apple muslim holiday

Saturday, November 30, 2013

ITALY DAN LUGANO - ISTIMEWA

Italy - negara yang dahulunya terkemuka dengan pusat peradaban manusia - dan kini bukan sahaja fesyen namun sebuah negara yang mempunyai keuntungan besar dari sektor pelancongan.

Lawatan kali ini bukan sahaja menumpukan barangan berjenama untuk dibawa pulang namun juga peserta lawatan bersama-sma untuk mengenali negara bertuah ini dari segi serajah serta arkiteknya yang semestinya mengkagumkan.

Tempat ini merupakan pusat lawatan penting yang perlu ada untuk setiap jadual lawatan ke Italy. Trevi De Fontana. Sebuah pancuran puurba ynag terletak di dearah Trevi ini menyimpan banyak sejarah untuk di kongsi bersama.
Tatkala semua berseronok menikmat keindahan bagunan lama sekitar Rome ini kami elangkah laju ke Piazza del Spagna. Berhampiran kedutaan besar Spanyol dan dinamakan khas akan hubungan lama antara  Rome dan Spain sejak kurun ke 15 lagi.
terlalu ramai pelancong disini dan inilah yang salalu menjadi tumpuan.

Puncaknya berdiri Trinita del Monti sebuah gereja renaissance yang mana agak usang namun masih digunakan. Setelah penat mendaki anak tangganya anda bakal menikmati keindahan Rome dari puncaknya.
Merakam kenagan di tangga Spanish besama peserta lawatan kali ini
kelihatan sekitar bandar Rome dengan pokok maple putih atau oak yang bertukar warna dari hijau ke kuningan. Tanda musim luruh sudah menjelang
Seterusnya - sebuah binaan puba ynag cukup hebat. Tidak lengkap jika lawatan anda ke Rome tidak ke banguna indah ini - Colleseum - antara banguna yang cukup hebat serta agung mempamirkan keseiah serta ketekunan kerja tangan masyarakat nya yang mempuunyai peradaban awal dunia

kemajuan Tamadun Rome yang dilihat melalui rekabentuk bangunan nya yang saya sendiri kagumi lebih jelas apabila pemandu pelancong bandar kami Ms Ilaria Pagani memberikan penerangan yang sungguh hebat
Lengkap dengan gammbarajah serta statistik dan kajian menyeluruh, menjadikan lawatan kami kali ini sungguh bermakna serta lebih ilmiah.
Penerangan beliau berjawa menambat hati pelanggan kami serta menjadikan lawatan ke pusat peradaban manusaia kuno ini berjaya. Dengan interaksi bersama pelanggan kami yang semuanya sibuk bertanyakan soalan yang berkaitan pusat lawatan saya dapati peserta lawatan kali ini bukan sahaja menyasarkan barangan jemana sebagai tujuan ke mari malah mengenali budaya serta sejarah Rome menjadi tujaun utama mereka.
inilah yang saya inginkan - lawatan ke Itali bukan sahaja untuk membeli belah malah mengenali sejarah ynag mengubah peradaban manusia menjadi agenda kami di Apple Muslim Holliday. Bagaikan bidalan, ilmu tanpa amal sudah tentu bagaikan kapal tanpa nakhoda.
Menikmati senibenanya yang masih utuh walaupun pernah dirsakkan oleh penduduk awal moden Rome pada adab ke 17 akan kemajuan serta perubahan cara hidup yang berlaku secara mendadak mengikut sejarahnya.
Namun cuba kita fikirkan sejenak mengkagumi binaannya ynag dibena tanpa menggunakan peralatan moden dalam masa beberapa tahun sudah pasti agak tidak mungkin dizaman ini.
Seperti yag diceritakan melalui surah ROM dalam kitab suci Al Quran " Rom telah dikalahkan, akan tetapi dalam masa tidak lebih dari sepuluh tahun bangkit kembali " - diceritakan untuk menyedar kan kita umat Nya supaya mengamalkan apa yang dipelajari supaya tidak hanya sebagai perhiasan semata. Malah ilmu mampu untuk mengalahkan lawan
Beginilah interior yang tercipta oleh pembinanya. Pabila difikirkan mana mungkin idea demikian diperolehi tanpa peralatan yang moden. Teknologi orang Rom sebenarnya mengjangkaui masa pada ketika itu. Logik namun mendahului masa.

Colloseum asalnya dibena dalam sebuah kolam buatan yang agak besar dan nama nya beasal dari sebuah binaan patung gergasi. Flavian Amphitheatre merupakan nama sebenar namun akan panggilan nya yang lebih melambangkan bentuknya yang agak besar maka inay kekal hingga kini
Binaan hebat dari Empayar Flavian ini kekal sehingga sekarang. Bentuk ovalnya menjadikan binaan ini terlalu luar biasa untuk di kaji. Tambahan pula terusan dalam yang terlindung dari pentas pasir yang dipanggil Arena ini juga tidak mudah untuk diungkai akan senibena nya.

