SENJA DI PARIS
Sebut sahaja Eiffel Tower, Paris semestinya sinonim dengannya. Namun bukan hanya menara megah ini sahaja yang perlu kita katakan tentang negara yang romantik ini, malah segalanya boleh anda kecapi jika bersama kami kemari
Paris yang kini menerima kebanjiran pelancong paling ramai sepanjang tahun menerajui pelancongan sebagai pendapatan negara nya yang ketiga terpenting sekali gus menjadi kan Kota Paris antara destinasi paling popular sepanjang zaman di Eropah.
Dengan taburan objek pelancongan yang sangat padat di sekitarnya, Paris sebenarnya amat mudah untuk dilawati oleh sesiapa juga. Anda dapat melihat beberapa tarikkan pelancongan yang pelbagai untuk dalam satu hari sahaja. Namun perancangan awal yang teratur perlu bagi mengelakkan anda mungkin membuang masa tanpa tujuan jika tidak di rencanakan.
Musim luruh kali ini memberikan kami pandangan yang agak luar biasa. Suasana romantik yang sentiasa dikaitkan dengan Kota indah Paris sememangnya sungguh sesuai. Maka tidak hairanlah destinasi istimewa ini menjadi tempat utama bagi para pengantin serta pasangan bulan madu untuk berkunjung kemari.
Deretan pohon oak serta pohon berangan banyak kelihatan sekitar bandar Paris. Mengindahkan lagi suasana musim luruh di Paris. Keadaan ini mengamit anda bersama yang tersayang jika kemari dan inilah yang dikatakan suasana romantik di sekitar Kota Paris.
Kelihatan warna jingga sekitar Grand Palais yang berhadapan Les Invalids memukau setiap pengunjung yang membuat lawatan sekitar kota Paris. Inilah yang menjadi kemegahan kerajaan Louis of France sehingga ke beberapa abad lamanya. Bangunan dirajaa ini yang kini menjadi bukan sahaja pusat pengumpulan bahan antik serta muzeum malah juga sebuah pusat dagangan terkemuka.
Oleh kerana taburan bahan bersejarah di kota Paris ini agak rapat, jadi anda tidak perlu gusar untuk bergerak dari suatu tempat ke tempat yang lain dengan tergesa gesa. Semuanya berhampiran serta terlalu banyak untuk dilihat. Jaringan jalan raya nya yang mesra pelancoong sudah pasti membantu, apa lagi bila anda sememang nya akan lebih seronok untuk mencuba kemudahan tram sekitar Paris.
Tambahan pula landskap nya yang indah sudah pasti menjadikan lawatan anda ke tempat tersebut berbaloi. Anda sudah pasti tidak dapat menahan diri dari bergambar dengan kawasan indah sekiatr Paris ini. Satu lagi kepentingan Kota Paris adalah landskap nya yang sungguh istimewa berbanding kota lain di serata Eropah.
Ini pula mercutanda penting di sebuah bulatan besar Charles De Gaulle. Arch of Triumph merupakan sebuah monumen gergasi yang sungguh luar biasa binaannya. Binaan dari batu putih berukir indah ini sebenarnya di didikasikan untuk perajurit revolusiner Perancis serta mangsa perang zaman Nepoleonic suatu ketika dahulu. Anda tentu tahu akan sejarah panjang yang menyelubungi Eropah sekitar kurun 17 lagi
Deretan restaurant ala Perancis yang elegan juga terlalu banyak dilihat sepanjang Charms Alysses ini. Dan ini juga merupakan satu lagi tarikkan istmewa kota Paris yang pada namanya sahaja sudah menunjukkan anda berada di Perancis. Cafe la Charmp Alysses. Anda mungkin teringin untuk bersantai di sini diwaktu lapang sekadar menikmati gelagat masyrakat sekitarnya.
Ditambah dengan pemandangan indah pohon keperangan sepanjang Champ Alysses ini, anda pasti teruja untuk terus berada di jaringan jalan raya paling terkemuka dimata dunia serta paling romantik ini.
Di hujung bahu jalan ke sebelah kiri anda boleh berjalan kaki untuk melihat keindahan Les Invalids dengan dorm emasnya yang sungguh mengkagumkan. Di apit oleh 2 bangunan sejarah yang istimewa iaitu 2 istana indah manakala jambatan Alexander 3 merentagi sungai Seine yang juga merupakan nadi kehidupan Parisien sejak berabad lagi.
