apple muslim holiday

Saturday, July 27, 2013

BELANDA ANTARA KEUKENHOF DAN VOLENDAM

Melihat Netherlands atau dikenali sebagai Belanda yang kebanyakkan kita memanggilnya Holland, sebagai sebuah destinasi istimewa untuk pelancong Muslim adalah istimewa. Belanda yang dahulunya dikatakan tidak pernah cukup tanah kini mempunyai segalanya. 
Tanpa disedari Belanda yang dahulunya berkait rapat dengan Asia terutama Indonesia mempunyai padatan penghuni Muslim yang agak ramai. Mencari makanan Halal serta disediakan oleh orang Muslim tidak menjadi masalah besar disini. Namun begitu akan kemodenan serta fahaman bebas yang diasak sejak tahun 70an menjadikan negara bunga tulip ini pelbagai dari segi sosial mahupun ekomonimya. 
Tidak mungkin kita ke Belanda tanpa ke Zaanse Schaan - sebuah kampung budaya yang memaparkan asal usul Belanda lama. Tidak lengkap kiranya lawatan anda jika tidak kesini untuk melihat sendiri tabauran kincir angin yang menjadi mercutanda utama negara dibawah paras laut ini.
 Kilang pembuatan keju yang diperbuat dari bahan semulajadi serta halal. Inilah antara tarikkan yang bakal anda lihat semasa berkunjung kesini. Kita akan melihat bagaimana ianya diprocess serta penjagaan nya untuk supaya tahan lama. Anda juga bakal memiliki beberapa resipi baru dari bahan keju untuk dibawa pulang ke tanah air.
 Kasut Clog dari kayu pohon poplar - sejenis pohon yang memberikan bahan kayu yang senang di ukir dan agak ringan serta tahan air. Kenapa agaknya kasut dari kayu. Mungkin menarik bagi anada mengetahuinya sendiri bila ke sini bersama kami nanti.
Begitu juga dengan taburan kincir angin sekitar nya. Anda tentu tertanya apa kah kegunaan kincir angin tersebut sehinggakan menjadi terlalu penting serta beharga bagi orang Belanda hingga ke hari ini.
 Volendam sebuah lagi daerah indah yang merpakan pusat pelancongan terkemuka di Belanda atau Netherlands ini. Deretan rumah-rumah indah lama yang bewarna warni bercirikan Belanda lama banyak kelihatan disini. Makanan Muslim juga tidak menjadi masalah di Volendam . Jika anda ingin bersolat disini - Kami Apple Muslim Holiday sudah tentu akan menyediakan sebuah tempat untuk anda berbuat demikian. Disini
 Penuh dengan pelancong dari serata dunia. Terkenal akan keistimewaanya yang berada di tepian laut serta menjadi tempat paling romantik untuk bersama dengan yang tersayang disini. Tambahan pula ini lah tempat yang paling istimewa untuk anda melihat kegigihan orang Belanda membuat tanah air mereka menjadi lebih besar dari sebelumnya. Jika ingin tahu - saya sarankan anda kesini bersama kami nanti.
 Terusan sekitar Amsterdam. Jika anda kesini, anda sudah pastinya akan terpegun kota indah dikelilingi terusan panjang sekitarnya. Seakan berada di Venice namun agak lebar. Bagaimaa Amsterdam sebuah metropolitan indah mendapat namanya ? inilah soalan yang anda bakal temui jika bersama Apple Muslim Holiday kemari.
 Lawatan kali ini memfokuskan pesta indah sepanjang musim bunga di Belanda. Akan keistimewaan nya sebagai sebuah negara dibawah aras laut beriklim sederhana, tulip dapat ditanam dengan subur disini. Tambahan pula bunga yang asal dari Turkey ini di multikulturkan dengan pelbaga warna serta bentuk sekali gus menjadkan ianya sebagai bahan export utama Belanda.
 Pesta tulip sepanjang musim bunga di Keukenhof ini menjadi acara tahunan d Belanda. Berada di Lisse serta agak terpencil dari pencemaran bandaraya menjadikan kawasan ini muncul sebagai sebah pesta yang terlalu indah denagn paparan tulip yang sungguh luar biasa.
Berselang dengan Hyacintus - dari famili tulip yang mengeluarkan wangian yang menjadi bahan penting sebagai pewangi dalam industri minyak wangi di Perancis .
Pelbagai jenis bunga tulip dapat anda lihat sekitar pameran Keukenhof ini. Bunga tulip segar yang mekar indah seakan mengamit kedatagan anda kemari.

