KRABI THAILAND - KALAU BUKAN GUGUSAN PULAUNYA BAGAIMANA?
Kali ini satu lagi destinasi menjadi kunjungan Apple Muslim Holiday bersama peserta lawatan insentif nya iaitu Krabi Thailand.
Seterusnya kami berhenti disalah satu pulau pasir yang pantainya sungguh indah. Dengan pasir pantainya yang amat putih serta halus ini, ramai dikalangan peserta lawatan hampir tidak mahu pulang ke hotel penginapan untuk menikmati keindahan nya
Ramai pelancong asing bersantai disini untuk mendapatkan warna kulit orang Asia yang menjadi kebanggaan mereka jika sampai ke benua Asia. Sesuai dengan musin ini, cuaca nya sangat baik untuk anda berjemur disekitar kepulauanya.
Menikmati keindahan serta kejernihan airnya. Ada bebrapa pulau disini mempunyai beting pasir putih antara yang terpanjang pernah saya lawati
Lapangan terbangnya tidak terlalu besar mahupun sibuk. Namun setiap penerbangan kesini hampir penuh setiap kali mendarat. Inilah Krabi Thailand yang rata-rata penduduknya diantara 50% beragama Islam dan 50% lagi beragama Buddha.
Dengan peserta seramai 22 orang yang kesemuanya adalah kaum Adam, lawatan kali ini sememangnya agak mencabar serta memerlukan kreativiti bagi mengelakkan jadual lawatan yang tidak begitu penuh menjadi hambar
Kami dibawa melawat ladang ternakkan ikan air masin yang agak besar disini. Terdapat juga beberapa spesis hidupan laut yang agak luarbiasa dapat dilihat disini.
merakamkan kenangan di sekitar pusat Akuatik yang agak luas di selatan Thailand ini.
Ada yang kagum melihat beberapa hidupan seni yang jarang dapat dilihat di tempat kita atau juga sukar dijumpai oleh kerana diancam kepupusan. Pusat Akuatik ini memberikan pengetahuan yang agak bagus kepada mereka yang meminati kehidupan pantai di Asia
Ikan pari terbesar pernah saya sendiri lihat. Agak jinak namun awas ekornya agak merbahaya jika terkena mangsanya
Apa lagi yang boleh kita lakukan di Krabi jika tidak menghayati keindahan gugusan kepulauan di sekitar laut besar Andaman ini. Dengan taburan kepulauan batu kapur sekitarnya yang sungguh memukau, Krabi bukan sahaja terkenal kerana itu namun juga hidupan marin nya yang agak menawan.
Pernah menjadi destinasi terbaik serta menerima jolokkan antara 100 pusat lawatan kepulauan terbaik di benua Asia, Krabi juga menjadi popular dikalangan pasangan yang berbulan madu.
Antara pulau -pulau yang dilewati sebelum tiba ke beberapa destinasi yang telah dijadualkan semasa aktiviti Island Hoping ini.
Pemandu Pelancong kami Mr Natt berbangsa Thai beragama Islam ini sangat peramah serta kreatif orangnya.
Disamping snorkeling serta aktiviti pantai yang lain, beberapa kepulauan disini juga menjadi pusat sukan Xtream seperti Wall Climbing. Itulah yang diberitahu oleh pemandu pelancong kami yang memberi galakkan kepada sesiapa yang ingin mencuba sukan lasak ini.
Oleh kerana pulau ini terbentuk dari batu kapur yang berusia lebih jutaan tahun, kebanyakkan kawasan nya sesuai untuk aktiviti sukan tersebut. Malah anda yang pernah mengikuti rancangan Amazing race musim lalu pernah melihat destinasi ini sebagai salah satu cabaran yang perlu dilalui oleh pesertanya.
Siapa sahaja yang tiba disini pasti akan terpegun dangan keindahan alam ciptaan Tuhan ini. Malah airnya yang agak jernih setanding laut mediteranean menjadi kebanggakan Selatan Thailand.
Salah satu lagenda yang menarik minat ramai lelai untuk sampai kesini. Apa menariknya pulau ini agaknya sehingga meletakkan kaum adam ditempat tertinggi untuk hiraki masyarakat pelaut disini. Apa kata jika anda datang sendiri bersama kami nanti.
Seterusnya kami ke pulau Ayam ( Chicken Island ) agak lucu bunyinya namun itulah hakikatnya. Bukan kerana terdapat banyak ayam hutan disini namun bentik batuan kapur dari proses hakisan jutaan tahun ini menyebabkan pulau ini dinamakan sedemikian
Kini tibalah masanya untuk semua peserta melihat sendiri keindahan perut laut disekitar Andaman ini. Kami semuanya bersnorkel sekitar pulau indah ini.
Keadaan cuaca yang agak terik sangat bagus untuk aktiviti snorkeling sekitar pulau indah ini. Apa lagi jika anda sendiri dapat melihat keindahan luarbiasa dengan pelbagai hidupan akuatik sekitarnyaSeterusnya kami berhenti disalah satu pulau pasir yang pantainya sungguh indah. Dengan pasir pantainya yang amat putih serta halus ini, ramai dikalangan peserta lawatan hampir tidak mahu pulang ke hotel penginapan untuk menikmati keindahan nya
Ramai pelancong asing bersantai disini untuk mendapatkan warna kulit orang Asia yang menjadi kebanggaan mereka jika sampai ke benua Asia. Sesuai dengan musin ini, cuaca nya sangat baik untuk anda berjemur disekitar kepulauanya.
Menikmati keindahan serta kejernihan airnya. Ada bebrapa pulau disini mempunyai beting pasir putih antara yang terpanjang pernah saya lawati
seterusnya kami ke satu lagi pulau rehat untuk menikmati jamuan makan tengahari. Agak sukar untuk balik ke pekan Krabi dan datang balik ke sini semata-mata untuk makan tengahari. Juga tidak mungkin untuk kami menyediakan makanan halal disini yang mana tidak ada sebarang restoren kecuali hanya snek tempatan
Akhirnya jamuan makan malam kami kali ini amat menyeronokkan. Restoren salah sebuah hotel yang pemiliknya adalah beragama Islam memeudahkan Apple Muslim Holiday menyediakan apa yang sepatutnya untuk pelanggan Muslim kami.
Namun begitu jika sudah dikatakan masakan selatan Thai, rasa pedasnya sangat hebat. Ada yang tidak tertahan serta mahu terjun ke kolam renang selepas makan
Walaupun hanya 3 hari 2 malam, peserta kali ini semuanya sangat seronok dengan jadual yang agak santai ini. Ada dikalangan mereka ingin menyambung hari di sini kerana masih lagi tidak sempat untuk membeli barang cenderahati untuk dibawa pulang
Akhirnya kami dibawa ke airport untuk penerbangan tengahari ke Kuala Lumpur. Melewati beberapa buah masjid sekitar pekan Krabi ini menunjukkan masih ramai lagi penduduknya yang beragama Islam. Walaupun seakan melawat perkampungan biasa di selatan Thailand, namun Krabi masih lagi sesuai untuk lawatan berkumpulan yang gemarkan keindahan alam serta kepada mereka yang cintakan hidupan di pulau dan laut.
Cuma anda kena pastikan aktiviti kesini perlu beserta dengan lawatan ke gugusan pulau sekitranya. Jika hanya Krabi sendiri anda mungkin kehabisan wang akan pelbagai yang bakal dibeli untuk dibawa pulang.
<< Home