UZBEKISTAN .... DUNIA MU SUNGGUH MISTERI
Sungguhpun agak baru namun negara yang mempunyai pelbagai keistimewaan ini semestinya perlu diterokai. bukan sahaja oleh mereka yang inginkan kelainan ketika melancong, malah sesuai untuk pelancong yang mahukan informasi serta kajian sejarah islam secara terperinci.
Sebuah negara bekas jajahan Russia selama lebih dari 50 tahun dan mencapai kemerdekaan yang agak baru iaitu pada 31 August 1999. Populasi penduduk nya agak padat - seramai 29,559,100 dengan taburan kaum etnik yang sungguh pelbagai. Wajah mereka agak konflik kerana tidak seperti jangkaan kita akan nama negara ini. Rata-rata penduduk nya bertutur dalam 3 bahasa : Uzbek, Turk atau Karakalpak dan bahasa penjajah RussiaTashkent - Ibu negara bagi Uzbekistan yang agak menarik untuk ditakluki oleh mereka yang gemarkan pengembaraan mencabar dikota yang sukar difahami. Islam Karimov - bapa pemodenan Uzbekistan melakukan kerja yang agak cemerlang dalam era pembagunan nya.
Tidak kaku dengan pembangunan - Tashkent merupakan sebuan metropolitan yang kian membangun dengan banyak bangunan baru yang sungguh istimewa rekaan nya.
Kami menikmati hidangan makan malam yang agak berlaianan dari mana mana negara - inilah keistimewaan Uzbekistan serta Apple Muslim Holiday - Kenapa agaknya - juadah yang asalnya dari Morroco berada disini ? - sukar di mengertikan namun ada cerita yang panjang menunggu kami di Uzbekistan sebenarnya
Samarkhand antara satu lagi bandar lama yang sangat bererti bagi rakyat Uzbekistan. Apa kepentingan nya kepada Uzbekistan sendiri dan juga sejarah Islam sejagat. Saya sebenarnya agak berdebar apatah lagi perjalanan selama hampir 5 jam dengan pengangkutan darat ini sangat meresahkan.
Namun Kiri dan kanan jalan mempamirkan keintimewaan Uzbekistan sebenar dengan bentuk muka bumiya yang sungguh indah. Kami bagaikan sedang menonton National World Geographic tatkala terpegun dengan keindahan alam sekitarnya yang hampir kelihatan tandus.
Berhenti seketika untuk melepas lenguh serta keperluan masing masing. Saya tertarik dengan jualan buah Apple sepanjang perjalanan kami ke Samarkhand ini. Benarlah "Apple with you around the world "dimana mana sekalipun saya akan jumpa nya.
Buah Apple disini bukan sahaja agak besar serta ranggup malah sangat berjus serta wangi. Mungkin inilah tanaman pukal penduduk sekitar sini.
Dengan populasi nya seramai 600,000 penduduk, Samarkhand mempunyai taburan bangunan yang sungguh aneh. Anda seakan-akan berada diantara 2 zaman berlainan -dari zaman peradaban Islam lama dengan zaman pemerintahan Russia.
Kami tiba di Samarkhand dan terus dibawa ke restoren makan tengahari yang sungguh hebat. Masuk sahaja ke dalam restoren ini saya dapat rasakan seakan sebuah hotel taraf 5 bintang.
Penyambut tamu nya pula sungguh ramah walaupun tidak betah berbicara dalam bahasa Inggeris. Namun servis atau perkhidmatan yang diberikan menjadi tujuan utamanya.
Seakan Ballroom - sungguh cantik serta berhias indah
tibalah kami seterusnya ke Kompleks Amir Temur - Kompleks sejarah yang mengabungkan pusat agama serta sosio ekonomi semasa pemerintahan Amir Temur di era Timurid dahulu.
Kami solat di sebuah madrasaah lama sekitar sini. Terpegun dangan keunikan ukiran serta arkiteknya yang luar biasa.
Seakan masjid di negara Chopstik pula bila kita nikmati siling bangunan ini. Warna terang yang berlukis indah bengan corak geometri serta faunanya seakan menjadikan kami berada seperti di masjid Nuijie Beijing.
Tidak hairan lah jika wajah orang Uzbek ini sungguh seakan orang Cina dari Xinjiang yang terkenal dengan kaum Vigornya yang hebat dalam masakan kambing.
