apple muslim holiday

Tuesday, November 22, 2011

BEIJING SHANGHAI HANGZHOU - BULLET TRAIN ?

11.11.11 - Tarikh keramat bagi tahun 2011. Ramai pasangan yang mendirikan rumah tangga, ada yang baru mengikat tali pertunangan, ada yang buat keputusan untuk berhijrah, dan macam-macam lagi.



Apple Muslim Holiday telah memilih tarikh ini untuk membawa peserta lawatan yang akan menjadi orang pertama dari Malaysia ( mungkin pelanggan Muslim pertama Malaysia ) ke Beijing Shanghai dan Hangzhou dengan Bullet train yang masih lagi tidak begitu popular selepas insident nahas ngeri di Hangzhou baru-baru ini. Alhamdullilah, berkat semua peserta kali ini perjalanan kami semua sungguh bermakna serta agak sempurna

Bak kata salah seorang peserta kali ini, mungkin amanah yang dibawa dari Malaysia ke masjid di Beijing, Shanghai serta Guangzhou sampai serta disempurnakan sepenuhnya oleh peserta kali ini.


Berbanding lawatan lain, peserta kali ini bukan nya calang-calang. Ada yang bukan pertama kali melancong ke tanah besar China. Malah pernah kesini lebih dari 3 kali. Maka agak gusar juga bagi kami untuk menjamin kepuasan mereka kerana kebanyakkan tempat yang akan dilawati adalah sama seperti yang pernah di ikuti dahulu. Namun dari riak wajah positif serta penjelasan yang kami terima masing-masing agak seronok serta gembira dengan aktiviti yang telah kami aturkan untuk lawatan ini.


Tembok besar China - Great wall - sudah pasti menjadi agenda utama jika ke tanah besar ini. Sama juga seperti Summer Palace, Tian men Square serta Forbbiden city. Namun cabaran ini saya terima dengan sepenuh hati untuk lakukan yang terbaik kerana semua peserta lawatan kami sentiasa amat bermakna buat Apple Muslim Holiday


Cuaca kali ini yang merupakan hujung Autumn ( Musim luruh ) agak sejuk berbanding biasa namun paling pelik kerana kami hampir tidak melihat jerebu teruk sepanjang lawatan. Hanya hari pertama serta hari terakhir di yang hujan renyai.



Kami semua agak bertuah kerana peserta kali ini masih lagi dapat melihat daunan kuning musim luruh sekitar Beijing. Anda lihat latarbelakang langit biru di gambar ini. Sukar dipercayai kami sebenarnya berada di antara musim luruh dengan musim sejuk.










Sekitar Beijing yang masih indah. Daunan kuning dengan langit kebiruan - sangat romantik serta menyenangkan. Kami rasa sungguh bersyukur semasa di sini. Selain perjalanan yang agak lancar, peserta kali ini sungguh menepati waktu serta jadual yang dirancangkan.








Sama seperti di Summer Palace kami masih dapat menikmati keindahan alamnya di lewat musim luruh ini. Tiupan angin dari kawasan pergunungan besar merentasi tasik Kunming ini menyejukkan alam sekitar.









Jambatan utama menghubungkan pulau panjang umur dengan daratan Summer Palace. Pemandangan biasa jika anda kesini.





Masjid Nuijie. Namanya segah senibenanya serta sejarahnya yang sungguh lama. Bukan hanya sebagai pusat agama semata malah anda berpeluang berjumpa penduduk beragama Islam disini serta memahami budaya masyarakat Muslim setempat.



Senibena bercampur aduk antara budaya setempat serta fahaman agama menjadikan ianya sebuah masjid tertua paling istimewa di seluruh China.





Sekali dilihat masjid ini seakan sama binaan pagoda atau istana di kota larangan. Anda ingin tahu kenapa - ikuti kami kesiri lawatan ke Beijing atau Beijing Shanghai nanti.




Inilah yang membezakan lawatan kali ini dengan lawatan lain. Dari Beijing ke Shanghai menaiki Bullet Train nya yang terpantas di China menjadi satu dari kepentingan untuk pakej Apple Muslim kali ini. Bagi mereka yang ingin kan pengalaman merentasi China selurunya anda boleh menyertai lawatan ini.



Walaupun seawal 6 pagi semua peserta kami kali ini amat bersemangat untuk terus meneroka jadual lawatan yang bakal ditempuh hari ini. Kami mengucapkan selamat tinggal kepada Beijing dari sini untuk bersama sama menikmati keindahan China seterusnya iaitu Shanghai serta Hangzhou.





