apple muslim holiday

Saturday, July 20, 2013

TURKEY KINI AKU DATANG

 Dikala Istanbul Aku Datang menjadi inspirasi kepada beberapa pelanggan kami kali ini, saya yang tidak lagi pernah menontonya boleh mengagak sejauh mana mereka ingin tahu tentang negara ini -Turkey. Lawatan kali ini sebenanya agak kekok kerana ramai dikalangan peserta pernah bersama saya sendiri untuk beberapa siri lawatan yang sebelumnya . Kenapa baru sekarang untuk sampai ke Turkey ? - 2 orang peserta lawatan ini menjawab - menjadikan yang terakhir antara hanya yang terbaik.
Kami ke pelabuhan selepas melewati Istanbul dengan penerbangan terus dari Kuala Lumpur - Malaysia Airlines. Paling menarik cuaca kali ini sunggih baik serta bersama musim indah - Musim Bunga. Menggamit kehadiran semua sepanjang perjalanan - tambahan pula Tulip menjadi tujuan utama kami kali ini  
 10 hari ke Turkey sebenarnya tidak cukup bagi saya sendiri. Mana tidaknya jika anda yang baru pertama kali menjejakkan kaki kesini sudah pasti teruja dan tidak ingin balik ke Malaysia selepas beberapa hari. Terlalu banyak untuk kita saksikan serta jelajahi di negara bumi bertuah ini
Bursa - ramai yang memperkatakan ianya sebuah pusat Islam lama serta mempunyai sejarah Islam yang begitu utuh hingga kini. Dikenali sebagai sebuah Bandar Hijau akan topografiknya. Pusat pertanian yang khusus serta mempunyai kepadatan penduduk yang sangat ramai. Menjadi bandar kedua terpenting dizaman Ottoman sehinggakan dikenali sebagai Pusat Islam serantau ketika itu
 Menuju ke Masjid Ulu Cami / Grand Moque - berkubah banyak serta 2 menara tua berlainan zaman binaanya menjadi tujuan kami selepas belayar melalui Lautan Marmara. Sejak 1399 serta dibena berperngkat peringkat diatas tanah bekas Yahudi ini menjadikan ianya sangat bermakna bagi penduduk Bursa serantau. Keluasan yang agak luar bisa bagi sebuah binaan lama pada zaman itu menjadikan ianya tidak tertanding di kalangan masjid-masjid lain di Bursa
 Green Mosque - antara satu lagi tarikan istimewa d Bursa. Kepada yang bukan beragama Islam usah kuatir, anda pasti akan terpegun akan keindahan bentuk rekaan dalamnya yang sungguh klasik serta penuh berseni. Tidak hanya sebuah masjid, juga sebagai pengukur untuk pergerakan bumi - dan sekiranya bakal berlaku gempa bumi dikemudian hari Masjid Hijau ini lah yang bertanggungjawab menjadi pengukurnya. - Bagaimana ianya berfungsi - Ikuti kami ke Turkey di siri lawatan akan datang dan anda saksikan sendiri cedekiawan Islam mereka bentuk bangunan serta pengukur pergerakkan bumi menggunakan matematik serta ilmu kenetik dimasa silam.
 Melihat keindahan gunung tertinggi di daerah ini - Uludag - juga dikenali dengan Olympus dizaman Hitties. Jika dimusim salji - ianya akan terkenal dengan asakkan pemain ski dari seluruh Mediteranian namun musim lainya ia masih hebat diperkatakan seluruh pelancong asing mahupun tempatan yang tiba di Cumalikizik ini. Di kaki gunung inilah terletaknya penempatan lama orang Ottoman sejak awal penempatan Islam sebelum pusat agama berpindah ke Byzantine ( Istanbul )
 Penduduk disini mesra pelancong. Anda merasa berada di rumah sendiri. Saya sendiri hampir menukar jadual penginapan untuk tinggal sahaja di rumah-rumah penduduk disini yang ramah seakan penganjur Homestay. Keramahan mereka sungguh menggamit. Seakan anda mempunyai keluarga seagama baru di sini.
 Menjual hasilan dari ladang serta hutan berhampiran, penuh dengan bahan organik serta alami. Agak segar serta murah untuk anda berbelanja disini. Dan bagi mereka, kunjungan kita sebagai pelancong disambut sebagai saudara. Tali pehubungan inilah yang sukar didapati di tempat lain serata dunia.
 Anda tidak akan dipaksa walaupun telah mencuba beberapa biji ceri nya. Malah kita dipaksa mencuba buah buahan yang dijual. Tidak kenal maka tidak cinta.
Kawasan pelancongan hebat ini selalu penuh pada waktu menjelang tengahari hingga lewat petang. Aktiviti perniagaan disini dipelopori kaum hawa. Berlainan dengan tempat lain di serata tanah Turkey yang rata-ratanya dipelopori kaum Adam sahaja. Inilah keunikkan Cumalikizik - Bandar Jumaat yang mempunyai beberapa cerita menarik jika anda sendiri kesini 
 Masing masing tidak sabar untuk melihat apa lagi yang seharusnya kita tahu tentang Turkey selain bangunan tajam berkubah kembar sekitar Istanbul. Selepas Bursa - kita dibawa ke Bergama. Juga dikenali Bergamon. Asal buah delima atau Pomegranate yang besar dari tanah ini. Banyak ditanam disini dan menjadi hasil export tempatan Bergama.
 Inilah dia runtuhan purba berjuta tahun. Merupakan pusat kesihatan atau sebuah hospital agung dikurun itu, Namun selepas bebrapa siri gegaran bumi ianya tertimbus bersama sejarah keagunganya. Asclepeion atau  juga dikenali sebagai Askleipiona.
 Terkena akan keistimewaan para pengamal perubatanya - pusat perubatan ini dikenali sebagai Temple of Healing. Paling hebat tinggalan kawasan perumahan mewah milik bangsawan dizaman lampau nay diduduki semasa ketika mengalami kecederaan atau kesakitan oleh kalangan mereka yang berkuasa serta berada mengikut hiraki di masa itu.
 Binaan lama yang terlalu padat dengan tiang-tiang purba menjadikan anda seperti berada di Greece. Malah anda sudah tentu akan menjumpai beberapa pusat agama lain seperti temple of Zeus disini.
 Anda tidak lagi perlu ke Greek untuk melihat senibina lama ini jika sudah kesini bersama kami.
Tiba pula destinasi seterusnys Kusadasi Izmir - dengan cuaca Mediterainean yang agak hangat. Kedudukan nya diantara Aegan serta Mediterainean menjadikan ianya sangat istimewa.
 Kami di kawasan pantai - jika bukan kerana musim panas, kawasan ini masih kurang pengunjung nya. Bagus untuk kami beriadah sendiri. jika tidak, penuh dengan pelancong yang datang dari serata Eropah.
 Kawasan pantai nya agak landai serta berpasir halus. Saya membawa beberapa peserta menyusuri tepian nya dan ingat kami mungkin boleh mengutip beberapa cengkerang laut dari Mediteranian ini, namun yang dijumpai serpihan batu kapur dari bangunan lama siap berukir halus - Dari mana datang nya ia.?
 Mother Mary House - atau rumah terakhir Siti Mariam - terkenal akan ceritanya yang agak mistik serta diperkatakan seluruh penganut Kristian yang menjumpainya. Terletak di lerengan bukit yang agak curam serta sendirian. Kenapa begitu - angkara melarikan diri dari tentera salib Rome, angkara hukuman bunuh keatas beliau selepas Nabi Isa hilang. Akhirnya, bersembunyi di kawasan ini. Itulah yang diberitahu.
 Di lantai bawah sebuah lagi kerajaan lama yang hebat seagung Athens di Greece. Ephesus - sebuah kerajaan yang mempunyai banyak keistimewaan untuk diceritakan.
 Celsius - Khutub khanah atau pepustakaan awam ynag digunakan oleh cendekiawan kuno yang geliga pemikiranya. Binaan yang agak istimewa ini merupakan antara yang paling indah untuk kita lihat di sekitar Ephesus