Ratusan tahun tetapi masih kukuh binaannya. Mengikut penjaga madrasah ini, bangnan ini mengalami renovasi hanya sekali sejak dari penemuannya dahulu.
Antara Menara azan dilaungkan yang kini menggunakan pembesar suara oleh Muazzin
Makam Amir Temur serta beberapa pembesar Dinasti Timurid yang kini kelihatan agak terjaga serta tesergam indah.
Interior nya juga sunggh hebat serta luar biasa dengan mozek kemasaan emas serta berukir halus.
Berhampiran komleks ini juga terdapat beberapa bazar yang menjual pelbagia hasil dari kapas serta bulu kambing. Sutera juga popular di sini kerana ianya dipelopori oleh dinasti Timurid sejak dahulu lagi
Kelihatan runtuhan bangunan utama yang menyimpan pelbagai cerits silam. Maka pusat Timurid ini pernah anjadi nadi kehidupan rakyatnya ketika itu. Tatkala perpecahan berlaku setelah mangkatnya Amir Temur, besar perubahan dibawa oleh puak lain serata alamnya. Inilah peristiwa lampau simpanan asal bangunan ini.
cenderahati bukan lah suatu hadiah yang sukar dicari disini. Kepakaran seramik menjadi kepentingan bagi penduduk di Samarkhand yang terkenal sejak beratus tahun lamanya.
Kami kemudiannya ke kompleks makam terbersar raja-aja Dinasti Timurid serta pembesar lain nya. Apa yang menjadikan makam ini begitu terkenal ? rupanya seni bena nya yang agak istimewa serta cantik.
Tidak hanya Raja serta pembesar serta pemerintah daerah yang agak hebat, Samarkhand sendri agak rakus melonjak dalam sejarah Islam sebagai pusat peradaban Islam. Kenapa agaknya ? sehinggakan Samarkhand lebih dikenali dari Uzzbekistan sendiri - apa kata anda ikut kami melalui sejarah nya nanti
Keindahan Makam yang di tonjolkan oleh pengukirnya sebagai tanda sayang serta rasa hormat akan jasa serta kebesaran pemiliknya.
Antara kubah makam yang sungguh indah serta pelbagai. Muengikut taraf serta kepentingan mereka suatu ketika itu.
Berhias mozek berwarna biru muda yang melambangkan keindahan langit serta kedamaian
Kami kemudiannya makan malam di salah sebuah rumah lama maysarakat tradisi di Samarkhand ini. Apa yang itimewanya juadah di sini - Lantel soup - sup kekacang nya sungguh hebat serta sudah tentu berkhasiat terutama bagi kaum pria.
Registan Square : Sebuah dataran purba yang dibena oleh pemerintah Dinasti Timurid. Terdiri dari beberapa buah bangunan yang merupakan Madrasah untuk ahli cendekiawan membuat kajian serta mempelajari ilmu ketuhanan serta ilmu hisab yang terkandung dalam kitab suci Al-Quran.
Bagi saya inilah pusat lawatan yang agak penting serta istimewa kerana buakan sahaja ciri asal Uzbekistan yang utaama dari Samarkhand ini ditonjolkan malah ilmu kajian sains terawal oleh cendekiawan Islam bermula disini.
Pun begitu masih yang tidak mengjangka akan keistimewaan Registan Square ini - malah ada dikalangan kami bersetuju - mungkin bangunan ini kelihatan sama dengan pusat lawatan yang lain Namun begitu cerita disebalik nya memukau semua yang tiba kesini.
Registan Square - Diterjemah sebagai kota dari pasir yang dirancang khas oleh Amir Temur - pemerintah disegani di era Dinasti Timurid
Banyak yang ingin diceitakan namun ianya perlu beserta dengan keadaan sebenar anda di tempat ini. Barulah anda dapat rasakan kehangatan syiar Islam serta kebangkitan ilmu falsafah yang asalnya dari tokoh-tokoh islam terkemuka.
Ilmu bintang serta cakrawala bermula di sini. Sama lah juga dengan pengiraan hari dan bula serta tahun mengikut sistem matahari - sukar untuk saya ceritakan namun anda perku ke sini untuk mengetah lebih akan perkara yang sunggh hebat ini.