  Belbagai warna serta gaya - anda pasti terpegun pabila melihat serta menyentuh sendiri pelbagai jenis tulip disini. Antara yang dipamer adalah merupakan family tulip yang asal tanpa di multikultur kan
Siapa yang tidak geram melihat kuntuman bunga yang dahulunya menjadi lambang Ottoman sejak Constantinople berundur dari Byzantium.

Walaupun sehari anda mungkin tidak puas disini, Namun apakan daya- kita banyak lagi pusat lawatan yang bakal dilawati.

Ungu - warna kegemaran saya pelbagai jenis ungu dipamerkan.
Seni taman Belanda juga diketengahkan disini dan anda bagaikan berada di sekitar tahun 70 an bila berada disini. Keukenhof yang dahulunya merupakan botanica garden pertama didunia yang mengumpul tulip darii seluruh dunia untuk di kulturan serta di kacuk bagi untuk membawa baka baru yang lebih istimewa.
Bergambar kenanagn di pintu masuk utamanya yang setiap kali kesini masih disalah anggap sebagai pusat jualan bunga. Tiap kali kesini, ada sahaja pelnaggan kami yang tersesat. Mana tidaknya, taman botanica ini terlalu besar untuk anda explorasi.

Tulip Hitam bergerigi, sukar dipercayai namun itulah hakikatnya. Warnanya sendiri menunjukkan yang ianya sangat istimewa. Inikan pula bentuknya yang seakan bergerigi serta berkilat. Seakan palsu namun anda perlu melihat nya dari dekat bagi kepastian.
Berhampiran dengan canteen yang menyediakan makanan ringan dan anda juga mungkin berpeluang membawa balik bukan sahaja kenangan bergambar disini malah terdapat juga benih tulip yang dijual disini. Namun sesuaikah cuaca kita untuk ianya tumbuh seperti disisni.



Kunjungan paling ramai diantara waktu awal pagi sehingga selepas jam 5 petang. Ramai penggunjung kesini adalah dikalangan photoprapher profesional. Juga dikalangan mereka yang mengagung kan ciptaan ilahi ini.

Bentuk tulip yang agak besar dari saiz biasa. Warna yang luar biasa seakan berkilau serta sangat istimewa.
Ini yang menarik minat saya - tulip Turkey yang bentuknya tajam serta bersaiz lebih besar menonjol dengan warnanya yang sungguh terang. Berlorek sedikit hijau serta pink - seakan gula-gula manis yang menyelerakan.
Tulip berbentuk seakan bunga ros. Tidak berbau namun seperti kuntuman rose.
Berhenti lelah sekeika selepas berlari kesana sini melihat keindahan Tulip Keukenhof. Pesta yang tidak seharusnya anda lupakan pabila ke Belanda dimusim bunga.


 Warna yang terlalu terang serta luar biasa. Seakan lukisan. arnna merah jambunya seperti turuan - namun itulah hakikatya.



 Ada dikalanagn species tertentu yang mengeluarkan bau harum. Jika selama ini anda bayangkan Tulip kelihatan seperti kudupan bunagn tidak bermakna, namun pabila anda emari, anda sudah pastinya tidak setuju dengan pandangan itu.
 Wangi bak mawar - itulah kata kata yang boleh digambarkan melalui imej ini. Terlalu sukar untuk di katakan jika anda tidak alami sendiri keindahan di Keukanhof ini.


Seorang saja yang saya jumpa. Peserta lawatan yang lain hilang entah kemana. Masing masing berlari kesitu sini untuk melihat taman tulip terbesar ini.

Tulip tradisi bagi Belanda, bewara merah serta kuning

Ditanam sepanjang walkaway. Bagaikan taman lama yang sunggh indah bak kayangan.


















Tulip sudah pastinya bunga bagi Belanda dan bagi mereka yang benar benar menghagai ciptaan tuhan ini, anda sudah pasti kagum. Namun sedalam manakah kita sebagai hambanya bersyukur atas nikmat yang diberikan. Jika hari ini kita melihat warna- warna indah dari bunga Tulip ini tidak kah kita sedar ada yang tidak mendapat nikmat untuk melihat seperti kita.
Samalah juga dengan melancong, Dikala kita berseronok bercuti kesana sini, perlulah juga kita ingat masih ada yang tidak mampu untuk berbuat demikian. Jadi hargailah lawatan anda semasa bersama dan hormati keindahan alam yang mungkin suatu hari nanti tidak mungkin kembali lagi.