LONDON KOTA INDAH DAN ISTIMEWA SEPANJANG MASA
selain namanya yang sentiasa menjadi lambang status kepada sesiapa yang pernah sampai kemari serta akan nilai dan taraf ibukota moden lagi termasyur di mata dunia, London masih menyimpan pelbagai keistimewaan untuk dikujungi. Ramai beranggapan London anya sebuah negara orang Inggeris yang tidak mungkin mungkin sukar untuk dilawati akan bahasa pengantaraan yang digunakan agak global namun Apple Muslim mengcungkil secara terperinci akan London sebagai pusat lawatan bagi pelancong Muslim.
Berbanding negara Eropah lain, London masih lagi sebuah destinasi ynag mesra pelancong Muslim. Pelbagai jenis makanan halal dari Lubnan, Mesir serta Turkey tidak kurang rasa Asia seperti India Muslim, Thai dan Malaysia sendiri boleh di perolehi di sekitar tengah bandarnya. Dan bagi kami makanan halal adalah agenda paling utama.
Infratruktur nya yang agak teratur terutama bagi prasarana pengangkutan amat dikagumi. Jaringan jalan nya yang agak lebat walau ditengah bandar mengurangkan kadar trafik. Kemudahan awam seperti bus bertingkat Merah ( London Bus ) menjadi mercutanda utama nya disamping memberikan perkhidmatan hebat sepanjang tahun.
Tidak kurang pula subway - perkhidmatan Transit keretapi bawah tanah dengan jaringan serta kekerapan yang sungguh luar biasa untuk dibandingkan dengan negara asia lain memudahkan perjalanan. Malah inilah transit bawah tanah pertama di dunia yang masih kekal hebat hingga kini
Trafalgar square - antara landmark yang menjadi pusat lawatan utama bagi sesiapa sahaja yang tiba disini. Berdepan dengan gerbang ke Istana Queen ( Buckingham ) serta bersebelahan bangunan Tourism Malaysia. Seakan berada di tempat sendiri akan sistem jalan raya nya yang sama dengan nagara kita.
Ramai yang tersalah sangka akan London Bridge dengan Tower Bridge. yang mana satu benar. Anda yang mungkin pertama kali kemari juga mungkin mempunyai anggapan yang sama juga. Untuk kepastian sebenar apa kata jika kita sendiri melihat nya bersama.
60% bangunan sekitar kota London ini adalah banginan kekal selepas the great fire of London pada tahun 1666. Akan kepentingan penggunaan tanah sekitar Kota London sejak awal zaman pembagunan nya banyak bangunan disini yang kekal dibaik pulih bagi mengimbang peta jalan yang dikatakan agak teratur sejak dahlu lagi.
St Paul cathedral - antara bangunan terawal yang di kagumi akan rekabentuknya yang menyerupai temple of wisdom. Bangunan terawal binaan nya di Kota London sekitar renaissance ini menjadi pusat lawatan utama bagi peminat arkitek dari seluruh dunia.
Tesergam indah akan binaannya. Di kejauhan kelihatan sungguh cantik terutama pabila anda berada di arah bertentangan dengan sungai Thames.
Tidak ke london ah jika anda tidak berkesempatan menggambil gambar bersama polis London. Lengkat berpakaian seragam nya serta segak berkuda - antara satu lagi tarikkan pelancongan yang agak komersil sekitar kota London. Jika masa sesuai anda bakal melihat upacara khas semasa pertukaran pengawal istana dengan seragam bewarna merah ini
Parliament house of London. Juga dengan nama sebenarnya palace of Westminster yang asalnya sebuah istana lama merupakan antara bangunan sejarah yang menjadi satu lagi mercutanda Kota London. Keutuhan sistem perlembagaan negara kita yang dipinjam asalnya dari sini. Bangunan ala Gothic dengan kemasan batuan kekuningan ini sememang nya gah dengan jolokan bangunan paling istimewa sepanjang abad.