Madrasah Sher Dor - antara yag agak luar biasa binaannya. Tidak pernah runth walaupu beberapa kali menerima siri geegaran plak bumi sekitar Siberia hingga kesini. Apa yang menjadikanya kukuh. Cuba anda perhatikan 2 menara kiri dan kanan nya. Condong ke arah bertentangan untk koordinasi yang sesuai jika berlaku gempa bumi.
Inilah yang dikatakan teknologi Islam - diibawa oleh beberapa ahli matematik serta sains terkenal seperti mereka ini. Antaranya Ibn Sina dan ramai lagi tokoh popular dunia diabadikan dalam bentuk patung disini.
Seawal pagi pun sudah menjadi pusat tarikkan pelancong untuk kesini. Kenapa tidak - Registan Square menyimpan pelbagai khazanah penting sejarawan Islam
Penuh degan hiasan mozek bewarna hijau kebiruan serta corak nama Allah. Anda pasti terpegun dengan senibinanya serta kehalusan teliti kemasan nya.
Antara jalan menaiki tangga untuk ke menara yang dibuat sejak dahulu lagi. sungguh kukuh serta sangat istimewa binaan nya. Inilah yang dikagumi beberapa peserta lawatan kami kali ini
Tesergam indah serta kukuh binaannya. Itulah yang boleh di gambarkan dengan bangunan hebat di Saarkhand ini.
Tidak cukup untuk melihatnya dar jauh, isi dalaman nya sungguh memukau. Mana tidaknya setiap perincian kemasan dalaman yang dibuat terlalu teliti serta sungguh teratur.
Soal nya bagaimana ianya dibuat sejak beratus ratus tahun tanpa peralatan moden yang berteknologi tinggi untuk lebih menjimat masa serta kemas. Sukar di menegrtikan namun itulah hakikatnya
Interior dalaman yang penuh mozek warna warni disadur air emas menjadikan ianya kelihatan mewah serta sungguh cemerang buatannya.
Berbeza denagn masjid biru ( Blue Mosque ) di Istanbul Turkey bangunan di Registan Square ini tidak banyak memerlihatkan ukiran fauna. Namun lebih kepada geometri seakan matematik moden.
Lihat corak bumbung ini. Ianya dilukis bersimetri serta secara ironik. Sedangkan binaannay adalah rata namun kelihatan seakan berkhubah - saya rasa penciptanya sungguh hebat serta beridea tinggi
Keindahan seitar ruang bangunan yang dijadikan bazzar serta madrasah untuk ahli hafal Quraan tinggal disini
Binaannya bukan calangan bila didrikan dengan agak cepat serta ukuran bangunan yang agak besar,
Tidak disangkal kehebatan senibena Samarkhand ini, seorang raja dari Cina pernah memperakui kehebatan Registan Square dalam lakaran sejarah.
Keindahan Ulug Begh Madrasah serta Madrasah Tilya-Kori yang tesergam indah hingga kini. Manakala Madrasah Sher Dor pula dihiasi dengan gerbang berukuran aneh untuk tatapan Muslimin. Kenapa agaknya ian boleh berada disitu?. Ingin tahu akan jawapannya - apa kata jika anda mengikuti kami ke Uzbekistan.
Inilah dia Registan Square - Tidak bosan kesini lagi kerana sejarah nya yang sangat hebat. Sebagai seorang Islam saya sendiri kagum akan kehebatan Al-Quraan. Banayk lagi yang masih belum diterokai oleh kita. Walhal segala ilmu sains serta matematik ada didalam nya.Mendengar penerangan dari Pemandu Pelancong yang sungguh berkaliber. Pengetahuan beliau dalam kalian sejarah setempat sungguh luar biasa. Dengan penerangan yang agak ringkas namun penuh dengan info penting para peserta kali ini tidak lokek untuk bertanya dengan lebih mendalam akan perkara yang menarik minat mereka tentang Samarkhand ini
Kompleks Bibi Khanum ini ditujukan khas untuk Permasuri tersohor Samarkhand di zaman dinasti Timurid. Pusat lawatan serta bangunan lamanya agak berhampiran menjadikan kita sebagai pelancong tidak penat untuk melawat kawasan sekitarnya
Makam Bibi Khanum - Isteri paling disayangi Amir Temur - pemerintah agung Dinsati Timurid yang menjadi tunggak kebesaran Uzbekistan serta sejarahnya yang agak panjang.