 Kelihatan ukiran yang terdapat disetiap tinggalan runtuhan nya. Sebagai pemikir anda tentukan sendiri bagaimana ianya dibuat tanpa pealatan moden ketika itu. selama manakah masa yang diambil untuk menyiapkan sesebuah binaan nya
 Batuan sekitar Ephesus yang merupakan runtuhan rumah rumah berhala ketika itu masih belum di kemas.
 Dari kejauhan - kelihatan Amphitheatre yang masih gagah walaupun di kelilingi runtuhan batuan sekitarnya. Pernah menjadi antara terbesar di dunia serta digunakan untuk konsert artis terkemuka suatu ketika dahulu
 Masjid Isa Bey. Bersebelahan dengan St Paul Cathedral yang 80 % runtuh. Dari senibina Suluk yang memperincikan tiang serta ukiran flora sebagai motif utama, masjid ini menjadi pusat Islam penting suatu ketika dahulu malah menjadi pusat hentian oleh penganut Islam.
 Kami bersolat jamak disini sebelum meneruskan perjalanan ke Pamukkale. Airnya terlalu sejuk seakan dari peti ais. Namun kewajipan setiap Muslim perlu diteruskan walaupun dimana kita berada.
 Dari tepi menara. Dengan senibina nya yang berdinding tinggi serta taman ditengah nya menjadikan Masjid ini dahulunya digemari sultan sultan Ottoman. Ciri senibina Seljuk serta sedikit suntikan Mediteranian
 Akhirnya menuju travel tine yang sentiasa disebut ramai yang berkunjung ke Pamukkale. Cotton Castle.
 Dari bawah kami hanya melihat nya seakan timbunan saljji tebal. Namun inya mengeluarkan air panas semulajadi sekitar nya

