apple muslim holiday

Monday, May 18, 2015

DIMENSI BARU LAWATAN MUSLIM DI TAIWAN

 Taiwan menawarkan lawatan yang agak istimewa untuk semua pelancong. Malah untuk pelancong yang beragama Islam, Taiwan sudah sangat bersedia untuk menerima kunjungan kita kesini. Pelbagai produk pelancongan menarik minat pelancong dari seluruh dunia kesini. Dan kini Apple Muslim Holiday ingin berkongsi dengan anda satu lagi lawatan khas di Taiwan iaitu lawatan perladangan atau Farm Stay.


 Kunjungan kami kali ini untuk menyingkap keistimewaan Farm stay sekitar Taiwan. Sememangnya corak pelancongan sebegini telah terlalu popular dikalangan penduduk Taiwan itu sendiri malah ianya telah menjadikan Farm Stay sebagai salah satu dari cabang pelancongan yang agak luar biasa sambutan nya. Terkenal bukan sahaja dikalangan pelancong tempatan malah menjangkau hingga ke luar daerah nya menjadikan pelancongan Farm Stay di Taiwan kekal hebat hingga kini.

Apa yang menjadikan ianya terlalu popular serta kelihatan agak mudah untuk penyelenggaraan berbanding negara lain?. Kami dapati lawatan kali ini memberikan maklumat yang agak istimewa untuk di kongsi bersama anda diluar sana.
 Toucheng Leisure Farm misalnya - merupakan sebuah Farm Stay yang agak unik dengan tarikkan tersendiri. Tanah pertanian telah di hadiahkan oleh suami tercinta sempena hari lahir pada 30 tahun yang lalu dan kini menjadi sebuah pusat lawatan indah lagi mempersonakan. Bekas guru yang cukup cekal menjadikan lawatan kesini sangat ilmiah serta istimewa untuk sesiapa sahaja.
Antara aktiviti yang bakal kita lakukan disini ialah : membuat tanglung udara. Suatu pengalaman yang sungguh menyeronokkan sesiapa juga. Anda bakal membuat sendiri tanglung ini serta menerbangkan nya terus ke udara.


Selain itu juga anda berpeluang untuk mencorakkan kemeja T anda sendiri dengan menggunakan bahan alami seperti daun dan sebagainya. Ini juga merupakan satu lagi aktiviti yang menyeronokkan untuk dilakukan bersama yang tersayang serta kanak-kanak.

 Dan inilah hasil kreatif masing masing dari cetakan dedaunan sekiar. Siapa sangka sebenarnya daun boleh menjadi corak menarik di kemeja anda.

Disamping mengekalkan ekologi sekitar, Farm stay ini juga memberikan banyak pendedahan terhadap tumbuhan serta tanaman yang berada sekeliling kita. Paling penting disinilah jugaa anda akan diajar akan kebaikan alam semulajadi dalam kehidupan kita seharian.

 Edible Landscape merujuk kepada lawatan ke kawasan hutan yang mana tumbuhan disekitarnya boleh di makan terus tanpa dimasak. Selain ianya tidak beracun khasiat serta kelebihan yang boleh kita perolehi dar tumbuhan itu juga turut diceritakan oleh seorang pemandu pelancong profesioanl khas di resort terbabit.

Banyak juga yang kami baru ketahiu akan khasiat tumbuhan serta pohon-pohon renek yang berada dikaki anda sebenarnya berkhasiat serta boleh menjadi ubatan mujarab bagi sesetengah penyakit


Menikmati sendiri keindahan serta damainya  di sekitar Toucheng Leisure Farm ini sungguh bererti. Bilik penginapannya yang agak selesa serta bersih tidak mungkin menerima sebarang aduan buruk malah sesuai untuk pelancong Muslim yang memerlukan ruang untuk solat di bilik masing masing. Apatah lagi bila suasana damai yang penuh kehijauan ini mendekat kan lagi diri kita dengan Pencipta nya.
 Toucheng Leisure Farm sesuai untuk pelancong Muslim yang inginkan kelainan ketika bercuti bersama keluarga atau rakan rapat. Kepada mereka yang terlalu cintakan alam semulajadi disinilah tempatnya untuk anda menikmati kepuasan yang istimewa di Taiwan. 


