INDIA PASTI MENGKAGUMKAN
Taj Mahal - merupakan satu satunya mercutanda istimewa terkemuka serata dunia yang tidak asing bagi semua. Lambang kemegahan India ini bukan sahaja tersenarai sebagai 7 keajaiban binaan manusia malah tidak mungkin mempunyai seakannya di tempat lain
Maka, India semestinya mengkagumkan kita bukan sahaja secara lisan malah memukau bagi sesiapa jua yang pernah menaklukinya. Inilah yang terpancar di pandangan pelanggan kami yang pada mulanya menyangka destinasi ini mungkin tidak sehebat siaran bollywood yang di pertontonkan. Akhirnya mengakui ada yang lebih hebat untuk disaksikan pabila kesini.
Segitiga India yang terkemuka merangkumi Jaipur Agra dan Delhi merupakan atucara lawatan yang agak biasa dikalangan agensi pelancongan di negara kita. Ini berikutan keindahan 3 pusat pelancongan yang terkemuka ini menjadi sebutan setiap pengunjungnya.
Lengkap dengan keindahan alam semulajadi, sejarah yang panjang, Senibena lama yang sungguh menakjubkan serta kelazatan masakan nya yang terkemuka menjadi ramuan untuk menarik pelancong seluruh dunia kemari.
Kota besar Jaipur - Amber Fort - Antara runtuhan kerajaan lama yang masih menjadi pusat lawatan kekal di daerah Amer ini. Menerima kunjungan pelancong dalam serta luar negara yang agak luar biasa ramainya. Mana tidaknya, kawasan yang terkemuka dengan senibena lamanya ini menyimpan sejarah yang sungguh istimewa.
Ruang legar bersemayam raja nya dihiasi puluhan tiang indah sekeliing kota - dengan ketinggian kota di atas gunung menunjukkan kecekalan Raja Man Singh 1 membenanya demi meluaskan jajahan takluk serta kekuasaan beliau suatu ketika dahulu sebagai seorang raja.
Saya berada di belakang Jai Mandir - mirror palace yang terlalu unik untuk di katakan - bahan binaan yang terdiri dari batuan kapur serta cermi lengkung membentuk rias istimewa yang tidak mungkin anada saksikan di negara lain. Saya terlalu kagum akan istana kecil yang berada di dalam istana ini.
Kota yanng dibena sepenuhnya dari batuan pasir merah serta mamar putih ini dianggaap luar biasa kerana ianya bukan sekadar sebuah kota lama yang binaanya terlalu rumit namun kedududkannya yang agak tinggi dan saiznya yang terlalu besar menjadi ukuran akan kehebatan nya.
Dalam perjalanan turun dari Kota Amber ini kami terserempak dengan pemain ular yang mengharapkan ihsan pelancong. Kami seakan terpukau akan keasyikkan tiupan seruling dengan iramanya yang sun gguh merdu.
Dari kejauhan, istana di dalam tasik - Jal Mahal - kami terlalu ingin menuju ke sana namun masa agak terlalu cemburu untuk melepaskan kami kesitu. Apatah lagi beberapa pusat lawatan lain menanti giliran untuk kunjungan dari peserta lawata dari Apple Muslim Holiday kali ini.
Seterusnya kami dibawa ke City Palace di Kota Jaipur untuk melihat keindahan istana dalam bandar yang agak istimewa. Saya seakan berada di dalam istana besar Paro dalam filem Devdas. Perincian corak serta keindahan motif flora yang mengkagumkan.
Tepat pada masanya. Setiba kami disini, terdapat ramai pelancong tempatan dari daerah yang sama. Kami tertanya apa yang menyebab kan keriuhan ini. Rupanya ada sambutan sempena lawatan raja mudanya ke esokkan hari.
Jadi istana ini dirias indah untuk sambutan tersebut. Keraian ini berlangsung selama beberapa hari dan ianya dilakukan setiap tahun. Inilah masa untuk rakyatnya berjumpa dengan satu satunya waris raja laa di Jaipur ini.
Hawa Mahal - antara binaan agaung di Jaipur - seakan sebuah kek perkahwinan dihias rapi. Merupakan objek pelancongan terhebat di daerah Jaipur serta menjadi mercutanda penting kepada sesiapa juga yang bertandang ke Jaipur ini.
Reka bentuk yang memepersonakan malah tidak keterlaluan jika dikatakan ianya menjadi tunggak utama kepada kebanjiran pelancong luar untuk datang kemari berbanding objek pelaancongan lain nya.
Apa lagi jika membeli belah menjadi acara seterusnya. India buka sahaja terkemuka dengan bahan fabrik yang istimewa. Selain sari yang bakal anda tempah, pelbagai jenis kain cotton juga boleh diperolehi disini.
Gelang perhiasan sekadar cenderahati atau untuk melengkap eksesori harian anda - mengapa tidak - jika sesuai dengan cara gayaan anda pasti membelinya juga. Ikut gaya anda dengan pelbagai warna yang sungguh menari. Yang penting, ianya tidak mahal untuk dijadikan cenderahati dari India.