 Berada di atas travel tine nya yang hangat. Paling istimewa keindahan sekitarnya. Tidak juga dilupakan ianya merupakan pusat peradapan dunia tua zaman Romulus dan Romus era awal kerajaan Rome. Disinilah anda bakal melihat runtuhan Herapolis yang dikatakan bersangkut paut dengan Bergama
 Semua berseronok menikmati air pans semulajadi disini. Ada yang ingin mandi namun masa tidak mungkin membenarkan. Masih banyak yang perlu kita semua tempuhi sebelum menuju ke destinasi seterusnya. Apa pun masa yang diberikan untuk anda bergembira di sekitar sini mengcukupi
Seterusnya Konya - kehidupan dalam kesederhanaan serta cinta sesama umat - menjadi anutan penduduknya dulu. Disinilah bumi bertuah tempat semadinya seorang ahli sufi yang dianggap mulia oleh penduduknya - Seleddini Rumi.

Bangunan besar berkubah turquoise kelihatan seperti masjid besar namun sebenarnya adalah sebuah makam agung berhias indah untuk para pendita serta pelajarnya.
Mula lah sudah kuntuman tulip di Turkey dari dekat diperkaragan Makam Seledini Rumi. Ada yang berbau harum rupanya.
Ini pula sebuah Pusat pesinggahan perdagangan yang juga dikenali sebagai Keravensary. Sejak berratus tahun digunakan untuk aktiviti perdagangan- juga dikenali sebagai pusat hentian atau motel dikalangan pedagang dari barat ke timur.
Bentuk bangunan seakan sebuah istana lama - dikenali Keravensaray. Dilawati oleh ramai pelancong yang meminati senibena Turkey lama. Selain itu juga ianya amat bererti bagi sejarah peradaban dunia.
Dahulu ianya bukan sahaja sebagai sebuah motel persinggahan bagi pedagang namun juga untuk penyimpanan baragan gudang serat haiwan ternakkan untuk aktiviti perdagangan. Terdapat beberapa kawasan yang memperlihatkan ciri mewah serta luar biasa berbanding kawasan lain sekitar bagunan lama ini. Yang menariknya, kenapa ianya dibina demikian.
Dengan dataran luas ditengahnya serta dinding tinggi sekitar menjadikan ianya kelihatan seakan kota lama yang dibuat khas untuk penghuninya semata.
Gerbang utama pintu masuk ke Sultahani Kerevansaray ini sungguh istimewa. Lorekkan dari batu mamar perang ini menceritakan segalanya. Hikayat seribu satu malam menjadi mesej penting kepada sesiapapun yang masuk melalui gerbang ini. Dan untuk cerita selanjutnya - anda perlulah bersama kami ke Turkey nanti
Cappadoccia - terkenal akan bentuk mukabunimya yang sungguh luar biasa. Lurah serta corrak indah di celah celah canyon sekitarnya menjadikan kawasan ini menjadi tarikkan utama jika kita ke Turkey sebenarnya.
Ramai bersetuju bila dikatakan anda tidak ke Turkey jika tidak ke sini. Topografi nya yang semulajadi serta hebat menjadikan canyon canyon yang terbantuk sejak berkurun ini kelihatan sungguh istimewa. Bagaimana ianya terjadi serta bentuk bentuk yang kelihatan seakan kita berada planet lain. Alamilah kehebatan ini nanti

