apple muslim holiday

Friday, July 4, 2014

MEKAR TULIP DI AMSTERDAM

Mekar nya setiap musim bunga dan bertahan sehingga awal musim panas. Dengan acara tahunan melonjak namanya serata dunia walaupun asalnya bukan dari Holland Belanda. Tulipa atau Tulip - sinonim dengan kerajaan agung Ottoman di satu era dan kini menjadi kebanggan Belanda sebagai bahan pelancongan serta export hasil negaranya. 
Kami teruja dengan keindahan pesta Keukenhof tahun ini dan Apple Muslim Holiday sungguh bertuah dengan kehadiran pelanggan nya yang sememangnya tahu menghargai keindahan ciptaan Ilahi. 
 Dikurnia pelbagai bentuk dan warna, Tulip semestinya digemari serantau Eropah. Pesta yang diadakan setiap tahun ini adalah buktinya.

Terlalu ramai pelancong yang tiba dari seluruh dunia. Berjaya menarik perhatian mata dunia akan keindahan tulip ini sehinggakan ianya memberi  pendapatan lumayan bagi Belanda sepanjang musim bunga.


 Anda sudah pasti tertarik akan warna nya yang pelbagai. Seakan ingin di bawa pulang namun ini tidak mungkin berlaku kerana ianya tidak boleh hidup dek cuaca negara kita yang agak tidak rasi baginya.

 Tuip berhujung tajam - merupakan tulip asal yang menjadi kebanggann serta banyak ditemui di Turkey serta Parsi. Setelah di multi cultivate kan, kini ianya menjadi bahan export komersil yang berjaya meraih permintaan dunia.

 Ini pula Tulip yang melakar sejarah akan kajian menunjukkan kekuasan Tuhan. Semper Augustus. Terjadi akan pecahan warna secara semulajadi menjadikan ia kelihatan luar biasa. Pecahan warna ini berlaku akan bantuan virus ke umbisi bunga tulip.
 Ini juga merupakan kegemaran saya setiap tahun. Warna yang tidak mungkin namun menjadi satu gabungan yang luar biasa indahnya. Inilah kekuasaan Ilahi.

 Sementara itu feather tulip pula merupakan sejenis tulip istimewa yang tidak mudah dijumpai di tempat lain Feather Tulips di panggil akan bentuknya yang kelihatan seperti pelepah bulu burung.



Pesta Keukenhof kali ini berlangsung agak awal bermula pada pertengahan bulan Mac. Akan permintaan ramai setiap tahun pintu masuk ke Lisse Keukenhof kali ini dibuka sehingga pertengahan bulan May.
 Taman indah dipenuhi tanaman tulip ini semestinya menggamit kehadiran anda. Manalah tidak teruja hati setiap pengunjungnya pabila melihat bunga indah tersusun cantik terpancar ceria dengan warna ynag yang seakan agak mustahil. Namun inilah yang dikatakan kekuasaan Nya. 



Beginilah bunga tulip yang bakal anda sendiri lihat pabila ke Amterdam bersama kami di musim bunga. Jadual ke Keukenhof ini akan menjadi agenda paling utama dengan lawatan Apple Muslim Holiday dan ianya tidak pernah mengecewakan.


walaupun kali ini kami tidak dapat melihat perarakaan kereta berhias namunn keindahan Keukenhof masih teserlah dengan warna indah bungan tulip sekitarnya.









Kinchir angin yang juga merupakan simbol utama akan pengenalan Belanda di mata dunia tidak harus dilupakan. Maka kami membawa peserta lawatan mengunjungi Zaan Schaan yang merupakan sebuah muzium hidup di Belanda ini




Disini anda sudah pasti tertarik untuk mengenali budaya masyarakat setempat yang di banggakan oleh penduduknya sejak zaman dahulu lagi. Anda bakal melihat bagaimana kinchir angin berfungsi serta apakah fungsinya kepada mereka.
Kasut diperbuat dari pohon popler juga akan menjadi satu daripada cenderahati hebat untuk dibawa pulang dan inilah satu lagi benda yang sangat sinonim dengan negara Belanda ini.


Jika anda pengemar keju ini lah juga tempat yang tidak harus anda lupakan. Keju yang di proses di sini agak istimewa kerana tanpa menggunakan renet dari haiwan namun hanya dari cuka biasa.
selain diajar bagaimana ianya di proses anda juga bakal mencuba pelbagai jenis keju di sini. Dari rasa keju susu lembu hingga lah yang telah di campur dengan pelbagai bahan lain sepperti paprika, herba, lada hitam serta bahan yang sesuai dengan nya.

