apple muslim holiday

Friday, October 14, 2011

VIETNAM BUKAN HANYA UNTUK SHOPPING SEMATA

Ho Chi Minh city - atau Saigon - merupakan sebuah negara sedang membangun yang amat pesat pembangunannya. Kali ini saya ditugaskan kesini dengan kumpulan insentif seramai 30 orang.




Tidak seperti negara Indo China yang lain, Vietnam selalunya dikaitkan dengan destinasi yang menjanjikan tawar menawar terbaik seAsia atau juga tidak keterlaluan dikatakan pusat membeli belah dikalangan kaum wanita yang gemarkan fabriknya yang terkenal. Namun tidak bagi Apple Muslim Holiday yang telah menyusun lawatan 4 hari dengan penuh teliti bagi memperkenalkan Vietnam sebagai pusat budaya, sejarah serta beli belah yang sememangnya tidak mungkin sama dengan tempat lain.



Antara restoren yang menjadi pilihan kami semasa lawatan ke Vietnam ini. Makanan adalah agenda penting kami bagi keselesaan pelanggan





Menikmati Juadah makanan Vietnam di restoren Muslim halal.







Tidak lengkap jika ke Vietnam tanpa membeli sutera Vietnam yang terkenal disini. Berbeza dengan fabrik China sutera Vietnam lebih tahan untuk dibuat pakaian harian. Ada yang sukar mengawal diri disini.




Juadah Makan malam yang sungguh istimewa. Dihidangkan dengan masakan tradisi Vietnam di halal restoren. Masakkan ala Melayu Champa sesuai dengan kita orang Melayu.







Syiar Islam serata dunia. Inilah yang menjadi satu lagi kepentingan bagi Apple Muslim Holiday sediakan kepada pelanggannya. Anda tidak perlu gusar untuk menunaikan kewajipan kerana kebanyakkan hotel yang kami pilih berhampiran masjid atau sekurang kurangnya waktu solat dijaga.




Lawatan kami seterusnya ke Chi Chi Tunnel - anda mungkin tidak menjangkakan Vietnam sebenarnya bangun dari pemerintahan Perancis serta kesengsaraan perang Amerika semasa perang dunia ke 2 yang lalu. Inilah yang akan ditimba oleh peserta lawatan semasa mengikuti lawatan bersama Apple Vacations.




Kenangan di abadikan di salah satu dari khemah tinggalan tentera lama semasa perang







Anda rasai sendiri keperitan serta kejerihan masyarakat Vietnam semasa perang dunia ke 2 yang lalu. Bagaimana mereka boleh hidup di lubang kecil ini.




Bergambar kenangan bersama pemandu pelancong kami di Chu Chi tunnel kompleks ii. Beliau sangat bersungguh-sungguh menerangkan perihal perang yang telah berlaku di tanah malang ini.






Tinggalan sejarah semasa Perang Amerika di tanah Chi Chi ini. Kereta Kebal ini pernah digunakan dalam menentang gerilla Vietnam oleh tentera Amerika yang pada masa itu mempunyai senjata paling moden berbanding Gerilla Vietnam. Namun kenapa masih kalah ditangan Viet Com ( Vietnam Communism ) anda dapatkan jawapannya dengan kami nanti.



Ingin mencuba senapang asli tinggalan sejarah - tembak siapa ?





Kali ini semua peserta yang mengikuti lawatan ini mmencuba semua aktiviti yang telah kami aturkan. Semua mereka sungguh seronok mengikutinya dan anda semua dalah peserta lawatan paling sporting di Vietnam sepanjang 2011.








Berhenti rehat seketika melepas lelah menyusuri lorong kecil sepanjang Chu Chi tunnel disini.





Jika Istanbul terkenal dengan Meser Carsi yang mempunyai lebuh dari 2000 kedai didalamnya Ben Thanh Market yang terkemuka ini juga tidak kurang istimewanya. Anda pasti tidak cukup masa untuk membeli-belah di pasar budaya ini yang rata-rata menjual pelbagai keperluan penting terutama untuk kaum hawa.





Bandar Saigon yang mempunyai kepadatan penduduk tertinggi berbanding daerah lain Vietnam merupakan bandarraya paling kurang pencemaran udaranya seAsia. Anda hanya melihat motorsikal atau kereta mewah disini. Tidak mungkin anda melihat kereta atau kenderaan pertengahan sekitar bandaraya ini.




Anda pasti agak pelik melihat kenderaan yang berpusu-pusu setiap masa hampir sepanjang hari. Motorsikan merupakan kenderaan paling banyak digunakan disini. Dari menjadi kenderaan pengangkutan hinggalah penghantaran barangan semuanya menggunakan motosikal.





Gemerlapan bandar Saigon di waktu malam. Banyak yang anada akan ketahui jika anda kesini. Bandar nya bertukar warna di waktu malam dan begitu juga aktivitinya seakan hidup 24 jam.