Bangunan yang pernah terbakar pada tahun 1834 ini akhirnya dijadikan Parliment selepas ianya dibena semula. Di hujung paling hampir dengan London Bridge adalah jam besar terkemuka London. Big Ben - atau Great Bell yang juga menjadi tarikkan utama London. Malah ramai yang berkata tidak ke London lah anda jika tidak kesini. Westminster Abbey merupakan Gereja utama Westminster yang dibena pada awal abad ke 17. bentk Gothic nya menjadikan ia sebuah binaan indah pelengkap gaya sekitar kawasan yang penuh dengan bangunan seumpamanya. Disinilah majlis gilang gemilang perkahwinan bersejarah Putra Williams of Wales.
London Phone Booth - juga ikon terkemuka sekitar kota london yang menjadi objek pelancongan digemari pelancong asing. . Walaupun kini telepon bimbit menjadi pengantaraan utama dunia namun ianya yang kelihatan sungguh kelasik masih digunakan secara umum oleh penduduk tempatan malah pelancong asing sekitar kota London.
Buckingham Palace - Istana Ratu England yang menjadi tempat bersemayamnya kerajaan orang putih sejak berkurun lamanya. Tahukah anda sebenarnya kota London terkemuka sebagai sebuah kerajaan yang utuh akan kerana adanya beberapa bangunan kerajaan serta istana sekitranya. Antara yang paling terkemuka hingga kini Buckingham palace.
Binaan besar di depan istana Buckingham yang menjadi pusat himpunan pelancong seluruh dunia. Manakala pintu pagarnya yang tesergam indah ini menyimpan pelbagai sejarah silam yang mungkin ada kena mengena dengan kita yang berasal dari tanah Malaya. Maka tidak hairanlah jika salah satu gerbang berhampiran pintu utama ini dinamakan Malaysia Gate.untuk anda mengetahui dengan lebih banyak - kenalah mengikutu siri lawatan Apple Muslim kemari nanti.
Anda ingin melihat kota london dari pandangan udara sserta menyeluruh ? London Eye merupakan cara paling istimewa untuk anda melakukanya. Dengan lawatan kami yang serba lengkapanda tidal perlu gusar ntuk beratur serta menunggu di barisan bagi mengikut giliraan menaiki nya. semuanya telah diatur.
Walaupun ianya hanya mengambil masa selama 30 minit untuk satu pusingan lengkap namun bagi sesiapa yang tidak biasa atau mengalami masalah takut akan ketinggian bakal berdepan dengan gayat. Namun percaya atau tidak pengalaman anda di atas sana sememangnya sungguh berbaloi.
Ferrish wheel yang dibina sejak tahun 1999 ini juga dikenali sebagai Millennium Ferrish Wheel yang mana menjadi pusat lawatan utama serta karnival Mellinium pada tahun 2000. Ianya menjadi insitu atau kekal akan permintaan serta janaan kewangan yang dikatakan paling banyak kepada industri pelancongan Kota London sehingga kini. Oleh itu anda semua sememangnya masih berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman ini.
Masing masing berwajah puas setelah berada di puncak tertinggi Kota London. London Eye yang masih lagi menjadi tarikkan beasr di London ini semestinya memberikan pengalaman hebat bagi anda sekeluarga pabila berkunjung kesini.
Pemandangan dari atas - anda boleh saksikan apa yang tidak mugkin kita lihat dengan hanyaa menaiki bas pelancong pabila kemari. Inilah keistimewaan bila anda berada di puncak London Eye ini.
London sebenarnya mempunyai banyak keistimewaan terutama untuk pelancong Muslim ke sini. Makanan Muslim pelbagai citarasa, kemudahan untuk solat serta aktivti yang sesuai dapat di lakukan disini. Namun begitu perancangan rapi yang tentunya memerlukan pakar adalah penting bagi mengelakkan kita berbelanja melebihi yang seharusnya. Tambahan pula matawang Pound di London semestinya agak tinggi berbanding negara Eropah lain. Oleh itu tepuk dada tanya selera. Pilihan bijak bagi anda pelancong Malaysia yang hebat.
<< Home