Anda pasti ingat akan klip video Someone Like You oleh Adele. Inilah jambatan indah yang termuat dalam klip video nya. Jambatan hebat tersergam indah ini mempunyai ceritanya yang tersendiri. Selain merupakan satu saatunya jambatan aling berhias indah dari 37 buah jambatan merentasi sungai Seine Perancis, inaya juga merupakan jambatan diraja suatu ketika dahulu.
Manakala, di sebelah utara dari sini pula adalah tumpuan pelancong yang menumpukan perhatian penuh pada sejarah peradaban manusia terulung dengan melihat paparan serta koleksi serata dunia yang dirompak oleh Napoleon Bonaparte dahulu.
Louvre Museum sebuah museum terhebat yang mengumpul pelbagai khazanah sejarah dari seluruh pelosok dunia dalam satu kompleks. Anda sudah tentu perlu menghabiskan masa beberapa jam untuk melihat semua koleksi luar biasa nya namun percayalah ianya amat berbaloi.
Bergambar kenangan sekitar Louvre Museum dan menikmati keindahan petang disekitar nya. Sungguh mempersonakan serta anda dapat bayangkan betapa bandar Paris sebenarnya dibina dengan terlalu istimewa oleh perancang nya untuk menandingi kota Rome suatu ketika dahulu.
pemandangan dari salah satu jambatan yang merentangi Seine dari 37 buah jambatan sekitarnya. ini juga merupakan statisttik yang agak menarik untuk kita semua ketahui.
Kini tiba untuk anda menghayati keindahan senja sekitar Paris. Bentuk bangunanya yang istimewa suntikkan era Renaissance menjadikan kota Paris tidak pernah menghampakan pencinta arkitek.
Samentelah lagi bila ianya bermandi cahaya paada waktu malam nya dan sekali gus membawa perubahan yang agak luar biasa antara pemandangan malam serta siang untuk di bandingkan. Kelihatan Galeri La Fayette megah bertukar warna pada malam harinya.
Begitu juga dengan banguna tua Palais Garnier Opera House yang dibina pada 1860an yang sehingga kini masih megah siang dan malam akan keistimewaan nya sebagai mercutanda besar di Boulevard Des Capucines.
Anda pasti terpesona dengan bentuk ukiran serta perincian yang terserlah dikala waktu malam akan sentuhan cahaya lampu mampu membangkitkan nostalgia kegemilangan opera Perancis. Kelihatan ramai penggunjung masih berada di tangga opera house ini untuk menikmati keindahan nya.
Champs Alysees tidak kurang hebat luminus nya. Kegemerlapan neon sepanjang jalan hebat ini menjadikan ianya kelihatan lebih gah serta sungguh menawan. Ianya memberi sentuhan romantik tatkala anda bersama yang tersayang menyusuri langkan ke sini.
Terdapat pelbagai keistimewaan di Paris tika senja hingga larut malam. Kepada anda sebagai pelancong luar tidak perlu gusar untuk menikmatinya. Anda juga boleh menikmati keindahan sekitar kota Paris dengan menyewa beca tiga roda yang dikatakan terkini di sini sekarang.
Manakala Petit dan Graind Palais tidak boleh mengalah dengan pancaran cahaya yang menyerlahkan lagi keindahan bagunan sejarah ini. Selain sebagai sebuah istana lama yang kini menjadi pusat pameran serta kompleks muzeum, ianya juga merupakan restoren mewah bertaraf dunia di waktu malam.
Paling istimewa jika kita ke Paris apa lagi kalau bukan Eiffel Tower yang semestinya menjadi kemegahan dunia. Binaan besi oleh Gustave Eiffel sejak 1889 ini menjadi permata Eropah sehingga kini. Seperti bangunan lain ia juga tidak kurang indah bermandi cahaya serta begemerlapan dari jauh.
Setiap binaan sejarah di Paris bagaikan berlumba lumba untuk menonjolkan diri masing masing bagi menarik perhatian umum. Namun anda sendiri tentukan yang mana menjadi favorite
Setiap jambatan yang merentasi Sungai Seine ini juga sama menerima cahaya terang bagi menonjolkan reka bentuknya yang unik bergabung dengan bangunan sekitar yang tidak perlu di sangkal akan elok nya.
Walaupun sudah jam 1130 malam Eiffel Tower ini masih menerima penggunjung di sekitar nya. Disini adalah titik permualaan bagi setiap cita cita seorang pelancong yang ingin melihat Paris. Kerana nya jugalah Paris mendapat ikon kekal sehingga seluruh dunia cemburu serta ingin mempunyai bangunan seakan nya.
