apple muslim holiday

Thursday, May 10, 2012

MUSIM BUNGA SAKURA DI KOREA

Musim bunga adalah musim yang sentisa ditunggu oleh semua pelancong yang berasal dari bukan negara yang mempunyai 4 musim seperti Malaysia sendiri. Ini adalah suatu yang pasti dimana anda dijanjikan dengan pemandangan luarbiasa dengan warna pink seumpama sekitar nya kerana bunga Sakura.
Tidak dipanggil Sakura di Korea oleh penduduk yang yang lebih senior kerana panggilan sinonim penjajahan itu amat perit dan tidak ingin untuk diingati. Namun ianya dikenali sebagai Podkot oleh rata-rata masyarakatnya yang kini mengjangjau arus kemajuan yang lebih moden dari sebelumnya.
Setiap musim mempenyai keistimewaan. Bukan sahaja kerana keindahan pada musim itu sendiri malah makanan di Negara ner4 musim ini juga menjadi kan ianya begitu unik untuk dikongsi oleh pelancong luar nya. Makanan menjadi tarikkan utama bagi pakej Apple Muslim Holiday. Bukan sahaja anda akan dihidangkan dengan Indian, Pakistanis, Morrocon, serta makananTurkish yang agak berat namun juga anda akan dijamu dengan makanan diet Korea yang bukan sahaja lazat malah berkhasiat disediakan oleh pemilik restorenya yang beragama Islam serta restoren yang mengdapat pengiktirafan sesuai untuk pelancong Muslim.

Everland sudah pasti menjadi pusat lawatan yang sememang nya menarik untuk semua golongan dan peringkat umur. Kali ini kami dapati Everland bukan sahaja dipenuhi pelancong asing namun juga pelajar sekoalah serata Korea Selatan

Penerangan terperinci oleh pemandu pelancong kami yang sentiasa mempastikan keselamatan pelanggan Apple Muslim Holiday

Inilah dia kembangan bunga ceri atau Podkot yang mekar serta menjadi tarikkan sekitar taman tema ini

Ruangan solat sangat penting dalam pakej kami yang mana sentiasa disediakan untuk kemudahan pelancong Muslim kami. Siapa kata kita tidak boleh beribadah semasa berlibur. Inilah yang menjadi perkara penting dalam siri lawatan kami


Pesta muslim bungan dengan parade yang sungguh menawan. Persembahan kali ini sangat menarik ditemani oleh ramai pengunjung dari dalam serta luar negara.

Kelihatan bunga ceri yang mekar sekitar Everland Theme Park. Menjadikan suasana sungguh menarik

Gugusan pohon ceri merah jambu muda yang berada di seksyen ke dua di Everland menjadi tarikkan. pepohon yang berbunga penuh ini kelihatan seakan hampir runtuh dengan bunga yang sungguh lebat

Apa pun bunga yang hanya bertahan selama 2 minggu ini memberikan impak paling hebat industri pelancongan Korea. Inilah tarikkan hebat bagi negara 4 musin seperti Korea selatan ini.



Inilah kelainan pakej Apple Muslim Holiday untuk setiap lawatan. Kali ini kami dibawa menikmati keindahan alam agriculture sekitar Pyongchang di Wind Village.

Antara haiwan ternakan yang hampir memakan rambut saya. Mungkin ternakan ini agak biasa di negara kita
namun bentuk serta saiznya tidak sama.
Seterusnya kami dibawa untuk aktiviti DIY yang bukan biasa. Memproses keju dari susu Kambing biri-biri. Inilah kelianan dalam pakej kami untuk bukan sahaja kepada pelanggan baru kami namun sesuai untuk pelanggan yang telah pernah bersama kami dahulunya. Kami akan sentiasa memperbaharui serta mengemaskinikan jadual lawatan baru untuk kualiti pakej yang lebih baik
Masing-masing bertungkus lumus menyediakan keju - Aktiviti DIY ini agak seronok disamping memberikan pengetahuan bagaimana ianya di proses ianya juga memupuk semangat berkumpulan. Ianya sesuai untuk lawatan berkumpulan insentif atau organisasi ( company trip )
Hasilnya - Keju berbunga organik dari kami semua. rasanya sedap sudah tentu - paling penting organik serta menyihatkan.
Pemenang cabaran membuat keju hari ini. Anda semua adalah pemenang sebenarnya.

