apple muslim holiday

Monday, June 15, 2015

TURKEY : BUMI INDAH

Bersemangat kali ini untuk ke lapangan terbang antarabangsa KLIA. Penerbangan selama 10 jam lebih ke Mustapha Kemal Attartuk Havalimani bagaikan tidak terasa. Keceriaan semua peserta lawatan Apple Muslim kali ini terpancar mesra dan masing masing tidak sabar untuk menjejakkan kaki ke tanah 2 benua ini.
Tiba di Bursa selepas hampir 1 jam menaiki ferry ke Yalova merentasi Marmara. Syukur teramat pabila kami masih tidak terlambat melihat kuntuman tulipa sekitar Bursa ini. Dengan cuaca yang sungguh menepati kami, musim bunga kali ini sungguh menakjubkan pemandangan nya disini.
Bursa - gelaran bagi sebuah bandar lama era Seljuk akan kehijauan sekitarnya. Begitulah ia mendapaat nama. Tidak ke Bursa lah jika anda tidak membeli buah tangan berupa kain sutera yang sinonim dengan tempat lahirnya China. Mengikut sejarah. Bura merupakan antara pusat pengumpulan barangan dagangan dari China melalui jalan sutera yang bakal kami sususli nanti sepanjang lawatan ini. Bakinya masih tertinggal serta dikagumi masyarakat setempat. Apatah lagi sutera Bursa dikatakan agak berlainan serta lebih halus berbanding daerah lain di seluruh Turkey.
Matin Abey. Seorang pemandu yang sungguh dedikasi serta mencintai pekerjaan nya lebih dari dirinya. Kami bertuah mendapat seorang pilot yang amat profesional serta cermat sepanjang perjalanan kami kali ini. Sungguhpun berasal dari utara Turkey dan tidak petah berbahasa Inggeris, beliau masih mahu serta sentiasa senang untuk berinteraksi dengan pelanggan Apple.

Lagi rasa bertuah kali ini aapabila kami dapat menaiki Bas kami sendiri di Turkey - dengan lambang Apple Signature West ( operator lawatan untuk pakej ke barat )
Beginilah pemandangan di Koza Han - gedung sutera tertua di Bursa- menjadi kunjungan paling ramai pelancong dari seluruh dunia. Asalnya sebuah Karevensaray yang menjadi transit bagi pedagang dari China dan kini kekal sebagai sebuah pusat dagangan serta bahan sejarah
Berhampiran Koza Han, Ulu Cami. Masjid agung berkubah 20 binaan seorang sultan terkemuka Beyazit I pada sekiatr abad ke 13. Akan kemenangan menakluki 20 jajahan sekitar maka terkotalah janji baginda untuk membina 20 buah masjid sesinonimnya yang tidak mungkin mampu pada ketika itu. Dan beberapa cerita menarik untuk anda nikmati pastinya bakal anda ketahui pabila bersama kami ke Turkey nanti.
Binaan ala Seljuk ini agak istimewa, Tidak perlu disangkal lagi bahawa kesenian islam di zaman Ottomaniah merupakan seni yang paling agung serta terperinci. Lahirnya pelukis pelukis hebat setanding Michalengelo dan seumpamanya ketika ini. Anda dapat bayangkan sendiri bila kemari.
Bagaimana 20 buah kubah sama saiznya berada di satu bangunan. Agak mustahil untuk kita fikirkan sejenak terutama bila ianya dibena tanpa menggunakan peralatan moden pada ketika itu. Namun anda perlu datang sendiri untuk menikmati keagungan seni Islamiah di negara hebat ini.
 Cumalikizik - bandar lama tinggalan kerajaan Ottoman yang menjadi sebuah pusat lawatan istimewa untuk kita kemari. Anda bakal melihat hasil jualan dari penduduk setempat ynag hanya menggunakan bahan dari alam semulajadi serta beberapa makanan serta cenderahati tempatan.
 Letaknya di kaki gunung Uludag - sebuah pusat ski terkemuka semasa musim sejuk - Cumalikizik ini juga menjadi tempat untuk berehat bagi mereka yang inginkan alam yang damai. Malah beberapa batang sungai yang melalui perkampungan ini seawal musim bugan adalah hasil dari pencairan salji dari pergunungan Uludag ini menjadi tarikkan pelancong domestik serta penduduk sekitar.