Masjid serta madrasah yang menjadi pusat agama d sekitar sini masih digunakan,
Sebelah depannya pula sinonim dengan wanita - apa lagi jika bukan bazzar kuno di Samarkhand. Ini adalah tarikkan yang tidak perlu saya ceritakan anda saksikan sahaja gelagat manysrakat setempat nya.
Oleh kerana Kapas menjadi tanaman utama Uzbekistan, Fabrik merupakan sesuatu yang harus dibeli dan dibawa pulang ketanah air
Buahan yang segar malah kering banyak di sini . Anda boleh mendapat hampir segalanya di pasar Bibi Khanum ini.
Koleksi saya sendiri- seramik asal dengan corak Vigor asal nya dari pergunungan Pamir berhampiran Krgystan saya beli dagan harga yang sangat murah.
Suasana di pasar yang riuh rendah namun kami sebagai pelancong menjadi tarikan sesiapa sahaja dikalangan penduduk asal Samarkhand ini.
Ramai yang membeli belah disini seawal pagi lagi. Tawar-menawar dikalangan mereka agak sopan serta terkawal.
Oleh kerana orang Uzbek ini sangat mementingkan kesihatan sayuran hijau adalah antara bahan penting yang selalunya habis dijual di pasar ini. Tidak kurang juga bahan manisan yang terlalu pebagai dijual disini mempunyai kepentingan nya tersendiri.
Inilah dia masjid tertua dibina di Samarkhand - berhampirran dengan makam purba kaum kerabat diraja Timurid yang tekenal. Sayang kali inni saya tidak berkesempatan untuk solat disini kerana masa tidak mengizinkan.
Apa pun niat saya jika kesini lagi - Apple Muslim Holifday akan menjadikan Masjid ini antara pusat lawatan yang penting dalam jadual kami
Perkarangan Imam Al Bukari yang tersergam indah bagaikan sebuah taman serta tugu peringatan yang sungguh utuh binaannya sejajar dengan keutuhan agama Islam yang dibanggakan beliau.
Tokoh islam yang berjasa besar - pengumpul hadith serta sunnah yang sangat dikagumi. Beliau disemadikan di sini dan bukanya di tempat asal beliau di Bukhara.
Berukir indah dari mamar serta jade hijau. Bukan untuk bermegah namun mungkin untuk menunjukkan rasa sayang pemeritah pada Imam Al Bukari yang semasa zaman Rejim Russia, kawasan makan ini adalah merupakan pusat pembuangan sampah.
Bagi menebbus kesalahan serta ketidak endahan masyarakat dahulu maka kini ianya dibina sedemikan rupa.
Kami tiba di Tashkent untuk makan malam yang sungguh enak. Hidangan kambing nya tidak boleh ditolak oleh sesiapa pun.
Tashkent jug mempunyai binaan tertinggi di dunia. dahuunya pernah menjadi antara yang paling tinggi sekitar Siberia.
Kini menjadi menara stesyen TV yang popular untuk lawatan. Bagi anada yang ingin melihat bandar Taskhkent dengan posisi 360 darjan - silalah kesini.
Ini pula adalah taman memorial berdarah bagi memperingati mangsa kecelakaan Soviet Union dahulu
Sebelah nya pula bangunan berkubah 2 berwarnna biru yang merupakan museum yang memaparkan pelbagai cerita serta kesan sejarah perang yang sungguh memedihkan.
Aliran sungai deras yang merentasi kawasan ini menghias seperti sebuah lukisan. Sungguh indah serta memukau
Kawasan ini sememangnya cukup terkenal serta indah untuk dikunjungi semasa musim bungan kerana penuh dengan pelbagai tumbuhan berbungan yang cantik
Memorial gempa bumi - satu peringatan yang dibena secara simbolik memperingati tarikh 1966- antara bencana hebat melumpuhkan bandar Taskhent utara tepat jam 0525 pagi
Kita seterusnya ke Kompleks Imam di Tashkent - Melihat pusat agama yang bukan sahaja menjadi lambang keutuhan Islam disini malah menjadi pusat pentadbiran sejagat
Bangunan ini juga digunakan untuk penadbiran serta mesyuarat penting ahli ahli agama seluruh dunia.
Kompleks imam ini juga merupakan Masjid berlapangan besar terutama semasa solat Aidilfitri serta Adiladha. Juga semasa solat Jumaat,
Terdapat beberapa makan penting tokoh Islamiah di Tashken yang disemadikan d Pusat agama ini.
