apple muslim holiday

Monday, March 31, 2014

IYE KER - KOREA BERBUNGA TULIP SEBELUM SAKURA ......

Podkot atau sakura sinonim dengan negara mentari terbit - namun ianya juga masih boleh dilihat di negara chopstick lain yang pernah menjadi jajahan Jepun suatu ketika dahulu. Lawatan ke Korea di awal musim bunga ini sememang nya istimewa serta sungguh mempersonakan.

Namun jika awal musim bunga, Podkod atau sakura mungkin bergantung pada nasib kita untuk melihatnya. Oleh kerana taburan bunga sakura serata negara beriklim sederhana di sekitar utara dunia bergantung dengan cuaca, ramalan untuk melihatnya mekar agak tidak mudah.
Walaupun begitu, Sinar Mentari Korea dan Jeju untuk 8 hari lawatan bersama Apple Muslim Holiday kali ini lebih meriah serta lagi istimewa dengan kehadiran pemandu pelancong kami yang baru Ms Carol.
Cuaca untuk awal musim bunga di Korea kali ini sungguh intimewa. Tidak terlalu sejuk namun masih nyaman. kesemua peserta kali ini seronok menikmati keindahan Korea samahunya
Kunjungan ke Korea tidak mungkin lengkap jika anda tidak memahami tradisi serta cara hidup masyarakat setempatnya. Oleh itu Folk Museum serta Gyonbukgung Palace semestinya menjadi tuan utama kami pada hari pertama tiba di korea.
Sebagai pengenalan, anda semestinya dibawa mengembara melalui astaka astaka utama sekitar Gyongbukgung ini untuk mengenali sejarah awal kerajaan Korea dari Shilla Dynasti hingga Joseon. Penerangan dari pemandu pelancong yang mengarab cerita silam kerajaan ini menjadi bahan istimewa untuk kita bawa pulang ke tanah air dan dikongsi bersama

Apa lagi bila semua tiba di satu lagi pusat lawatan terkemuka Korea- Jeju Island. Anda sudah pasti terpegun dengan keindahan pulau bekas gunung berapinya. Selain keagungan ciptaan Ilahi, Jeju yang juga terkenal dengan makanan lautnya menjanjikan pelbagai hidangan istimewa untuk semua peserta lawatan kami
Hidangan sebegini sudah pasti mengamit selera anda. apakan lagi jika abalon segar serta beberapa juadah dari laut segar dihidang istimewa dengan masakan tradisi penduduk asal Pulau Jeju
Seongsang Ilchhubong - sun rise peak yang menjadi pusat lawatan utama sekitar Jeju di kungjungi oleh semua lapisan pelancong. Tidak sukar untuk naik kesini malah anda sebenarnya bakal mengkagumi kekusaan Allah yang Maha Esa pabila tiba dipuncaknya.

Sekali lagi juadan tengahari menjadi fokus Apple Muslim Holiday. Asam pedas ikan Tuna ini sangat istimewa serta sangat sesuai untuk jamuan peserta lawatan Muslim dari Malaysia. Percaya atau tidak anda akan setuju dengan pilihan saya - hidangan nya sungguh enak
Masing masing gembira dapat merasai keenakkan masakan Jeju utara yang agak pedas namun masih lag membuka selera kita orang Melayu. Tambahan pula ulaman yang segar sekitar pergunungan nya menjadi pelengkap untuk santapan kali ini

Awal musim bunga di Jeju agak istimewa. Selain Podkod atau sakura - Jeju terkenal dengan bunga canola (reap seed) yang menghasilkan minyak masak. Beberapa ladang bunga canola dapat dilihat sepanjang perjalanan di sekitar Pulau Jeju ini.Ketika inilah anda bakal melihat kekuningan Jeju sepenuhnya sebelum Sakura

Podkod atau sakura pula dapat dilihat di beberapa tempat namun oleh kerana masih lagi  awal musim bunga kami masih bertuah kerana dapat melihat hanya satu pohon di Jeju Folk Village ini.
Masing masing bergambar sakan di pohon sakura yang hanya satu pohon ini sahaja. Namun hasrat untuk melihatnya dengan mata sendiri tercapai.

Trick Art Museum di Jeju - satu lagi tarikkan pelancongan yang tidak pernah mengecewakan. Anda pasti terpegun dengan hasil pelukis serata dunia yang digarab menjadi lebih istimewa serta luar biasa.

walaupun Nami Island sebenarnya agak terlalu lama meniti di bibr setiap pelancong yang akan ke Korea, namun ianya tidak lapuk untuk di lawati. Inilah pusat lawatan paling ramai diketahui oleh pelancong asing bila ke Korea.
Malah, Nami Island ini juga merupakan produk yang telah mempopularkan Korea seantero nya. Jika anda masih ingat dengan winter sonata, inilah tempat yang sering dikaitkan dengan drama tersebut

Himpunan hasil kerja penggiat seni serata Korea boleh di lihat di pulau istimewa ini. Tidak terkecuali pesta pesta khas yang bakal anda nikmati semasa melawat Pulau Nami ini. Dengan hanya 15 minutes ber feri merentasi sungai besarnya anda pasti merasakan ianya berbaloi menunggu giliran untuk berada disini.

