apple muslim holiday

Thursday, January 5, 2012

"DAH KENA" ..... KOREA JEJU 24 DEC - PENUTUP 2011 YANG SUNGGUH MENYERONOKKAN

Penghujung 2011 - saya ditugaskan sekali lagi ke Korea. 24 December bersama hari natal ( xmas ) dan dijangka pulang betul-betul pada penghujung 2011. "Dah Kena " dengan peserta lawatan yang benar-benar menghargai cuti qualiti masing-masing menjadikan ianya pengalaman paling bermakna bagi Apple Muslim Holiday.






Semasa berlepas dari KLIA dengan pesawat MAS MH 66. Semua teruja untuk lawatan kali ini, namun saya pula yang agak kecut perut memandangkan harapan tinggi semua peserta lawatan kali ini.





Destinasi pertama setibanya kami semua di Seoul - mendalami peradaban Korea di Folk Museum dan Gyongbuk Palace.




Bersama zodiak anda - bergambar kenangan sekitar Museum sebelum ke Palace.







Kali ini saya digandingkan dengan pemandu pelancong profesional Mr JC Shin.




Menuju ke dalam Gyungbokgung Palace . Walaupun suhu agak sejuk namun tidak sedikitpun mematikan semangat masing masing.



Kali ini jadual 8 hari kami terus membawa kami ke Jeju Island. Pulau yang ditarafkan sebagai khazanah UNESCO ini menyambut ketibaan kami dengan cuaca yang agak baik.
Keindahan sekitarYongduam Dragon Head rock yang menjadi lagenda utama sekitar Jeju ini. Ada cerita sebalik batu granit ukiran Harubang ini.











Walaupun dipagi hari serta terlalu sejuk di tepi pantai - pengalaman untuk bergambar sekitar Yongduam ini tidak dilepaskan







Inilah Dragon head yang dikatakan menjadi mercutanda utama Jeju. apa ceritanya - ingin tahu ? ikut kami nanti



Satu lagi tarikkan luar biasa yang terdapat dalam pakej Korea Jeju kami - berlainan namun istimewa serta memberikan pengalaman beharga - sesuai jika anda kesini seisi keluarga.



Mempamirkan karya hebat artis serata Korea serta persepsi ilusi dimata masing-masing. Ingin mengetahui nya - ikut kami nanti



Pelbagai gaya bakal anda kutip semasa di Trick Art Museum Jeju ini.



Serangan Kuritaaaaa. Tolong .







Ilusi atau permainan artis yang menciptanya - anda tentukan.



Skeopjikoji - tanjung indah sekitar Jeju yang sungguh menambat jiwa. Inilah pusat pengambaran drama terkenal Korea Iris dan All Inn.



Mengabadikan kenangan indah bersama keluarga tersayang disini.



Keindahan dalam gambar diambil tidak sama malah sukar terucap dibandingkan jika anda sendiri kesini.



Sebelum menjejakkan kaki ke Seongsang Ilchubong - walaupun angin kencang bergambar di sekitar sini menjadi keutamaan.



Menambat hati - suasana indah sekitar puncak sebelum sampai ke hentian paling tinggi.



Akhirnya hanya beberapa orang peserta sahaja yang tiba disini.



Antara mereka yang berjaya tiba di puncak Seongsang Ilchubong ini. Saya setuju - cuaca menjadi penyebab ramai tidak dapat tahan untuk sampai atas ke sini.



"Dah kena" - bersama mereka yang sangat bersemangant menghayati keindahan Seongsang Ilchubong ini. Mana tidaknya kamilah yang paling lambat tiba ke bas kerana terlalu leka dengan keindahannya





Seterusnya merangkai misteri di Mystery Road



Permulaan bagi Mystery road di Jeju - tidak percaya - anda tentu tidak sabar untuk mengalaminya sendiri di Jeju bersama kami nanti.



Suasana di Tesum atau teddy bear museum. Ramai sungguh penggunjung datang kesini.



"Dah kena" - dengan karaktor masing masing.











Antara yang dijual disini . Sedia dibawa pulang sebagai cenderahati.



Suasana dingin di Nami Island - antara lawatan wajib



Apple with you around the world



Pulau nami yang masih belum bersalji penuh - Sejuk memang sejuk namun semangat masing masing menyemarakkan jadual padat kami dengan lebih meriah.



















bersiap sedia dari hotel lobby ke ski area untuk menikmati permainan ski di Musim salji ini.







Masing -masing bagaikan menuju ke medan perang lengkap bersenjata . Namun inilah semangat yang saya nampak dikalangan peserta kali ini.















"Dah Kena" Kesian pemandu pelancong kami kena buli - kena baling dengan ais - seronok melihat telatah masing masing.







Tinggal di Ski Resort taraf 5 bintang namun kemudahan serta perkhidmatan nya lebih dari yang dijangkakan. Semua pelanggan kami sungguh seronok disini. Giliran anda bila lagi ye.



Bergambar kumpulan sebelum bertolak ke Seoul - kenangan terakhir 2011 di Pyongchang Ski Resort - Resort terbaik pernah kami tinggal sepanjang tahun ini.