Bersama Mr Andy sebagai kenangan semasa di stesyen keretapi laju Beijing Hangzhou




Tidak sabar untuk menaiki Bullet Train. Ada yang risau akan ketinggalan trem. Namun rasa teruja lebih mengatasi



Suasana dalam bullet train. Semua menanti dengan sabar - Dari 12 jam perjalanan dengan trem biasa dari Beijing ke Shanghai kami hanya mengambil 5 jam lebih untuk tiba ke destinasi .




Keindahan Shanghai - hutan batunya sungguh mengkagumkan. Pencakar langit bagaikan tersusun indah sesuai dengan metropolitan besar serantau.





Masih tersergam indah bangunan lamanya ala colony yang dibawa pemerintah dari barat suatu ketika dahulu. Tidak seperti di Beijing anda akan merasakan seolah olah sedang berada dinegara barat dengan senibena ala rennaisance.



Berhenti solat Jamak Zohor Asar di masjid Shanghai bagi mengelakkan kami terleka dan melepasi waktu - mana tidak nya 2 tempat beli belah terkemuka akan kami tuju selepas ini.




Inilah dia Chenghuangmiau Bazzar - pusat beli belah ala tradisonal yang merupakan antara bangunan paling lama serta beridentiti Shanghai tua - kekal sebagai satu satunya bazzar tradisi indah serta bersejarah.






Ramai yang tidak sempat untuk membeli sebarang cenderahati disini - mungkin kerana cara penjualnya berbeza berbanding di Beijing. Namun pengalaman di bazzar ini sungguh bermakna






Senibena indah serta lampau - tidak lapuk malah nilai sejarahnya menjadikan ianya bukan sahaja sebagai pusat jualan cenderahati tradisi namun sangat dikagumi oleh semua pelancong.








Hari yang dinanti - Menikmati Shanghai dari atas serta pandangan 360 darjah. Apa lagi - Pearl tower Shanghai - pernah menjadi antara jolokkan binaan tertinggi dunia suatu ketika dahulu. Kini masih terkenal dengan rekabentuknya yang agak luar biasa.



Bersedia untuk menaiki elevator antara yang terpantas didunia.







Pemandangan indah sekitar Shanghai dari atas. Menakjubkan serta terbentang. Inilah yang membezakan Shanghai dengan Beijing atau bandar raya lain di China. Padat serta kurang tersusun namun masih kelihatan moden.







Anda tentukan sendiri bertapa tingginya kami semua berada sekarang. Mahu atau tidak semua peserta lawatan akan kesini juga. Yang menjadikan menara ini kelihatan lebih tinggi serta mewah kerana ianya berada tepat di tengah bandar Shanghai





Pemandangan indah sekitar Huangpu River dilihat dari Menara .



Bergambar kenangan sementara berada di pusat tinjau bulatan ke 2 Pearl tower ini





Beranikah anda - pandangan dari clear glass deck - untuk mereka yang inginkan cabaran. Anda pastinya kecut perut semasa kesini. Percayalah.



Kesempatan bergambar sekitar menara ini. Sangat menakutkan namun seronok. Mendebarkan malah sungguh mencabar minda serta keberanian.





Ada yang kena paksa untuk senyum bagi mendapatkan hasil gambar yang menarik - dalam hati siapa lah yang tahu agaknya.




Museum Pearl Tower. Tidak lengkap jika anda kesini tanpa melihat khazanah Shanghai paling beharga. Tidak hanya pameran bahan sejarah biasa namun cerita sebaliknya sungguh menarik untuk di ikuti.




Bermula dari tingkat bawah bilik pameran anda akan melalui bahagian kereta lama serta mewah yang dipamirkan mengikut tahun serta kegunaanya. dari kereta awam hinggalah miliki mewah pernah digunakan bukan sahaja pemerintah malah orang perseorangan ketika itu.



Koleksi kereta mewah pada tahun tersebut. Kepada peminat kereta mewah lama anada sudah tentu tidak senang duduk melihat model ini yang kini hanya dijadikan bahan sejarah.








Antara Khazanah tertua ditemui disini. Tandul berhias yang dihadiahkan oleh salah seorang tukang kayu oleh pembesar Shanghai ketika itu. Ingin tahu sejarahnya ikut kami kesini



Bentuk tandul luarbiasa bertatah emas serta mutiara - Sarat berukir dengan lebih 100 patung budak setiap tingkat tandulnya. Sesuatu yang amat dibanggakan.




Rasai sendiri keunikkan Museum Pearl Tower yang bakal kami bawa jika anda ke sini bersama kami. Seakan Muzium lilin namun penuh informasi serta sangat menarik.





Antara paparan menarik sekitar Museum Pear Tower ini. Dari zaman awal ketamadunan Shanghai hingga zaman penaklukan Perancis dan British.