Seakan brda di dunia Simbad - itulah yang bleh digambarkan oleh kami - kerana bangunan sekeliling nya sungguh cantik serta terususun indah. Jika Taj Mahal behias hebat dengan utuhnya mamar putih sebagai mahkotanya namun kebanyakkan bangunan sekitar Uzbekistan ini lebih megah dengan ciptaan mozek biru nya yang sunggh luar biasa.
Bandar Tashkent yang sungguh menarik. Gabungan lama dan baru, tradisi dan moden, menjadikan ianya sungguh istimewa.
Mendengar penerangan tentang salah satu dari Madrasah besar berhamiran pasar hebat Tashkent
Chorsu Bazzar - antara nadi kehidupan petani sekitar Tashkent serta Uzbekistan sendiri umumnya. Chorsu jika diterjemahkan dari bahasa Uzbek membawa erti "Menara lama". Degan sendirinya menunjukkan inilah antara bangunan tertinggi sekitar Tashkent pernnah diceritakan. Malah inaya juga merupakan satu-satunya bazar tertua bukan sahaja di Uzbekistan malah seluruh Asia Tengah.
Berbumbung indah serta bulat dengan kepadatan penjuanya yang sungguh ramah menjadikan pelancong tidak kekok untuk menghabiskan Som ( mata wang Uzbekistan disini )
Seakan pasar Siti Khadijah Kota Bharu Kelantan kan. Sungguh menarik dengan pelbagai hasil tradisi dari seluruh pelusuk Uzbekistan dapat anda perolehi serta beli di pasar ini.
Badam, kacangan serta buahan kering antara yang perlu dibawa pulang oleh pelancong asing jika kesini.
Bahkan Aprikot sahaja boleh didapati dalam banyak jenis. Khabarnya Uzbekistan mempunyai lebih dari 9 jenis buah Aprikot di sini.
Bahan timbangan yang asih digunakan di pasar kuno ini. Namun suatu pengalaman serta carian hebat bagi mereka iyang inginkan nostalgia lama
Akan pegeluaran tektil sekitar Uzbekistan ini agak hebat terdapaat bahagian di Chorsu Bazar ini yang menjadi pusat tektil beraneka.
Bahkan bukan sahaja sutera yang dikagumi akan rekaan nya yang masih kuno namun tetap segar penggunaan nya malah juga pesatnya penggunaan cotton yang merupakan bahan pengeluaran terhebat dari Uzbekistan ini.
Melepas lelah sekian tawar0menawar sekitar Chorsu Bazzar - ada dikalangan peserta lawatan mencuba makanan tradisi nya yang agak lazat serta tidak mahal.
Juga juadah pencuci mulut nya yang sungguh pelbagai.Anda tidak perlu gusar kerana makanan disisni agak istimewa malah halal
Seterusnya tidak cukup di Chorsu Bazzar kami ke sebuah lagi pasar rakyat yang agak istimewa. Namun ada dikalangan peserta lawatan kali ini sudah kepenatan untuk tawar menawar disini
Cenderahati sentiasa menjadi antara yang sungguh menarik untuk dibawa pulang.
Pelbagai jenis roti boleh kita lihat di sini. Anda juga akan dapati roti berhias disekitar bazar ini agak murah serta sedia dibawa pulang. Ini adalah makanan penting bagi penduduk Uzbekistan.
Disemadikan di tengah-tengah bulatan penting di jalan utama Tashkent. Amir Temur pemerntah agaung yang disegani oleh semua kuasa besar suatu ketika dahulu
Makan malam terakhir yang agak istimewa. Bukan sahaja menunya agak berlainan, malah anda disajikan dengan tarisan tradisi masyarakat setempat Uzbekistan di Tashkent.
Untuk makan malam kali ini - pemandu pelancong serta kedua-dua pemandu bas kami menyertainya dan seakan sebuah keluarga besar kami bersama-sama menghargai makan malam kali ini.
Untuk kali ini, saya rasakan bahawa Uzbekistan ini sebenarnya bukan sahaja untuk pelancong Islam, Namun akan keindahan alam semulajadinya serta budaya masyarakat nya yang agak hebat, Negara ini sesuai untk sesiapa sahaja.
Inginkan percutian ke dunia penuh misteri serta berlainan dengan tempat lawatan biasa, Uzbekistan lah negaranya.
<< Home