimatkan masa untuk bergerak dari pusat lawatan dari hotel. Malah categori bintang juga menjadi kriteria utama Apple Muslim Holiday bagi menjamin keselesaan pelanggan nya.
Bagi mereka yang ingin mengikut lawatan Muslim kami ke Italy yang akan datang, sila berhubung dengan kami di talian 03-21458866 atau email ke muslim@appleholiday.com Jumpa anda disana.