Zhou Ye Cottage 

Berlainan pula dengan Zhou Ye Cottage yang juga menawarkan Eco Tourism yang sememangnya menjanjikan suatu pegalaman luar biasa untuk sesiapa sahaja yang datang kemari. Penginapan ala desa di kawasan paya nan damai serta dikelilingi pemandangan hijau sekitarnya membangkitkan daya tarikan yang sungguh luar biasa. Anda dapat rasakan yang anda berada di sebuah dunia berbeza pabilaa kesini.
 Alamilah sendiri kesegaran udara yang dihirup di kawasan ini, seperti hampir tidak tercemar langsung akan keaslian nya. Malah walaupun kawasan penginapan nya sentiasa dipenuhi penghuni dikalangan pelanggan tetap nya yang pernah beberapa kali kemari, namun kebersihan serta keindahan kawasan sekitarnya sangat terjaga serta sungguh alami.
 Bayangkan kita dikelilingi kawasan hijau semulajadi serta menginap di cottage yang indah berhias rona biru sepenuhnya. Dan bercerita tentang rona biru, inilah kelebihan Cottage ini.
 Ada pasti merasa kagum akan kelebihan sejenis tumbuhan hijau yang diproses untuk menjadi bahan pewarna biru indigo yang sungguh cantik.
 Disini, anda bakal melakukan sendiri aktiviiti secara berkumpulan atau persendirian dengan menggunakan pewarna istimewa dari tumbuhan yang banyak terdapat di sekitar kawasan ini.
 Setelah ianya dikenal pasti serta di jadikan bahan pewarna secara komersial, kini tumbuhan ini menjad hasil penduduk tempatan bermula dari resort ini. Inilah yang menjadi keistimewaan bagi pusat lawatan ini yang mempopularkan hasil seni tidak ternilai dari sejenis tumbuhan istimewa ini.
Untuk pelancong Muslim - Apple Muslim Holiday - anda berpeluang mencorak kan sendiri kain tudung atau skaf untuk dibawa pulang. Ini lah keistimewaan lawatan kami di Farm stay Taiwan
Agak berlainan pula dengan Flying Cow Ranch Farm . Satu lagi Farm Stay yang menawarkan percutian di ladang yang sebenar serta memberikan kelainan yang mungkin tidak anda bayangkan semasa ke mari. Istimewanya resort ini pabila setiap pelancong yang datang kemari boleh menukarkan tiket mereka dengan segelas susu segar untuk setiap seorang. Inilah yang menjadi kelainan serta keunikan lawatan ke sini.
Diberi perhatian penuh oleh kerajaan Taiwan dan dibuka secara rasminya pada tahun 1995 setelah mendapat pengiktirafan serta menjadi pusat penyelidikan pertanian selama beberapa tahun. Bercuti disini sememangnya memberikan kelainan. Apatah lagi jika anda sendiri bakal melakukan aktiviti berladang yang agak berlainan dengan ladang yang sedia ada di negara kita. Saya katakan resort ini amatt sesuai untuk semua lapisan umur. Dari dewasa hingga lah peringkat remaja serta kanak-kanak kecil.
Bukan sahaja aktivitinya yang sungguh menyeronokkan. Malah kegiatan ilmiah serta pendidikin awal terhadap kesedaran alam semulajadi sesuai untuk diterpkan kepada pelancong kecil dariperingkat awal. Inilah yang ingin diketengah kan oleh kedua dua perantis Flying Cow Ranch ini yang pernah membawa penyelidikan lembu tenusu dari Amerika Syarikat sejak tahun 1975 lagi.
keseimbangan dengan alam semulajadi serta budaya setempat membawa kepada jerih perih nya peladang di sini untuk mendapatkan hasil yang seumpamanya. Inilah kata kata yang di tuturkan oleh En Shi Shang Bin, peneroka awal pertanian berskala besar di sini.

Bersatu dengan alam - Kehijauan alam sekitar di Flying Cow Ranch ini sungguh mempersonakan. Anda semestinya akan merasakan ke
Tidak seperti resort perladangan lain, Flying Cow Ranch ini juga mengekalkan keindahan alam nya dengan menanam pelbagai bunga bungaaan disamping pohonan hijau sekitarnya yang mengekalkan ekologi alam.
Resort yang mengutamakan hasil tenusu ini juga berjaya menarik pelajar untuk membuat penyelidikkan disini bukan sahaja berkaitan industri Dairy malah juga akan keistimewaan nya yang asal dahulu sebagai sebuah pusat penyelidikan pertanian yang diiktiraf dunia. 

Beraktiviti dengan menaiki motorsikal bateri di Taiwan sungguh popular ketika ini. Demi mengekalkan alam sekitar, bateri digunakan menggantikan petrol. Ini juga merupakan langkah kecil yang agak istimewa untuk di lakukan oleh sesebuah resort demi menjaga alam sekitar
Sambil menikmati keindahan sekitr perkampungan yang menjadikan pelancongan sebagai mata pencarian penduduk setempatnya, saya rasakan Taiwan amat bersedia untuk menyambut bukan sahaja pelancong biasa malah juga pelancong beragama Islam
Tambahan pula makanan yang disediakan disini lebih alami serta lebih segar dan menepati keperluan pelancong Muslim yang mementingkan halal. Merujuk kepada penyedian makanan sekitar farm stay di Taiwan, saya juga agak kagum akan kecenderungan mereka untuk meyediakan makan halaa bukan sahaja dari penggunaan tumbuhan serta makanan laut semata malah juga menyediakan bahan mentah lain seperti danging serta ayam yang disembelih halal oleh organisasi Muslim di Taiwan.