Anda juga bakal membali cokolat istimewa yang terkenal di Belanda. Sebuk koko nya yang terkenal adalah hasil dari tanah asia iaitu Indonesia. Maka tidak hairanah jika Belanda yang tidak peernah boleh menanam koko memerolehi bahan mentah koko dengan mudah ekoran hubungan ekonomi yang terjalin sejak dari abad ke 15 lagi.
Amsterdam merupakan ibu negara Nertherland atau Belanda. Merupakan bandar yang terlalu pesat dengan kehadiran pelancong dari serata Eropah dan benua lain nya. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan pusat peradapan di Eropah adalah lebih kuat disini berbanding Perancis suatu ketka dahulu

Bandar indah yang terkenal dengan lebih 200 terusan ini seakan puzzle yang tergabung dari jambatan halus merentangi nya. Sesuai akan status nya sebagai sebuah negara dibawah aras laut Amsterdam amat istimewa untuk di lawati dan di amati bukan hanya kepadatan pelancong nya sahaja malah topografinya yang terlalu luar biasa. 

Sejarah bandar nya yang agak tua tidak pernah membosankan, malah banyak bahan sejarah dari gabungan bangunan hinggalah terusan sekitarnya menjadi tarikkan para pelancong. Unik nya bandar AMsterdam ini dengan bagunan nya yang tidak pernah simeteri. Kenapa ianya begitu - jikka anda ingin tahu sila bersama kami ke siri lawatn akan datang.

Dam Square - manjadi pusat himpunan manusia seluruh dunia - merupakan dataran terpenting di Amsterdam sebagai sebuah peringatan kepada perang dunia ke 2. Terlalu ramai pelancong yang berkunjung kemari untuk merakam kan nostalgia di sini. 

Berhati-hati bila anda berjalan atau melintasi jalan raya di sekitar Dam Square ini. Jika motorsikal hampir tidak kelihatan namun basikal masih lagi bahaya. Dengan berbasikal Amterdam telah mencuba yang terbaik untuk mengurangkan kadar kesesakkan.
Ini pula Royal Palais of Amterdam yang tersergam indah berhampiran Dam Square. Mempunya keunikan tersendiri dengan reka bentuk istimewa seakan menghidup kan kembali nostalgia zaman dahulu membuatkan ianya kekal untuk menarik jutaan pengunjung untuk datang kemari. 
Mampu menjadi tarikkkan pelancong dalam dan luar negara, beberapa bangunan lama dikekal kan di Amterdam bagi tujuan pelancongan. Pusat bandar nya yang terssergam dengan bangaunan pelabagai warna ini menjadi satu keistimewan utuk kita nikmati pabila ke Amsterdam

Menyusuri terusan nya yang agak istimewa. Tahukan anda bahawa Amsterdam melebihi seratus kilometer canal atau terusan dengan 90 buah pulanya. Malah sehingga ini telah terdapa lebih dari 1500 buah jambantan yang menghubungi pulau nya yang lebih dari 90 buah

Pemandangan biasa yang bakal anda saksikan pabila bersama kami di Amsterdam. Paling menarik anda akan mengenali sendiri apakah yang bakal anda lawati terutama bangunan sejarahnya yang tersergam indah.

Tidak dibena senget namun ianya menjadi sesuatu yang terlalu istimewa untuk kita amati. Setiap bangunan asal yang dibena sepanjang terusan sekitar Amsterdam ini mempunyai sejarah serta ceritanya yang tersendiri. Namun tidak mudahh untuk kita ingat semuanya tanpa melewati sendiri kawasan ini

Bersantai bersama yang tersayang, ahli keluarga, sahabat baru dan peserta lawatan yang lain. Inilah masa kualiti bila anda bersama Apple Muslim Holiday untuk dinikmati bersama.
Nikmati masa luang yang agak santai di Amsterdam sememang nya terhad akan jadual lawatan sekitar Eropah selalunya padat. Tidak dengan kami yang semestinya mencuba sedaya upaya memberikan yang terbaik. Tidak sempurna jika sesuatu lawatan itu tidak disertakan dengan kenangan indah dan juga pengjaran ringkas namun berguna untuk diamati dan dibawa pulang ke tanah air.