apple muslim holiday

Tuesday, January 6, 2015

KOREA BERSALJU HINGGA BULAN MARCH

Winter Sonata - drama bersiri yang dikatakan mempopularkan Korea sebagai destinasi negara bersalju seawal tahun 2003. Sehingga kini Sonata musim salju tidak dapat dipisahkan dengan negara ini bah kan ada yang berkata suasana musim sejuk di Korea merupakan pemandangan paling indah serta romantik pernah dirasai. 
      Korea selalu nya akan mengalami musim sejuk selama lebih dari 5 bulan bermula dari pertengahan bulan November hingga awal bulan April. Inilah yang sentiasa dinanti oleh mereka yang inginkan percutian indah semasa musim sejuk.


    Untuk mereka yang ingin merasai kedinginan musim salju inilah masanya untuk anda menikmati keindahan Korea diselaputi debu putih.
       Seperti biasa pakaian dimusim ini akan semestinya menjadi lebih tebal serta lebih dari biasa. Jika tidak anda sudah tentu tidak bersedia untuk menerima kejutan strok kessejukan yang bakal anda alami nanti. Mengikut kajian musim sejuk kali ini merupakan winter paling sejuk dari tahun sebelumnya. Maka anda perlu lengkapi diri dengan semua pakain yang sesuai serta enampung keperluan di musim salji ketika ke Korea
 Di Jeju Island - setelah hampir 1 jam perjalanan akan keadaan cuaca yang agak muram, kami nikmati jamuan makan malam yang istimewa. Hidangan sup makanan laut yang sungguh segar menjadi juadah kami kali ini. Semua teruja dengan kandungan nya - abalone segar bersama makanan laut lain dalam sup yang agak pedas. Sesuai selera kita orang Melayu.
Ini pula isi terkandung dalam juadah utama sup pedas makanan laut yang saya katakan tadi. Sungguh istimewa serta mengamit rasa. Anda pasti tidak rasa jemu untuk merasi makanan Korea di Jeju akan kerana hasil laut nya yang sungguh segar serta lebih sedap. 
Sehingga licin. itulah yang cuba dikatakan. Juadah lain seakan asam pedas kita menjadi kegemaran saya sendiri. Berbeza sedikit akan kerana kuahnya yang lebih pekat serta agak merah namun rasanya sudah sangat sama namun isis ikan nya sangat segar serta lazat.
Jeju mempunyai pelbagai keistimewaaan dan jika kita kesini semasa musim sejuk sekali pun anda tidak perlu gusar. Akan kerana banyak indoor attraction atau tarikan pelancong yang diselengara didalam bangunan anda pasti tidak merasa terlalu sukar untuk melancong ke sini semasa musim salji.
dengana aturcara lawatan mengikut ketetapan untuk indoor dan outdoor Apple Muslim Holiday sedah tentu menitikberatkan nya bagi menjamin keselesaan pelanggan kami.
Jeju Trick Art Museum merupakan salah satu tarikkan istimewa yang tidak asing. Bergantung dengan bagaimana anda ingin merakamkan kenangan dengan setiap hasil gambar disini.

Walaupun perah kemari beberapa kali rasanya tidak pernah merasa bosan oleh kerana setiap lawatan kemari sentiasa menerima kejutan serta perkara baru di Trick Art Musum ini.
Seongsang Ilchubong - Sunrise Peak Volcano yang merupaka mercutanda yang menerima gelaran Nature World Heritage of Jeju. walaupun salji mulai tturun kami beberapa peserta lawatan gigih untuk mendaki puncaknya


Anda pastoi teruja utntuk kemari akan keistimewaan tempat peranginan ini. Setiap tahun Seongsang Ilchubung mendapat kunjungan pelancong yang amat ramai bukan sahaja pelancong tempatan dari dalam malah dari luar negara juga.
Pulang ke tanah besar dan kini ke Pyongchang. Kawasan tanah tinggi yang bakal menyemarakkan Winter Olympic 2018 akan datang. Inilah perkampungan Olympik musim sejuk yang bakal datang nanti.
Kelihatan salji mulai turun dengan agak lebat dan kesejukkan menyelubungi kami sewaktu kami kemari. Pemandangan indah seakan Switzerland ini turut memberikan keistimewaan dalam lawatan ke Korea kali ini.
Apa lagi jika ski resort terkemuka menjadi pusat penginapan kami disini. Jika kemari pada hujung November sehingga awal March anda mungkin boleh menikmati permainan Ski disini.
Everland di musim sejuk semesti memberikan kelainan yang sangat luar biasa. Disini anda sudah pasti tidakk dapat menahan diri untuk menikmati pengembaraan kedunia haiwan yang agak luar biasa. Liger - sejenis kacukan seekor Harimau serta Singa ( Lion dan Tiger ) dengan generasi ke 2 ynag masih lagi kini berda di Taman tema Everand. Malah anda juga bakal melihat 8 ekor harimau putih yang sungguh istimewa terutama ketika sekitar nya bertukar putih dek salji di musim sejuk kini.

