KOREA AWAL MUSIM SALJI - SEGALANYA DISINI
Musim sejuk di Korea selalunya menjadi musim paling istimewa bagi Apple Muslim Holiday. Mana tidaknya untuk bukan December 2011 ini sahaja kami mempunyai lebih dari 12 siri lawatan yang rata-rata pelangganya sangat ingin melihat salji.
Pulau Nami yang menjadi kemestian untuk dilawati terutama di musim sejuk - tempat asal Winter Sonata namun masih belum bersalji lagi.
Tempat solat akan kami sediakan untuk pelanggan. Sementara itu anda juga boleh menikmati galeri indah sekitar Nami yang romantik ini.
Pemandu pelancong kami Ms Heather - sentiasa mengambil berat tentang makanan halal yang disediakan. Malah beliau sendiri yang akan menunjuk kan cara bagaimana untuk menjamah hidangan tradisi tanah tumpah darah beliau.
Makanan yang agak ringkas namun berkhasiat serta peling penting lazat dan boleh diterima pelanggan. keutamaan kami menyediakan selain halal serta sesuai peserta Muslimin.
Penginapan kami di Ski resort taraf 5 Bintang - Pyongchang terkenal akan kemahsyuranya sebagai sebuah tapak temasya terkemuka pada tahun 2018 akan datang - Olimpik Musim sejuk ( Winter Olympic ) Soalnya kenapa Pyonchang menjadi pilihan temasya ini - dapatkan jawapanya dengan kami di lawatan seterusnya nanti.
Kelihatan Ski resort sebagai latarbelakang taman ski ini. Sejuk bukan penghalang untuk semua peserta mencuba nya.
Percaya atau tidak seperti yang saya sendiri pernah katakan. Bukan satu atau dua ibu jari yang bakal anda berikan pada saya untuk persembahan hebat Nanta ini.
Apa lagi bila mana salah seorang peserta kami sentiasa naik kepentas nya untuk bersama mencuit hati penonton lain. Anda suka dengan tempat duduk VIP kami ?
Saat keriangan di taman tema indoor serta outdoor nya di musim sejuk ini - Lotte World. Seronok kan .
Parti awal Xmas sekitar Lotte world dengan persembahan menarik.
Penerangan yang tidak menjemukan - ringkas namun padat - sesuai dengan cuaca sejuk menusuk tulang. Apa pun anda boleh berkata - aku sudah pernah masuk Istana Korea.
Bangunan utama Balai rong seri . Naga emas diatasnya - bidai tebar belakang tabir menjadi relik utama negara - kenapa agaknya ? - ingin tahu - ikut kami nanti.
Samgeytang - Dari 2 perkataan - ingin tahu ? klu nya makanan ini sungguh berkhaisat walauun rasanya tidak sehebat tomyam. Apa pun disediakan secara halal itu paling penting bagi kami.
Peserta cilik paling menonjol. Kenapa tidak kan. Anda bakal tahu apa yang anak kesayangan anda berkebolehan nanti. Inilah yang menjadi satu lagi tujuan kami untuk memperkenalkan aktiviti ini.
Markah sedang diberikan oleh siapa lagi - Pemandu Pelancong jelita kami - Ms Heather
Pemenang nya .................. semua anda pelancong Malaysia dari Apple Muslim Holiday
Semasa membeli belah sekitar Dongdaemun - saya terjumpa rakan sekerja yang juga membawa pelancong ke Korea - Ms Tracy dari Apple Oriental Dept- beliau membawa group bukan muslim seramai 25 orang. Ada juga teman saya setelah ditinggalkan peserta lawatan kali ini yang masing masing ingin mencari sesuatu dibawa pulang nanti.
Myondong yang luminus serta sibuk - sejuk bukan penghalang untuk berbelanja disini. Jalan fesyen terkemuka di Seoul. Kegilaan bukan sahaja anak muda Korea malah pelancong luar.
Shinsaege - gedung mewah bermandi cahaya - kerkemuka dengan LV , Gucci serta jenama elit dari Eropah. Ingin kesini - jom ikut kami
Tambah pula Ms Heather - jelitawan dari Korea yang sememangnya hebat sebagai seorang pemandu pelancong profesional. Sukar mencari seorang yang benar-benar bagus seperti beliau. Apa pun kami menanti kan anda bersama kami untuk siri lawatan akan datang. Percayalah setiap lawatan berlainan rasanya namun anda akan nikmati juga percutian kualiti yang Apple Muslim janjikan.