Perjalanan sepanjang lebuhraya dari Bursa ke Bergamon merupakan satu pengalaman indah. Saya tidak benarkan pelanggan kami tidur semasa dalam bus semasa perjalanan ini. Kenapa ? - pemandangan indah yang bakal mereka saksikan tidak mungkin boleh dibayar balik jika terlepas yang ini.
Kelihatan canola mekar di sepanjang perjalanan. Canola kini menggantikan zaitun yang masih lagi popular di kalangan penduduk Mediteranian. Cuma Canola tidak mungkin setanding Zaitun untuk rasa serta khasiat seperti telah di wartakan Allah dalam Al Quran sebanyak 7 Kali dan antaranya Surah At Tin ayat 1.
Pergamon atau Begama pusat lawatan yang mampu menarik perhatian dunia kan kesahihan nya sebagai sebuah pusat kesihatan paling tua dari Greece. Anda bagiakan tidak percaya bahawa ianya berada ditanah Turkey sedangkan asal tamadun ini adalah dari Yunani Kuno. Namun kuasa Allah melagkau segalanya. Sehebat mana sesuatu kaum itu, jika khufur hidupnya maka bala lah balasannya.
Pergamon sebenarnya tidak lupus begitu sahaja akan gempa bumi yang pernah melanda serta badai perang yang berlaku suatu ketika dahulu namun yang jelas ianya pernah masyur serta menjadi sebuah pussat rawatan paling terkemuka dizamannya.
Untuk dikagumi, sekitar Pergamon. tersergam tiang tiang Roman yang menjadi tunggak ketutuhan bangunan sekitar kawasan nya. Beberapa pusat rawatan serta tempat mandi yang merupakan binaan utama setiap bagunan Yunani banyak diperlihatkan. Ana pasti tertanya bagaimana ianya dibena seawal dekat itu dan betapa para arkitek dizaman itu mampu memikirkan stuktur hebat melangkaui masanya.
Mekar si Poppi liar sekitar Pergamon mengamit kami sekumpulan. Masing masing hampir tiidak menghiaukan celoteh pemandu pelancong kami yang hebat itu demi mencari lokasi untuk merakam gambar terbaik sekitar nya.
Seterusnya Ephesus - sebuah lagi pemandangan sejarah silam yang bakal anda saksikan sepanjang perjalanan kita ke Kusadasi. Luhurnya Ephesus sebagai sebuah kota perdagangan laut ketika itu menjadikan ianya termasyur dikalangan pelaut sekitar Mediteranian serta Yunani.
Kelihatan susur Arcadia yang amat terkenal di era 395 AD. Binaan sempena nama Raja Arcadius yang terkenal ketika itu. Sepanjang 530 meter serta 11 meter lebarnya menjadikan ianya laluan paling penting menghubungkan kawasan sekitar dengan dermaga yang pada ketika itu amat penting buat Ephesus. Tnag istimewanya ia dibena bertatah mamar yang cukup indah, Namun kini masa telah memakan keindahan itu.

Hercules Gate atau Gerbang Hercules menjadi satu lagi tempat untuk anda berphoto. Untuk mengetahu akan ceritanya yang sungguh menarik anda perlu mengikuti kami kemari nanti.

Inilah Celcius. Khutub Khanah terkemuka berabad lamanya menyimpan naskah yang agak luarbiasa penemuannya. Namun kebanyakkan nya telah lenyap dimamah usia. Hanya serpihan sahaja yang mampu di simpan di museum kitika ini. 
Mengkaji akan teknologi kuno binaan Roman serta Greek di abad yang lampau. Bagaimana ianya tercipta agak sukar kita ungkaikan. Namun hasilnya sangat luarbiasa untuk difikirkan jika dibandingkan dengan zaman sekarang. Amptheatre terbesar sekitar Ephesus. Mampu memuatkan seramai 25000 orang dalam suatu masa. dibena diantara Bukit Payanir serta menghadap lautan.
Penginapan kami di Kusadasi kali ini agak istimewa. Resort berhampiran laut Aegan menjadi pilihan. Suasana nya sungguh indah serta amat mempersonakan. Apatah lagi pemandangan yang bakal anda saksikan semasa makan malam disini semestinya perlu diabadikan untuk dibawa pulang.
Suasana mentari petang sepanjang pantainya yang agak landai. Namun agak sejuk untuk menyentuh air dari lautan Aegan nya. Sesaui untuk mereka yang inginkan percutian musim panas di Turkey.