Mengelilingi kawasan perkampungan dengan menggunakan motorsikal ini sungguh menyeronokan apaah lagi ianya mudah untuk di gunakan. agak praktikal serta lebih ringan - seperti menaiki basikal namun tidak perlu dikayuh sendiri.
Kini kita ke kawasan pergunungan yang agak tinggi di Taiwan. Dengan altitude setinggi 1750 meter dari paras laut anda sendiri dapat bayangkan kesejukkan ketika berada disini. Cing Jing Farm mempersonakan setiap pengunjungnya dengan penginapan nya yang mempunyai sentuhan ala barat.

Keindahan alam semulajadi, udara yang segar serta kehijauan sekiar farmstay ini menjadikan ianya tidak mudah untuk dilupakan.Merupakan suatu pengalaman indah yang agak sempurna bagi mereka yang inginkan suasana romantik serta dingin.
Merupakan Farm stay yang banyak menanam buah buahan seperti peach, pear, plum dan juga buah kiwi hasil yang juga menjadi pendapatan penting bagi penduduk sekitarnya.

Cing Jing Far ini dibuka secara komersial kepada pelancong sepenuhnya bermula 20 February 1961 lagi disamping menjadi pusat pengumpulan buahan untuk eksport yang terkenal disini.
Dengan suhu yang agak sejuk sepanjang tahun Cing Jing farm ini juga menjadi pusat pelancongan domistik yang agak terkemuka terutamanya ketika usim panas.
Kemudahan untuk beriadah serta aktiviti berkumpulan disediakan disini. Sesuai untuk para pelancong yang datang secara berkumpulan atau persendirian. Malah untuk pelancong Muslim kesini, bukanlah menjadi masalah yang agak besar. Kerana Cing Jing farm juga telah mula untuk memperkenalkan masakan stimbot nya yang agak menyelerakan disini.
Naimi Grape Laisure Farm - mungkin tidak sesuai sepanjang tahun namun jika kena dengan musim nya anda pasti amat teruja. Samalah dengan kami ketika ini yang tidak bleh duduk diam bila melihat buah anggurnya yang sedang masak ranum.
Inilah satu lagi farm stay yang amat menarik perhatian saya. Pengalaman untuk menikmati sendiri buah anggur segar dari ladang semang nya suatu pengalaman yang tidak mungkin anda lupakan.


Anda juga mungkin berpeluang untuk memetik sendiri buah nya yang segar. Selain itu juga kita akan diajar akan cara pemeliharaan buah anggur disini. Kita juga akan diberitahu akan penjagaan bagi tanah serta aktiviti pertaian secara keseluruhan nya sebagai pendidikan yang bakal dibawa pulang ke tanah air.

Walaupun tidak menyediakan penginapan namun anda bakal menikmati aktiviti sehari yang sunguh menyeronokan disini. Setaip ladang anggur yang berada disini mempunyai banyak keistimewaan nya. Antara nya anda juga bakal menikmati minum petang di ladang ni bersama merasai kuih anggur yang agak istimewa rasanya
laawatan keseluruh ladang juga agak berguna untuk kita selain dari mempelajari bagaimana untuk berbakti kepada tanah anda juga bakal mengenal pasti kualiti buah anggur yang bakal anda beli di pasar setempat atau di negara kita nanti. Inilah ilmu yang bakal dibawa pulang setelh kemari





Sebagai pelancong Muslim kita sudah tentu agak gembira bila negara bukan Islam berupaya menyediakan perkhdmatan yang diperlukan untuk kita. Apatah lagi jika bukan sahaja juadah yang dihidangkan adalah halal malah jadual waktu solat juga turut di sediakan di bilik penginapan di ssetiap Farm stay terbabit

kebanyakkan farm stay yang Apple Muslim Holiday sarankan adalah mengikut piawaian kami sesuai dengan keperluan pelancong Muslim yang ingin ke mari. Tidak sahaja makanan Muslim yang disediakan malah bahan mentah serta cara masakan nya mandapat pengiktirafan bagi melayakkan restairen mereka mendapat tanda logo halal dari Taiwan Muslim Association.








Taiwan mempunyai pelbagai tarikan istimewa untuk kita pelancong Muslim nikmati. Farm stay merupakan salah satu daripada keistimewan Taiwan untuk di kongsi bersama. Dengan taburan farm stay terbanyak di negara ini Taiwan kaya dengan pelbagai kelainan bagi setiap farm stay nya. Setiap nya mempunyai identiti tersendiri serta bakal menjadikan percutian anda yang sungguh indah serta menyeronokkan.