Pulau Nami yang menjadi kemestian untuk dilawati terutama di musim sejuk - tempat asal Winter Sonata namun masih belum bersalji lagi.
kali ini saya dengan 31 orang ahli lawatan berdepan dengan cuaca paling sejuk untuk awal musim salji di Korea. Bermula dari awal bulan November hingga awal bulan March, Korea selalunya dalam kesejukkan. Tambahan pula dengan perubahan global dari tahun ke setahun, cuaca di negara chopstik ini makin tidak menentu keadaan nya.
Bersama seorang lagi pemandu pelancong yang sungguh budiman. Masih sopan jika saya katakan beliau bukan sahaja cantik rupa parasnya namun juga budi bahasa serta cara kerja yang sungguh berkualiti . Seorang pemandu pelancong yang agak bagus serta berpengalaman. Ms Heather Lim sangat dikagumi serta kali ini semua pelanggan Apple Muslim bertuah kerana beliau adalah pemandu pelancong kami.
Kelihatan hablur air mengeras kerana cuaca yang terlalu sejuk. Ini lah musim yang ditunggu oleh semua peserta lawatan kali ini.
Merasai makanan halal Korea pertama di Nami island. Dorsirak kombinasi nasi dengan kimchi yang dimasak dalam loyang khas yang kemudiannya di goncang. Pelik namun menarik - nak rasa makanan ini - ikut kami ke Korea nanti
Anda perlu pakai sarung tangan untuk mengongcang nya kerana terlalu panas.
Tempat solat akan kami sediakan untuk pelanggan. Sementara itu anda juga boleh menikmati galeri indah sekitar Nami yang romantik ini.
Bergambar kenangan sekitar Nami island - beberapa galeri baru dibuka sejak awal tahun 2011 ini, menjadikan Nami island sekarang bukan sahaja sarat dengan pasangan romantis namun juga pencinta seni.
Seterusnya Chuncheon Myondong - Apa yang menariknya tempat beli-belah sederhana ini. Tidak terlalu ramai yang mengetahui yang ianya juga menjadi pusat pengambaran Winter Sonata. Malah cenderahati drama terkenal ini masih ada dijual disini.
Ada yang terbeli barangan sukan berjenama disini. Mana tidaknya tekanan pameran yang dizahirkan dalam kedai masing-masing mengundang kami untuk singgah dan akhirnya terbeli. Apa pun berbaloi serta menarik.
Makan malam di restoren makanan laut - sayang juga jika anda alah dengan makanan laut sebab Korea merupakan antara negara yang menghidangkan makanan laut paling segar selain Jepun.
Pemandu pelancong kami Ms Heather - sentiasa mengambil berat tentang makanan halal yang disediakan. Malah beliau sendiri yang akan menunjuk kan cara bagaimana untuk menjamah hidangan tradisi tanah tumpah darah beliau.
Makanan yang agak ringkas namun berkhasiat serta peling penting lazat dan boleh diterima pelanggan. keutamaan kami menyediakan selain halal serta sesuai peserta Muslimin.
Penginapan kami di Ski resort taraf 5 Bintang - Pyongchang terkenal akan kemahsyuranya sebagai sebuah tapak temasya terkemuka pada tahun 2018 akan datang - Olimpik Musim sejuk ( Winter Olympic ) Soalnya kenapa Pyonchang menjadi pilihan temasya ini - dapatkan jawapanya dengan kami di lawatan seterusnya nanti.
Disini anda bukan sahaja dapat bermain salji yang sungguh halus namun ski yang telah kami aturkan khas untuk lawatan Musim salji ini.
walaupun terlalu sejuk semangat masing masing untuk mencuba bermain ski sangat dikagumi. segalanya disini. Ada yang menjadikan ianya sebagai hobi baru
Antara peserta yang tidak sabar sabar menanti bilakan akan menjejak kan kaki ke kawasan ski
Kita lihat Pasukan mana yang menang permainan ski ini nanti - Merah atau Kuning ? seronok kan ......
Ms Heather bukan sahaja seorang pemandu pelancong yang sungguh perpengetahuan namun juga merupakan pakar dalam sukan ski ini. Beliau sendiri membantu peserta untuk mendapatkan peralatan ski serta mengajar bagaimana bermain ski dengan cermat
Kelihatan Ski resort sebagai latarbelakang taman ski ini. Sejuk bukan penghalang untuk semua peserta mencuba nya.
Setiap ahli keluarga semuanya bersuka ria disini. Inilah yang kami harapkan selain memupuk semangat bersukan kami juga inginkan anda meluangkan masa berkualiti bersama yang tersayang dikala percutian yang indah di Korea bersama kami.
walaupun di musim paling sejuk anda masih juga berpeluang menikmati strawberry segar dipetik sendiri - anda akan diberi 1 kotak sebilik untuk merasainya - termasuk dalam pakej kami.