Izmir dan Kusadasi - terkenal denagn barangan kulit nya terutama pakaian dari kulit kambing biri-biri muda. Agak sukar ntuk memilih disini. Bukan keana harganya tapi akan fesyen nya yang rata-rata sangat mempersonakan.
Beli selagi mampu. Inilah yang terjadi dan anda sudah pasti menang memakai. Mana tidaknya, kebanyak kanpakaian yang dibeli disini berqualiti serta agak elok buatannya. Yang penting asal dari Turkey.
Sepanjang perjalanan menuju Denizli untuk ke Pamukkale, anda biasanya bakal melihat banyak pusat sejarah lama yang tidak mungkin kita semua kunjungi dalam hanya beberapa hari disini. Lihat sahaja kota lama peninggalan Roman di bukit Ayasuluk. Disini jugalah anda bakal melihat Cathedral atau Basilica tua St John. Sebelah nya pula tersergam indah Isa Bey Mosque yang binaanya agak istimewa pada era Suluk.
Tidak jaiuh dari situ, anda pasti terpegun melihat Artemis Temple yang pernah menjadi 7 binaan manusia terajaib didunia. Namun kini hanya 1 tiang nya sahaja masih kelihatan. Diantara Masjid Isa Bay dan Artemis Temple ini anda mungkin dapat melihat saki baki Hamam lama yang juga merupakan binaan kuno dizaman Ottoman kettika itu. Kaya degan binaan ssejarah, Kusadasi sebenarnya sungguh menakjubkan untuk dikunjungi.
Tibalah kita di Pamukkale. Cotton Castle yang merupakan traveltine dari jernihan air batu kapur yang entah dari mana datangnya. Satu lagi kekuasaan Allah untuk di nikmati bersama. Anda bagaikan tidak percaya yang ianya adalah alami.
Dari jauh. Inilah Cotton Castle yang terkenal di Pamukkale. Jika dahulunya ina juga menjadi pusat rawatan bagi kerajaan kuno Roman akan air nya yang dikatakan membawa sifat penyembuh, kini ianya masih menjadi pusat lawatan paling penting di daerah ini.
Batu kapur yang terbentuk dari aliran air ini agak panas dan dikatakan mempunyai khasiat untuk memulih segala penyakit kulit. Airnya agak jernih serta tidak berbau. Apa pun, kenangan yang di rakam disini bersama ahli lawatan adalah yang paling berharga untuk tatapan.
Turkey kaya dengan bentuk muka buminya yang sunggh istimewa. Jika New Zealand terkenal dengan kejadian alamnya yang amat hebat, Turkey juga tidak kalah untuk pemandagan ini.
Dari gunung ganang nya sehinggalah ke kawasan pertanian nya dan lembah serta lereng gunung sekitarnya menuju Konya, saya tidak benarkan peserta lawatan kali ini untuk tidur sepanjang perjalanan. Kerana sayang untuk melepaskan pemandangan yang tidak mungkin anda lihat di tempat lain. Dan tidak mungkin untuk kita mengulangi detik itu setelah melepasi nya.
Terfikir sejenak akan kata kata yang tiba-tiba berkumandang entah dari mana, "Bukankah Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan, dan gunung-gunung sebagai pasak?" Jelas sekali pemandangaan ini yang menyebabkan ianya terngiang ditelinga secara tiba tiba. 
Konya - merupakan sebuah lagi kota yang agak istimewa untuk kunjungan. Kami bermalam disini bagi mengelakkan perjalanan yang terlalu jauh untuk menuju ke destinasi seterusnya Cappadocia.
Ottomaniah agak kuat pengaruhnya disini. Berpegang pada fahaman kecintaan serta kedamaian, anda dapat rasakan kelainan kota ini berbanding yang lain.
Celledini Rumi - seorang penyair yang banyak mengajar akan ketakwaan serta kedamaian. Anda bakal melihat banyak keistimewaan puisi beliau ynag telahpun ditafsir dalam beberapa bahasa. Malah agak pilu bila membaca nya kerana kecintaannya terhadap damai dan Allah S.W.
Kompleks makam yang terdiri dari murid murid serta sahabat dan kelaurga beliau boleh kita lihat disini. Namun perlu di ingat, Walaupun kelihatan seakan Masjid namun ianya adalah kuburan dan bukan berfungsi sebagai tampat untuk solat sepertimana yang disalah anggap oleh kita orang asia.
sungguh bertuah kali ini. Kami semua sempat bergambar dengan kuntuman Tulip di sini. Pelbagai jenis serta warna dapat dilihat sekitar kompleks Mevlana ini.


