apple muslim holiday

Wednesday, March 7, 2012

GERMANY - KIAN DITERIMA MUSLIM


Siapa kata German tidak begitu sesuai untuk dikunjungi oleh pelancong Muslim. Dengan penduduk Muslimnya yang lebih dari 4.5 juta orang seluruh Germany anda tentu agak terkejut. Selain mempunyai jaringan jalan raya terbaik didunia, German juga terkenal dengan kereta berkuasa tinggi serta teknologi auto mobil nya. Tidak hairanlan jika ianya menarik ramai pelabur dari negara mentari terbit untuk sama berkongsi teknologi nya.


Colonge - antara pusat bandar kurun ke 17 yang makin dilupakan oleh banyak agensi pelancongan asia. Tidak keterlaluan jika dikatakan Cologne ini sendiri banyak menyumbang kepada industri pelancongan selain industri perkapalan nya yang amat terkemuka sekitar tahun 1970 an.


Apa menariknya Colonge ini. walaupun merupakan bandar utama ke empat terbesar selepas Munich, Hamburg dan Berlin, Colonge tidak kurang pentingnya kepada negara German. Malah ini lah tempat asalnya Eau De Cologne - Wangian lelaki pertama dicipta oleh seorang artisan Italy.


Inilah dia Cologne Cathderal yang dikatakan antara terbesar binaannya sejak beberapa kurun. Antara bangunan kuno tertinggi di Eropah serta pernah rosak semasa perang dunia ke 2. Namun kini masih kukuh dan mendapat status UNESCO World Heritage




Makanan halal disini mungkin tidak sama dengan daerah lain sekitar Eropah. Namun Apple Muslim Holiday memilih hanya restoren yang tukang masaknya beragama Islam paling tidak. Untuk menyediakan 100 % halal agak sukar namun Apple Muslim Holiday berusaha mengenalpasti restoren yang baik untuk santapan pelancong Muslim kami.


Restoren lama bercirikan Western menyajikan ikan sebagai makanan utama.

Dengan jumlah penduduk Islamnya yang agak ramai tidak mustahil bagi kami untuk membawa para pelancong kami bersolat di Cologne ini.



Terima kasih kepada pemandu kami Mr Michale yang bertungkus-lumus mencari masjid berdekatan sedangkan waktu sangat cemburukan kami.


Masjid yang dipenuhi oleh bukan sahaja rakyat Cologne tempatan yang beragama Islam malah mereka yang datang dari Turkey demi dakyah Islam serantau. Aktiviti seperti ini dalam jadual lawatan kami dapat mendedahkan anda kepada masyarakat Islam di negara lain.


Kami sempat bersolat jemaah bersama masyarakat setempat disini. Selepas fahaman Nazi berleluasa di Berlin hingga beberapa negara Eropah lain, agama Islam agak kurang diberi perhatian. Namun mereka inilah ( pedagang Turkey ) yang banyak membantu syiar Islam di bumi bertuah ini.


Bilal yang dikatakan berasal dari Turkey - seakan kami berada di Istanbul pula.


Makanan di Germany pula tidak lah seburuk yang disangka - dengan Apple Muslim Holiday - anda bukan sahaja akan menikmati sajian western malah masakan ala rumah dari sajian negara jiran juga sudah pasti dapat anda rasai - antaranya Thai Restoren serta Indonesia Restoren - Tapi kenapa tidak pula restoren Melayu Malaysia ye disini - anda tentukan


Tidak mungkin untuk anda merindui masakan tempat asal kita kerana sajian nasi sudah tentu hampir setiap hari disediakan. Yang penting - halal atau boleh dimakan. Inilah agenda penting Apple Muslim Holiday dalam setiap lawatan kami.




Antara pemandangan Indah Sekitar Heidelberg Germany. Sungai Rhine yang dikatakan terpanjang di Eropah menjadi antara yang paling kekal hingga kini. Old Bridge yang menghubungkan dua bandar lama sekitarnya menjadikan Heidelberg Old Town sangat istimewa.


Anda sudah tentu pernah mendengar tentang Black Forest - Berada sekitar Lembah Rhine yang terkemuka serata Eropah. Dikaitkan dengan sejarah zaman gelap Eropah serta dongengan Vampire - puntianak berdarah sejuk. Mugkin benar atau tidak - ikut kami ke German.




Begitu juga kisah asal Hensel & Gretel yang dikatakan asal dari sini. Bukan itu sahaja - anda ingin merasai Kek terkenal Black Forest? inilah tempat asal nya.



Cuckoo Clock yang terkenal di German ini asalnya dari dalam daerah Black Forest. Di kejauhan anda akan dapat melihat gugusan Black Fores yang tidak terjangkau jauhnya. Menurut kedududkan topografinya Black Forest ini sebenarnya sampai ke Lembah Danube bersebelahan Black sea.


Walaupun tasik Titisee ini membeku dengan suhu jatuh terlalu rendah, kami masih berseronok dengan cuaca yang tidak mungkin anda dapat di negara sendiri. Pemandangan indah sekitar Titisee ini menjadikan semuanya sangat menyeronokan.


Cuckoo Clock terbesar di tepian Titisee ini menjadikan tarikkan utama. Ramai dikalangan peserta lawatan kali ini membeli jam Cuckoo terkenal buatan dari Titisee. Apa tidaknya jika inilah satu nya sahaja cara untuk anda membawa pulang cebisan kayu pohon Alpine asal dari dalam Black Forest ini.




Seperti yang dikatakan - German sebenarnya masih sesuai untuk dilawati tak kira apa musim sekalipun. Apple Muslim Holiday hingga kini masih mencuba yang terbaik untuk para pelancong yang ingin kesini terutama untuk makanan halal. Paling hebat, Mr Michale adalah Pemandu Apple Muslim Holiday terbaik pernah kami dapat sepanjang perjalanan serta lawatan di Eropah .