Banyak yang bakal anda saksikan bila berada di Cappadocia ini. Jika tidak manakan mungkin Apple Muslim Holiday membawa anda kesini denagn menginap selama 2 malam untuk beraktiviti sekitarnya.
Selain bentuk mukabuminya yang hebat, inilah juga tempat dimana anda berpeluang meihat keunikan cara hidup penduduk tempatan asalnya. Juka rumah mereka boleh dibuat dengan mengukit tanah serta batu samalan juga peralatan yang digunakan mereka seharian. Seni pottery menjadi nadi kehidupan disini selain hasilan tangan lain seperti Carpet serta carian galian berharga sekitarnya
Hidangan makan tengahari yang sungguh luar biasa. Dalam tanah namun masih bernyawa. Restoren unik dari dalam tanah menyajikan hanya yang terbaik serta tradisional untuk pelanggan kami. Pottery kebabs yang dmasak lebih 2 jam dalam tanah ini menjadi jamuan istimewa untuk anda.

Ruang yang diukir serta dipahat dari tanah menjadi sebuah restoren atau pusat penginapan d Cappadocia ini bukanlah sesuatu yang baru. Namun mash ramai yang belum mengetahui akan keintimewaan nya lagi.

Sebelum kita ke Ankara ibukota Turkey, kami singgah di sebuah lagi tempat menarik yang sukar dilupakan
Tuz Lake atau tasik garam. Istimewanya tempat ini akan kandungan garam dalam tasik yang terlalu tinggi serta menjadi pusat pengeluaran garam makan serta untuk kegunaan cosmetik nya.
Ankara merupakan ibukota terkini Istanbul. Makan terakhir Mustapha Kemal Attartuk juga disini.
Anit Kabir yang dibangunkan gah segah nama penghuninya - the Founder Of Turkey. Bercirikan senibina kuno seakan Temple dan memperlihatan keistimewaanya sebagai sat satunya makam terbesar serantaunya.
Akan statusnya sebagai makam agung pemerintah yang disegani serta masih dijulang rakyatnya hingga kini, Anit Kabir dikawal rapi oleh tenteranya.
Kami sempat menyaksikan perarakkan semas pertukaran jadual bertugas bagi tentera disini.
Akhirnya Pesta tulip indah sekitar Istanbul selepas beberapa hari negelilingi daerah lain sekitarnya.
Memulakan lawatan di Istanbul dengan mengunjungi Topkapi Palace - istana agung tempat semayam sultan sultan Ottoman dahulu kala. Juga sebuuag pusat pentadbiran yang teratur disebuah bukit menghadap Golden Horn serta Bosphorus.
Keindahan istana yang dahulu menjadi kawasan larangan ini terbuktui menunjukkan kemewahan serta status Sultan Ottoman yang dianggap agung.
Kedatangan Islam selepas Byzantium di Constantinopolis ini menjadikan bentuk bagunan sekitranya berubah degan suntukkan seni bina Islam yang dibawa dari Timur Tengah. Ini dapat dilihat sepanjang lawatan anda di Topkapi Palace ini.
Apa lagi. sudah past terpegin bagi sesiapa juga memandangnya. Tulip sebenarmya berasal dari Turkey dan telah dibaik pakai serta di ubah kulturnya oleh negara barat lain terutama Belanda.

Pelbagai bentuk serta warna tidak terkira dengan jenis yang terdapat disekitar taman larangan Istana Topkapi ini.
Bagaikan taman syurgawi. Pelbagai warna dan sungguh indah.

Kami semua bagaikan berada di Amterdam semasa pesta Keukenholf. Mana tidaknya terlalu banyak untuk dilihat dan ada yang geram untuk membawanya pulang.

