apple muslim holiday

Saturday, October 20, 2012

AWAL AUTUMN DI NEGARA SAMSUNG

 Autumn - musim yang indah serta penting untuk lelaki Korea yang masih belum berpunya - kenapa ye ? - Inilah yang diberitahu oleh pemandu pelancong kami Ms Jennifer.
 Tidak dinafikan musim luruh di korea sebenarnya agak berbaloi untuk dilawati selain musim bunga. Tambahan pula terlalu indah digambarkan oleh kerananegara kelahiran Samsung dengan 4 musim ini menyimpan memori indah untuk setaip pelanggan Apple Muslim Holiday ceritakan nanti.
 Masih agak baru dengan hanya beberapa pohon Maple sahaja berubah hijau kekuningan - belum semuanya orange dan merah. Disamping pohon Ginko pula masih hijau kekuningan dan belum kuning sepenuhnya. Saya tertanya ada ke lagi masa untuk pelanggan kami di siri akan datang melihat keindahan ini.
 Dengan jjadual lawatan yang agak padat namun masih tidak memenatkan kami dibawa Ms Jeniffer ke Korea Folk Museum di Kota Seoul berhampiran Gyongbukgung - Istana besar kebanggan Joseon
 Menghayati setiap kesenian serta budaya lama disini sememangnya tidak sukar kerana bukan sahaja pemandu pelancong kami sangat hebat namun kebanyakkan Tour Leader Apple Muslim tidak mungkin lokek berkongsi pengalaman serta ilmu dengan anda. Jika tidak kami perlu tanya Tour Leader tersebut, buat apa dihantar ke Korea jika kamu tidak betah bercerita tentang apa yang kamu pernah tahu dari setiap pemandu pelancong lain yang sebelumnya.
 Kualiti inilah yang ingin Apple Muslim Holiday ketengahkan disamping jadual lawatan yang mungkin hampir sama dengan agensi lain. Apa pun pelanggan ami sememangnya bijak membuat penilaian terhadap apa yang mereka pilih. Tatkala jadual lawatan kami senantiasa di ubah mengikut musim serta tahun.
 Bersama merakam nostalgia di Gyongbuk Palace. Hampir sama dengan beberapa isatana lain sekitar Seoul namun ianya lebih utama akan kepentingan nya di zaman itu.
 Dimensi yang kian diterima - inilah tempat kesukaan saya untuk bergambar. Anda ingin tahu kenapa - Ikut kami ke Korea jeju di siri akan datang.
 Perjalanan dengan Korean Air dari Gimpo ke Jejau hanya mengambil masa lebih kurang 45 minit. Tiba dengan hati yang sungguh ikhlas untuk mengenali pulau kebanggan Korea Selatan ini, ramai pelanggan bertanya - kenapa Jeju Island begitu terkenal.
 walaupun terbentuk sejak 600 ribu tahun yang lampau dari letusan gelora lingkaran Api Pasific yang ini telah pun terkeluar landasan, Jeju selamat dikungjungi berbanding kepulauan lain sekitar Jepun yang rata-rata volcano nya masih aktif.
 menempa beberapa anugerah sebagai World Nature Heritage - Jeju sememangnya amat hebat dari segi topokgrafik nya yang sukar di certakan. Tambahan pula Autumn bakal memaparkan pulau ini secara keseluruhan siapa Jeju sebelumnya. Maksud saya di musim Autumn inilah anda bakal melihat Jeju yang benar-benar asli dengan beberapa volcano domen yang kelihatan sungguh indah berbanding musim lain yang diselimuti kehijauan.
 Apa yang misterinya jalan ini ye. Anda semua masih tidak percayakan saya. malah penat Ms Jeniffer menerangkan kenapa ianya misteri. Para pembaca lain ingin tahu selanjutnya - apa kata ikut kami ke Korea jeju seterusnya.
 Seopjikoji - Tanah peling penghujung berbatu kasar serta berdatar tebing tinggi yang sungguh indah. Datang sendiri kesini untuk nikmati keindahan nya.

 Cuaca yang masih tidak bagitu panas serta berangin disini menjadikan kawasan ini sesuai untuk bakal bulan madu bergambar kenangan. Inilah pusat bergambar bagi pasangan pengantin sekitar Seoul ke sini.