Lazat kan - manis serta buahnya agak besar.
Percaya atau tidak seperti yang saya sendiri pernah katakan. Bukan satu atau dua ibu jari yang bakal anda berikan pada saya untuk persembahan hebat Nanta ini.
Apa lagi bila mana salah seorang peserta kami sentiasa naik kepentas nya untuk bersama mencuit hati penonton lain. Anda suka dengan tempat duduk VIP kami ?
Saat keriangan di taman tema indoor serta outdoor nya di musim sejuk ini - Lotte World. Seronok kan .
Parti awal Xmas sekitar Lotte world dengan persembahan menarik.
Ada yang dapat hadiah dari Santa ?
Dengan Apple Muslim Holiday - susun atur lawatan adalah penting. anad bukan sahaja mengecapi keseronokkan bersama keluarga atau yang tersayang namun pengetahuan mengenai negara bertuah ini juga dititikberatkan.
Bergambar kenangan sekitar perkarangan Korea Folk Museum.
Markah penuh untuk pemandu pelancong kami - bukan saja bijak, berpengetahuan, malah menjaga peserta lawatan dengan sungguh baik. Inilah standard kami.
Seterusnya - dayang dayang masuk ke Istana - Gyongbokgung sejarah mu nan berdarah - namun penuh pengajaran serta megah dimata asia. Tinggalan Joseon yang mengkagumkan. Ada beranggapan ianya hampir sama dengan forbidden city namun anda datang lah sendiri kesini - pastinya jauh lebih berbeza bukan?
Penerangan yang tidak menjemukan - ringkas namun padat - sesuai dengan cuaca sejuk menusuk tulang. Apa pun anda boleh berkata - aku sudah pernah masuk Istana Korea.
Bangunan utama Balai rong seri . Naga emas diatasnya - bidai tebar belakang tabir menjadi relik utama negara - kenapa agaknya ? - ingin tahu - ikut kami nanti.
Samgeytang - Dari 2 perkataan - ingin tahu ? klu nya makanan ini sungguh berkhaisat walauun rasanya tidak sehebat tomyam. Apa pun disediakan secara halal itu paling penting bagi kami.
Ingin menjadi tauke Kimchi - inilah saat dinanti - DIY - Do it yourself - aktiviti berkualiti bersama keluarga
Hasilnya ......
Peserta cilik paling menonjol. Kenapa tidak kan. Anda bakal tahu apa yang anak kesayangan anda berkebolehan nanti. Inilah yang menjadi satu lagi tujuan kami untuk memperkenalkan aktiviti ini.
Markah sedang diberikan oleh siapa lagi - Pemandu Pelancong jelita kami - Ms Heather
Pemenang nya .................. semua anda pelancong Malaysia dari Apple Muslim Holiday
Pakaian Tradisi Korea - Hanbok berwarna warni namun praktikal.
Ramai yang menjadi orang Korea malam ini. Tiba saatnya saya menunggu persembahan anda pula. tarian atau nyayian. saya tunggu
Pasangan pengantin dari Korea. Jika dulu bertanjak sampin kini Hanbok tidak kalah dikenakan
Pakaian tradisional ini sesuai untuk semua golongan - bila lagi kan . Ini lah saat nya - Segalanya disini.
Makan malam terakhir paling bermakna kepada setiap peserta lawatan kali ini. sayang kita cuma bersama hanya untuk 6 hari sahaja. Anda semuanya sungguh sporting.
Semasa membeli belah sekitar Dongdaemun - saya terjumpa rakan sekerja yang juga membawa pelancong ke Korea - Ms Tracy dari Apple Oriental Dept- beliau membawa group bukan muslim seramai 25 orang. Ada juga teman saya setelah ditinggalkan peserta lawatan kali ini yang masing masing ingin mencari sesuatu dibawa pulang nanti.
Gemerlapan bandar Seoul di kedua dua Dongdaemun dan Myondong serta Namedaemun. Saat menanti sambutan xmas serta pesta hujung tahun 2011.
Myondong yang luminus serta sibuk - sejuk bukan penghalang untuk berbelanja disini. Jalan fesyen terkemuka di Seoul. Kegilaan bukan sahaja anak muda Korea malah pelancong luar.
Shinsaege - gedung mewah bermandi cahaya - kerkemuka dengan LV , Gucci serta jenama elit dari Eropah. Ingin kesini - jom ikut kami
Segalanya disini. seperti yang dikatakan - percutian selama 6 hari ini bukan lama tambahan pula di musim sejuk ini. Saya tidak puas bersama kalian. Rasa seperti sebuah keluarga.

<< Home