Gugusan bungan ceri di pier Nami Island. Agak luarbiasa kali ini yang sebelumnya sudah hampir habis dibulan April. Namun inilah yang dikatakan rezeki kami yang tiba di Korea hujung musim bunga Sakura ( podkot).

Hanya dua pohon sekitar sini berbunga agak lebat seakan menyambut kedatangan kami dengan sungguh meriah
Menaiki ferri besar menuju pulau Nami dan kami amat teruja untuk melihat keindahan Fauna disini

Sekali lagi penerangan terperinci oleh pemandu pelancong kami untuk semua pelanggan Apple Muslim Holiday bagi menyelaraskan masa supaya kami tidak tertinggal penerbangan ke pulau Jeju di waktu petangnya.
keindahan Fauna sekitar Pulau Nami. Terkenal dengan siri drama Winter Sonatanya yang terkemuka malah menerima jolokkan pulau kecil beridentiti sendiri - mana tidaknya Nami mempunyai matawang serta benderanya yang tersendiri. Ramai yang tidak tahu akan ini kan. Maka harus lah anda menikmatinya bersama kami di musim akan datang.

Kelihatan maple merah hampir kembang sepenuhnya menyambut kedatangan musim panas yang akan tiba. maple merah ini kekal sehingga musim luruh. Satu lagi keajaiban Tuhan di muka bumi ini.

Bukan sahaja pokok ceri, kebanyakkan pohon disini sibuk mengeluarkan bunga malah ada dikalangan pohon tersebut tidak diketahui akan namanya. Inilah keindahan yang bakal anda saksikan apabila anda berada di Korea pada musim bunga.

pemandangan begini sangat sukar digambarkan - anda perlu datang sendiri dan rasai sendiri bersama kami.


Pelbagai tumbuhan sibuk mempamirkan warna masing-masing. Tidak terkecuali pelbagai pokok yang sebelum ini kami sendiri tidak mengjangka akan berbunga indah sebegini.




Ini pula adalah kawasan restoren baru siap berfountain sesuai dengan keadaan sekitarnya yang nyaman.Berhampiran tempat kami bersolat serta sebuah galeri awam.

Akhirnya saya berpeluang merasai Kimchi fried rice yang saya panggil makanan orientasi - yang sekian lama tidak dijual lagi oleh kerana pengubahsuainya restorenya. Kini restorenya lebih besar berbanding dulu namun rasanya kekal sama.

Pameran indah sekitar Nami island yang mempamirkan batu sebagai bahan artistik serta berkarekter


Pameran ini agak bersahaja namun bermakna serta memaparkan hasil seni yang luarbiasa. Untuk menghargai setiap hasil ini setiap hasil yang dijual kepada umum akan didermakan kepada badan UNESCO serta UNICEF

Seperti tempat lain juga lawatan kami sudah pasti menyediakan tempat untuk bersolat.
Meninggalkan Pulau nami untuk ke Pulau Jeju pula. Apa yang menarik di pulau yang dikatakan mempunyai 3 perkara penting serta tanpa 3 perkara yang juga dianggap penting ? - jom ikut kami
Pulau Jeju - Mutiara Korea Selatan ynag sungguh indah. Malah terkenal bukan sahaja sebagai sebuah pusat pelancongan terkemuka serta adab budayanya yang tidak mungkin sama dengan tempat lain pernah saya sendiri lawati.
Walaupun hujan agak renyai membawa ke lebat, kami semua tidak patah semangat akan keunikkan pulau indah ini. Semua peserta kami kali ini sangat berfikiran positif. Apple Muslim Holiday sungguh bertuah kerana anda semua adalah pelanggan kami kali ini. Sedaya upaya kami cuba untuk buta yang terbaik, namun anda sangat memahami cuaca tidak selalu menyebelahi kita.
Setelah cabaran meredah hujan renyai mendaki puncak Seongsan Ilchubong - Jamuan makan tengahari yang sangat istimewa. Hidangan makeral pedas seakan asam pedas di tempat kita beserta bebrapa hidangan lain menjadikan makan tengahari kami sungguh lazat serta menyelerakan.