 Seterusnya - saya mencabar peserta kali ini untuk ke puncak Seongsan Ilchubong - Puncak gunung yang asalnya sebuah Volcano lama dengan puncak 99 nya yang agak indah.
 Saya terserempak dengan sekumpulan pelajar cilik dari Korea. Aktiviti luar kelas pembelajaran di negara ini melibatkan pelajar sangat dikagumi. Bayangkan mereka dengan hanya sekecil 4-5 tahun berani sampai ke puncak tertinggi di seongsang ini. Maka anda yang sudah jauh lebih dewasa perlu mencabar diri untuk sampai kesini.
 Antara mereka yang selamat tiba ke puncak tertinggi Seongsan Ilchubong. Penat memang penat namun berbaloi dengan keindahan sekitarnya yang sukar diceritakan.
 melarikan diri dari singa besar di Trick Art Museum. Ini antara nya - masih banyak yang perlu anda saksikan sendiri bila bersama kami kesini nanti.
 Apa lagi - tidak di Jeju lah jika anda tidak merasai sefood soup disini. kali ini bersama cendawan segar ( kulat ) yang sentiasa menjadi sebutan di musim luruh sekitar Korea
 Semua peserta lawatan kami kali ini sungguh seronok menjamu selera tidak kira dimana pun - variasi yang kami aturkan bagi merasai masakan Korea tradisi ini sesungguh nya suatu pengalaman yang amat bermakna buat semua kami.
 Mendengar arahan serta penerangan dari Ms Jeniffer. Semua mengabil berat supaya tidak tertinggal di taman tema Everland yang dikatakan terbesar di Selatan Korea ini. Tambahan pula pesta Musim Luruh telahpun tiba.
 Pelbagai pertunjukkan sempena musim ini dibuat sepanjang jalan datarnya menjadikan kawasan ini agak sesak. tambahan pula ada banyak pengunjung domestik kemari manjadikan ianya lebih ramai.
 Pernah mendengar akan Olimpik 2018 yang akan diadakan di Pyongchang Korea Selatan?. Belun pun ramai yang tahu akan rencana ini, anda yang bersama Apple Muslim telahpun menginap di hotel nya yang bakal di duduki oelh atelit antarabangsa pada tahun yang dinyatakan.
 Alpensia Ski Resort - semegah Rusutsu di Hokkaido. Antara pusat peraginan terkemuka serta hebat dengan pemandangan indah sekitarnya. Dengan musim berganti disini, anda bakal melihat keajaiban berlaku- Seperti yang saya katakan jangan hanya ke Korea sekali - paling tidak 2 di musim berbeza. malah Musim sejuk adalah sangat perlu untuk kesini.
 Pemandangan hebat desa permai ala negeri orang putih. Ramai yang tidak mampu kesana namun Korea adalah sembuah negara yang seakan dengan nya yang saya rasa mampu untuk anda kesini.
 Ini satu lagi kelainan yang bakal peserta lawatan kami Apple Muslim Holiday alam. ZWind Village dengan aktiviti DIY yang hebat sesama kita. Bertuahlah jika anda kesini bersama keluarga tersayang - masa kualiti bersama sikecil untuk mengelai siapakah mereka sebenarnya bila berkunjung kesini.
 Sukar untuk diceritakan namun jika anda inginkan pengalaman sebenar seperti yang saya katakan - jom ikut kami kesini nanti.
 Coretan kenangan untuk tatapan yang akan datang. Kita semua pernah disini beraktiviti bersama.







Hanya dengan Apple Muslim Holiday - walaupun anda tidak berada di musim sejuk, namum anda bakal merasai aktiviti sukan musim sejuk di Korea bersama kami. Apa lagi bila anda bakal nikmati kehebatan syarikat besar Woonjin dalam peti sejuk terbesar di dunia ini.

Pakej kami termasuk dengan peralatan ski serta pakaian nya sekali. Bila lagi masanya untuk berski jika di luar musim nya. Jom bersama kami nanti.

Kota metropolitan Seoul sememangnya hebat. Gabungan antara lama dan baru menjadikan bandar ini kekal sebagai pusat tarikan pelancong yang bukan sahaja inginkan keindahanya malah kedamaian kota serta kecanggihan teknologinya. Maka negara Samsung ini sudah tentu menjadi tarikan popular yang tidak mungkin lekang bukan sahaja di kalangan remaja yang meminati teknologi serta fesyen malah Ajuma-Ajuma Malaya yang selesa dengan sogokkan drama dari negara Samsung ini. Jumpa lagi Korea