Anda mungkin tidak ke India jika tidak pernah sampai ke Taj Mahal. Rami dikalangan kita beranggapan Taj Mahal berada di New Delhi. Namun ianya tidak benar sama sekali. Bagunan hebat binaan beberapa kurun lalu ini berada di Agra. Sebuah lagi bandar hebat yang seharusnya kita lawati bila ke India.
The Great Tomb atau makam agung Mumtaz Mahal seorang permasuri agung yang dianggap wanita paling istimewa disemadikan disini.
Makam hebat dengan binaan Moorish dari batuan mamar putih ini sungguh luar biasa untuk diamati. Semakin dekat kita kemari semakin tidak sabar untuk anda melihat isi dari dalam nya. Dengan menggambil masa ynag terlalu lama. Taj Mahal ini menjadi lambang cinta teragung sseorang pemerintah India suatu ketika dahulu Shah Jehan..
Dengan jolokkan 7 keajiban dunia - buatan manusia ini sememang nya luar biasa. Jika dilihat bagaimana bangunan hebat semetri ini di bena tanpa menggunakan peralatan moden. Apatah lagi jika setiap perincian serta detail rekabentuknya yang menakjubkan ini tidak boleh disangkal mudah akan ketelitiannya.
Ini pula adalah 4 gebang utama yang menjurus kearah makam utamanya.. Juga merupakan sebuah binaan istmewa kerana batuuan merah di ukir bersama batu mamar putih yang mana bukan merupakan kombinasi serasi untuk bahan binaan namun kekal utuh serta hebat sehingga kini.Inilah makam indah yang akan anda lawati bila bersama kami di Agra nanti. Dan anda pasti ingat ianya bukan berada di New Delhi namun di Agra
Agra Red Fort - ini lah kota utama yang sepatutnya mendapat erhatian lebih berbanding pusat lawatan lain. Namun ianya seakan terabai dalam lawatan kita akan amanya yang agak kurang meniti bibir pelancong ynag datang ke India. Namanya agak pudar berbanding Taj Mahal. Namun sejarah nya yang hebat membuktikan kota lama ini tidak pernah kurang hebatnya
Merupakan kompleks istana, Ibu kota, pusat ketenteraan serta pusat peradapan Hindustan suatu ketika dahulu, ianya masih menjadi lambang kekuasaan kerajaan lama di India bangkit sejak zaman Mughal Dinasti sehingga kan berakhirnya kerajaan Bahadur Shah.
Ruang legar di atas kota yang begitu indah seakan penghuninya masih lagi berkuasa disini. Banya bnaan lanya yang masih lagi kekal serta tesergam indah untuk di tatapi pelancong.
Taman indah ditengah kota yang menjadi pusat rehat raja raja nya. Dari kejauhan kubah emas ynag di bena oleh Jahagir serta Aurengzeb - anak kepada Saha Jehan yang terkenal akan kenakalan nya.
Sebuah masjid kecil dalam istana - Nagin - yang dibuat khas untuk raja raja bersolat. Bagunana istimewa iini dibena dari batuan mamar putih serta mempunyai keistimewaan nya yang tersendiri.
Akhirnya kita ke New Delhi - ibu koa terkenal bagi India, Merupakan sebuah bandaraya moden serta berjiwa rakyat sekaligus mencerminkan keutuhan masyarakatnya.
India Gate - berada ditengah tengan kota dengan binaan seakan Arch of Trump di kota Paris. Dedikas untuk pahlawan yang gugur serta peneraju perang beberapa dekat - menjadi lambang keutuhan negara nya. Sehingga kini bangunan ini menjadi puasat awatan ppaling ramai di New Delhi ini.
Sebuah masjid prba namun kelihatan agak pelik serta sangat istiewa - binaanya menumpukan ciri tradisi masyakarat India pada ketika itu dan memaparkan betapa kuatnya pengaruh budaya serantau nya.
Khutub Mina, runtuham bagunan bersejarah yang tidak mungkin kita luapakan. Oleh kerana ianya merupakan sebuah pusat agama, tarikan pelancong agak terhad kepada mereka yang benar- benar ingin tahu akan sejarahnya yang sungguh bererti.
Kagum - beranda yang membawa kita ke ruang utama bagunan ini menarik perhatian saya. Tiang nya kelihatan hebat dengan ukiran luarbiasa seperti sebuah kuil hindu lama. Tidak boleh disangkal itu adalah bahan asal dari runtuhan lama sebuah kuil yang kemudianya menjadi masjid agung disini,
Khutub Mina - menjadi lambang utama serta keagungan Islam di sini. Juga merupakan binaan yang agak luar biasa kerana ianya agak besar serta terlalu simetri binaanya.
Corak interior yang sungguh aneh bagi sebuah Masjid. Inilah yang saya katakan - gabungan erat antara peradaban serta agama dan cara hidup seharian masyarakatnya.
Bagi saya - India sebenarnya agak hebat untuk kita semua hayati. Sebagai sebah negara yang penuh dengan peradaban, anda pasti akan seronok untuk menghayatinya..
<< Home