apple muslim holiday

Saturday, December 7, 2013

TAIWAN MUSLIM HOLIDAY - HANYA DARI APPLE

 Hanya dari Apple Muslim Holiday - kami tentunya hanya membrikan ynag terbaik untuk pelangan budiman kami. Kali ini saya bersama beberapa peserta lawatan yang rata-ratanya merupakan pelanggan tetap kami ke Taiwan.
 Sebuah negara kecil namun bersemangat serta berjiwa besar semegah budaya serta kehidupan rakyatnya yang amat sederhana.
 Makanan sentiasa menjadi perkara paling utama serta sanagt penting bila ke negara chopstik - Namun kami akan pastikan kali ini lawatan anda ke Taiwan bersama kami memberikan kejutan besar ynag tidak mungkin nada dapati di negara Chopstik lain.
 Taman tema Leo foo - siapa kata naya kanak-kanak yang mampu berseronok disini. Sangkaan itu pastinya tidak tepat kerana taman tema di Taiwan ini juga sesuai untuk semua golongan.
 Bertemakan Arabian - sesuaai denagn pelancong Muslim - akan bebrapa tempat ynag disediakan khas untuk Muslimin. Antaranya restoren yang menyediakan makanan hala serta  tempat untuk solat lengkap untuk wudhu.
 Cuaca indah kali ini amat mesra dengan kami- semesra pamandu pelancong kami yang bertungkus lumus menyediakan hanya yang terbaik untuk pelanggan Apple Muslim Holiday.
Masa untuk bermain di Taman Tema dan ianya bukan sahaja sesuai untuk kenak-kanak malah semua peringkat umur juga.

Taman Tema Leofoo yang bertemakan timur tengan ini amat sesuai untuk pelanggan Muslim kemari. Cuaca kali ini sungguh hebat serta amat indah untuk dinikmati bersama.

Untuk juadah makan tengahari Apple Muslim Holiday menyediakan makanan halal khas bagi pelanggan kami. Dengan restoren ynag hanya di sediakan untuk pelanggan Muslim tidak enjadi masalah bila berlibur di Leofoo Theme Park ini
Saya namakan nasi Kunyit Piramid yang rasanya tidak kurang hebatnya ini dinikmati bersama. Bekalan bahan mentah yang halal dimasak oleh tukang masak Muslim disini sugguh menyenangkan.

Seterusnya Chiang Kai Sheik Memorila hal - Tidak banyak ynag perlu di pekatakan tentatng dataran hebat berada ditengan bandar Taipei ini melainkan bersih serta nyaman.
Semasa waktu perayaan serta mana-mana pesta sepanjang tahun di taiepi , kawasan ini sudah semestinya menjadi pusat kunjungan utama rakyat nya.
Sebuah tugu gergasi dibina khas untuk memperingati jasa bapa Taiwan ini tesergam indah binaannya.
Makan malam di sekitar Taipei - jika Beijing atau negara China lain akan menyediakan hanya makanan ala Cina dengan masakan halal, namun di Taiwan, anda tidak hanya akan merasai makanan tradisinya sahaja malah juga masakan lain seantero yang bakal di nikmati
Juadah ala Kunming menjadi sajian kali ini dan rasanya sungguh istimewa. Anda pasti teruja untuk mengetahui apakah makanan yang bakal anda semua nikmati nanti
Selayak untuk bercuti bersama keluarga , kami akan menyadiakan hanya yang terbaik untuk anda Namun berkongsi dengan rakan baru untuk lawatan ke Taiwan ini menjadi tujuan kami warga Apple Muslim Holiday demi mengukuhkan tali persaudaraan antara ahli lawatan.
Juga untuk mereka yang mungkin berbulan madu Taiwan semestinya mengamit kedatangan anda.
Selain makanan Taiwan juga terkenal dengan bbentuk mukabuminya yang luar biasa. Formasi yang terbentuk akibat letusan larva dari perut bumi sejak jutaan tahun menjadikan Taiwan sebuah negara yang terlalu hebat untuk di lawati.

Yehliu - merupakan tanah paling luar biasa yang terdapat berhampiran laut menunjukkan kebesaran Ilahi. Dengan bentuk batuan yang pelbagai menjadikan ianya sebuah pusat lawatan hebat.

Bukan sahaja datang kesini untuk menikmati keindahan nya malah juga keajaiban batuan disini menjadi satu pengajaran kepada kita untuk terus mengkaji akan kebesaran penciptanya.
Mana mungkin ianya berada di suatu tempat dangan hampir semua kawasannya mempamirkan bentuk yang sangat berbeza serta luar biasa. Anada perlu saksikan sendiri apa yang saya maksudkan disini

Setiap hari ramai pengunjung yang bukan sahaja dari laur malah dalam negara datang untuk melihar apa yang dikatakan keajaiban.

Namun keindahan tempat ini merupakan suattu yang perlu kami kongsi bersama pelanggan Apple Muslim Holiday untuk benar-benar menghayati keindahan ciptaan Tuhan.
Bagaikan lukisan dan inaya sukar diceritakan. Maka perlulah anda sendiri datang kesini untuk menikmatinya.