Jadi jika anda ingin melihat sendiri bangunan purba hebat ii ikutlah kami ke Italy nanti.

Bukan sahaja Rome, Pisa juga mempunyai bagunan nya yang agak istimewa. kebanyakkan pelancong serata dunia datang kemari akan menara condongnya yang terkenal. Namun begitu bukan hanya Menara Pisa nya sahaja boleh dilihat disini.
Piazza dl Miracoli - dengan 3 bangunan utamanya menjadikan kawasan ini seang untuk  dilawati. Walaupun kami dibasahi hujan renyai namun bergambar disekitar sini masih diterusskan. Bukan senag untuk sampai kemari jika tidak dengan lawatan kumpulan sedangkan Pisa seniri berada diluar jalan selari untuk bandar pelancongan lain sselain Prato dan Florence
Sebelah kanan Pisa - Florence - menyimpan khazanah renaissance yang agak maju berbanding Rome. Inilah bandarpelancongan yang mampu mambawa kebanjiran pelancong sepanjang tahun akan keindahan bandarnya yang banyak perlu dilihat.
Jika Michaleangelo mengabdikan diri disini sejak lahir lagi, begitu juga Leonardo Da Vinci. Dua nama besar dunia artisan serta arkitek yang menakluk dunia sehingga kini masih dikagumi.
Piazza Vechio ynag berada diantara Piazza dela Signoria - sebuah bagunan indah menyimoan pelbagai cerita. bagunan Moorish ynag satu satu nya berlainan dengan bentuk bagunan lain menjadi tanda tanya.
Saya membawa beebrapa peserta lawatan yang berminat untuk melihat senibena interior nya ynag agak menawan. Jika kini kertas dinding atau wall paper menjadi hiasan dalaman rumah, namun dizaman itu, lukisan detail dengan tangan menjadi hasilan paling halus untuk kemasan dinding bangunan.
Kami mendapat cuaca yang cukup indah di Florence. Kelihatan sungai Arno mengalir tenang- Nadi kehidupan Florence sejak berkurun. Menyimpan banyak sejarah lama yang mungkin tidak pernah terungkai namun inilah jaringan utama ynag menghubungkan Florence dengan dunia luar.
Cuaca indah mengamit kami dengan semangat untuk menjejak sejarah Renassance serta kemanusiaannya yang dikagumi. Di kiri serta kanan nya berdiri teguh beberapa bangunan indah ynag juga merupakan binaan sejarah sepanjang abad.
Piazza dela Signoria dataran indah penuh dengan cerita yang ingin diperkatakan. Bagi mereka yang meminati Gucci sejak dari dulu, anda mungkin berpeluang melihat museum Gucci pertama didunia disini. Pelbagai khazanah lama serta moden dipaparkan disini.
Inilah keindahan Florence - dari Piazza dela Signoria yang anda perlu sampai jika kemari - anda past terpegun akan keindahan datarannya serta anda boleh gambarkan sendiri bagaimana kadaanya ketika waktu dahulu
Pemandangan Florence dari Piazza Michelangalo. tersusun bagaikan lukisan.
Baginilah bumi Florence dari dataran tinggi berhampiran Romano Gates atau Gerbang Rom yang mempunyai cerita nya tersendiri.
















Seterusnya kita nikmati aktivti beli belah yang menjanjikan tawarn hebat di Barberino Designer Outlet sebelum kita ke Venice - sebuah lagi pusat lawatan istimewa di Italy bersama Apple Muslim Holiday




Seterusnya - Venice sebuah bandar air yang hampir tengelam setiap tahun. Dan kali ini pelanggan Apple Muslim Holiday dapat saksikan sendiri kejadian yang saya ceritakan.
Menyusuri terusan nya yang indah dengan maniki Gondola - ynag mana telah termasuk dalam pakej kami ke Italy. Anda tidak perlu gusar untuk membayar apa-apa lagi caj tambahan namun dapat menggunakan Euro anda sesenang mungkin bagi keperluan beli belah bbarangan ynag di ingini disini.
Kejadian air pasang yang kini kerap berlaku di Venice menjadikan bandar kepualauan ynag mempunyai terusan paling banyak ini semakin ditengelami air semakin tahun.
Pencairan glasier akibat dari pemanasan global turut menyumbang kepada kejadian ini. Hinggakan kerajaan Venice memperuntukkan sejumlah dana yang terlalu banyak untuk meminjam teknologi German bagi mengepam air serta mengempang kawasan pelancongan bertaraf UNESCO ini.
Inilah tarikkan utama bandar Venice. Deretan Gondola yang bakal di dayungi oleh Gondolier nya ynag rata-rata adalah penduduk asal Venice serta sangat profesional
Cuba merapatkan diri dengan Gondolier asal di Venice ini. Agak ramah namun tegas. Akan tetapi mereka bekerja dengan sangat profesional.