Sejarah Shanghai yang bermula sebagai pusat perniagaan terkemuka serantau. Dipaparkan dalam museum Pearl Tower ini . Replika bandar lamanya The Bund sungguh menjadi serta hidup.





Berbeza dengan Menara-menara lain sedunia Pearl Tower ini lebih bermakna dengan banyak bahagian yang dimanfaatkan.




Kami kemudiannya berangkat ke Hangzhou dari Shanghai. Dengan 2 jam perjalanan kami semua terbuai dengan keindahan sepanjang jalan kesana. Memang benarkah Hangzhou penting bagi pelancongan China. ?




Apa menariknya West Lake di Huangzhou. Penerangan terperinci oleh pemandu pelancong kami Ms Lulu sungguh memberikan pengalaman bernilai untuk dikongsi bersama . Memang tepat pandangan pelanggan kami kali ini 1 malam di Huangzhou tidak mencukupi untuk keindahannya.




Menaiki boat merentasi tasik nya yang sungguh indah.





Sekitar West Lake. Antara tarikkan utama Huangzhou - yang sebenarnya menjadi penyumbang ekonomi China serantau - Kerana pelancongan di sini sungguh memberangsangkan - Mengikut statistik Hangzhou adalah sebuah pusat pelancongan yang paling ramai pengunjung bukan sahaja dari pelancong domestik nya malah luar negaranya. Menjadikan sekali gus Hangzhou antara destinasi yang sungguh menarik untuk dikunjungi.





Menuju ke Masjid bersejarah. Masjid Pheonik di Hangzhou. Kenapa ianya dinamakan demikian. Anda tentukan sendiri bersama kami akan datang.




Rezeki kami . Sempat solat berjemaah dengan penduduk serta imam masjid ini. Berlainan cara atau bunyinya namun satu agama. Inilah yang diharapkan Apple Muslim Holiday untuk terus bersama anda pelanggan yang amat dihormati.




Rekabentuknya sungguh menarik serta lain dari masjid lain serata China. Jika senibena dalamnaya seakan Moorish dari timur tengah namun diluarnya pula lebih kepada bangunan asal selatan China.






Bergambar kenangan sekitar Masjid di Hangzhou



Berbeza dengan Shanghai - Bandar Hangzhou ini sememangnya merupakan bandar pelancongan yang sungguh unik. Banyak bangunan lama tinggalan pemerintah dikekalkan bagi tujuan sejarah serta keindahan sekitar bandar.




Antara jambatan terpanjang di sini. Huangzhou mempunyai segalanya dalam satu. 1 Tasik, 1 Sungai, 1 Jambatan terpanjang. Pernah dibom oleh tentera Jepun semasa perang SinoJapanese dahulu serta mempunyai nilai sejarah peradaban manusia yang tinggi .





Longjing tea farm plantation. Terkemuka serata dunia bagi pusat pengeluar teh hijau ( Green Tea ) baik untuk segala penyakit serta sungguh berkhasiat.



Anda berpeluang melihat sendiri bagaimana ianya dituai atau dipetik bagi menghasilkan teh bermutu tinggi keluaran sini. Bukan semua pucuk teh akan digunakan bagi mendapatkan hasil yang baik namun ada caranya tersendiri.




Penerangan terperinci oleh pemandu pelancong kami menjadikan lawatan ini bukan semata untuk melihat keindahan Longjing tea plantation ini. Malah bahan ilmu untuk dibawa pulang bersama teh yang dibeli bukan sesuatu yang biasa sahaja.



Selesai lawatan kami di Huangzhou - semua dibawa pulang ke Shanghai untuk menikmati malam terakhir ditanah besar China ini. Ada yang istimewa menanti kami di Shanghai nanti




Kini tibalah saatnya untuk menikmati keindahan malam sekitar The Bund serta New Business District area di Shanghai dengan Huangpu River Cruise. Apa yang menariknya ? - ikuti lawatan bersama kami nanti.





Luminus serta bewarna warni. Shanghai antara 10 pemandangan malam terindah di dunia. Inilah yang bakal anda saksikan semasa menaiki Cruise Huangpu River Shanghai ini.



Kelihatan semua nya begemerlapan sekitar Huangpu . Seakan bandar cahaya besar yang mengkagumkan.





Inilah harganya - pemandangan indah sekitar sungai HuangPu Shanghai yang amat mempersonakan diwaktu malam. Saksikan sendiri keunikannya.




Bergambar kenangan sementara menunggu penerbangan pulang.









Suasana Lapangan terbang Shanghai - sebelum berlepas pulang ke Tanah air. Sememangnya lawatan kami kali ini sungguh bermakna tatkala semua peserta masih belum puas menikmati Shanghai serta Hangzhou sepenuhnya. Mungkin lawatan kali ke dua bersama kali sekali lagi ?