Nikmati stawberry Korea yang dikatakan sangat popular sekarang ini. Mana tidaknya rsanya sungguh manis serta lazat. Petik sendiri dan anda boleh nikmatinya.




Tanaman secara organik ini diusahakan ditanah yang baru sahaja ditanam Ginseng. Kenapa agaknya - ingin tahu selanjutnya - ikut kami ke Korea nanti.

Stars Avenue serta Lotte World Theme Park juga menjadi aktiviti penting dalam lawatan kami. Siapa kata ianya hanya sesuai untuk remaja - kami buktikan ianya berbeza jika bersama Apple





Tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama wajah penting serta watak watak di Taman Tema Lotte World ini.










Jom cuba beberapa permainan istimewa disini. tentu seronokan.







Perarakkan kereta berhias di waktu tengahari di Lotte World Theme Park. Indah serta bewarna warni.



Seterusnya kami ke Kimchi School



Kimchi DIY yang sememangnya menjadi agenda penting dalam jadual lawatan kami







Master Cheff dari Malaysia - Kimchi paling juicy pernah dihasilkan - lihat sahaja hasilnya.



Pengantin popular Winter Sonata 2011



Suai padankan - peraduan mencuba Hanbok. Seronok kan.



Para dayang serta gundik istana mana satu jadi pilihan. Masing masing berseronok sakan dengan pakaian tradisi ini. Tidak mudah untuk anda nikmati jika tidak ke Korea. Inilah peluangnya. Jom ikut kami .



Keluarga diraja Korea December Winter 2011. lengkap dengan Hanbok tradisi Korea.



Makanan adalah perkara paling penting bagi kami di Apple Muslim Holiday. Sama dengan masyarakat Korea yang sungguh mementingkan juadah serta jamuan yang akan disediakan kepada tetamunya, kami menitikberatkan hanya yang halal serta sesuai dengan pelanggan kami akan dihidangkan.



Makan malam istimewa. Ginseng Chicken.



Jika dulu Itik belerang menjadi hidangan paling mahal serata Korea namun kini Ayam Ginseng ini dianggap sangat hebat untuk dihidangkan. Harganya jangan tanya. Apa yang penting - Apple Muslim Holiday menghidangkan jamuan dari sumber halal untuk setiap pelancong Muslim ke Korea



Bersama keluarga masing masing .







Ondol style - ala Melayu pun ada. Ini lah restoren yang menjadi kegemaran saya jika ke Korea. Makanan laut nya sangat istimewa. Apatah lagi anda berpeluang menikmati masakan Korea asli dari Busan ditengah kota Seoul.



bagaimana rasanya ? - hebat kan ingin merasai ikan bakarnya yang lazat ? - ikut kami ke Korea nanti.



Ms Noreen - memberikan tips profesionalnya tentang kecantikkan yang berguna kepada setiap peserta lawatan kali ini. Tunjuk ajar beliau semestinya amat dihargai oleh semua. Inilah yang menariknya bila anda bersama kami, peluang menggunakan mikrophone sudah tentu menjadi agenda kami. Ada yang "Dah Kena" untuk menyanyi atau buat persembahan dalam bus kali ini.





Masa yang diberikan untuk peserta lawatan membeli belah serta menikmati Myondong sudah pasti tidak pernah cukup. Siapa kata orang Malaysia tidak pandai shopping. Ada yang perlukan masa tambahan untuk ini. Malah ada yang keluar malam untuk aktiviti beli belah sendirian.



Sebelum masuk ke pawagam kecil Nanta - apa yang bakal kita semua nikmati nanti. Anda tentu setuju dengan syaranan kami - bukan sekadar persembahan biasa - juga bukan hanya hiburan semata. Ingin menikmatinya ? - ikut kami untuk siri lawatan 2012 nanti.



Apa lagi kenangan diabadikan selepas Nanta Show - anda tentu suka dengan tempat duduk VIP kami kan. Bagaimana persembahan Nanta ? tergamam ? Tak cukup kan ?

Bergambar dengan bersama seorang pengusaha restoren halal di Korea. Masakan tradisi Korea namun disediakan secara halal, sungguh lazat serta menepati citarasa peserta lawatan kami kali ini. beliau juga amat bersungguh-sungguh memberikan yang terbaik untuk Apple Muslim Holiday.




Kelakar namun profesional - Pemandu pelancong kami Mr JC ini tidak harus dipertikaikan. Beliau antara pemandu pelancong pakej Muslim kami yang sungguh komited terhadap kerja.


Terima kasih 2011 dengan peserta lawatan budiman yang sungguh bersemangat. Anda pemangkin Apple Muslim Holiday untuk terus berikan yang terbaik ditahun tahun hadapan. Habuan dari KTO ( Korea Tourism Organization) " Dah Kena" dengan selera pelancong Malaysia Apple Muslim sungguh berterima kasih kerana anda kami dinobatkan Agency Terbaik dari KTO untuk jualan pakej Korea 2011.