Antara bangunan sejarah yang sungguh unik suntikkan pemerintah Perancis ketika itu. Galeri seni yang juga Opera House ini kelihatan sungguh mewah







Jika sekali pandang bangunan ini kelihatan seakan pemandangan biasa di Perancis. Gereja Notre Dame yang terkenal ini menjadi satu lagi mercutanda utama bandar Saigon moden tinggalan Perancis disini.




Bentuk bangunanya agak sama dengan yang berada di Perancis cuma warnanya kemerahan serta agak kurang bentuk Gothic nya berbanding yang asal.





Begitu juga dengan bangunan pejabat pos besar Ho Chi Minh ini. Dibena oleh orang yang sama telah membina Eiffel Tower di Perancis. Bentuk dome utamanya kelihatan seakan akan anda berada di Gelaria Perancis.




Inilah kegemilangan Gustave Eiffel seorang arkitek yang dibawa dari Paris untuk membina bangunan kerajaan pada masa itu. Sejarah Vietnam sebenarnya agak unik berbanding negara asia lain. Namun pendedahan dari agensi pelancongan yang hanya kepada jadual lawatan kosong menjadikan ianya tidak begitu dihargai.





cendera hati dari Apple Muslim Holiday - semua peserta mamakainya untuk lawatan ke MyTho




Ada sahaja yang hendak dibeli jika ke Vietnam. Kenapa agaknya - ikut kami nanti.....




Inilah pier utama MyTho yang akan membawa anda ke beberapa pualau pelancongan sekitarnya bagi menikmati kehidupan asal penduduknya - saya katakan tempat ini sebagai living museum - sesuai dengan aktiviti serta atucara lawatan yang agak eco-friendly.





Jika di Istanbul anda akan menjelajah selat Bosphorus. Di Venice pula anda akan mencuba Gondola hitam dengan pendayung profesional namun tidak kalah jika di Vietnam anda akan mencuba sesuatu yang agak hebat malah lebih alami serta tradisi ala Asia.







Pusat pembuatan Gula-gula Kelapa. lain serta berbeza



Seperti selalu - ada sahaja yang ingin dibeli.







Setelah penat tawar-menawar - anda akan dijamu dengan minuman panas halia serta madu. Menyihatkan namun tradisonal







Buahan tenpatan sekitar Mytho atau Pulau Unicorn





Bergambar kenangan sekitar kawasan lawatan .




Sepanjang lorong di MyTho ini anda sudah tentu kehilangan kawan. Mana tidaknya pelbagai barangan murah boleh dibeli sampai tidak pernah cukup tangan.







Penduduk asal nya yang masih menjalankan ekonomi atau aktiviti kelompok seperti satu daerah satu produk sangat berhasil. dengan bantuan pelancong mereka sedikit sebanyak mendapat mata pencarian harian dengan mudah walaupun tidak seberapa.




Hasil dari kain perca yang dianyam menjadi alas kaki. kelihatan mudah namun ianya menggunakan tangan sepenuhnya.





Kerajinan tangan penduduk setempat disini sungguh dikagumi. Jika ini adalah nadi kehidupan mereka, anda sebagai pelancong sudah pasti diperlukan untuk turut membantu.





Kian tiba masa untuk merasakan Gondola Vietnam. Sampan....




Semua peserta teruja untuk menaiki sampan menerusi terusan paling kecil namun tidak cetek.











Seakan taman negara Mulu di Sarawak namun masih tradisi serta sibuk. Pengangkutan utama sekitar MyTho adalah sampan. Kini dikomersilkan untuk para pelancong







Lorong sempit namun pengendali sampan kami sangat profesional. Rutin harian mereka melalui jerih perih sekitar sungai sempin ini menjadikan ianya alah bisa tegal biasa.



melepas lelah setelah mengharungi paya serta sungai sempit yang agak mencabar




Apa lagi - air kelapa - sungguh alami serta lazat - segar lagi berkhasiat.




Makan malam terakhir kami di Saigin Ho Chi Minh.




Kejutan dari Apple Muslim Holiday serta peserta kali ini sungguh hebat.




Pemenang pakaian terbaik malam ini - Kami Apple Muslim Holiday menghargai anda sebagai peserta lawatan dengan kami untuk setiap destinasi. Inilah antara kejutan yang bakal anda tempuh bersama kami nanti.





Makanan di Vietnam tidak mungkin sukar dilupakan - sedap dan sangat verity.





Bandar sesak dengan motorsikal - inilah yang menjadikan Saigon atau Ho Chi Minh ini berbeza dengan destinasi lain seAsia. Selain tidak banyak kenderaan besar yang menjadi penyumbang pencemaran udara, Vietnam yang rata-rata penduduknya mempunyai motorsikal sebagai alat pengangkutan utama ini, menjadi antara negara asia paling bersih ruang udaranya.




Apa pun pengalaman anda sebagai pelancong yang menggunakan perkhidmatan kami sangat bermakna. Rasai sendiri keistimewaan setiap destinasi serta perjalanan anda ketika mengembara bersama kami. Itu yang menjadi agenda Apple Muslim Holiday. Semestinya setiap pengalaman yang dikutip tidak akan sama semalam hari ini serta esok. Begitu juga Vietnam yang sentiasa berubah dari masa ke semasa.