Kami merasa amat bertuah kerana dapat melihat keindahan kuntuman Tulip sekitar Konya. Apalagi bila cuaca kali ini sungguh baik untuk melawat sekitarnya. Tambahan pula bandar Konya yang indah ini agak damai untuk diterokai walaupun diwaktu malam harinya.
Pagi lagi kami bersiap sedia untuk perjalanan seterusnya. menyusuri jalan sutera yang perah dikatakan jalan paling panjang menghubungkan China dan Barat. Maka tidak keterlalun untuk dikatakan Turkey adalah pintu dari asia kepada Barat pada ketika itu.
Kami berpeluang melihat Sultanhani Karevensaray - sebuah Motel kuno yang menjadi transi bagi pedagang dari Asia ke Barat. Agak isimewa akan binaanya yang tidak mungkin terjangkau akal fikiran.
Kebanyakkan nya masih utuh dan kukuh walaupun sudah terlalu berusia agak berabad, Apa yang menjadi kemegahan bangunan ini adalah stukturnya yanghanya terdiri dari batuan. Jika bangunan di Ephesus, Pergamon dan Pamukkale merupakan kombinasi batuan dan kayu serta besi namun Motel ini tidak dibena sedemikian.
Inilah jalan sutera yang masih digunakan dan menjadi kunjungan pelancong dari seluruh dunia. Mengikut penerangan dari Pelamdu pelancong kami, inya bakal dibaik plih serta dijadikan panduan pelancong khas jalan sutera ke China suatu masa nanti.
Akhirnya kami tiba di Cappadoccia. Tanah gersang sepanjang tahun dengan taburan hujan yang agak kurang berbanding tanah lain sekitar Turkey. Namun kali ini, Musim bungan memberi gambaran lebih indah untuk di explor bersama.
Jika diperhatikan, kelihatan seperti perumahan mewah atau bangunan tersusun sepanjang lereng bukit disini. Namun sebenarnya ia adalah tinggal sejarah yang agak luar biasa untuk diceritakan.
Kaymakli - sentuhan penduduk asalCappadoccia ynag lari dari Roman serta Otoman suatu masa dahulu. Anda bakal melihat sendiri akan keistmewaan lawatan kali ini. Penernagn terperinci Mr Gokan, Pemandu pelancong kami sudah tentu menjadikan lawatan kali ini sungguh bermakna.













 Kelihatan canyon yang agak indah dari pandangan atas. Inilah kejadian Allah S.W yang menjanjikan kita bahawa setiap mukabumi itu berbeza beza bentuknya atas kuasa Nya.



 Fairy Chimneys - suatu pemandangan yang biasa bakal anda lihat sepanjang lawatan di Cappadocia. Bukan diletak oleh manusia namun ianya adalah kejadian hakisan air ynag telah berlaku sejak berkurun lagi.










 Membeli belah di pasar sekitar Istanbul - Meser Carsi atau spice bazaar merupakan suatu acara paling seronok untuk saya bersama pelanggon Apple Muslim Holiday kali ini.