apple muslim holiday

Wednesday, January 22, 2014

SAKURA DI JEPUN

Bunga Sakura atau Cherry Blossom sinonim dengan negara matahari terbit. Jika dahulu ianya menjadi lambang kemegahan jajahan takluk oleh tentera nya di negara jiran seperti Korea, Taiwan dan China, namun kini ianya merupakan satu produk istimewa yang menjana ketibaan pelancong membanjiri Jepun bukan sahaja dari dalam malah luar negara. 
 Jika sakura menjadi impian anda sudah pasti Jepun menjadi tujuan sebagai pusat lawatan paling sesuai. Bunga ceri yang dinamakan Sakura ini sebenarnya tidak mungkin lekang dari mulut peserta lawatan ke Jepun pabila menjelang musim bunga disini. Warnanya seakan merah jambu muda yang lembut serta mekar dengan angkuh menjadikan ianya sebagai lambang keagungan wanita tercantik Jepun suatu ketika dahulu. Ianya juga menjadi lambang istimewa maharaja Jepun sekitar zaman Kesyogunan Tokugawa.
 Mekar hanya sekitar 2 -3 minggu pada musim bunga menjadikan sakura agak terhad untuk di nikmati. Namun Jepun yang geografinya menegak dari utara ke selatan menjadikan taburan kembang sakura sepanjang musim bunga sekitar hujung bulan March hingga awal April agak istimewa untuk anda nikmati.
 Bagi Apple Muslim Holiday, Musim bunga sakura semestinya menyeronokkan serta merupakan antara musim yang terlalu sibuk dengan tempahan awal pelanggan Malaysia sejak beberapa bulan menjelang musim bunga ke Jepun. Malah pihak penerbangan akan menghadapi lambakan penumpang yang luar biasa untuk destinasi ini hanya untuk beberapa mingggu tersebut
Berada di Jepun dengan Apple Muslim Holiday sudah pasti memberikan pengalaman percutian musim bunga sakura yang tidak mungkan anda lupakan. Pemandu pelancong kami En Jafri sudah pasti memberikan hanya yang terbaik untuk pelanggan Muslim kami. Kebolehan beliau bertutur dalam bahasa Jepun memudahkan penyelenggaraan lawatan serta memberikan perkhidmatan yang lebih istimewa kepada peserta lawatan ynag datang ke Jepun bersama Apple Muslim Holiday. Disamping itu juga penyediaan makanan serta tempat untuk solat juga sudah pasti menjadi perkara utama untuk kami pastikan semasa lawatan ke Jepun ini. 
Selalunya sakura bakal mekar dari selatan bermula dengan kepualaun Okinawa iaitu pulau paling selatan negara Jepun, yang mana berada di utara Taiwan. Pola pergerakan arus kembang sakura seterusnya menuju ke pulau Kyushu dan Shikoku. Fenomena aliran kembang bunga sakura yang istimewa ini seterusnya akan merebak dari Honshu - yang merupakan pulau terbesar Jepun sehingga pertengahan April setiap tahun dan berakhir di pulau paling utara iaitu Hokkaido. Jadi bagi anda yang terlepas peluang untuk menikmati keindahan bunga sakura di Jepun ini selain melancong di Tokyo serta Osaka, anda masih lagi berpeluang  menikmatinya di Hokkaido antara April hingga awal May. 
Ketika inilah tibanya pesta bunga sakura seluruh Jepun yang disambut oleh semua lapisan masyarakat nya bagi menghayati keindahan ciptaan Tuhan ini. Pelbagai acara seperti pameran gambar bunga sakura, pokok sakura tercantik sekitar Tokyo, serta pelbagai lagi acara ynag tidak kurang menariknya dapat anda saksikan ketika ini. Anda juga pasti terpegun melihat beberapa pohon sakura yang telah di jaga rapi serta di hias indah sempena musim perayaan ini.
Anda juga bakal menghayati tradisi masyarakat Jepun ketika ini dimana anda mungkin melihat pameran pakaian tradisi Jepun seperti Yukata serta Kimono. Inilah masanya dimana anak muda Jepun melaram dengan pakaian tradisi mereka dan ini merupakan kemestian untuk mereka menghadiri pesta ini.
Antara pemandangan indah sekitar Tokyo yang mempamirkan antara 100 buah pokok sakura tertua di sekitar Tokyo menjadi tarikkan setiap tahun. Seakan pohon bunga ceri ini hampir runtuh dek lebat bunganya yang mekar dengan luar biasa. Agak sukar untuk dikatakan namun anda sudah pasti kagum apabila berdepan sendiri dengan fenomena ini.
Hanami - merupakan pesta musim bunga sakura berkembang menjadi acara tahunan di Jepun dan Tokyo sendiri khususnya. Namun inaya bergantung dengan masa yang benar-benar menunjukkan bunga sakura mekar sepenuhnya untuk upacara tersebut. Pesta bukan ritual ini menjadi kebanggaan penduduk Jepun dimana ianya menarik ramai pengunjung dari luar negara dengan statistik luar biasa sekali gus menyumbang kepesatan aktiviti pelancingan di Jepun
Bersama kami, anda tidak usah gusar untuk menuang waktu solat walaupun masih berada di pesta bunga sakura di Jepun. Anda akan solat di taman bunga dan ini agak luar biasa bagi kita rakyat Malaysia namun bagi pelancong yang mengikuti kami ke Jepun menerimanya dengan baik.
Sambil menikmati hidangan ringan serta menunggu giliran untuk  kita bersolat, anda masih lagi mempunyai ruang untuk menikmati keindahan ciptaan tuhan ini di taman indah di beberapa bandar utama sekitar kota Jepun. Kami akan menyediakan tempat khas untuk bersolat di taman ini dan usah kuatir, keselamatan kita sebagai Muslimin di kota Jepun terjamin.
Satu lagi keistimewaan bila berkunjung ke negara Mentari Terbit ini bersama Apple Muslim Holiday- Anda berhak manjakan diri anda di Ryokan Spa Resort di Fujiyama. Aliran air panas dari pergunungan terhebat Fuji ini menyegarkan serta dipercayai mempunyai nutrin serta mineral yang mampu menyegarkan serta membaik pulih kesihatan kuit serta minda kita.. Beberapa resort sekitranya menawarkan penginapan yang sungguh menaraik serta sesuai untuk pelancong Muslim kita diami. Terdapat pusat kolam air panas awan serta persendirian yang mengasing kan antara lelaki dan perempuan. Malah bagi mereka yang tidak gemar untuk berada di pusat air panas awam, anda boleh menikmati kemudahan ini di bilik masing masing.
Tatkala berada di sini, Nikmati sendiri tradisi Jepun lampau dengan memakai pakaian tradisi Jepun seperti Yukata untuk pelanggan lelaki serta wanita. Penuh lengkap, bercuti ke Jepun bukan sahaja demi kepuasan minda, menjamu mata dek mekar sakura serta merehatkan badan serta jiwa di spa resort yang semestinya tidak mungkin kita kecapi di tempat lain. Musim bungan di Jepun sudah pasti menjanjikan kenikmatan luarbiasa serta paling hebat untuk anda seisi keluarga serta bersama mereka yang tersayang. Yokoso Nihon. dan Sakura menanti anda di Jepun.