apple muslim holiday

Friday, October 19, 2012

BEIJING CHINA DI MUSIM PANAS YANG TIDAK TERLALU PANAS

         Walaupun melancong di musim panas, Beijing China masih tidak sukar untuk di hayati. Bergantung bagaimana ianya dikelolakan. Bandingkan musim panas ini di tempat kita sendiri - sudah tentu agak berbeza kan. Inilah yang diberitahu oleh pelanggan Apple Muslim Holiday kali ini dari kumpulan pekerja yang sungguh berdidikasi dari sebuah firma pembinaan di Kuala Lumpur.
 Setiba nya Beijing kami semua dibawa ke tempat yang tepat untuk digambarkan tentang kemewahan zaman silam oleh Maharani beberapa kurun di negara tanah besar ini - Summer Palace - istana hinggap yang tidak terkata agungnya.
 Tasik Kunming buatan manusia ini menyinpan sejarah lampau yang tidak kurang hebatnya. Berbanding peradapan lain di dunia, Istana yang pernah dibakar oleh Perancis ini masih utuh binaannya, Malah ada diantara monument asal berada dalam sediakala yang mungkin tidak terjangkau lamanya. Ingin tahu bagaimana Maharani Doweger santap bagi satu waktu santapan ? - apa kata anda mengikut kami ke siri lawatan Apple Muslim yang akan datang
 Penerangan dari pemandu pelancong kami Mr Michale sungguh teliti. gabungan lawatan kali ini agak mencabar. pemandu pelancong kami perlu bertutur dalam 3 bahasa sekaligus, English, Melayu dan Mandarin. Mana dapat jika pilihan pemandu pelancong tidak dibuat dengan teliti - inilah yang menjadi perincian dalam lawatan anda bersama Apple.
 Gambaran pelancong yang berpusu-pusu di Summer Palace . Agak panas namun masih senang di terokai oleh semua. inilah masa paling indah untuk anada merakamkan potret bersama tersayang.
 Beli-belah yang tidak mungkin dilupakan. Mana tidaknya anda dikatakan kedekut jita tidak pandai berbelanja di Beijing. Pelbagai barangan cenderahati yang sungguh murah menjadi pilihan pelanggan. Harganya anda sendiri tidak mungkin percaya. Pokoknya bagaimana mereka disini megira kos pembuatan serta kos asal barangan yang dijual itu - Ikut kami ke Beijing nanti

 Peserta lawatan kali ini menikmati penerangan hebat dari ketua rumah lama di Hutong. Lorong tikus yang digelar tentera Mongolia ini semestinya mempunyai keunikan nya yang tersendiri.
 Akan percayakan fengshui - kebanyakan rumah lama disini mempuyai ruang tertentu untuk di hias. Setiap perhiasan yang diletakkan mambawa erti tersendiri malah membawa keuntungan kepada si pemiliknya.
 Seterusnya - aktiviti berkumpulan diatur khas untuk peserta lawatan kali ini.
 ini dia - tidak kira siapa kah anda, berat badan anda, serta apakah saiz anda. Menaiki beca kayuh ini sememangnya agak menyeronokkan. inilah yang dikatakan pengalaman yang bakal anda nikmati. Hampir sama seperti di Melaka namun setaip pengalaman di Beijing ini sungguh tidak ternilai harganya.
 2 orang untuk seorang pengayuh. Saya agak kesian dengan pengayuhnya yang benar-benar menggunakan tengah sepenuhnya untuk membawa kami ke destinasi akhir. Namun itulah kerja mereka.
 Ms Wong dan suami - kelihatan kekok namun inilah yang mereka idamkan setibanya di Beijing.