Ada yang mengeluarkan bau serta sedap mata memandang. Tahukah anda kenapa Tulip melambangkan Ottomaniah. Anda perlu tanya pemandu pelancong kami bila disini nanti



Sepanjang jalan serta kawasan pelancongan di Sultan Ahmed Medani ditumbuhi tulip pelbagai warna.

Inilah kehebatan Istanbul- Masjid gelaran biru bermenara 6 sekelilingnya menjadi sesuatu yang amat dikagumi. Binaan batu sejak 1440 menggelarkan diri satu satunya masjid bermenara 6 didunia. Kenapa dipanggil masjid biru.
Kami bersyukur kerana sempat berada di perkarangan masjid sebelum waktu solat - tambahan pula cuaca di Istanbul cukup baik untuk bergambar
Kami seterusnya menaiki Bosphorus Cruise menyusuri selat Bosphorus melalui Golden Horn. Kami berhenti di perkarangan Dolmabache Palace melihat keindahan istana lama hal milik Sultan Ottoman ynag pernah dihuni oleh Mustapha Kemal hingga akhir hayatnya disini
Makan tengahari kami di Istabul teramat istimewa. Kami di Menara Maiden - Maiden Tower tanpa daratan namun seakan terapung di tengah Bosphorus.
Dengan arus yang terlalu deras ini sesiapa pun tidak mungkin dappat sampai kesini walupun seekor ular - namun kenapakah puteri Ottoman terakhir terbunuh oleh gigitan bisa ular disini walaupun ianya mustahil. Jika anda ingn tahu akan kisah Maiden tower ini sila bersama kami ke Turkey yang akan datang.
Seakan Rumah api malah bernah berfungsi sebagai rumah api suati ketika dahulu. persoalan nya bagaimana ianya wujud disini sedangkan pembinaan bangunan setinggi ini di tengah lautan yang agak deras ini amat mustahil.
Hari terakhir di Istanbul sememangnya menyeronokkan. Ada yang masih belum sempat beli apa-apa pun kepada teman atau kiriman dari teman dan ada yang telah kehabisan Turkish Lira untuk perbelanjaan seterusnya
Akhir sekali, beli-belah - merupakan aktiviti yang sememangnya tidak mungkin dapat dilupakan. Apa tah lagi kami membawa mereka ke Grad Bazaar ( Kapali Carsi ) serta Spice Bazaar - Meser Carsi
Pelbagai barangan dapat diperrolehi disini dan bagi saya hanya buah zaitun jeruk menjadi pilihan untuk dibawa pulang bersama Apple Tea yang sememangnya kegemaran serts untuk jamuan para pelanggan yang datang ke pejabat kami suatu hari nanti.
Inilah keju halal buatan Turkey yang sungguh lazat serta semestinya halal. Anda boleh membelinya disini untuk dibawa pulang dan yang istimewanya bungkusan nya yang dibuat khas untuk perjalana jauh serta sesuai cuaca kita.
Inilah dia buah zaitun yang saya inginkan dan menjadi kegemaran kami satu pejabat. Khasiatya serta rasanya yang sungguh istimewa menawan sesiapa pun yang merasai nya. Untuk bebrapa kilo sahaja memadai kerana inya agak murah berbanding yang dijual di negara kita. Malah ianya dibungkus khas untuk kesesuaian perjalanan dengan kapal terbang. Apa pun saya telah pun meneydari ada yang akan membawa had lebih bagasi setiap kali ke Turkey.
Akhirnya kami terpaksa pulang setelah hampir 10 hari bersama di Tanah Turkey. Dengan hilai tawa serta keseronokkan kalian bersaa setiap tempat di seluruh pelusuk Turkey ini kami berazam untuk memperbaiki apa sahaja kekuragan sekiranya ada. setiap perkara yang disarankan sudah tentu akan dinilai untuk kebaikan kami Apple Nian.
Walaupun setiap satu lawatan itu ada penghujungnya namun ini bukanlah satu penamat malah saya sentiasa menanggap ia sebagai sebuah permulaan baru untuk setiap lawatan atau perjalanan yang akan datang. Dengan harapan kita akan jumpa lagi di siri lawatan ke destinasi seterusnya lagi.. Tahsakhuradiayen