apple muslim holiday

Saturday, October 4, 2014

TAIWAN SEMEMANGNYA UNTUK PELANCONG MUSLIM

Sekali lagi Taiwan sebenarnya telah lama menanti anda sebagai pelancong Muslim kemari. Inilah tegasan tour leader Apple Muslim Holiday kepada pelanggan nya yang masih lagi ragu ragu akan kesahihan hal ini. Mana mungkin "negara Chopstick" yang keluasannya lebih kecil dari Tanah Besar China mampu berbuat demikian ? itulah anggaran pertanyaan pelancong negara kita yang masih belum yakin tentang pelancongan Muslim ke Taiwan.
 Kecil tidak sebarag kecil. Kecil-kecil cili padi. Bidalan hebat sesuai untuk menggambarkan Taiwan sebagai sebuah negara yang hanya berkeluasan 35883 kilometer persegi namun mempunyai banyak keistimewaan untuk di kongsi dengan pelancong Muslim. Memang benar Islam tidak terlalu besar penganutnya berbanding negara Asia yang lain. Malah jika di bandingkan dengan China juga tidak setanding langsung. Namun inilah yang kami ingin nyatakan sekali lagi Tak keal maka tak cinta
 Bentuk topografi nya yang pelbagai menjadikan Taiwan sebuah pusat percutian sesuai semua lapisan umur serta minat pelancong masing masing. Negara kepulauan ini menjajikan keindahan pantai, pulau serta laut yang memukau. Antaranya Yehliu yang menjadi kunjungan remai pelancong sepanjang tahun.
 Walaupun hanya batu laut, namun bentuk istimewanya menjadi kan ianya sebagai salah satu aganda utama bagi pencinta alam untuk mengkagumi kuasa Ilahi.
 Ini adalan antara bentuk batuan yang sememangnya sentaisa ditanya oleh semua pelancong bersama kami. Adakah ianya benar terjadi secara alami atau dibentuk oleh manusia. Agak teruja untuk menjawab kerana ianya hanya terdapat disini.
 Yilan Art Center juga menawarkan aktiviti bersama yang sungguh menyeronokkan. Inilah masanya nada bersama yang tersayang serta sahabat atau keluarga mengenali bakat masing masing. Banyak aktiviti ilmiah namun masih lagi santai serta menceriakan akan suasananya yang mendamaikan

 Seakan berada di zaman lampau - mengimbas semula zaman jajahan Jepun di tanah Malaya - saya masih teringat akan minuman bergas yang di import dari Jepun semasa di kampung - kilangnya dari sini?. mana mungkin saya sendiri terlepas pandang perkara penting sebegini sebagai seoarang tour leader. Sedangkan saya dikira membesar dengan bahan seerti itu semasa di kampung. Suasana ini menjemput kita kembali menggingati era tersebut. Dan percayalah bagi mereka yang datang kesini, anda pasti teruja melihat permainan yang pernah menjadi ppermainan anda suatu ketika dahulu
Makanan di taiwan tidak banyak bezanya dengan negaara Chopstick yang lain. Namun saya menggemarinya terutama bila disebut akan makanan organknya yang agak segar serta istimewa penyediaan nya. Penginapan di sebuah Farm stay di Yilan memberikan kenanagn indah bagi pelancong Muslim ke Taiwan. Akan perbezaan farm stay nya degan yang terdapat di negara kita, anda sendiri bakal mengikuti pelbagai juadah istimewa hasil dari ladang disini.
 Makanan halal tidak sukar di Taiwan. Agak kekok namun Taiwan amat memahami permintaan pelancong Muslim kemari. Malah anda pastinya teruja pabila melihat beberapaa restoren yang benar benar menyediakan makanan halal yang sesuai selera kita sebagai orang Melayu.
 Seperti yang dikatakan Taiwan terkenal dengan pelbagai aneka jenis makanan herba serta organik. Tidak hairanlah jika anda bakal melihat masyarakatnya yang kurang obesiti serta sangat menjaga kesihatan diri. Ini satu lagi dorogan positif untuk kita membawanya pulang ke tanah air bagi diamal kan sendiri agar setanding mereka.
 JiuFen - pekan lama yang istimewa serta menjadi tempat favourite saya. Pemandangan indah, masyarakat setempatnya yang ramah, pelbagai pilihan untuk beli belah, serta lorongan klasik seakan di zaman dahulu menggamit ketibaan kita kemari.   
 Penenpatan di sekitar lerengan bukit yang menghadp lautan - inilah hadiahnya bila kita kesini. Tidak sama seperti yang anda lihat di gambar ini namun sila lah ke mari untuk rasainya sendiri.
 Bagi pelancong Muslim anda pastinya akan merasakan taiwan adalah sebuah negara yang mengamal kan kepelbagaian agama serta lebih saksama. Hari Jumaat di masjid besat Taipei umpamanya menjadi sebuah majlis agama serta perjumpaan musimin muslimat sekitar Taipei.

 Beli-belah di sekitar Taiwan sudah pasti tidak dapat dielakkan. Nama mungkin anda menahan diri akan tarikan nya. Tambahan pula matawang Taiwan Dollar yang agak mesra pengguna ini bakal membawa pelanggan kami ke excess baggage pabila pulang ke Malaysia nanti.
Dari gedung berjenama tterkemuka sekitar Taipei 101 hinggalah ke pusat jualan haarian dengan fesyen ala Korea menjadi lawatan belanja kami.

 Fesyen ala K POP yang kian menular seluruh asia kini menjadi popular disini. dengan harga yang jauh lebih murah namun dengan kualiti yang agak hebat, anda sudah pasti tidak menang tangan untuk memilih. Banyak yang perlu dilihat disetiap gedung fesyen nya.
 Bagi mereka yang melancong bersama kanak-kanak, anda tidak perlu gusar. Mereka juga bakal menikmati percutian indah di teman tema yang seakan disneyland atau sehebat taman tema di Korea juga.
 Taman tema ini juga sesuai untuk semua lapisan peringkat umur. Anda bakal menikmati kemeriahan di sini serta mengamit kenangan zaman kanak -kanak yang mungkin tidak pernah kita hayati suatu masa dahulu. Nahh inilah masanya untuk berseronok dengan si manja anda sebagai hadiah tahunan bagi pemangkin kasih sayang sekeluarga.
 Dari permainan dry Park hinggalah waterpark anda juga bakal melihat safari world yang istimewa disini. Leofoo Theme Park sesuai untuk kunugan keluarga anda.


 Taiwan terkenal dengan buahan tempatan nya yang segar. Setiap kali kemari saya sentiasa ditanya oleh pelanggan yang ingin mambawa buahan segar daari tanah subur ini. Walaupun jenis buahan yang bakal anda lihat diTaiwan tidak ada bezaya dengan yang terdapat di negara kita namun harga nya jauh lebih murah.


Secara keseluruhan Taiwan sememangnya untuk pelancong Muslim, tidak kira dari mana anda sekalipun. Dari makanan, aturcara lawatan, penginapan serta aktiviti di sini semua nya bakal memberikan percutian hebat untuk anda sekeluarga.