Jadi tidak disangkal lagi An evening in Paris bukan hanya satu khayalan suatu ketika dahulu, namun sebuah realiti yang telah anda semua hayati ketika kemari. Dan untuk mereka yang ingin menikmati keindahan Paris sepenuhnya, anda sudah pasti tahu siapa yang layak untuk dihubungi bagi tempahan ke sini.
Paris yang kini menerima kebanjiran pelancong paling ramai sepanjang tahun menerajui pelancongan sebagai pendapatan negara nya yang ketiga terpenting sekali gus menjadi kan Kota Paris antara destinasi paling popular sepanjang zaman di Eropah.
Dengan taburan objek pelancongan yang sangat padat di sekitarnya, Paris sebenarnya amat mudah untuk dilawati oleh sesiapa juga. Anda dapat melihat beberapa tarikkan pelancongan yang pelbagai untuk dalam satu hari sahaja. Namun perancangan awal yang teratur perlu bagi mengelakkan anda mungkin membuang masa tanpa tujuan jika tidak di rencanakan.
Musim luruh kali ini memberikan kami pandangan yang agak luar biasa. Suasana romantik yang sentiasa dikaitkan dengan Kota indah Paris sememangnya sungguh sesuai. Maka tidak hairanlah destinasi istimewa ini menjadi tempat utama bagi para pengantin serta pasangan bulan madu untuk berkunjung kemari.
Deretan pohon oak serta pohon berangan banyak kelihatan sekitar bandar Paris. Mengindahkan lagi suasana musim luruh di Paris. Keadaan ini mengamit anda bersama yang tersayang jika kemari dan inilah yang dikatakan suasana romantik di sekitar Kota Paris.
Kelihatan warna jingga sekitar Grand Palais yang berhadapan Les Invalids memukau setiap pengunjung yang membuat lawatan sekitar kota Paris. Inilah yang menjadi kemegahan kerajaan Louis of France sehingga ke beberapa abad lamanya. Bangunan dirajaa ini yang kini menjadi bukan sahaja pusat pengumpulan bahan antik serta muzeum malah juga sebuah pusat dagangan terkemuka.
Oleh kerana taburan bahan bersejarah di kota Paris ini agak rapat, jadi anda tidak perlu gusar untuk bergerak dari suatu tempat ke tempat yang lain dengan tergesa gesa. Semuanya berhampiran serta terlalu banyak untuk dilihat. Jaringan jalan raya nya yang mesra pelancoong sudah pasti membantu, apa lagi bila anda sememang nya akan lebih seronok untuk mencuba kemudahan tram sekitar Paris.
Ini pula mercutanda penting di sebuah bulatan besar Charles De Gaulle. Arch of Triumph merupakan sebuah monumen gergasi yang sungguh luar biasa binaannya. Binaan dari batu putih berukir indah ini sebenarnya di didikasikan untuk perajurit revolusiner Perancis serta mangsa perang zaman Nepoleonic suatu ketika dahulu. Anda tentu tahu akan sejarah panjang yang menyelubungi Eropah sekitar kurun 17 lagi
Setentang dengan Charms Alysees yang mana merupakan jaringan jalan utama dunia dengan gedung mewah jenama terkemuka sepanjang jalan ini menjadikan ianya batu tanda bagi semua pelancong yang bakal tersesat ketika menjamu mata atau membeli belah di sekitarnya. Dengan jaring 12 jalan sekelilingnya - bulatan Charles De Gaulle ini merupakan bulatan paling sibuk sepanjang hari.
Inilah antara gedung sepanjang Charms Alysees yang dikatakan sentiasa sibuk walaupun lewat malam. Mana tidaknya semua gedung jenama mewah dibuka sehingga larut malam akan permintaan dari pelanggan seluruh dunia yang datang kemari hanya kerana nya.Deretan restaurant ala Perancis yang elegan juga terlalu banyak dilihat sepanjang Charms Alysses ini. Dan ini juga merupakan satu lagi tarikkan istmewa kota Paris yang pada namanya sahaja sudah menunjukkan anda berada di Perancis. Cafe la Charmp Alysses. Anda mungkin teringin untuk bersantai di sini diwaktu lapang sekadar menikmati gelagat masyrakat sekitarnya.

<< Home