Bandar Venice ditengalami air - inilah yang saya katakan
Kelihatan St Mark Square ynga penuh sejarah digenangi air. Peserta lawatan agak bertuah kerana inilah pengalaman berharga untuk dikongsi bersama. Ada pelanggan kami bertanay - kenapa penduduk disini tidak panic langsung seakan tiada apa yang berlaku.
 Ini bukanlah suatu ynag baru serta menakutkan bagi penduduk disini. Malah inaya juga bukan bencana yang menimpa Venice sebenarnya. Namun kejadian ini sudah agak biasa serta dijangka oleh penghuni nya.
Siapa kata Venice tidak mempunyai apa pun untuk di beli bagi mereka yang meminati barangan jenama terkemuka Itali. Jika anda meminati Gucci, Prada, LV serta Chanel. Inilah tempatnya untuk anda semua membeli belah dengan tenang - apa yang penting setiap Euro yang anda belanjakan bakal memdapat pulangan balik dari VAT



Samalah juga dengan tas tangan jenama yang bakal anda sendiri beli disini. Kaum wanitaah ynag paling banyak berbelanja malah ada yang berkata berbaloi untuk beli disini berbanding yang terdapat di butik-butik sekitar negara sendiri.
 
Tibalah kita di kota fesyen terkemuka Itali - Milano. Peminat AC Milan bangga kemari. Anda mungkin teruja untuk melihat keindahan bandar nya yang penuh dengan tarikan fesyen. Malah tidak keterlaluan jika saya katakan Milan ini merupakan kota bagi pemuja seni serta designer taraf elit.

Galleria EmmenueleVictoria ii - menerima jolokkan elit setelah bebrapa abad terkenal sebagai sebuah gedung mewah yang mempamirkan design terkemuka serta tersendiri

Ini pula adalah Duomo utama berhampiran Gelleri mewah di kota Milan ini. Bagi mereka yang mampu inilah tempat untuk anda membeli belah akan barangan signature atau khas yang mampu milik. Namun bagi mereka yang inginkan pengalaman menyusuri Kotaraya Milan yang penuh manusia ini anad pasti seronok melihat gelagat penghuninya.
Hampir dengan negara Eropah utara yag indah serta dikelilingi banjaran Alps- Switzerland sebuah negara utara dari Itali menjadi jadual tambahan kami kali ini.
Anda tidak perlu terbang kesini , namun dengan jadual masa yang telah diatur dengan hanya 1 jam lebih kita boleh sampai ke Selatan Swiss
Kami memilih Lugano - terkenal dengan tasiknya yang sangat istimewa. Pemandangan Swiss yang hebat serta nyaman menjadi idaman setiap mereka yang tiba di utara Itali. Bukan sahaja ianya berbaloi untuk dikunjungi malah anda bakal mendapat 2 negara dalam satu pakej yang kami sediakan.
pengemar alam ciptaan Ilahi perlu kesini. Saya saran kan kerana suasana damai yang bakal mengamit anda kesini sudah pasti tidak dapat diungkai dengan wang namun kita perlu besyukur kerana dianugerahkan oleh Nya dengan kudrat serta kemampuan untuk kemari.
Tenang serta mendamaikan. Sambil bersantai disekitar tasiknya, anda sudah pasti merasa seronok melihat gelagat pelancong asing yang datang kemari. 80 % pelancong yang tiba kesini datangnya dari Itali akan jarak nya yang terlau dekat serta tidak membebankan.
Selain pemandangan indah sekitarnya anda juga mungkin boleh menikmati udara segar serta menghirup haruman kopi serta cokolat panas ynag banyak terdapat di sepanjang jalan sekitar Lugano ini.
Tidak hairanlah jika pelancong yang datang kemari bukan sahaja dilakalangan elit yang ingin kan suasana romantik untuk bersama yang tersayang namun juga mereka yang membawa kemera besar untuk merakam keindahan alam semulajadinya yang terlalu indah untuk diperkatakan.

Lerengan bukit sekitar tasik Lugano nya seakan berkilau keemasan pabila mentari hampir menyembah bumi. Lebih indah apabila cuaca nya yang agak dingin sempena musim luruh ini menimbulkan rasa romantik.Tambahan lagi kekuningan warna daunan nya yang hampir jatuh itu membawa kita untuk berfikir sejenak..... Sang Pencipta yang tidak mungkin kita lupakan
Terlalu sekejap namun berbaloi. Ini baru sedikit untuk diceritakan dan untuk benar-benar merasai udara paling bersih di Eropah saya sarankan anda kemari. Tidak sama seperti apa yang saya sendiri katakan - mungkin anda sebagai seorang pelanggan Apple Muslim Holiday yang mengikut kami kesini nanti boleh berkata sesuatu untuk dinikmati bersama. Apa pun Itali dan Lugano untuk lawatan bersama pelanggan Apple Muslim kali ini sangat istimewa.