apple muslim holiday

Tuesday, June 19, 2012

AWAL MUSIM PANAS 2012 DI KOREA KEINDAHAN LUAR BIASA

 Walaupun musim panas, cuaca di Korea sebuah negara yang beriklim sederhana 4 musim ini tidak mungkin akan mengecewakan anda. Tambahan pula jika anda bersama kami, Apple Muslim Holiday untuk ke sini.
 Ramai dikalangan peserta lawatan risau akan kedatangan musim panas di Korea yang dikatakan mungkin agak extream bagi pengetahuan mereka. Namun mereka semua telah buktikan yang jangkaan itu meleset sama sekali. Jika benarpun akan mencecah sehingga 30 celsius, bandingkan lah dengan tempat asal sendiri. Tidak untuk suhu nya semata, namun nyaman atau tidak berbanding dengan tempat kita. Tambah pula dengan pencemaran udara disana - Adakah ianya seteruk tempat kita? anda tentukan.

Bermula dengan bermain salji di Musim panas ini di salah sebuah indoor ski. walaupun kesini tidak dimusimnya namun anda berpeluang bila bersama kami.
 Penerbangan dari Gimpo selama hampir 1 jam memberikan pengalaman hebat setibanya di Jeju. Pulau indah asal dari volcano mati ratusan tahun ini tidak pernah putus pengunjungnya setiap tahun. Musim panas adalah antara musim paling sesuai kesini. Apatah lagi bagi pasangan yang berbulan madu.
 Nikmati keindahan Jeju di Yongduam Dragon Head. Penerangan terperinci oleh pemandu pelancong kami sungguh hebat serta bermanfaat untuk di kongsi bersama.

 
 Sebalik batu hitam hasil letusan volcano ratusan tahun, menghadap lautan luas. inilah keistimewaan musim panas di Jeju Island. Pasar Ajuma yang menyajikan makanan laut mentah serta masih bergerak ini sangat ramai pengunjungnya.
 Semua berpeluang melihat pelbagai jenis seaweed serta hidupan laut lain dari dekat. Apatah lagi dimusim panas ini sahajalah sesuai untuk kita ke pantai.
 
 Mystery Road. Apa agaknya yang dikatakan terlalu misteri.
 Jika kereta ini mendaki tanpa enjinya dipasang kami semua yang berada di dalam bas menikmati sendiri detik cemas di kawasan agak curam ini. ingin rasainya - ikut kami kesiri lawatan akan datang.
 Paling penting keindahan alam sekitarnya sukar digambarkan. Anda perlu datang sendiri kesini untuk rasai nya. Banjaran Halla yang menjadi tulang belakang Jeju mencipta keindahan yang sukar dikatakan dengan ayat dalam blog ini.
  
 Jamuan makan malam istimewa dihidangkan. Tidak lengkap jika ke Jeju tanpa menjamah makanan lautnya yang sungguh segar.

 Musim panas di Jeju memberikan purata sinaran matahari paling penuh serta menyeluruh setiap tahun. Di bulan Jun hingga awal September lah anda berpeluang melihat keindahan warna-warna ceria di sini.

 siri drama Jewel In The Palace sudah pasti sinonim dengan Jeju Folk Museum. Disini hampir 40% dari pemandanganya dapat dilihat dalam drama tersebut.
 Layak digelar Folk Museum, pelbagai bahan ilmiah serta pengetahuan asas penduduk asal disini menjadi paparan utama. Sesuai jika anda datang bersama anak anak atau lawatan ilmiah dikalangan pelajar.
 Sesuai dicuaca begini - Ice Cream menjadi antara paling mendapat permintaan.

 Flora sekitar Jeju. Indah serta pelbagai. Inilah masanya untuk anda menikmati keindahan Jeju dengan warna keceriaan. Apa yang ditakutkan sangat dengan musim panas di negara 4 musim ini?. Terjawab jika anda kesini sendiri.


 Seopjikoji. Anda harus kemari. Tanah paling hujung pulau Jeju ini tidak hanya terkenal oleh kerana pusat pengambaran beberapa drama popular namun juga keindahanya yang amat luarbiasa
 Masih ramai pengunjung sekitar sini.

 Seterusnya Seongsan Ilchubong yang bukan hanya bekasVolcano mati semata. Namun puncak rabung 99 nya menjadikan ianya penting untuk dikunjungi.
 Pemandangan dikejauhan. Inilah yang kini merupakan mercutanda utama pulau indah Korea Selatan ini

 Antara mereka yang berjaya tiba dipuncak Seongsan Ilchubong.

 Makan tengahari yang sungguh istimewa. Ikan bakar nya lazat serta dikatakan sungguh berkhasiat.
 Aktiviti seterusnya - sungguh mencabar - Anda ingin menunggangnya - ikut lah kami kesini nanti.

 Teddy Bear Museum - Imbas kembali kenangan drama Goong - dikenali Princes Hour. Banyak kenangan indah boleh anda cipta sendiri disini.

 Hidangan asam pedas katanya. Lazat .... sudah tentu. Paling penting dihidangkan segar

 Tiba dari Jeju - kami ke destinasi penting serterusnya - Nami Island - di musim panas

 Pyongchang Alpensia Resort - Anda yang pernah kemari mungkin agak terperanjat dengan pemandangan sebegini kan. Jika dimusim sejuk ianya dilitupi ais dan salji namun dimusim panas ini anda dapat lihat perbezaan ketaranya. Penuh dengan bungaan berwarna warni.

 Semua berseronok disini - mana tidaknya pemandangan sebegini jarang diperolehi jika tidak kesini. Tambahan pula bagi mereka yang pernah sampai disini dimusim yang lain anda sudah tentu merasakan lawatan kali ini sangat berbaloi.

 Seterusnya kita akan belajar DIY yang jarang dibuat. Pembuatan Keju dari susu kambing

 Masing masing bertungkus lumus menjayakan projek ini. Semua memberikan kerjasama sebaik mungkin.

 Apa lagi - jumpa tuan nya pula. Pengalaman memberi kambing biri-biri ini makanan. Biasa namun tidak mungkin akan sama dengan apa yang anda pernah buat di tempat sendiri

 Sama kan.....
 Everland Theme Park - tidak mungkin anda lepaskan peluang kesini jika sudah berada di Korea. Kota keriangan ini amat bermakna jika dikongsi bersama yang tersayang serta simanja bersama.

 3D image dengan cermin mata A Gogo yang sungguh kelakar. Anda tentu seronok mencubanya
 Disamping permainan yang suingguh mencabar anda juga akan terpukau dengan keindahan flora sekitar sini.

 Bunga Ros sepanjang musim panas di Everland





 dengan pelbagai warna serta nama. Anda tidak mungkin puas disini. Mana tidaknya terasa sungguh indah seperti ingin dibawa pulang.