Shangrila Farm, satu lagi pusat kunjungan kami yang perlu kami kongsi bersama.
Resort diatas bukit tinggi menghadap bandar Yilan ini menjadi sebuah pusat lawatan ynag bukan sahaja ilmiah malah sesuai untuk pelancong Muslim kesini.
Oleh kerana farm stay yang kami kunjungi kali ini masih belum berbuah, kami berhenti di gerai buahan sebelum meneruskan perjalanan ke JiuFen untuk membeli hasil ladang sekitarnya.
Sungguh segar serta tidak mahal dan ada dikalagan peserta kali in yang membawa pulang buah buahan tempatan sebagai buah tangan untuk dikongsi bersama yang tersayang


Semua seronok disini dan nampaknya misi untuk mencari buah buahan tempatan yang tidak kami petik sendiri tercapai juga.

Jiufen, sebuah bandar di rabung bukit yang agak tinggi kedududkannya namun menyinpan sejarah hebat untuk dikongsi bersama pelangan kami.
Keindahannya teserlah pabila kabus hilang dari menyorokkan wajahnya yang menghadap teluk besar laut pasifik.
Mandamaikan hati - serta sungguh indah. Inilah ynag kami ingin anda lihattt sendiri pabila berkunjung ke Taiwan.
Jalan lamanya ( Old Street ) sesuai dikunjungi dan kepada mereka yang inginkan cenderahati istimewa disini, kami sarankan anda perlu teliti. Terlalu banyak untuk dilihat dan anda mungkin tidak cukup massa untuk berbelanja disini.

Akan tetapi, kita bukan sahaja mempunyai satu tempat untuk membelibelah namun, masih lagi ada beberapa lagi yang perlu anda pertimbangkan. Jika tidak anda pasti kekurangan wang untuk ke destinasi beli-belah seterusnya di Taipei nanti
Kelihatan lerengan bukit melajur ke bawah dengan jaringan jalannya yang agak sempit. Namun percayakah anda sehingga kini kadarkemalangan disini masih lagi terkawal malah boleh dikatakan hampir tidak pernah berlaku sepanjang tahun.

Seperti tidak lengkap kiranya jika anda ke Taipei Taiwan tanpa merakamkan kenangan indaah di menara tertinggi disini. Taipei 101 - semuanya terjangkau dengan akal fikiran jika kita mampu menghayati nya. nilah yang dinyatakan pemandu pelancong kami yang inginkan hanya yang terbaik untuk kami semua.
Bangunan tinggi ynag mempunyai damper yang agak luar biasa ciptaanya tersergam indah disini.
Juadah makana halal tidak mungkin sukar jika anda bersama kami. Bukan hanya Makanan Indian Muslim semata malah anda juga mampu merasai pelbagi juadah lain mengikut selera anda disini.

Melihat keindahhan fauna ciptaan Ilahi - merupakan pesta terebat sekitar Taipei sepanjang tahun - di Shilin Resident - rumah penginapan rasmi bagi bapa kepada Taiwan - Chiang Kai Sheik.
Dipenuhi dengan ilham istimewa dari penciptanya menggunakan bahan terbuang atau kitar semula - ada juga menggunakan bahan alami yang istimewa untuk digarap sebagai sebuah hasil seni dipameran ini

Inilah dia keindahan bunga istimewa bagi masyarakat setempat - Kekwha atau dahlia. tersusuan rapi serta pelbagai warna malah digayakan mengikut kretiviti masing masing.



Merakam kenangan bersama tersayang - kenapa tidak - Taiwan bukann senang untuk dikunjingi jika bukan bersama lawatan Muslim akan pelbagai kengkangan dan inilah masanya untuk anda nikmati waktu luang berkualiti bersama


Antara yang sungguh menraik untuk dinikmati -- gugusan bunganya seakan tersusun serta sangat sempurna dan menjadikan ianya agak mustahil untuk di ilhamkan.

Namun kepakaran mereka dibidang pertanian serta multiculture tumbukanmenjadikann ianya alah bisa tegal biasa bagi mereka disini. Malah inilah caranya mereka mengiktiraf serta menghayati keindahan alam semulajadi

Bukan satu malah pelbagai warna untuk satu pohon. Inilah yang mengkagumkan peserta lawatan yang tiba kemari.



 Cenderahati ikhlas dari En Alimeen serta saguhati dari semua pelanggan yang disampaikan oleh En Ahmad mewakili peserta lawatan lain amat bermakna buat pemandu pelancong kami Ms Rita. beliau berasa amat seronok serta terharu akan keikhlasan anda semua
 Saya sifatkan lawatan ke Taiwan kali ini antara lawatan 2013 paling bejaya serta anda semua merupakan pelanggan Apple Muslim ke Taiwan paling hebat tahun ini. Segala kerjasama serta tolerasi yang kalian kongsi bersama amat bermakna buat kami warga Apple
Sesungguhnya kami amat menghargai kalian sebagai pelanggan yang amat berharga. Dengan harapan agar kita akan bersama nanti di siri lawatan ke destinasi yang lain tahun 2014. Setiap lawatan ada keistimewaan nya tersendiri dan kita sebagai hamba Nya sentiasa menginginkan yang sempurna namun hanya Allah S.W sahaja mampu membalas jasa serta kepercayaan kalian terhadap Apple Muslim Holiday.