Bagaimana ianya dimakan oleh orang Korea di Selatan atau di Pulau Jeju. Nah inilah dia suapan dari pemandu pelancong kami Mr JC Shin.

Fleksibiliti dalam jadual lawatan kami seiranya berlaku sebarang masalah diakibatkan cuaca sudah tentu menjadi satu lagi perkara penting bagi Apple Muslim Holiday kendalikan.
Akibat cuaca yang agak buruk kami semua dibawa menlihat pertunjukkan berkuda didalam dewan besar yang agak unik serta tersendiri. Persembahan dari masyarakat Mongolian Korean ini sangat istimewa serta menberikan debaran hampir setiap masa anda didalam dewan ini.
Tidak haruslah jika anda ke Jeju tanpa melawat Teddybear Museum yang sungguh terkenal disini.Anda pasti terpesona dengan setiap wataknya.

Makan Malam istimewa - malam terakhir kami di Jeju. Masih makanan laut namun resepi yang lebih berlainan dari sebelumnya. rasanya anda sendiri tentukan. Jangan kata anda ke Jeju tanpa dapat merasa makanan lautnya yang sangat lazat serta segar.
Pemandu kami di Jeju Mr Shim. Pengalaman beliau sebagai seorang Kisannyim di pulau bertuah ini sungguh hebat.

Tiba di Seoul - dengan cuaca yang agak terik namun masih terkawal. Peserta kali ini dibawa bermain salji pula. Indoor namun masih sangat menyeronokkan.Siapa sangka kali ini semua peserta dapat menikmati semua keadaan cuasa di Korea

DIY ke dua dalam jadual pakej kami kali ini. Tidak sah lah jika anada sendiri tidak belajar untuk membuat Kimchi disini.

Sambil menunggu bas untuk makan malam semua peserta keseronokan bergambar sakan. Anda antara peserta lawatan Apple Muslim Holiday paling sporting tahun ini.

Myondong serta Namedaemun - terpisah oleh kerana sebuah jalan utama nya yang menjadi nadi kehidupan kota Seoul. Istimewa tau pun tidak bergantung pada kita sendiri untuk menilainya. namun apa yang boleh saya katakan semua peserta kali ini sangat gembira untuk berbelanja sakan di sini
Persembahan hebat pelakon tempatan yang ditonjolkan dalam Nanta. Dengan Apple Muslim Holiday anda mungkin dapat berada di atas pentas oleh kerana tempat duduk nya yang berstatus VIP
Hidangan makan malam terakhir di Seoul - di salah sebuah restoren makanan laut. Agak mewah serta sungguh pelbagai.


Pulang ke hotel dengan hasil masing-masing. Masih ada yang belum puas dan ada juga yang masih ingin
membeli-belah malam ini

Seperti biasa -sebelum pulang ketanah air - kami semua merakamkan kenangan indah bersama pemandu pelancong kami Mr JC Shim. Musim Bunga 2012 kali ini antara lawatan istimewa bukan sahaja kepada kami warga Apple Muslim Holiday malah diharapkan juga oleh peserta lawatan kami yang budiman. Semoga lawatan kali ini dijadikan orentasi untuk pengenalan antara kita semua dan dipanjangkan ke destinasi seterusnya dimasa akan datang.