Pemandangan waktu petang di sini juga membangkit kan suasana romantik serta sungguh indah. Ramai dikalangan peserta lawatan ingin berada lebih lama disini untuk menikmati suasana malam di Everland




Nami Island tidak seharusnya dilupakan bila berkunjung ke Korea Selatan. Pusat lawatan terkemuka sekitar tahun 2005 akan penerbitan Winter Sonata ini menjadi sebuah pusat lawatan paling ramai pengunjung  nya sepanjang tahun.
Dengan menaiki ferry nya selama beberapa minit anda bakal melihat keindahan Nami di setiap musim dan kali ini awal musim sejuk menjadi tarikkan. Dingin suasana yang dirasai lebih teserlah bila berada di Nami sekaligus membangkitkan nostalgia sebuah drama yang terkemuka suatu masa dahulu Winter Sonata

Metasequoia Lane - merupakan tempat paling ideal untuk menunjukkan anda sedang berada di Pulau Nami. Inilah mercutanda utama bagi pulau Nami ini. Deretan pohon metasequoia yang tersusun indah menjadi kemegahan disini.
Tidak lupa juga dengan beberapa kawasan indah sekitarnya yang menjadi pilihan pelancong seluruh dunia pabila kemari. Ini pula adalah salah satu spot terkenal untuk merakamkan kenangan indah ketika di Nami Island. 
Pemandangan indah dari fery ketika ingin bertolak pulang dari Pualau Nami. Sungguhpun ianya telah menjadi sangat popular dikalangan peminat drama Korea, Sejarah awal penempatan ulau Nami ini sebenarnya agak istimewa. Namun dengan hanya bersama kami anda oasti tidak akan merasakan kebosanan akan celoteh pemandu pelancong kami yang mungkin menggamit anda disini.



        Bukan hanya untuk melawat namun menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim itu adalah wajib. Inilah antara jadual lawatan yang akan sentiasa didalam jadual kami untuk pelancong Muslim kami ke Korea. Walaupun Korea hanya mempunyai 0.8% Muslim sahaja namun anda pasti teruja bila tiba di sini. Apatah lagi melihat sendiri Muslimin sekitar masjid Itaewon yang berlainan bangsa disini dengan ramah menyapa anda ketika melewati permis mereka.
         Inilah Masjid megah berada di puncak bukit Itaewon yang sehingga kini masih dijaga rapi serta menjadi pusat lawatan terpenting sekitar Itaewon. Bayangkan semua muslimin serata dunia yang datang ke Seoul akan pasti diminta untuk datang kesini bagi mengerjakan seruan Nya. Berbeza rupa namun fungsi nya tetap sama. Rumah Allah yang akan sentiasa dilawati bukan sahaja Muslimin namun mereka yang ingin tahu akan Islam secara dekat.
Pabila anda melancong bersama kami, kelainan serta keistimewaan sudah pasti akan dapat anda rasai. Inilah perkataan yang pernah beberapa pelanggan kami yang juga pernah beberaa kali mengikuti lawatan bersama Apple Muslim Holiday utarakan. Kami amat berbesar hati dengan syaranan serta sokongan yang anda semua berikan. Tanpa anda semua sebagai pelanggan kami tidak mungkin Apple Muslim Holiday boleh bertapak sehingga kini. A Untuk Apple dan Anda sebagai pelanggan yang Amat istimewa kepada kami.




UNTUK ERTANYAAN SERTA TEMPAHAN SEBARANG LAWATAN BERSAMA KAMI  

EMAIL : zues@appleholiday.com / muslim@appleholiday.com 
TELEPHONE : 03-21568866 ( Apple Muslim Department )