Apple Muslim Holiday telah menyediakan beberapa aktiviti istimewa untuk pelancong kami dan antara nya membuat Cheese ( Keju ) dengan tangan anda sendiri. Anda juga bakal ke ladang ternakan biri biri untuk menikmati kehidupan ladang di kawasan pergunungan Wind Village di Pyongchang

Bulgogi sotong yang agak jarang kita dengar kali ini menjadi juadah makan malam kami di Pyongchang. Rasanya agak berbeza dengan bulgogi daging akan rempah serta bahan yang diletakkan agak beresuaian dengan masakan sotong.
Satu lagi aktiviti yang sudah semestinya anda perlu lakukan bila ke Korea ialah membuat Kimchi. Kita biasa mendengar atau makan Kimchi buatan Korea namun masih ramai yang tidak tahu akan bahan yang digunakan serta cara penyediaan nya.
Jadi inilah satu lagi masa istimewa yang berkualiti bagi anda untuk luangkan bersama mereka yang tersayang ketika melawat Korea. Dan ketika inilah kita melihat bakat semulajadi di kalangan mereka yang cuba untuk membuat Kimchi secara tepat yang mungkin sebelum ini tidak pernah anda ketahui

Hanbok atau pakaian tradisi Korea ini dikenakan untuk kenangan semasa bersama kami di Korea. Pelbagai warna serta gaya akan anda perolehi malah peserta kali ini sibuk mengenakan paling tidak hampir 3 persalinan untuk sesi bergambar untuk di kongsi dengan mereka yang tidak bersama di sini.

Seakan berada dalam drama korea lama dan anda merupakan pelakon kami yang terbaik sepanjang awal musim bunga 2014 kali ini.
Tiba di Everland, kami dikejutkan dengan kembang bunga tulip yang dikira agal awal tahun ini. Pameran indah yang diadakan setiap tahun ini agak istimewa kerana ianya tiba lebih awal dari tahun sebelumnya seperti yang dijangka.

seakan bunga plastik namun percayalah ini adalah pemandangan yang kami semua perolehi semasa berada di taman tema hebat ini. Everland sebenarnya bukan sahaja bertukar untuk setiap musim malah juga mempunyai tema tertentu mengikut musim bunga yang bakal tiba.

Selaluya kita anda bakal menikmati keindahan Tulip di awal musim bunga manakala selepas itu pula Sakura menjadi tumpuan utama sekitarnya. Musim Panas pula kita bakal melihat bunga ros dan Autumn akan di penuhi dengan kuntuman dahlia serta daisi

Pesta tulip di sekitar Everland ini seakan membawa kami ke Keukenhof yang hebat di Lisse Belanda. Bagi mereka yang tidak pernah ke sana mengapa tidak memilih Korea yang masih lagi mampu untuk anda nikmati setaraf tenpat lain bersama keluarga


Belum mekar sepenuhnya - taman 4 musim yang sentiasa menjadi tumpuan pengunjung ke Everland ini setiap musim masih lagi belum kembang mekar sepenuhnya. Terdapat beraneka jenis serta warna yang semestinya mengamit hati anda pabila di sini.

Hyacintus (Yassintus). Sejenis bunga wangi pelbagai warna terang yang agak terlalu luarbiasa untuk diceritakan. Ianya merupakan keluarga lily akan tanamannya yang menggunakan umbisi atau bawang. terkenal kerana baunya yang sungguh harum serta warna yang agak terang serta  sangat cantik


Mekar indah si Tulip mengamit kehadiran anda di Everland semasa awal musing bunga di Korea. Pelbagai warna serta nama bakal anda lihat disini.








Himpunan tuli serta Yasitus yang beraneka warna di ruang legar utama Everland ini menjadi tumpuan para pelancong. Seakan berada di Belanda untuk menikmati nya. Pesta indah ini berlangsung sehingga awal Sakura.


Untuk lawatan kali ini, kami ke sebuah lagi taman tema di Korea Selatan iaitu Lotte World Theme Park. Taman tema berkonsepkan seperti Disney ini mempunyai 2 tarikkan untuk aktiviti indoor dan outdoor.

Jika namanya lawatan untuk Muslim, waktu serta tempat untuk solat semestinya menjadi agenda penting. Masjid Itaewon- satu satunya masjid yang agak strategik terletak di pusat utama bandar Itaewon serta berhampiran bebrapa buah restoren Muslim

Bertungkus lumus mendaki Namsan - bukit kecil berada di tengah kota Seoul. Untuk apa kami kemari - Namsan Tower menanti kita sebenarnya.

Disinilah menarik ramai pelancong tiba akan keindahan alam sekitar nya serta memaparkan Seoul seratanya. Menara tinggi ini bukan sahaja bebagai menara tinjau, pusat radio TV malah juga merupakan restoren serta pusat pelancongan hebat.

Pusat tinjaunya sesak dengan pelancong dalam serta luar negara sekali gus menunjukkan kepentingan nya sebagai sebuah objek pelancongan yang laris selain sekitarnya.

ramai dikalangan peserta kami kali ini lebih mengetahui akan tempat ini yang merupakan pusat larian bagi amazing race serta rancangan hebat Running Men terbitan program TV tempatan Korea yang terkemuka.

Walaupun Korea merupakan sebuah negara moden yang sentiasa berubah mengikut peredaran masa dengan pencakar langit nya yang sekian melambak, namun bangunan lama nya senantiasa kekal untuk tatapan umum serta sebagai tanda sejarah yang menjadi batu penanda akan asal usul mereka.

Makanan tradisi Korea tidak lengkap jika anda tidak menikmatinya bersama juadah penting iaitu Kimchi yang hampir lebih dari segala lauk. Hidangan hebat ini nampak agak ringkas namun khasiatnya melebihi segala.
Lawatan saya ke Korea kali ini sungguh hebat serta menarik. Peserta lawatan yang bersama kami kali ini juga sungguh menyeronokkan. Apa lagi bila bersama salah seorang pemandu pelancong Korea yang sangat mengambil berat tentang pelanggan kami serta menjaga kepentingan mereka.