 Pemndangan petang di Beijing tidak lengkap jika anda tidak ke Ancient Street - untuk melihat keindahan bandar lama yang memaparkan senibina lama sejak dinasti Ching lagi.
 Dikawal rapi namun tidak menyusahkan para pelancong. Merupakan tumpuan pelancong datang bergambar serta sesuai untuk mereka yang cintakan keunikan seni bina lama dan klasik oriental.
 Saya beru perasan - rupanya sebuah cerita Korea juga pernah di buat disini. Apa yang menjadi mercutanda nya, banginan separa bulat serta perkhidmatan tram ditengah jalanraya nya sungguh istimewa.
 Penat tidak membawa apa-apa erti jika semua masih belum berbelanja disini. Itulah yang sentiasa diberitahu oleh pelanggan kami kali ini.
 Lawatan ke beijing sungguh sinonim dengan Great Wall - tembok besar yang agak luar biasa binaan nya.
 Cuaca musim panas kali ini sungguh tenang dengan kami semua dan tidak seorang pun yang mengadu kepanasan. Malah ramai yang bercita-cita untuk sampai kepuncak nya.
 Sambil mendaki sambil bergambar - untuk menghargai lawatan di Beijing ini.
 latar belakang yang indah dengan pergunungan tinggi sekitar sini menjadikan ianya kelihatan sungguh harmoni dengan cuaca yang agak mesra bersama kami. Inilah yang menjadikan semangat sesetengah peserta kali ini untuk mendaki Tembok Besar sangat hebat serta mendapat pujian.
 Pemandangan dari menara di tembok besar. berapa ramai peserta kali ini yang sampai ke sini agaknya.
 Sukar digambarkan dengan perkataan namun saya yakin jika anda sendiri kesini untuk nikmati keindahan alam yang undah ini semestinya sesuatu yang tidak senang untuk di ceritakan bila pulang ketanah air nanti
 Wangfujing - jalan lebar beraneka lampu neon serta pusat perdagangan terkemuka sejak zaman dahulu lagi.
 Kali ini saya digabungkan dengan Cik Mira - tour leader terbaru dari Apple Muslim Holiday.
 Anda bakal melihat jenama terkenal yang rata-ratanya agak murah berbanding tempat lain. Apa yang penting buatanya adalah asal.
 walaupun sudah agak lewat namun kelihatan ramai pelancong di Wangfujing street ini.
 Tian Men serta Forbidden City - juga tidak asing serta terdapat dalam mana-mana jadual lawatan dari semua agansi pelancongan serata dunia. Kenapa agaknya semua jadual lawatan ke China perlu membawa pelancong kemari ? - Ikuti lah keistimewaan nya dengan kami nanti
 walaupun telah dijangka kehadiran pelancong domestik serta luar negara China ini terlalu ramai di lapangan Tian Men ini, masing masing tidak begitu hairan setelah diberitahu akan sebab kenapa ianya penting untuk dilawati.
 
 penerangan dari pemandu pelancong kami agak istimewa. Jika hanya sejarah diceritakan anda tentu bosan, namun berlainan dengan cara pemceritaan pemandu pelancong pilihan kami kali ini.
 gambar wajib setiap pelancong yang tiba ke sini
 Kesemua peserta dari syarikat ini begitu bersemangat untuk meneruskan lawatan serta banyak yang ingin dikutip untuk kenagan dibawa pulang nanti.
 Tibalah kami di perkarangan gerbang utama Kota Larangan - berdiri megah serta hebat dengan gerbang utamanya yang diwarnakan merah.
 Lagi penerangan hebat akan setiap perincian bagunan serta peristiwa yang pernah berlaku disini.
 Kami bernasib baik kerana ari ini agak kurang pelancong disini..
 Selalunya ramai pelancong barat yang datang ke Beijing dimusim panas. namun kali ini pelancong domestik nya sahaja sudah cukup ramai.
 Setap penjuru menjadi lokasi indah untuk dirakam kan sebagai kenangan indah besama rakan sekerja
 Titik permulaan bangunan tradisi Cina bukanlah dari binaan asas nya namun pemilihan tempat sebagai pusat tenaga yang mungkin mambawa kebaikan manjadi pilihan. Itulah yang diceritakan oleh pemandu pelancong kami. kedengaran agak hebat namun percayalah anda tidak mungkin bosan
 Wajah baru China - Beijing 2008 - kehangatan musim panas kali ini seakan menerangkan akan bahang yang pernah dialami di staduim sarang burung yang habat ini
 walaupun kami hanya berada selama 4 malam di Beijing - namun lawatan bersama pekerja dari sebuah syarikat hebat ini tidak mungkin menjadi lawatan biasa bagi saya dan Mira. Apa tidaknya mereka berbilang kaum namun hidup harmoni di sebuah pejabat. Inilah semangat yang Mira dan saya cuba praktikkan di Apple. Terima kasih semua - Kita mempelajari setiap peradapan sesama kita untuk menjadi lebih baik dari masa ke masa.
Diharap tahun 2013 nanti - kita akan bertemu kembali di sebuah destinasi yang lebih mencabar untu kita bersama.